Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Saturday, October 30, 2010

perkara yang boleh bikin panas hati

dalam masa tak sampai 20min,
aku dah 3 kali reset password facebook.

apa jadah.

so aku dah malas nak main fb.
kalau korang ada tulis kat wall aku ka, hantaq email kat fb, bagi komen ka.
sori banyak2. aku dah jadi malas nak bukak fb. nak kena reset password lagi.
kali terakhir aku tukaq pon, password dia pon dah mencerminkan aku marah. daje.






eh. daje bukan password fb aku. password terkini aku dah tak ingat. sebab main letak sumpah seranah sebab dah geram.

Thursday, October 28, 2010

senja ahad lalu



ini gambaq hari ahad juga.
lepas penat jalan kaki dari jeti ke centre point, kami naik bas bayaq 5kupang sekepala balik semula ke jeti. dalam kul 5ptg lebih kurang.
kami simpan barang kat sana dan janji dengan agus pon kat sana.
agus datang lambat skit. jadinya sempatlah aku tengok matahari senja kat jeti dan sepanjang jalan tepi laut tu.
dari jeti, kami terus hantaq tetamu dari kuching ke epot.







































aku suka masak, tapi tak pandai masak: masak buboq nasik senang


aini pi umah mak teh dia sampai ahad ni.
tinggai aku sorang.
jadinya, masak buboq nasik saja tuk makan tengah hari hari ni.
nak masak nasik aku tak konfiden sangat. selalu jadi tak cukup ayaq. mentah.
dan stok spaghetti dah habes.
masak buboq nasik la senang.
buboq lambok a.k.a kanji pon aku pandai masak. kanji pon senang jugak nak masak.
malam ni, makan mee megi asam laksa kosong. sedap juga tu.
esok plak mungkin bihun goreng. lusa mungkin buboq nasik udang. tulat aini kata nak balik rumah. mungkin baru aku boleh makan nasik. ekekekekk.
lagipun, makan nasik sorang2 tak best. walaupun ditemani tv yang setia.
:
:
:
:
:
p/s: aku selalu dok kata aku tak reti masak nasik. tapi hari tu, aku masak nasik lemak sorang2 jadi saja. walaupun mula2 tu mentah tak cukup ayaq (cam besa la), tapi lepas tambah ayaq dan tranfer pi dapoq gas, jadi jugak lah.
:
:
p/s: tengok buboq nasik aku, ada bawang putih goreng. punyalah suka makan bawang putih.
:
:: *-* ::

kalau mai kk, orang akan membeli di pasar filipin

ni kuda laut kering.
baik tuk kesihatan lelaki.
kalau binatang exotik ni, kebanyakkannya tuk lelaki kan.
sian kat kuda laut.


kami balik dari pulau kul 2ptg.
boleh pilih nak balik kul 1, 2, 3, atau 4ptg.
kami pilih kul 2ptg sebab tetamu dari kuching nak jenjalan sekitar town.
so jalan kaki dari jeti sampai ke centre point.
singgah kat pasar malam sebelah pasar pilipin.
singgah makan bakso dan abc. dan jalan2 tengok apa orang sabah juai tuk makan.
aish. teruja tengok udang besaq2.
kesian pon ada bila tengok ikan color biru dibuat bakaq. bila bakaq, tinggai ekoq ja ada color biru.
















Tuesday, October 26, 2010

pulau manukan







mesti pilih manukan juga sebab sini ada surau dan kemudahan yang lebih banyak.
pi manukan aku pasang niat nak kasi ikan makan dan nak melilau pusing pulau tangkap gambaq sebab dari pengalaman dulu. sini coral tak banyak dah.
pulau besaq, banyak kemudahan, ramai orang, coral mesti banyak mati kena pijak.
masa turun dari bot. ada nampak orang baling roti ke dalam ayaq. ramai la ikan berkerumun berebut roti. ssyyoookkk tengok.
sekali aspalela cakap dah tak boleh bagi ikan makan dah. ni depa langgaq peraturan nih.
kami pon dengan tak percaya tanya pasaipa, dulu boleh.
(dulu kami mai, acara beri ikan makan adalah acara feveret orang ramai. roti pon ada juai kat situ tuk bagi ikan makan. kami mai manukan pon kali ni nak bagi ikan makan sebab dulu tak dapat bagi puas2 dan tengok ikan berebut roti sepuasnya. kami beli sebuku roti yang besaq punya beda nak bagi ikan makan.)
sekali lagi kami ditanya soalan yang sama.. dulu tu bila yang kamu datang?
kami jawap tahun lepas.
dia juga jawap tenang... itu tahun lepas, sekarang dah tak boleh sebab roti2 tu mempunyai chemicals dan bila ikan makan, najis yang dikeluarkannya akan merosakkan coral.
oooooo. kami bagi big OOOOO..
tahun lepas.... rasa macam baru bulan lepas kami pi dulu. cepat betui masa berlalu.
bila kami jalan menuju ke pulau. barulah nampak papan tanda seperti dibawah.
OOOOOO OK. sebagai pencinta alam. kami kena patuh.





dan seperti aku cakap tadi, niat aku ke manukan kali ni lebih ke nak bagi ikan makan dan tangkap gambaq.
oleh kerna dah tak boleh dah nak kasi ikan makan, maka aku nak pusing pulau tangkap gambaq saja.
tahun lepas tak sempat nak tangkap gambaq kat pulau manukan sebab kejadian kamera rosak masuk pasir kat pulau sapi.



aku malas nak turun dalam ayaq.
sebab (1) tak da coral nak tengok, (2) tak da sapa nak bawak pi tengok ikan, lifeguard kat sini cam tak best. lagi dari pengalaman tahun lepas. walaupun dah terbukti pengalaman tahun lepas tak boleh dah nak pakai sangat.

aini paksa jugak turun. tetamu dari kuching lepas letak barang terus terjun laut.
aku pun ikutlah aini. pakai snorkel dan mask saja. berendam saja. pastu mai aspalela tanya awat tak pakai fins. dia suruh pakai, nanti dia bawak kami snorkeling. aku pon malas2 pi amik juga lah fins.
mai plak si tetamu dari kuching ajak kami snorkeling bawah jeti. sebab situ banyak ikan. aku tau banyak ikan tapi aspalela tidak kelihatan lagi. kata nak bawa kami snorkeling.
tetamu dari kuching tawarkan diri nak bawa. dia nak bawak??? biaq betui??
dia kata boleh, tapi jangan pegang dia. jangan pegang tangan, jangan pegang kaki. ekekekekek.
kat mana nak pegang kalau camtu??
ok pegang tali kat lifejaket.
ok. rasa selamat juga lah walaupun pegang lifejaket saja.
tapi dia ni ada masalah kompius nak bernafas guna snorkel tu. selalu la dia dok kaleh2 badan.
kami pon kena la juga kaleh2 badan. sat meniarap, sat terlentang. aish. ni masalah besaq buat aku ni. tapi aku cuba releks...
releks husna releks..
tenangkan fikiran anda...

bila sampai kat bawah jeti dan tengok ikan..
aspalela pon datang.
dia pon bawak kami ke sebelah jeti yang satu lagi.
(kalau kat manukan, kalau kita turun bot dan berjalan atas jeti menuju ke pulau, sebelah kanan saja yang penuh orang. sebelah kiri tak dak orang)
aspalela bawak kami ke sebelah kiri jeti.
kat situ aku dan aini terkejut sebab ada lebih banyak coral berbanding mamutik.
coral yang kami nampak lebih kurang sama dengan apa yang kami tengok dekat pulau sapai tahun lepas.
syiiioookkk gila. puas hati gila.
kami tak sangka manukan ada coral yang cantik2 lagi. sebab ramai orang tahu yang manukan bukan ada bayak coral dah.
oh time mcam ni lah rasa bertuah sebab kenai aspalela si pemandu bot yang baik.
rasa berbaloi kalau mengaku tak pandai berenang. ekekekekekkek.

tapi,
apa yang buat lawatan ke pulau, lawatan ke manukan kali ini lebih berbaloi dan seronok berbanding lawatan ke pulau2 yang sebelum ini adalah...
aku MAKIN konfiden dalam ayaq. rasa seronok berendam dalam ayaq masin kaki tak boleh jijak apa2.
sebelum ni, aku hanya suka ke pulau sebab boleh buat aktiviti snorkeling dan boleh tengok coral yang cantik2, yang selama ni boleh tengok dalam majalah dan tv saja.
lawatan ke manukan kali ni mengubah segala rasa aku terhadap laut bebas.
aku makin enjoy berada dalam ayaq. makin releks bila dok dalam ayaq.
kalau sebelum ni, aku agak panik, stress dan takut bila aku perlu angkat kepala atau ambil nafas dengan hidung atau perlu tegakkan badan semula.
segala2nya berpunca dari tindakan aspalela meninggalkan kami sekejap ditengah2 laut sebab dia ada benda nak buat dengan kawan dia. masa tu, kami agak jauh dari pantai, bawah kaki kami ada coral dan ikan yang cantik.
bila aku kalihkan badan aku untuk menelentang, aku perasan yang kami dok dalam ayaq yang jernih. kaki pon nampak. ikan pon nampak dok berenang kat sekeliling.
masa tu aku lupa aku ni ada masalah dengan ayaq.

aish. cerita panjang2 buat apa tatau. secara ringkasnya, aku dah makin konfiden dok dalam ayaq. tak perlu lagi nak kena pegang orang kalau nak kalih2 badan. dan siap berenang sendiri balik ke pandai. kebetulan ayaq laut tenang saja. berenang sampai rasa lenguh kaki esok hari nya. punyalah syok sebab dah makin berani dok dalam laut.

nampak gayanya, kena la terjun laut selalu, kenalah pi pulau selalu. supaya makin berani dengan ayaq laut. ekekekkekek. apakah itu.

oh ya. dipendekkan cerita juga. tak dapat jugalah nak tangkap gambaq pulau manukan kali ni. tak sempat. sejam lebih jugalah dok dalam ayaq. naik pon hanya sempat pi mandi dan solat saja. tak sempat nak pusing2 pulau. nampak gayanya... kena la pi manukan lagi. ekekekekekk.

ni jalah gambaq yang aku sempat ambik.




pulau mamutik

hari ahad.
aku dan aini bawa tetamu dari kuching ke pulau. kami pilih mamutik dan manukan.
agus tak ikut. hari ahad, dia ada tanggungjawap pada agama bangsa dan negara. kami panggil dia imam muda.
kami tuju mamutik dulu. sebab dari pengalaman yang lalu, pi pulau kecik dulu, pastu baru pi pulau besaq. konon2 kurang sesak. dan mamutik sememangnya pulau paling kecik antara 5 pulau yang termasuk dalam tunku abdul rahman park.
sekali, bila sampai, mamutik ramai orang. mungkin sebab ahad kot. dulu kami pi hari sabtu.





seperti selalu lah.
untuk buat aktiviti snorkeling, kami cari lifeguard. ekekekkek.
dan seperti biasalah, mereka ok saja.
kami mintak nak guna pelampung (lifebuoy), macam kami guna kat mabul dulu. lifeguard boleh bawak 2 hingga 3 orang sekali gus.
tapi depa kata tak mau guna. nak bawak sorang2. adeh. ada tetamu dari kuching kami tak boleh tunjuk gatai sangat. ekekekekek. kami suruh jugak bawak kami semua. sebab mau tangkap gambaq ramai2 dalam ayaq.
lifeguard tu pun layan saja kami nih. dia pon ajaq camna nak kalihkan badan dari keadaan meniarap ke menelentang. dan yang penting releks.
aku ni penakut dengan ayaq dan memang ada masalah nak terbalikkan badan dan nak tegakkan badan balik. kalau penat tengok coral dan gigit snorkel, mula la gelabah nak angkat muka camna tak tau. mulalah tangan kena capai sesuatu. selalunya aini lah yang menjadi mangsa aku. ekekekek.
tapi tuk kali ni, aku cuba juga tuk prektis.





lifeguard tu bawak kami tengok coral. lama jugalah. dia pon baik dan jenis layan saja. macam yang kami jumpa kat pulau sapi tahun lepas juga.
tetamu dari kuching ikut kami snorkeling kat belakang. ada lah sesi bergambaq dalam ayaq bersama ikan2 yang berkerumun sebab kami bagi roti, guna kamera yang aku beli atas airasia. sesi kena gigit dengan ikan pon ada juga.
ada 1 kawasan tu, kami kena gigit dengan jelly bugs. pedih siot. muka tangan kaki, semua jelly bugs gigit. tapi kami tak dapat la tengok camna rupa jelly bugs tu, sebab nama pon jelly dan bugs. mestilah transparen dan haluih. tapi lepas tu ok saja. takdak kesan pon.





sesi snorkeling kat mamutik ni, aku tak puas hati sangat.
sebab sebelum pi mamutik, aku bajet tempat ni banyak coral. lebih banyak dari pulau sapi. sebab aku ingatkan mamutik ni kurang popular berbanding sapi dan manukan.
lepas saja habes snorkeling, aku tanya kat lifeguard apasal coral kat sini lebih skit dari sapi.
dia kata sapi lagi skit dari mamutik dan tanya bila aku pi sapi tu.
aku jawap tahun lepas.
lalu dia berkata dengan tenang... itu tahun lepas, sekarang sapi punya coral pun dah banyak mati.
haaa??? sebagai pencinta coral. aku sedih...




kami sampai terus terjun masuk laut.
lepas snorkeling bersama lifeguard, baru kami naik makan.
lepas makan, aku pi tangkap gambaq skit.
tak banyak gambaq aku tangkap. dan idea tangkap gambaq pon guna tahun lepas punya.
aku ni ada konflik skit kalau mai pulau. konflik sama ada nak bergambaq macam2 gaya dan sudut atau nak bergembira dan berbasahan dalam ayaq laut.
aku selalu pilih bergembira dalam ayaq. kamera tolak tepi.
lepas makan dan tangkap gambaq, aku dan aini terjun laut lagi.
kali ni main2 dekat pantai saja. berendam sambil pakai snorkel dan mask di kawasan yang kaki boleh cecah saja. kalau kaki tak sentuh pasiaq, mula nak panik. ekekekekkek















sebelum kami pi, kami kontek aspalela.
pemandu bot yang kami jumpa tahun lepas.
dan kami jugak beli tiket dari kompeni asapalela.
masa nak pi pulau manukan, kami naik dengan aspalela.
dalam perjalanan nak pi manukan, kami jumpa 2 ekor burung yang tengah terbang rendah di permukaan ayaq. burung tersebut tengah tangkap ikan. aspalela pon berhenti bot sekejap tuk turunkan mata kail mengambil peluang yang terbuka. kami dapat juga lah tengok ikan2 melompat2 dari permukaan air sebab nak larikan diri dari burung. kawanan burung pon makin besaq. dari 2 ekor jadi 3. jadi 4.
















ok. untuk tahun ni, kami bayaq...
rm 25 tuk 2 pulau.
rm 25 tuk sewa snorkel, mask, fins dan lifejaket.
rm 3 tuk jetty fees. (rm 7 tuk biasa, rm 3 tuk student).
rm 3 tuk tunku abdul rahman park entrance fee.




untuk yang suka snorkeling tapi tak tau berenang atau takut dengan ayaq macam aku..
ajaklah lifeguard teman. depa mau saja.

kalau pandai berenang dan tak takut dengan ayaq, boleh jugak ajak lifeguard.
sebab depa akan bawak ke tempat yang lebih jauh dari pantai. kadang2 boleh melepasi had yang sepatutnya. pergi snorkeling lebih jauh bermakna, lebih cantiklah coral. lebih banyak lah coral.









oh ya...
disposable waterproof kamera airasia yang aku beli tu.
hampeh. case tak kejap. masuk ayaq. kodak kena ayaq.



p/s: lifeguard itu mau tolong cari kawan dia yang ada buat promo ke pulau mantanani. kot2 kami boleh dapat pakej murah...