Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, December 31, 2009

goodbye 2009, hello 2010: azam tahun baru

esok dah 1 januari 2010...
aku tengok ramai orang dah buat azam baru..
aku pun tiba-tiba rasa nak buat azam tahun baru.. walaupun boleh dikatakan semuanya azam kitar semula...

1. habeskan master sem ini. ni azam 2009 punya.. terpaksa bawak ke tahun 2010..
2. kurangkan berat badan.. ini azam yang aku berazam sejak 9 tahun lalu.. jumlah terkumpul berat yang perlu dikurangkan, 12 kg.. 1 bulan 1kg, oke what..
3. bagi pandai berenang... ni pon azam tahun2 lepas, 2008 atau 2009 tak pasti.. nak jenjalan kat kawasan berpantai berlaut, tapi tak tau berenang, apa kes.


udate:
4. rajinkan diri untuk menjaga kulit. semoga tahun depan rajin skit sapu lotion, sekurang-kurangnya sapu kat tapak tangan sekali sehari..
5. takmo kuat berjanji.. terutama kat The-Big-Bos dan Bos-No-2.





satgi aku mau balik kampung...



p/s: semalam tengok muaalaf.. sangat best. aku memang tak pandai nak buat ulasan filem.. tapi apa yang boleh aku katakan, ini filem yasmin yang paling banyak aku nangis.. banyak nangis mungkin juga sebab aku dah baca review yang dibuat oleh aku pelukis..





Wednesday, December 30, 2009

goodbye 2009, hello 2010: (mungkin) bakal berlaku


1. tahun depan, umur aku akan masuk 26. gila ah. 26. bukan aku anti jadi tua.. tapi bila tengok diri yang tak berganjak dari tempat ini, rasa cam 26 tu untuk orang tua, orang yang berjaya, matang, dah keja, dah kawen atau dah punya anak mungkin. tak brapa nak cantik aa nombor 26 nih.

2. habeskan master. ini tahun ni punya plan. terpaksa bawak ke tahun depan. apa nak jadi. kena habeskan jugak. apa kekdahnya dok sini lama-lama..

3. cari keja, cari duit. habes ja master, aku nak keja. tak kira lah keja apa. asal boleh dapat duit sambil-sambil tunggu viva. malu nak perabes duit mak bapak lagi ah.

4. jenjalan. langkawi. sipadan. perhentian. jogjakarta. ikat perut kumpul duit. tapi baru langkawi je yang pasti. sipadan tu kena usahakan jadi pasti gak. ptptn juga kena pastikan tak disenarai hitamkan.




itu ja takat ni yang aku teringat.. nanti kalu ada lagi, aku tambah sini....
tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan...




hahaha tapi sedikit kecewa

ya. aku dah dapat balik kamera. semalam.
tapi kualiti sangat mengecewakan. tak sama seperti sebelum rosak. buat aku tension dan sedih saja. satgi nak pi komplen.
dapat kamera terus pi teluk bahang.
pijak pasir. bediri tegak biar kaki kena ombak dan tenggelam dalam pasir. lompat-lompat. baling batu. lari-lari. air kelapa habes tak sempat beli. kecewa. tak ada mat saleh berbikini. lagi kecewa. hahaha.
ya. memang hari yang hahaha.
lepas tu terus lapar. pi makan ikan bakar. ya, langgar diet nasik lagi.
dan balik terus tidur lena..















p/s: hari ini cuti diet lagi. pi makan pecal lele..



Tuesday, December 29, 2009

buat cek yah tersayang..



kita punya sifat yang berlainan.
kita membawa hidup dengan cara yang berlainan.
tapi, kita punya hidung yang sama.
bibir yang sama.
tapak kaki yang sama.
dan yang penting, kita punya darah yang sama.
darah yang menandakan hubungan kasih sayang kita tak akan putus.

masihkah kamu ingat.
kita keluar bermain suka hati pada petang saat kematian tok tersayang.
masihkah kamu ingat.
aku selalu baran kerna perlu mengalah pada kamu, si budak kecil.
masihkah kamu ingat.
kamu selalu ikut aku keluar bermain hingga lewat petang sampai dimarah abah.
masihkah kamu ingat.
kamu hampir dirotan buat pertama kali oleh abah, bilamana aku mengadu pada abah yang kamu memanggil aku bodoh ketika kita berperang mulut.
masihkah kamu ingat.
kita berdua suka berkelah di luar rumah, makan nasi yang dimasak dan dibungkus emak.
masihkah kamu ingat semua itu?

adakah kamu tahu.
aku menanti kamu pulang dari hospital dengan penuh kegembiraan, kerana akhirnya aku punya seorang adik.
adakah kamu tahu.
akulah yang mula-mula memanggil kamu cek yah, dan akhirnya diikut oleh semua, kecuali mak dan abah.
adakah kamu tahu.
setua mana pun kamu, kamu tetap adik kecil yang manja dimata aku.

aku suka bila kamu memanggil aku kak na.
aku tersenyum bila tiba-tiba teringat akan semua gelak dan gaduh kita.
aku sayang kamu, adik kecil.
aku rindu kamu, cek yah sayang....





takde puaka dari bos





dah jumpa Bos-No-2..
.
tu la kau, aku tak patut bagi kau sebenarnya..
.
.
alangkah baiknya dia tak marah...
tapi tu la... nanti kalau aku berjanji apa-apa, sure dia dah tak mau caya..
aku pon dah tak mau berjanji yang bukan-bukan...
diri sendiri pon sedih... sebab tak berjaya kotakan janji..
azam baru tahun depan, dah tak mau berjanji pada sesiapa...
cukup sekadar janji pada diri sendiri...
.
.
.
.
.
.
:(

Monday, December 28, 2009

aku nak kena

PUAKA dengan bos dah aku rasa....












macam tahun lepas...
banyak betul aktiviti suka ria hooray hooray yang nak dibuat dihujung-hujung tahun macam ni...




Sunday, December 27, 2009

al-fatihah

buat kawan sekolah aku...

noor jismi noordin, salah seorang mangsa yang maut dalam tragedi bas ekspress di lebuh raya utara-selatan dekat ipoh pagi semalam....

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh... amin...









p/s: dia balik perlis sebab hari ini dia bakal bertunang....

p/s/s: masa gathering kawan-kawan sekolah rendah masa hari haya haji haritu, jismi antara nama yang keluar dalam senarai kenangan yang tak dapat dilupakan di sekolah rendah...




Saturday, December 26, 2009

504 jam

feuh.
hari isnin ini, Bos-No-2 sudah masuk pejabat.

kalau aku tidak habeskan ia...
kalau aku tidak buat baik-baik...

pasti dia akan ambil mesin kira, dan mendarab...
berapa jam sudah dia beri aku...

504 jam...
lama bukan masa yang ada?
masa yang diberi...

nanti pasti dia tanya...
apa aku buat dalam tempoh 504 jam itu???

aduh.

salah sendiri.
usah beraduh!

sudah hampir siap bukan?

YEAH!!

jadi??







Wednesday, December 23, 2009

zati dah 25

hari ini 23 disember '09.
zati dah 25.

HAPPY BIRTHDAY ZATI sayang!!!!

aku tengok zati ni, makin tua, makin kelakar jadinya...
korang kalau ada masalah, pegi cerita kat dia...
perkara-perkara yang mengkusutkan kepala dan men-tensionkan anda, sure akan jadi bahan ketawa lepas cerita kat dia...
dia ni senang cakap, seorang yang jenis boleh find humor in any situation.
korang kalau nak cari sahabat, carilah seorang yang macam zati, sure hidup korang akan sentiasa bahagia dan banyak ketawa....

zati, apa yang aku doakan tuk diri aku, apa yang aku harapkan tuk diri aku... aku juga doakan dan harapakan tuk hang... amin...
muah!







p/s: korang kalau nak lebih bahagia, korang cari juga sahabat cam arix. orang yang paling cool dan penuh kasih sayang aku penah jumpa. dan juga The-Fourth, orang yang sangat bertimbang rasa dan tak kedekut apa-apa pun...


p/s/s: oh ya. hari ini juga besday hazwan... hepi 23rd hazwan!!!





Tuesday, December 22, 2009

gambar kenduri kak yati

alang-alang aku rajin skit nak uplod gambo hari ni..
aku uplod gambar kenduri kawen kak yati tuk tatapan semua.
rasa bersalah plak tak letak gambar tuk tatapan kak nadiah yang nun jauh disana.
demi kak nadiah, saya sanggup letak gambar yang ada muka saya sekali.
oh kak nadiah.. sila sila...















oh ya. aku, zati, arix dan The-Fourth tak ikut konvoi dengan rombongan skol itu... kami sampai lewat skit. depa dah abes makan... so gambo pun skit la gak aku tangkap. sebab dok kalut makan..
seperti yang dirancang, hari itu, aku cuti diet nasik.





pesta pulau pinang '09

dah lama aku tak letak gambar bukan?
ini semalam punya...
pesta pulau pinang '09.
dalam konon dok bizi dengan penulisan thesis, aku menyempatkan diri untuk berseronok-seronok sampai pening-pening kepala.
tahun ini, aku naik permainan yang jenis budak-budak boleh naik punya. tapi pening gak la lepas turun..
permainan yang paling mahal, paling sakit dada, paling pening, yang mak bapak tak berapa nak kasi budak-budak naik, aku dah naik sampai muntah-muntah pada tahun-tahun lepas....
hajat hati semalam, aku mau naik merry-go-round, tapi tak kesampaian...


















p/s: orang olympus service centre dah call. camera dah sembuh. tapi duit tak dak nak bayar nih. bang cik TOLONG!!! kasi duit skit.




Monday, December 21, 2009

kenduri kak yati

kak nadiah,
saya ada tangkap gambo kak yati di kendurinya...
khas untuk tatapan kak nadiah.
tapi malas pilih. malas nak upload...
kak nadiah dah tengok dalam blog farhana kan?
hehhehehe.
cantik kan kak yati?



sebab sebenar aku malas nak letak gambo masa kenduri tu adalah:
muka aku dalam semua gambo nampak kembang sebesaq pinggan.
tak cun. tembam. semedang pipi kembung.
kaki aku ja cun pakai kasut 4 1/2 inci.
tapi tak kan nak letak gambo kaki ja plak.

sori kepada sesiapa yang ingin tengok gambo kenduri kak yati dari blog aku.
korang pi tengok kat blog farhana.


kalau nanti-nanti aku rajin.
aku letak k.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
:)




aku ada 1 keupayaan



keupayaan membuat sesuatu perkara, yang akan memburukkan lagi keadaan.

maafkan aku sayang.

aku juga sedih.
aku juga marah.
aku mahu menulis nota disini.
tetapi keupayaan aku memburukkan lagi keadaan itu tidak membenarkan.






sulitnya kehidupan

3 orang sahabat.
seorang yang sememangnya positif single.

seorang yang mengaku single, tapi sebenarnya tak brapa nak single sangat.
seorang yang tak mengaku single dan tak mengaku juga ada wujudnya bf.

sedang bersembang-sembang dan curhat dengan baju kurung pergi kenduri kawen kak yati masih dibadan.
telah membuat satu kesimpulan;
cinta, perasaan, dan kehidupan adalah sesuatu yang sulit.

sama ada ia sememangnya sulit atau dibuat-buat sulit, tiada garisan pemisah yang jelas.
tapi yang pasti, hidup ini masih panjang untuk dirisaukan.
dan hidup ini juga sangat pendek untuk disia-siakan.

walaupun untuk sehari atau sejam, banyak perkara dan kemungkinan boleh berlaku dalam tempoh masa tersebut.
maka nikmati lah hidup ini sepenuhnya, janganlah terlalu risau akan momokkan masa hadapan.
dan juga hiduplah dengan sepenuhnya, janganlah mensia-siakannya...



adakah ini tanda-tanda 3 orang sahabat ini sudah semakin tua?




-----------------------------------------------


p/s: malas tul nak cuci maskara nih!

p/s/s: menu sarapan pagi esok: telur rebus bunga telur kenduri kak yati, dimakan bersama kicap masin.

p/s/s/s: kak nadiah. gambar kenduri kak yati nanti husna uplod ek. buat masa ini, keadaan tenet sangat tidak mengizinkan... rasanya cek farhana dah uplod dalam blognya....


Saturday, December 19, 2009

hari hari aku sejak minggu lepas


1. lepas 3 4 hari baru keluar bilik. pagi petang siang malam sorang-sorang duduk bilik boleh buat aku jadi gila. sebab tu dalam 2 3 hari ni, asyik merapumerepak.

2. bilik semak. paper-paper berselerakkan atas lantai. nampak cam tengah sangat bizi. mood seperti itu penting. aha.

3. baju bertimbun tak basuh. 4 set cadar tak basuh. tengah guna cadar yang terakhir. kalau mak aku tau, dia akan kata "rajin sungguh anak mak nih".

4. hari-hari minum teh. siang malam.

5. megi dah muak. minggu pertama asyik makan megi ja.

6. cabaran 45 hari tanpa nasi maseh berlangsung. hari ini hari ke-18. ingatkan nak stop kejap pastu sambung balik tuk kenduri kak yati esok... tapi dah terbukak semalam. semalam makan kat umah aini. sambutan belated punya besday aini. makan 2 sudu nasi. boleh tak kalu tak dikira makan nasik? hehehehehe..

7. janji dengan Bos-No-2 nak siapkan 3 chapter, dalam 1 minggu ja. tapi ni dah masuk minggu ke-2... minggu ke-3 pun Bos-No-2 takde. dia pi mesir pastu sambung cuti balik kampung.. yehooo.. ni nama dia rezki aku. banyak nak kena buat nih..

8. konon nak cuti blogging, tapi hampeh tul. tapi aku hadkan la gak. tambah plak internet kat bilik aku sangat sangat sangat la hampeh... jadi, tak la aku dok buang masa layan tenet lama-lama tengok benda-benda tak da paedah.....




p/s: ada gambo nak letak. tapi memandangkan signal tenet cam hampeh ayam, maka nanti-nanti la ek.. ni pon kena dok asyik refresh network connection dengan bersungguh-sungguh, baru boleh publish. haih.





persetankan itu semua



dan aku bukan lagi manusia yang punya hati dan perasaan....










tapi,
adakah itu yang aku mahukan?






Friday, December 18, 2009

salam maal hijrah 1431H


aku menari di bawah cahaya sang matahari yang melimpah.
aku juga menari didalam hujan yang mencurah dari awan kelabu.
aku mahu terus menari.
terus menari walau apa jua keadaanya.
seperti disaat ini.
aku tetap menari dengan penuh bahagia dalam keributan ini.



--------------------------------------------

ini adalah percubaan pertama aku merapumerepek dalam keadaan aku gembira dan bahagia.
sebelum ini, aku hanya mampu merapumerepek jika aku dalam keadaan sedih, marah atau perasaan-perasaan negatif yang lain.
makna kata, aku memang berkeupayaan untuk menghumban jiwa aku sepenuhnya ke dalam perasaan yang negatif, tapi tidak ke dalam perasaan-perasaan yang positif.
ia adalah sesuatu yang memalukan tuk diri sendiri aku rasa.
aku tidak tahu menghargai perasaan-perasaan positif yang aku rasai.

jadi,
semperna awal muharam ini, aku mahu berubah..
seperti sekarang, aku cuba merapumerepek berkenaan perasaan gembira aku ketika berada ditengah-tengah keserabutkan menghabeskan penulisan thesis ini..

dikira sebagai azam tahun baru? boleh laaa kot.

jadi..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431H kepada semua!!!

alhamdulillah.... kerana kita diberi nafas dan peluang lagi seperti ini..
alhamdulillah juga untuk segala yang dilimpah oleh NYA kepada kita..

aku telah banyak mensia-siakan hari-hari di tahun-tahun lepas...
ya rahman, ya rahim, ampunlah diriku yang sentiasa berada dalam kerugian ini...

begitu juga juga kepada orang-orang kesayangan aku... dan tentunya anda juga...
semoga tahun ini penuh dengan keberkatan dan keredhaanNYA..
amin...





Thursday, December 17, 2009

pergilah kamu semua


HA: kamu tidak seharusnya hadir disaat ini, Air Mata!
AM: Lara telah membuka ruang. aku hadir atas rintihannya.
HA: kamu harus pulang! sekarang!
AM: aku akan pulang jika Lara ikut bersama.
HA: kamu ambillah Lara pergi! aku tidak mahukannya!
AM: tidak. Lara mahu bersama kamu.


--------------------------------------

pergi jauh dari aku Lara!
aku tidak mahu kamu berlama-lama di sini.
aku hanya memanggil kamu sekejap saja.
cukuplah untuk tempoh ini.
pergi Lara!
atau aku akan memBUNUHmu terus!


------------------------------------

Lara datang hanya kerna Hatimu telah menjemputnya.
suruhlah saja Hati kamu membawanya pergi.
tidak usah sampai perlu mematikannya.
kerna nanti, Hati kamu akan mati.
mati kerja tiada lagi Jiwa.
seperti hati-hati yang memenuhi dunia dengki ini.



------------------------------------




p/s: aku hanya mampu mengarut seperti ini kalau aku sedang bersedih....

p/s: ini aku tules semalam. hari ini aku sudah seperti aku yang biasa....




Wednesday, December 16, 2009

ia mengalir lagi




ia mengalir lagi
tanpa aku tahu dimana pangkalnya
dimana penghujungnya
tidak seperti hujan yang mencurah tika ini
yang aku tahu dari mana ia datang
ke mana ia akan pergi

ia mengalir lagi
tanpa aku tahu sebab musababnya
telah pun demikian rupanya
aku tetap takut untuk mencari jawapannya
kerna aku takut akan hakikatnya
yang mungkin akan merobek jiwaku

aku terus melangkah
melangkah dalam kepura-puraan



Tuesday, December 15, 2009

gambar pasport


siang tadi, aku ada kena tangkap gambar pasport.
hasilnya? seperti biasa. tak brapa nak puas hati.
bila setiap kali gambar pasport diambil... pasti...

1. pipi kembung tak boleh nak sembunyi kot mana.
2. senyuman pelekat senget sebelah.
3. kerongsang bawah dagu senget sebelah.


haih.

tapi... kulit aku nampak cam licin. pandai depa edit.



p/s: pasni, rasanya entry-entry aku susah nak ada gambo. kamera belum keluar wad. haih haih.




Monday, December 14, 2009

sijil

laporan terkini dari tempat pertapaan.

jam 12 tgh malam.
lagu yang diulang-ulang: biar jiwa, fynn jamal.
aktiviti: belek-belek sijil-sijil. thesis tolak tepi sat.



dalam dok belek-belek sijil ni, aku ada jumpa perkara-perkara yang tak brapa logik dek akal dan menyedihkan...
contohnya...

1. sijil berhenti sekolah menengah. sek men keb putra. ruang jawatan khas, ada tules, ketua tingkatan 5A. apasal aku tiada ingatan tentang aku penah pegang jawatan tu? nampak sangat aku tak buat bakti apa-apa kat kelas... dan tak buat kerja gamaknya...lawan cikgu kelas ada la aku ingat.
2. sijil pendidikan seni pmr. aku dapat A. camna boleh dapat A pon tak tau. tangan dari dulu sampai sekarang kiat. aku saspek cikgu zaiton bagi semua orang dapat A.
3. sijil jamboree. ya aku budak pengakap. BIMP-EAGA jamboree 2000 dan 18th asia pacific jamboree 1997. kena gigit dengan anai-anai. masa tu simpan dalam almeri kat umah. anai-anai buat border lekuk-lekuk tambahan. sedih tul. bukan tu ja... banyak lagi yang kena gigit ngan anai-anai.







Sunday, December 13, 2009

arix ke-25

tanggal
13 disember 1984,
aku dah berumo 8 bulan lebih kurang...
tapi...
arix baru saja celek mata tengok dunia.....

hepi 25th besday arix sayang!!!
moga hang panjang umo, murah rezki, sehat selalu, riang-ria selalu, awet muda selalu dan dapat apa yang hang hajatkan....



ikut arah jam: 1. (yang ada ceri) black forest. 2. blueberi cheese. 3. marble cheese. 4. cokolat strawberi. 5. yogurt cheese. 6. cheese-cake-lupa-nama. 7. oreo cheese. 8. caramel cream cheese. 9. espresso cheese. 10. cokolat cheese. 11. peach cream. 12. mango delight.


kejutan berjaya dibuat. sambut kat laluan antara skol seni dan dewan budaya... kawasan yang sentiasa nampak cantik dimata...







p/s: kejutan dibuat pada lewat malam hari jumaat.. awal 1 hari lebih skit sebab weekend arix balik kampung....

aini dah 25

semalam,
12 disember 2009.
aini dah jadi 25 tahun.

aku doakan ko panjang umo, murah rezki, sehat selalu, riang selalu, dan dapat apa yang ko inginkan dan idamkan.... amin....

muah muah.










decembers

bulan 12 nih, bukan saja ada terima banyak panggilan kenduri kawen....

malah ramai orang-orang kesayangan aku sambut hari jadi mereka pada bulan 12 nih...


decembers:
1. 7/12: The-Big-Bos. aku lupa nak wish... sampai sekarang tak wish-wish lagi... dah terlambat sangat rasanya... tunggu tahun depan kalau tak lupa lagi...
2. 12/12: aini comel.
3. 13/12: arix. berjaya buat kejutan. yehoo..
4. 23/12: zati. kena pakat pike nak buat kejutan cammana lak.
5. 29/12: mak aku.






Friday, December 11, 2009

mereka

aku mahu melakukan perkara yang aku suka.
aku mahu pergi ke tempat yang aku inginkan.
aku mahu hidup dengan cara aku sendiri.
aku mahu menjadi seperti mereka.

walaupun aku tidak tahu apakah realiti hidup mereka.
yang aku nampak hanyalah kebebasan dan kegembiraan yang mereka kecapi.

ya. aku mahu jadi seperti mereka.
mereka yang tidak dibelenggu.
walaupun mungkin sisi bebas mereka yang aku nampak hanyalah tipu dusta belaka.

tapi aku tidak boleh jadi seperti mereka.
kerna aku perlu pasrah.
pasrah dengan realiti kehidupan sendiri.






options yang ada...

dulu aku mempunyi options....
1. give up.
2. dont give up.



skarang ada options baru..
1. finish it.
2. finish it.







lemon & tea

addiction yang terbaru.....







langgar

janji cuti blogging...


hari ini datang lab, setelah 4 hari tak kuar bilik, meskipun untuk ke cafe...

datang lab sebab nak bagi sokongan moral kat kak azi.
dia ada seminar kat skol hari ini.

demi membela kak azi di hadapan Bos-No-2 berkenaan buah tangan tadi...
aku dah kena sebijik...


eh engkau, bongok!!


adei..



engkau, tak penah nangis depan aku lagi kan?


ohh mak!


tak jadi aku nak laksanakan niat asal bila jumpa dia...
aku ingat nak mintak lanjut tempoh percubaan pertapaan...

maknanya... aku harus abaikan saja niat itu...












Friday, December 04, 2009

the beatles


aku klem yang aku ni peminat the beatles...
the beatles berada no 2 dalam carta band kegemaran...

klem ini dibuat tanpa segan silu berdasarkan kesukaan aku terhadap semua lagu the beatles dalam album let it be naked..
dan juga beberapa lagu mereka yang dari album lain...

tapi....
setelah aku mendengar beratus-ratus lagu the beatles, yang di-copy dari The-Fourth...
aku rasa, aku tak patut letak the beatles kat no 2 dalam carta band kegemaran...

sebab...
ada banyak jugak lagu-lagu mereka yang aku tak suka.. tak gemar..


---------------------------------

aku telah copy beratus-ratus lagu the beatles dan lagu-lagu dari album mika yang baru sebagai teman di kala aku bertapa nanti...

skarang sangat layan lagu:
1. eleanor rigby, the beatles.
2. love you to, the beatles.
3. getting better, the beatles.
4. ring ring, mika.
5. rain, mika.
6. i see you, mika.

trima kaseh kepada zati, The-Fourth dan kawan-The-Fourth-yang-aku-tak-kenai kerna bagi copi lagu-lagu yang best itu...


------------------------------


aku mahu mulakan cuti dari blogging...
aku serius.
daaaa..



go!

mulai esok, aku akan bertapa...
menules tesis..


blogging?
CUTI.

tidur siang?
TAK BOLEH.

tidur awal?
PUN TAK BOLEH.

tidur 6-8 jam sehari?
LAGI LA TAK BOLEH.

3 kali aku ulang pasal tidur. nampak sangat aku suka tidur.. muhaha.


diet?
ON LAGI. pasti...

datang lab?
CUTI KEJAP.

tengok wayang?
TAK SEMPAT.. nanti nanti laa.

huha huha sana sini?
JUGA TAK SEMPAT....



alaaaa.. percubaan seminggu saja...

wish me good luck k.


daaaa.




p/s: kalau percubaan pertama ini berjaya... nanti lain kali, aku boleh mintak tempoh pertapaan yang lebih panjang dari Bos-No-2.. ni orang panggil, bagi betis nak paha...





Thursday, December 03, 2009

get set


kerja-kerja mengangkut semua buku dan segala macam benda yang rasa nak guna nanti dalam tempoh penulisan aku ditempat pertapaan itu, sedang dijalankan. kali ini aku memang serius. betul serius.





harap maklum.





p/s: tiba-tiba tadi dapat tau Bos-No-2 akan cuti dari 14-22 disember, dia nak ke egypt. nak pi tengok budak-budak usm buat LI kat sana...





Wednesday, December 02, 2009

on your mark

aku telah meminta sesuatu dari Bos-No-2...
sesuatu yang dia jarang nak bagi, dia kata laa...
Bos-No-2 telah bersetuju untuk memberi tempoh percubaan..
sebagai bukti dan balasannya......

aku kena bagi kat dia chapter 1, 2 dan 3 pada 14 disember ni...

chapter 1: pengenalan. sudah 100% siap. positif. tak payah risau dah.
chapter 2: literature review. aku kena rombak balik semua. start dari 0. aku mampus la.
chapter 3: experimental. separa siap. banyak kena edit. aku tipu Bos-No-2 kata chapter 3 ni dah siap. lagi mampus la aku...

dan....
aku kena siapkan ini dalam masa lebih kurang 10 hari saja. 2 3 hari ni, sibuk dengan kerja-kerja mengemas lab pulak....


kesimpulannya: aku harap aku tak mampus. pengsan pun jangan. janji dengan Bos-No-2 ni, tak boleh buat main. kalau berjanji dengan The-Big-Bos, dia lupa, aku buat-buat lupa.. ngeh ngeh.




-----------------------------------------------

sebelum kau buat perkara yang kau minta tu, aku nak kau kemas lab kau tu. nama ja penghuni dia perempuan, tapi comot. comot macam kau jugak.


----------------------------------------------






mahu kurang berat badan.. lagi ha?


last week,
terbaca iklan kellogg's special k diet. makan 2 kali sehari selama 2 minggu, boleh kurangkan saiz jeans...
.
.
semalam,
dengar cerita fir. cerita kejayaan diet dan senaman dia. dia berjaya kurangkn berat badan berbelas-belas kilo dalam masa 2 bulan lebih-lebih.
.
.
hari ini,
1. mulakan kembali cabaran 45 hari no-nasi. masa percubaan pertama cabaran ini dulu, hanya mampu bertahan tak makan nasi selama 18 hari je.
2. pi tesco, cari kellogg's special k cereal. dan beli juga benda-benda yang low fat.
3. masa nak keluar dari tesco, promoter bizzy body slimming mai bagi free tretment voucher. aku amik, tunggu lagi?... pastu dengar skit dia cakap. sedaq-sedaq aku dah bok keluaq duit, nak ikuti 1 day slimming treatment.
.
.
cepat terpengaruh bukan???
.
.

kena pindah bilik rehat




sebab ada renovation.

bab nak kemas barang dan angkut barang yang aku tak suka kalau pindah-pindah ni..
bukan skit barang-barang dari bilik rehat/solat/menulis/makan/tidur tu...
buku-buku. fail-fail. paper-paper. segala mak nenek stationery. bantal kecik bantal besar. toto. kapet. bekas makanan. pinggan mangkuk. makanan yang bertin-tin, berpaket-paket, berbalang-balang. balang ikan. baju tido. baju renang. toiletries. gitar-yang-aku-tak-pandai-pandai-nak-petik. dan banyak lagi...
nak lempaq kemana semua tu?

akan kena pindah sementara ke bilik lain. bilik yang lebih kecil pastinya..


p/s: naseb baik Bos-No-2 tak ingat yang dia penah suruh aku pindah ke bilik rehat sebelah opis dia..




Tuesday, December 01, 2009

disember dah oi

bila masuk bulan disember....

1. semua majalah yang aku beli, cerita pasal party. makeup p party. baju p party.
2. semua majalah yang mak aku beli, cerita pasal kenduri kawen. gubah hantaran. baju kawen. resepi lauk kawen.
3. kebanyakkan kawan-kawan aku kat skol kimia ni akan kata.. dah masuk bulan 12 kan.. cepat masa berlalu.. ntah apa yang aku buat.