Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, May 31, 2011

isu #1: Gosip

ini hal yang aku perhatikan sekian lama.

gosip.
ada orang suka bergosip. ada orang tak suka bergosip.

aku suka bergosip.
bergosip dalam definasi aku sendiri.
bergosip dengan cara aku sendiri.

dalam definasi aku,
aku pecahkan gosip kepada dua jenis.

jenis 1: bergosip=meluahkan perasaan.
yakni kita bercerita tentang seseorang yang kita tidak berpuas hati, yang kita marahkan.
benda2 yang kita marahkan atau tidak berpuas hati, kita kena luahkan pada seseorang.
kalau tak kepada orang yang kita tidak puas hati itu sendiri, kita luahkan kepada orang2 terdekat.
benda2 macam ni, kalau tak luahkan, akan tersimpan dalam hati, dan akhirnya akan membawa penyakit.
simpan, simpan, dendam, dendam. lepas tu, boom meletup.
kan dah susah.

jenis 2: bergosip=mengumpat.
memburuk-burukan orang. membuat orang lain benci kepada orang yang kita benci.

gosip jenis 1 dan jenis 2 ni, agak susah untuk bezakan.
kedua nampak sama, cerita tak baik pasal orang.
melainkan kita tahu sikap sebenar orang yang bergosip itu,
melainkan niat si pendengar dan si pencerita adalah betul.
nak meluahkan perasaan, bukan nak buat orang lain benci sama.
itu yang aku rasa setakat ini.

ok.
kita ambil contoh.
ada kawan, bercerita pong pang pong pang pasal seniornya.
pong pang pong pang pasal perangai senior yang dia tidak berpuas hati.
kalau orang yang mendengar, boleh kategorikan gosip itu jenis 1 atau jenis 2.
kalau orang yang mendengar itu tahu perangai kawan dia tu macamna, kawan ni jenis baik, bukan jenis nak jaja2 cerita, dia pon nampak juga perangai seniornya macamna, dia akan rasa, kawan dia ni cuma nak meluahkan perasaan.
tapi untuk orang yang tak kenal hati budi orang meluahkan perasaan itu, dia akan rasa orang itu suka buruk2kan orang lain. suka mengumpat.

jadi, aku simpulkan, kalau kita nak meluahkan perasaan, luahkan pada orang yang rapat dengan kita.
yang tahu perangai kita macamna.

kalau silap luahkan kepada orang yang tak kenal kita,
mereka akan rasa kita mengumpat.
yang mereka yang mendegar juga bukannya ikhlas.
tidak akan cuba faham dan masih tiada sensitiviti.
lepas kita cerita pong pang pong pang hal orang itu, dia masih tak sensitif.
ada saja dia nak perangat perasaan marah dan benci kita pada seseorang.
kalau sensitif, kalau faham, dia tak akan cuba untuk kaitkan kita dengan seseorang yang kita benci tu.

hal perangat ni pun aku selalu jugak tengok.
inilah yang aku kategorikan gosip jenis 2. gosip mengumpat.

contohnya,
dia tahu kita dan rakan2 kita sangat tak suka pada si X ni.
lepas tu, ada masa2 tertentu, dia akan bawa cerita pasal si X ni.
apa si X ni buat, apa si X ni kata.
dengan harapan untuk kita luahkan perasaan kita pasal si X tu.
nak kita kata, "tu lah yang aku tak suka tu. hari tu kan dia bla bla bla".
orang macam tu cuma nak perangat, cuma nak berseronok2 dengar orang marah2.
dia rasa kelakar. dia enjoy.
orang jenis nak bergosip jenis 2 nih, bukan sensitif.
dan dia tak akan cuba faham apa yang kita rasa terhadap si X.

hat orang yang suka dengar sebab seronok tengok orang marah2 ni memang aku boleh hangin tengok.
kadang2 orang macam ni, saja mendengar, lepas tu, nak menyampai ke kumpulan lain pulak.
kalau lagi teruk, nak laga2 kan orang pulak.



jadi kesimpulannya,
ikutlah niat kita bergosip macamna.
kalau kita bercerita hanya nak luahkan perasaan, ok aku rasa.
kalau kita mendegar sebab nak meringankan beban perasaan orang tu, dan lepas tu, hal itu kita simpan, ok aku rasa.
tapi,
kalau kita bercerita sebab nak buat orang lain membenci, sebab nak perangat perasaan benci orang lain, itu tak ok.
kalau kita mendengar sebab kita enjoy, sebab kita nak ketawa2, kalau kita nak have fun, kalau kita nak seseorang itu nampak seperti kaki mengeji, itu tak ok.




bab gosip artis lain pulak.
itu, nanti2 aku cerita.

Monday, May 30, 2011

entry isu

bila semakin tua ni,
ada banyak yang kita nampak.
ada banyak yang kita fikirkan.

begitu juga dengan aku.

tapi aku jarang sekali nak tulis atau bincangkan sesuatu isu dalam blog aku.
blog aku lebih ke arah merapu.
kemerapuan yang aku lakukan, kemerapuan yang aku fikirkan.

tapi,
kadang2, aku ada rasa nak cerita pasal sesuatu isu yang terlintas dalam pikiran aku.

oleh itu,
aku rasa nak mula tulis skit entry2 yang bersifat isu.
bersifat serius.

isu2 yang akan aku ketengahkan adalah rambang.
ikut hat mana yang aku terlintas.
isu semasa ka, isu kurun dulu ka, isu pelajar master yang tak habes2 ka, isu zina ka, isu tukar agama ka, isu mengundi ka, isu ambil dadah untuk berseronok ka, ikut sedap aku lah.

tapi,
aku ada masalah dengan bahasa dan kata-kata.
aku tidak bagus dalam menulis dan berkata-kata.
jadi,
aku mintak maaf awal2 lah, kalau hampa tak paham dengan apa yang aku tuleh.

ok na.
selamat berserius.

fleet foxes (band)

tadi masa dok gaduh mengantuk,
aku bukak youtube, taip a take away show.
kot kot boleh jumpa band2 hat tak besa dengaq dan yang syok2.

maka, terjumpalah dengan band nih.
terus letak band ni no4 dalam senarai band2 hat paling, paliinggg aku suka.
no 4 selepas, coldplay, moriarty dan mumford and sons.

dalam video take away show nih,
lagu pertama, sun giant.
lagu ke-2, blue ridge mountains.
hat lagu ke-2 yang aku paling suka!
asyik betui bila dengaq sambil katup mata.







p/s: time subuh, gelap2, sunyi2, matahari baru nak muncul, bentang yoga mat, buat pilates, sesuai nih guna lagu2 depa. damai dan tenang nak buat pilates.


p/s/s: ceh. bila masa nak pi buat pilates pon tatau. berangan. dah berbulan tak melentur badan, yoga mat pun dah berabuk.

perkara rambang #10

1. masalah mengantuk.
selalu ja ada masalah mengantuk. tapi kali ni lain benar mengantuknya. semuanya bermula dengan hari isnin lepas, pabila aku gantikan tidur malam berbaring dengan duduk tidur atas kerusi di lab. pertukaran yang sangat tidak bijak. gila sakit pinggang, pening kepala, dan otak lembab nak berfikir. lepas hari tu pun, aku masih tidur tak menentu. maka sampai ke hari ni aku masih ada masalah mengantuk yang menggila walaupun dah tidoq 7jam bila sampai kat rumah dari kelantan subuh hari ahad lalu.
rasa macam nak balik tidoq sat. lepas tu mai balik lab.

2. kenduri kawen lagi.
ahad ni, 5 jun, ada kenduri di melaka. tak sure nak pi ke tak.

3. gambaq kenduri lina.
nanti2 aku letak. malas nak copy dan macam tak sempat nak belek-belek dan nak uplod kat sini.

4. akibat mengantuk.
aku sebenaqnya ada lagi benda2 rambang nak tulis sini. tapi dah lupa pulak. kalau dah mengantuk macam ni lah. jadi pelupa dan lembab. ingatkan bukak blog boleh hilangkan mengantuk.

Thursday, May 26, 2011

pi tanah merah, kenduri lina



kenduri hari sabtu.
tapi aku pi hari ni.
mau pi tunjuk rajin apa patut. tolong apa patut.

motif utama,
nak pi jumpa lina saja.
dah lama aku tak jumpa dia sebenaqnya.
ada la kot nak masuk 3 tahun tak jumpa. last bertemu muka, tahun 2008.

ni, aku dan lina masa tahun 2006, final year.




aku dan lina pada tahun 2008.




antara gambaq favourite aku.



ni pon gambaq favourite jugak walaupun tersesat ada si karim.





p/s: dengaq kata, bas yang aku ambil untuk ke tanah merah ada banyak rekod jatuh gaung. doakan aku selamat pi dan selamat balik ok.

Monday, May 23, 2011

diet 10 hari semperna kenduri lina: dah stop



aku berhenti kerana beberapa sebab.
1. tak dak guna aku dok tulis kat sini sebab, tak diet pon. makan macam biasa ja. mungkin lepas ni kena ambil pendekatan senaman sampai semput.
2. dah balik kampung, lagi syok aku makan. makan pulut dengan ikan kering lah (mak abah aku makan dengan mempelam harum manis). makan nasik kul 10mlm lah. macam2 lagi lah.
3. tak larat jugak nak tulis apa aku makan hari2.
4. tak sempat aku nak tulis la ni. la ni aku tengah buat2 bz.

Sunday, May 22, 2011

tengok matahari terbenam dari dalam bas balik kampung



aku balik kampung hari jumaat.
bas aku kul 630 ptg.
dan berlaku jugaklah aksi aku kejaq bas sebab terlambat skit.
nasib baik sempat. tapi penat lo lari sambil galas 3 beg.

naik bas, bas hampir penuh.
dan tempat aku diambil oleh sepasang kekasih.
depa mintak tukaq tempat, tapi aku nak jugak duduk kat tempat aku.
sebab aku dah pilih awal2 nak duduk tepi tingkap sebelah barat.
nak tengok matahari terbenam!







diet 10 hari semperna kenduri lina: day 5





day 5: jumaat, 20 mei 2011.


kalau aku tidoq kat rumah kak timah,
sure aku akan pi lab lambat.
tengok tv dululah, buat kerja2 domestik dululah. kerja2 domestik seperti cuci toilet contohnya.
ada la kot 2 atau 3 kali saja aku pi awai.
kiranya, minggu ni kerja dok p lab lambat.


9.30pg: sarapan.
masa ni dok kat rumah lagi.
minum susu yang dicampur dengan air epal. jadi susu perisa epal.
buah epal malas nak tokak. sumbat masuk beg.

12.00t/h: rizal bawak kek lapis. aku amik sepotong makan.


2.00ptg: makan spagetti.
aku turun dari bas rapid kat gate masjid.
lalu kat masjid, singgah gerai makanan arab yang dibuka pada hari jumaat.
beli spagetti bolognese pak arab 1 tupperware.
niat asal, ingat nak tokak buah epal saja tuk makan tengah hari.

4.00ptg: makan sepotong kek lapis rizal.

jam 6.30ptg, aku balik kampung.
iash. lemah betul balik kampung time diet.
camna nak diet bila kat kampung?
kekdahnya, tak diet lah aku.


10.00mlm: sampai kat rumah.
tuju dapoq, cari nasik.
oh. nikmat.

Friday, May 20, 2011

diet 10 hari semperna kenduri lina: day 4




day 4: khamis, 19 mei 2011.

pi lab lewat.
hari cuti pi awal, hari biasa pi lewat.
itu menunjukkan, memang tiada beza antara hari kerja dan hari cuti untuk seorang student sepenuh masa.
terutamanya student tua sepenuh masa macam nih.
hari kerja, kerja. hari cuti, kerja.
hari kerja, cuti. hari cuti, cuti.
suka hati punya plan kerja dan cuti.


12.00 t/h: makan t/hari di kedai kopi kegemaran.
singgah makan sebelum menapak ke lab.
aku lupa nak makan skit kat bilik sebelum makan t/hari.
aku pilih mee wantan th'ng. ayaq suam + lemon slice.
mee wantan th'ng kat situ ada letak sebijik telur. selalunya aku makan semua bahan yang dia letak. tapi hari ni, aku tak makan telur kuning. sebab telur kuning dia tak masak sepenuhnya.


2.00ptg: kunyah keropok mister potato.

3.30ptg: pi cafe teman arix.
makan dadih cokolat.
beli nescafe original 1 tin. minum di lab.
aku suka minum nescafe dalam tin, sebab lebih sedap, nampak cantik bila letak atas meja dan rasa lebih bergaya bila minum nescafe dari tin sambil buat kerja.
(ya tahu. alasan tak munasabah dan berkos tinggi kalau minum nescafe tin hari2 untuk aku yang tak berduit nih).
dan, beli sekeping cucoq udang + tofu goreng. teringin.

9.30mlm: sampai rumah kak timah.
terus makan cucoq udang yang dibeli petang tu.
gila lapaq masa kat dalam bas nak balik rumah kak timah.
pastu, telan pulak sebijik buah kiwi yang membeku. dah serupa makan aiskrim perisa kiwi.
dan minum minuman epal.


11.30: tangan menggeletaq.
tak sure sama ada sebab aku lapaq atau rasa marah yang timbul bila tonton telefilem odd girl out kat 8tv semalam. rasa nak bagi penampaq sedas dua kat kaki buli tu.
tapi, aku berjaya tahan diri dari selongkaq dapoq kak timah cari megi. yeaah.
dan aku tengok dalam peti ais ada aiskerim kegemaran. dugaan sungguh. berjaya tahan diri jugak.



jumlah air kosong yang diminum: mungkin hanya 1000ml lebih skit. tak boleh jadi sungguh nih.

Thursday, May 19, 2011

when i'll be there, i'll be there (part 2)

eh.
mungkin dia pun dah letih.
mungkin dia pun tak nak macam ni.
cuma tak cakap.
main faham-faham sendiri.
emmm.
elok sangat lah tu.
aku diam.
dia diam.




ahhh.
lantaklah.
tengok lah macam mana nanti.

when i'll be there, i'll be there (part 1)

kalau aku rasa aku nak hubungi, aku hubungi.
kalau aku rasa aku nak layan, aku layan.
kalau aku rasa aku nak buat, aku buat.

bunyi macam pentingkan diri.
tapi itulah yang aku selalu buat.

kalau tanya aku,
kenapa aku buat macam tu.

aku akan jawap,
aku belum bersedia untuk buka hati aku sepenuhnya.

ya, bunyi macam mengarut, mengada-ngada, mereka-reka.
ya, bunyi macam dalam novel yang cerita pasal konflik jiwa.

tapi aku percaya,
kalau sudah bersedia,
kalau sudah terbuka hati,
semuanya akan datang secara semula jadi.
tentu tiada yang disekat-sekat.


mungkin ayat yang lebih mudah untuk difahami adalah,
aku tak mahu.

tapi....


emmm.
ya. aku tahu. bunyi macam keliru.

aini membongkar misteri

sebelum ni,
aku dan aini selalu hairan dan merasa misteri.

apakah persamaan antara dua orang tersebut sampai boleh jadi kawan baik.
walaupun dari segi kerja dan banyak lagi benda lain yang kami nampak, mereka berdua sangat2 lah berbeza.

dan hari ini,
aini telah membongkar rahsia dan misteri tersebut.




**mereka berdua pandai menabur janji-janji manis dan pandai memujuk rayu.




lepas ni,
misteri pasal mereka berdua akan dibongkar 1 per 1.

diet 10 hari semperna kenduri lina: day 3




day 3: rabu, 18 mei 2011.


aku malas nak cerita panjang.

day 3 bermula dengan rancangan diet yang agak baik.
hanya minum horlicks untuk sarapan lewat.

tapi,
diet pada day 3 musnah bila,
aku makan nasik pada jam 430ptg di gerai pecal lele kegemaran.
dan makan beger ayam special + keropok mister potato pada jam 1030mlm.

diet 10 hari semperna kenduri lina: day 2




day 2: selasa, 17 mei 2011.

bangun tidoq, lapaq dah. seperti biasa.
hari cuti, tapi kena pi lab awal jugak. bos suruh mai.
tak sempat nak sarapan, mintak tolong arix beli sarapan kat McD.

11.00pagi: sarapan lewat semasa perjumpaan dengan bos dan lain2.
ingatkan tak dak disediakan makanan.
selepas dengaq taklimat sambil mengantuk, aku dan lain2 makan kuih.
aku makan sebijik donat, sebijik kuih pelita dan sebijik apam.


12.30t/h: makan sarapan McD.
lepas selesai perjumpaan dan aktiviti tangkap gambaq, aku balik ke lab sendirik.
McD yang dibeli oleh arix perlu dimakan. perlu beb.
dah beli kan. pastu tak da sapa dalam lab masa tu. hanya ada arix yang dah kenyang.
aku makan egg mcMuffin, hashbrown, dan 1 cawan kopi yang dah sejuk.


2.30ptg: pi QB.
makan sebijik donat ada cekelat dan 1 cup yogurt.
perut masih kenyang dengan McD, so makan sebijik donat saja.
nasib baik makan sebijik saja. sebab pakat nyesal pi makan kat Jco.
donat big apple tetap dihati.


5.30ptg: makan laksa balik pulau. ada sesat jugak masa cari kedai laksa janggus tu.
beli bungkus, makan kat lab, sebab ramai orang kat gerai.
kalau kat lab boleh makan dengan lebih santai.
aku makan sebungkus laksa dan pisang+ubi goreng.
walaupun jauh pi cari laksa, aku hanya makan sebungkus saja. tapi banyak jugak yang dapat.


10.30: makan 2 sudu laksa milik arix.
dia paksa makan.
"gemok sama-sama lah"- arix.





jumlah air kosong yang diminum: 1100ml. minum skit hari ke-2. tak boleh jadi nih.


kejayaan day 2: tak makan nasik jugak!. tapi day 2 ni perut keja penuh saja. tak betul2 lapaq, dah sumbat. aish.

Wednesday, May 18, 2011

Tuesday, May 17, 2011

hari ini cuti hari wesak

niat nak bangun lewat dihari cuti tidak dapat dilaksanakan.
bos panggil ada perjumpaan group.




tuk tatapan sapa2 yang rindu dengan usm dan skol.
hari yang redup.





pi QB, beli hadiah kawen lina.
lina, saya dah beli hadiah!!
ceh, bagitau siap2.





bila rasa makan kat Jco tak syok,
pi plak cari laksa kat balik pulau nun.
laksa janggus. femes di penang. tapi kalau tanya sedap sangat ka?
jawapannya, "laksa yang mak aku buat lagi sedap".
syok kalau pi balik pulau nih. tiba2 rasa bukan dok penang.
lalu hutan, dusun. nyaman, sejuk mata memandang. nampak laut dan kampung dari atas.
masa kami pi tu, hujan rintik2, ada kabus bila dok tempat tinggi.
ada kabus mungkin sebab baru lepas hujan lebat atau hujan dok rintik2 sepanjang hari. tapi memang nyaman dan sejuk lah masa lalu kat bukit.










harap maaf lah untuk sesiapa yang berharap nak tengok gambaran sebenar kedai makan bernama laksa janggus ni. gambaq tak berapa banyak dan tak bagus.
aku tangkap gambaq pon masa dok tengah beratoq nak beli pisang goreng.

diet 10 hari semperna kenduri lina: day 1




day 1: isnin, 16 mei 2011.

bangun pagi, seperti biasa,
terus rasa lapaq.

8.00pg: makan mamee monster separuh bungkus.
oleh sebab pagi itu aku kalut2 nak pi lab, maka lupa nak sumbat sepeket biskut masuk beg.
dan aku la ni pulak, jenis rasa, aku patut makan pagi. supaya perut aku bekerja jugak skit. jangan sampai tengah hari baru nak bagi dia kerja. bagi dia keja skit2, kalau dak, nanti dia malas.
pagi itu, aku nekat tak mau beli apa2 benda dari cafe. no nasik lemak, no goreng2, no kuih2.
so sumbat skit perut ni dengan separuh paket mamee monster walaupun tau mamee tu bukanlah makanan sihat.

9.00pg: perut mula kriok kriok. cet.

11.00pg: jalan kaki pi makan kat pizza hut.
kalau niat nak diet tu, perut dan tekak ni mulalah nak ngada2. mulalah nak makan macam2. hari biasa takdak pulak nak teringin pelik2.
pi makan awai, tak tahan dengan perut yang dok kriok kriok dengan kadar yang luar dari biasa.
nak cerita pasai pizza hut ni, aku dah lama makan hati dengan pizza hut nih.
ada la kot dah 2 tahun macam tu, aku rasa pizza hut ni dah tak best. saaanngaat jarang nak pi.
dah 3 4 buah kedai pizza hut aku rasa depa ni teruk.
servis teruk, lambat, pekerja main2 ketika kerja, masak cincai, hidang cincai.
tapi, oleh kerna la ni pizza hut tengah buat promo 50% dan arix kata pizza-hut-kat-rumah-dia-ok-oleh-itu-mungkin-pizza-hut-sini-pon-dah-ok, dan juga perut diet ni dok teringin hat benda tak patut tuk makan, aku pi jugak lah.
tapi bila kat sana, aku tak amik hat promo 50% tu pun, ambik hat sensasi delight, hat lama tu.
rasanya hat tu lebih berbaloi.
aku makan, spageti karbonara, sup cendawan, roti 4 batang dan pepsi segelas.

3.00ptg: habeskan separuh lagi mamee monster dan 2 gelung keropok cheezels arix.

5.45ptg: makan malam.
arix ajak pi makan pecal lele. adeh. aku dengan pecal lele ni memang kalah.
sure takleh nak tolak. so, sebelum pi dah prektis, "nasik separuh ya makcik/kak".
tapi nasib baik tukaq plan. arix nak pi kopitiam kegemaran. fuh lega.
aku makan mee wantan spicy sup (mintak less spicy, seperti biasa, dia bagi yang nala punya spicy jugak) dan ayaq suam letak lemon slice.

10.10mlm: amik bau beger bila The-Fourth singgah beli beger.



ayaq kosong aku minum: 2100ml (tak termasuk ayaq suam masa makan malam)


kejayaan pada day 1: tak makan nasik. yeeehhuuuu. aahh. tak kisahlah walaupun dah telan spageti karbonara sepinggan.












p/s: syoknya bercerita pasal makan. mungkin aku boleh buat buku pasal aku dan makanan.

p/s/s: malam sebelum tu, aku dan arix rancak bersembang pasal kenangan makanan ketika kecik serta makanan kegemaran famili.

Monday, May 16, 2011

sebarkan kasih sayang, sebarkan kegembiraan

apa yang kau cuba tunjukan?
dengan berkata2 macam tu.

buat orang tersinggung,
buat orang malu,
buat orang terasa.

melawak pun ada batasnya.
semua orang bukannya sama.
bukan sama macam kau kan.

kalau orang sekeliling yang mendengar pun rasa tak patut,
inikan pula orang yang ditujukan.

kalau kadang2 kau buat, ok, orang boleh kata itu cara kau buat lawak. lawak kasar cara kau.
tapi janganlah selalu.
orang jadi penyampah. orang jadi benci.

daripada keluarkan kata-kata yang boleh sakit hati orang lain,
daripada keluarkan kata-kata besar sebab nak buktikan kau tu juga hebat,
lebih baik kau diam.

benda2 hebat ni,
kalau tak perbesarkan oleh diri sendiri,
kalau diam2,
orang akan tahu juga.
dan orang akan jadi lebih kagum.
itupun kalau kau nak dikagumilah.


janganlah buat orang tak hepi ok!
dan sebarkan lah kasih sayang!


-aku ingatkan diri aku jugak nih.

aku nak diet



hahahahhaha.
awai2 dah gelak.

ok. tapi serius. aku nak diet balik ni.
untuk permulaan, aku nak diet 10 hari dulu.
sebab, 10 hari tu, adalah hari2 sebelum pi kenduri lina.

kalau tak diet,
aku takut nanti tak celuih baju kurung moden aku nanti.

diet stat hari ni,
eh bukan, stat semalam, selepas kunyahan terakhir sandwich pada jam 10 malam tadi.

style diet yang dipilih tuk kali ni,
"kurangkan makan".
aku cubalah tak makan nasik ka. tak makan nasik lemak ka. tak makan malam ka. makan buah banyak2 ka. tak makan langsung ka.
tengoklah camna. ikut ketahanan mental.


Sunday, May 15, 2011

nat geo may 2011



national geographic, may 2011.

nat geo ni, aku beli sekali sekala ja.
selalunya aku dan zati dok beli asian geo.
ntah kenapa, kat kedai dah tak jumpa.
tahun ni tak pernah beli lagi asian geo.
harap2 depa tak berentilah majalah tu.

selalunya,
kalau aku beli mana2 majalah, tak kiralah majalah politik ka, fesyen ka, melancong ka,agama ka,
aku pasti belek majalah dari kulit depan sampai kulit belakang, atau dari kulit belakang sampai kulit depan dulu, sebelum baca betui2.
dan, bila belek nat geo ni tuk 1st round,
aku paling suka artikel pasal rock climbing.

suka sebab:
1. gambaq sangat2 cantik.
ini yang syok pasai majalah2 macam nih. gambaq depa cantik2 dan sangatlah mencabar. tabiklah sama jimmy chin, fotografer tuk artikel nih. gambaq yang paling digemari, gambaq jorgeson dan caldwell dalam 'portaledge'.
2. kagum dengan kehebatan fizikal mereka.
nak boleh kerabat rock macam tu punya free style, gila punya kerja. jenuh nak kekal fit. aku dulu berjaya kerabat rock tiruan dengan menggunakan laluan paling mudah sampai ke atas pun dah kira kejayaan paling mustahil dah.
3. orangnya hensem2.
la ni bagi aku, orang2 yang terlibat dengan sukan rock climbing ni jatuh no 2 selepas orang2 yang terlibat dalam sukan scuba diving, dalam kategori ke-hensem-an. ekekekekek.







gambaq2 dalam arkitel utama pasal australia punya reef,
ok ok saja, tapi gambaq hat bawah ni paling syok.
bila tengok, gila rindu nak terjun laut.





aini, bila nak terjun laut balik??!!
aku rindu nak tengok coral dan ikan!!

kalau dok kat rumah



hujung minggu di rumah kak timah.
nama saja dok rumah, sure makan lebih dari biasa.
pagi, tengah hari, petang, malam, tengah malam, awal pagi.
aku ngan kak timah sama naik.

"ni malas nak dok saja kat rumah ni"-kak timah.


Thursday, May 12, 2011

hujan+sejuk



alhamdulillah, hari ini hujan, setelah 3 4 hari panas terik.
nak keluaq dari lab pon malas.
nak tidoq malam agak susah. panas berkuap.
tidoq kat lab tak pa, sejuk ekon ja memanjang. sampai demam aku pon tak brapa nak boleh kebah lagi.

hujan stat tengah malam tadi.
tidoq pon syok. alhamdulillah.
pagi tadi hujan lebat.
la ni pon sat lebat, sat renyai2. mendung ja memanjang.






tengah aku dok tangkap gambaq2 diatas,
terserempak dengan bos-no-2 di tempat parking.

"eh. kau toksah la tangkap gambar aku.
toksah la nak bodek aku.
kau tu ada banyak salah dengan aku ni.
.
.
.
tapi, mempelam yang kau bagi tu, sedap lah".



:D