Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Saturday, July 25, 2015

30 minggu dan lain cerita

Assalamualaikum.

last entry aku bagitau yang aku dah nak kawen.
entry tahun ni,
nak bagitau,
yang aku, alhamdulillah,
dah 30 minggu pregnant.


lain-lain update?
1. aku dah pindah keluar dari pulau. kembali ke tanah besar awal tahun lalu.
2. pindah=berhenti kerja.
3. sebelum sempat aku nak mintak kerja lain, aku baru tahu aku pregnant.
4. jadi, aku ambil keputusan untuk enjoy 1st pregnancy ni. banyak lepak kat rumah, banyak lepak kat kampung.
5. macam tu ja aku buat keputusan, tanpa back up plan dengan tiada persediaan terutama dari segi kewangan. contohnya, bill credit kad masih on.
6. dan sekarang  aku sudah berkira-kira untuk jadi full time housewife/mom lepas ni.
7. memang kerja gila bila keputusan diambil secara mendadak.
8. ya aku takut dan tidak pasti, dan aku berdoa setiap hari untuk itu.


kalu aku  rajin,
mungkin akan ada lagi next entry.
aku rasa nak tulis pasal aku dah berubah jadi manusia yang aku sendiri tak pernah terfiker akan jadi setelah kawen dan bergelar isteri.
dan rasanya entry-entry itu tidak akan sama emosinya dengan sebelum ini.
aku pun dah lupa apa gaya atau macamana aku tulis blog dulu.

itu kalau rajin lah.

Monday, February 24, 2014

sebulan lebih sikit aku dah nak kawen

itu ja nak cakap.

hahahhaha.

aku dah hampir 5 bulan dok kat pulau baru.
hidup ngan keja ja.
so menatang blog jadi besawang sampai nak jejak kaki pun malas.

keja kat sini merupakan satu fasa yang baru.
sebulan lebih skit, aku nak masuk fasa lain.
dan fasa seterusnya juga aku tengah buat persediaan. kekdahnya, tak mau tunggu lama-lama.

tahun ni aku 30 kot.

gila lah.
hebatlah.
alhamdulillah!


dan
aku rindu penang doh.




Saturday, September 14, 2013

variasiswa 2013/2014

tadi,
masuk usm nak tengok kot kot ada lagi ramli sarip menyanyi.
tapi termasuk tengok variasiswa.

bila masuk,
tengok ada persembahan yang macam canggeh kat atas pentas.
duduk sebentar, dapat teka ini malam untuk 1st year student.
Tanya adik sebelah, ini desa mana, dia cakap cahaya gemilang.

hah.
dulu,
10 tahun lalu,
masa aku 1st year,
sidang 2003/2004,
aku dok gemilang,
dan sidang tahun tu, gemilang menang variasiswa.

untuk siding 2013/2014,
aku harap gemilang menang juga. persembahan depa sangat best.
ini bukan sekadar penilaian berat sebelah bekas penghuni gemilang.

aku cau awai sebelum dapat tahu sapa menang
tapi, aku sempat jugak tengok 2, 3 persembahan.
dewan penuh dengan suara teruja student 1st year.

terus teringat,
macamna rasa sebagai 1st year student.
di usm.
sweet.



hah.
malam ni,
rasa macam acara penutup untuk diri aku,
semperna lebih 10 tahun di usm.


bye bye usm.

Wednesday, August 14, 2013

bend, not break (buku) oleh ping fu

masa mula-mula buka kedai ni,
aku yang susun buku ni kat rak.
dan sekarang, sudah tiba masanya nak return buku ni balik ke supplier.

dah lama buku ni kat atas rak,
dah hampir 3 minggu jugak buku ini di-pull dari rak untuk return,
tapi, baru hari ni aku kalih buku ni, tengok muka belakang, baca sinopsis.

'...... At twenty-five she escaped to the United State; her only resources were $80 in traveller's cheques and three English phrases: thank you, hello and help.....'

terus aku ambil baca.
nak baca ketika kerja bukan boleh sangat.
so aku skip tang cerita pasal kehidupan di china semasa Mao, aku hanya baca tang kehidupan dia di US.

semakin baca, semakin memberi inspirasi.

dah hampir setengah aku baca.
(emm. tak buat keja lain lah. ngehngeh)
ada beberapa perkara yang aku kagum/belajaq/paham.

1. everything is learnable.
konsep ini akan dijumpai dalam banyak buku motivasi. tapi kalau tak paham macamna nak buat, tak guna. aku bernasib baik sebab aku mengalaminya sendiri masa buat master.
tapi, ping fu ini punya 'everything is learnable' sangat ekstrem.
dia sampai ke us, dengan hanya tahu thank you, hello dan help, kat china dia studi sastera cina, matematik yang dia tahu hanya tambah tolak bahagi. lepas setahun kat us, lepas lulus esl, dia sambung master dalam computer programming. tak tahu apa langsung pasal komputer, dan konsep pecahan dalam matematik pun tak tau (ya. pecahan yang tulis nombor  lepas tu buat garis bawah dia dan lepas tu tulis nombor bawah garis tu) inikan pula calculus.
tapi, lepas 5 tahun kat us, dia dah kerja kat national center for supercomputing applications. aku dah cakap, memang ekstrem.
5 tahun tu, aku ambil buat master ja. adeh.

2. jangan menyesal dengan langkah yang diambil, just move forward, dan baiki diri lagi dan lagi.
dia angkat kaki dari master dia yang dia buat dengan hebat sekali tu, dengan hanya tinggal setahun ja lagi nak habes sebab gatai nak ambil undergraduate punya degree. dan dia telah terlepas share company yang bernilai berjuta-juta sebab gatai nak kerja kat company lain yang indah khabar dari rupa.
tapi dia just move forward dan berusaha lebih gigih lagi sampai la ke tempat yang dia berada sekarang.

dengan hampir separuh aku baca buku ni, ada lagi benda yang kagum/belajaq/paham.
tapi tak dapat tulis sekarang ni sebab ni pon aku dok tulis dalam opis.
(salah guna kuasa)
ngahngahngah.
*ha ada customer panggil pulak*

kalau buku ni milik aku,
sure dah penuh dengan conteng-conteng, highligh dan lipat-lipat muka surat sebab nak tanda.



p/s: ha! beli terus. walaupun mahai kedai aku juai!


Saturday, August 10, 2013

Laaa, ya ka?

aku rasa macam nak buat siri entry yang baru.
berkenaan benda-benda yang aku dah lama salah faham/info.

contohnya,
selama ni, aku ingat kaedah rawatan chemotherapy tu kena guna alat macam CT scan,
rupanya guna IV drip.
itupun setelah diberitahu oleh bakal nurse dalam rumah ni semalam.

atau,
sebelum aku membaca majalah fast company yang muka depannya pasal brand j.crew,
aku ingat kan j.crew tu milik jenna lyons.
ya la kan, j.crew, j for jenna.


aduh.
banyak la jugak benda-benda macam ni terjadi kat aku.
hahahhaha.




p/s: tadi baru dok baca chemotherapy wiki.

reunion, batch '77



sampai ke pagi raya ke-3,
kawan-kawan yang aku jumpa hanya zati dan kerol.
yang lain belum sempat.
mungkin sebab utamanya, orang kuat buat aktiviti reunion/konvoi raya tak balik raya kat kampong tahun ni.

tapi semalam,
aku ter-pergi ke reunion batch 1977. bukan sekolah aku punya batch.
gila seronok tengok depa buat reunion.
bawa anak-anak yang dah besaq panjang dan cucu-cucu.
kenalkan pada kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.
syiok!



oh ya.
selamat hari raya tuk semua!!



p/s: eh. sebenaqnya, kalau nak kira batch tahun bila, orang kira tahun kita masuk sekolah atau tahun last kat sekolah? tahun spm contohnya?

Monday, July 15, 2013

tak paham

semalam jumpa malay wedding package kat satu hotel ni,
dalam package tu,
dapat complimentary sebotol sparkling wine.
tak paham.

pastu malam ni,
jumpa cerita pasal transgender youth pulak.
lagi la tak paham.


makin hari,
makin macam-macam cerita pelik yang aku dengaq/tahu/baca/tengok.

naik seram.

Sunday, July 14, 2013

sebak

sejak akhir-akhir ini aku cepat sebak.
bila membaca sesuatu atau tengok sesuatu yang menyentuh hati.

kisah morsi.
video kanak-kanak kebuluran.
kisah orang yang disahkan tak boleh berjalan, boleh berlari kembali.
macam-macam lagi.

kebanyakan melibatkan kegigihan dan ketabahan.
memperjuangan sesuatu. berlawan dengan sesuatu.

berlawan untuk kekal waras.
berlawan untuk bahagia.
berlawan untuk makan.
berlawan untuk hilang ketagihan.
berlawan disini bukanlah melibatkan keganasan.

baru-baru ini,
ada orang yang aku kenal cuba untuk bunuh diri.
aku tak pernah terfikir perkara macam ni akan berlaku kepada orang yang aku kenal.
kalau dengar kisah orang lain, mungkin tidak terkesan.
tapi bila berlaku kepada orang yang kita kenal, sangat sedih rasanya.
sedih bila kita tidak tahu macam mana nak tolong.
sedih bila pikirkan yang dia tidak nampak pilihan lain.
sangat sedih.

orang lain boleh tolong tunjukan jalan,
tapi dia saja yang boleh bantu diri sendiri.
dengan berlawan dan berjuang untuk waras dan bahagia.

setiap orang ada perkara yang diperjuangkan.
jangan sesekali memandang rendah terhadap perkara yang mereka juangkan.
terutama perkara yang kita sudah ada.


p/s: hari ini punya metro, cerita pasal homeless yang dok bawah jambatan. itu aku tak sebak bila baca.
p/s/s: aku percaya kepada kuasa pegangan agama, kuasa akhlak dan kuasa doa.



Saturday, July 06, 2013

georgetown festival 2013: victoria street poject

 
 
pada 29 jun 2013 lalu.
 
banyak aktiviti dalam satu hari. tak dapat nak tengok semua sebab banyak aktiviti berjalan pada waktu yang sama terutamanya aktiviti pada malam hari.
 
 
yang sempat aku pi,
1. MEX (magazine exhibition) di green room, lebuh victoria.
2. domestic evolution di sekeping victoria, lebuh victoria. bahan exhibition aku tak tangkap gambaq sangat sebab dok syok tengok sekeping victoria tu.
3. singapore house di lebuh victoria. aku ada beli buku kat sini.
4. handmade market di hock teik cheng sin temple, lebuh armenian. kat sini aku jadi gila. naseb baik duit dah habes. kalau tak lagi banyak benda aku beli. kat sini aku beli kain dan kasut baby.
5. photobooth (gambaq no 1 diatas). 
6. street! entertainment di sepanjang lebuh armenian. ada gerai ais kepal! gerai-gerai lain dan banyak aktiviti dulu-dulu. dan sempat tengok persembahan drum.
7. akhir sekali, INTRIGUING INSTRUMENT di jalan masjid kapitan keling. dok situ dari jam 630ptg sampai 10mlm. oleh itu persembahan lain tak dapat tengok. persembahan ini mengetengahkan alat-alat musik tradisional dari malaysia, vietnam, thailand dan indonesia. yang paling tak pernah tengok dan dapat menghasilkan bunyi yang best adalah alat musik dari indonesia, sasando dan dari vietnam (tak ingat nama apa alat tu) yang boleh buat musik techno.
 
 
 
























p/s: cuba nak uplod video, tapi tak dapat sebab lambat gila nak diuplod. sebelum ni cuba kat fb, pun tak dapat.

Tuesday, July 02, 2013

kain untuk armchair pertama


ngahngahngah
belajar pun belum.
orang itu pun belum tentu sudi nak ajar aku.

kain dah siap beli.
aku beli kat handmade market masa Victoria street project semperna Georgetown festival pada 29hb jun yang lalu.

masa beli, aku teringat nak buat beg ja.
tapi balik rumah, aku rasa nak simpan tuk buat armchair.
teeheee.

selain tu,
aku ada beli kain yang bercop peta dunia dan kain corak.
yang petak-petak merah tu, dapat free.

peta dunia, nanti nak gantung kat dinding. dinding mana, nanti pikiaq.
kain corak dan kain petak-petak dapat free tu, nanti jugak dipikerkan boleh buat apa dengannya.







aku rasa,
aku dah nak jadi macam mak aku ja ni.
dia punya koleksi kain yang tak berjahit sangat la banyak.
yang berusia 20 tahun lebih pon ada.
yang 30 tahun lebih pon ada kot.

sekali sekala, bokkeluaq dari simpanan, bercerita tentang sejarah kain tersebut dan plan-plan nak buat apa dengan nya.
pastu simpan balik.
itu aktiviti yang kami anak beranak suka buat!