Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label a take away show. Show all posts
Showing posts with label a take away show. Show all posts

Monday, May 30, 2011

fleet foxes (band)

tadi masa dok gaduh mengantuk,
aku bukak youtube, taip a take away show.
kot kot boleh jumpa band2 hat tak besa dengaq dan yang syok2.

maka, terjumpalah dengan band nih.
terus letak band ni no4 dalam senarai band2 hat paling, paliinggg aku suka.
no 4 selepas, coldplay, moriarty dan mumford and sons.

dalam video take away show nih,
lagu pertama, sun giant.
lagu ke-2, blue ridge mountains.
hat lagu ke-2 yang aku paling suka!
asyik betui bila dengaq sambil katup mata.







p/s: time subuh, gelap2, sunyi2, matahari baru nak muncul, bentang yoga mat, buat pilates, sesuai nih guna lagu2 depa. damai dan tenang nak buat pilates.


p/s/s: ceh. bila masa nak pi buat pilates pon tatau. berangan. dah berbulan tak melentur badan, yoga mat pun dah berabuk.

Thursday, January 06, 2011

the take away show, golden isles

bila tengok balik video margot & the nuclear so and so's.
terus teringat yang aku ni dah lama tak layan the take away show.
terus bukak la blogotheque, klik band secara rawak,
jumpa band ni, golden isles.
yang paling menarik perhatian adalah mereka nyanyi dalam supermaket.
the take away show akan dirakam dimana saja, sebab tu aku sangat suka projek depa ni.



Golden Isles | Sir Gian | A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.



p/s: muka penyanyi band ni macam russell brand. tapi versi bersih skit.



Monday, November 15, 2010

seabear. seabear. seabear.

Concert à Emporter Seabear - Lion Face Boy from Nathanaël Le Scouarnec on Vimeo.


band: seabear

lagu: lion face boy.

album: we built a fire.

la ni aku tengah gila dengaq lagu2 seabear. terima kasih tuk marina sebab perkenalkan seabear kat aku dan kasi lagu2 seabear kat aku.

mereka punya lagu sangat sedap. lagu yang paling aku suka takat ni adalah in winter eyes.

aku juga kasi lagu2 seabear yang marina bagi ni kat zati. aku suruh dia dengaq, sebab dia suruh aku dengaq lagu dia suka. aku kata kat zati, bila aku dengaq lagu2 seabear, aku rasa cam dok dengaq sambil dok keliling unggun api. pastu zati kata, dia boleh bayangkan macamtu dan dia tambah aksi bakaq ikan dan dok kalih2 ikan tu kasi masak.

marina, hang setuju dak bila aku kata aku bayangkan dengaq lagu seabear sambil keliling unggun api?

p/s: dulu aku sangat biasa dengan unggun api, sebab tu aku boleh bayangkan ada unggun api sama.


p/s/s: lusa raya. aku tak dak. adik aku tak dak. harap2 abang2 aku terutama bangcaq, tolong mak k. tolong cuci dapoq, tolong boh kain tirai. tolong boh sarung kusyen. tolong kemas bawah tangga. dan tolong benda2 lain lagi.


Sunday, August 01, 2010

if i were a fish by mum

Mùm - If I Were A Fish / A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.



selamat masuk bulan ogos tuk semua.

band diatas dari iceland kalau tak silap.

aku macam ingat2 lupa2 yang ada seseorang yang pernah tertanya2 apa rasanya kalau kita jadi ikan.

.

.

.

.

.

ini adalah scheduled post.

sekarang aku mungkin tengah bertarung antara kerja, novel, dan tidoq siang.






Thursday, July 15, 2010

aku nak balik penang!!

dia mai dah meroyan....


sudah jam 230pg.
lebih baik aku pejamkan mata.
biar rasa ini ditelan mimpi2 indah.
dan esok harapnya, mentari akan menyinar terang.






Bon Iver - Wolves (act I & II) - Une Soiree de Poche from La Blogotheque on Vimeo.

Wednesday, July 14, 2010

orang lain yang sakit, orang lain yang banyak berehat

Margot and the Nuclear So & So's - My Baby - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.





aku mahu terjun laut.

aku bosan di sini.

aku mahu pulang ke penang.

tapi aku mahu kerja siap di sini.

oleh kerna sebab yang utama itu,
tiada laut sebelum ada hasilnya.
perlu buang bosan itu.
perlu kurung rindu itu.
perlu hadapi rutin yang baru ini.




uwaaaaa
aku dan aini tengah teriak mau balik penang!!!

Tuesday, July 13, 2010

segaq bugaq

Margot and the Nuclear So & So's - As Tall as cliffs - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.



lepas bukak posa dan solat magrib,
aku terus tertidoq.
tambah plak mak teh aini telah menutup lampu bilik,
maka aku tidoq dengan nyenyaknya.

mata sangat segaq sekarang.
orang lain dah tidoq.
tv terpasang, tengok channel history, cerita sebenar eliadah mcCord yang pernah menghadapi death penalty sebab ditangkap menyeludup dadah, dia telah ditipu dan dipaksa bawa dadah. tiba2 teringat akan orang yang aku kenali yang disabitkan kesalahan yang sama. ditahan di china. bagaimana lah keadaan dia sekarang. harap dia tabah.
aku juga luang masa tengok blog kegemaran yang dah lama tak tengok.

lepas ni mau buat keja skit.

cuaca malam ini agak sejuk.
kipas tak perlu di-on-kan.

esok pagi,
bos akan datang ambil lewat skit.
dia ada kelas esok.

esok juga ingat mau posa lagi.


Monday, July 12, 2010

adakah esok akan ramai yang ambik mc?

sedang berjaga malam.

tengah tunggu world cup final, netherlands vs spain.
aku ni bukanlah peminat bola pun. tapi kalau tak tonton final world cup, rasa cam ada yang tertinggal. ada pulak camgitu deh? ekekek.

sambil tunggu,
buat kerja apa yang patut.
harus bekerja dengan lebih keras!

lepas tengok bola,
mau sahur.
esok posa ganti.
ada 4 hari lagi.
teruk betul. bulan depan dah nak ramadhan, tapi belum habes ganti posa.








Roken is Dodelijk - "75" / "Jogging" / "Good Enough" - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.






p/s: aku suka band diatas. sangat suka bunyi xylophone walaupun cam bingit telinga kalau dengaq guna earphone. lagu paling suka adalah lagu ke-2, jogging.

p/s/s: dulu aku kenai negara ni nama holland, pastu jadi nama netherlands. dok kompius lama dah awat boleh tukaq2. dan baru tat sat teringat mau cari kat wiki. akhirnya dapat jawapan.

Saturday, July 10, 2010

harus diingat tujuan UTAMA

Plants and Animals - A Take Away Show - Feedback in the Field from La Blogotheque on Vimeo.


dalam enak menikmati hujung minggu.
dalam enak menikmati no-lab day.
dalam enak menikmati kembali the take away show.
dalam enak menikmati spageti bodo2 masakan sendirik.

harus mengingati diri sendiri.
apa tujuan utama ke sini.

aku mahu buat kerja yang sepatutnya aku buat.
daaaa.
jumpa isnin nanti kawan2.




p.s: lagu diatas aku sangat suka. antara sebab utama suka adalah, depa main lagu kat dapoq.


Wednesday, June 30, 2010

nak pergi 2 bulan saja... atau kurang dari itu..

Piers Faccini - Your Name No More / The Wind That Blows - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.





1. sudah bawak beg ke lab. tiada tambahan barang2 yang boleh dibuat kecuali benda2 akademik ke dalam beg itu.

2. barang pertama aku rasa ter-miss adalah buku/novel. aku ingat nak bawak 1 2 buku yang aku tak habes baca lagi. dan aku juga ingat mau habeskan into the wild masa kat semporna nanti. rasa tidak seronok la kalau tak bawak buku/novel. boleh mati kutu jugak aku nanti kalau tak ada buku/novel atas kapal terbang. tapi tak apalah, ringan skit beg kot.

3. harap tiada benda2 lain yang terlupa bawak.

4. tadi aku ada hal pasal yuran pengajian. aku amik keputusan, buat donno. esok2 pening, lain cerita.

5. sesak nafas gak la sebelum nak terbang esok ni. aini lagi sesak nafas, dengan hal duit icyc yang tak berkesudahan itu.

6. harap semua hal selesai sebelum jam 12 esok.

7. kalut apa tak tau. itu belum mahu pergi dok luaq negara 2 4 tahun. hahahaa

Monday, June 21, 2010

piers faccini

Piers Faccini - Time of Nought - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.




sora dia ni mmg mengundang sayu di hati. luluh jiwa dengaq.

aku sangat suka lagu ini, bunyi macam ada sentuhan irama arab skit.

Sunday, June 20, 2010

camille and piers faccini

lagu untuk tengah malam ini.



Camille and Piers Faccini - Banks of the Nile - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.


sayu dan sedih dengaq depa nyanyi....
huuhuhuhu..

menurut nota yang ditulis oleh la blogotheque dalam vimeo untuk video ni,
faccini yang pilih nak nyanyi lagu banks of the nile ni.
banks of the nile adalah an old english folksong.
mengisahkan seorang lelaki mahu pergi berperang di egypt dan isteri dia sedih dan mahu ikut sama.
dan lagu ini adalah perbualan diantara mereka berdua.
faccini suka banks of the nile versi sandy denny nyanyi.



p.s: bila dengaq sora camille nyanyi dalam ni, rasa cam aku dok dalam dunia the cave of the golden roses.

p.s.s: aku terus wiki sapa sandy denny ni.


Saturday, June 19, 2010

(lagi dan lagi) las ondas marteles

aku sudah jatuh cinta dengan depa.


Las Ondas Marteles - Ruby - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.



ingat nak letak 2 saja video las ondas marteles.
tapi tak leh tahan la..
dah jadi suka dengan depa.

hari ni kira hari dengaq lagu2 las ondas marteles lah.

las ondas marteles (lagi)

Las Ondas Marteles - Touch Me - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.



aku sangat suka lagu ni..
lirik cam best.
sangat suka walaupun hanya dirakam diruang yang sempit.

las ondas marteles

dari the take away show tentunya.



Las Ondas Marteles - Poor Little Baby - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.


las ondas marteles dari france.
lagu ni macam ala2 swing skit.
aku juga suka swing musik dan swing dance.
dengaq mereka nanyi live lebih best berbanding dengan studio punya lagu yang aku ada dengaq kat myspace.
penyanyi utama sangat gila aku rasa.
dan tengok macam agak terseksa dia nak menyanyi..




update: bukan swing, tapi bolero org panggil, kalau aku tak silap lagi la..


Friday, June 18, 2010

megafaun (lagi)


Megafaun - His Robe A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.



serius aku suka depa ni.
sora sangat sedap...

ada lagi 1 video megafaun dalam a take away show, hampa pi bukak kat vimeo.

megafaun

oleh kerna aku kini telah dilanda penyakit malas nak cas bateri kamera.
maka, sekarang ni dah tak banyak gambaq untuk diletak kat sini.
ditambah plak aku sekarang dok suka tengok a take away show punya video kat vimeo,
jadinya, aku kini mau letak banyak video kat blog.
mahu kongsi video2 dan penyanyi yang aku suka.
melalui take away show ni,
banyak band2 yang sedap aku kenal.
dan ini adalah megafaun dengan lagu volunteers.
megafaun datang dari US.



Megafaun - Volunteers A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.





p.s: aku sangat suka folk. jenis2 lagu cam gina ah.

p.s.s: hari ni banyak sungguh aku godak2 vimeo nih. masa aku pelankan skit volume, aku terdengaq macam ada orang tengah ber-lullaby kat belakang aku. tak ketahuan dengaq orang belakang dok sebut apa. tapi ia suatu yang soothing. aku kaleh belakang, rupa2nya elin tengah pelan2 dok ngaji quran... terus aku cabut earfon. insaf lah husna wei!

Thursday, June 17, 2010

a take away show

video tuk tengah hari yang sangat-sejuk-sampai-terketaq-lutut ini.
sangat sejuk sampai terketaq lutut sebab ekon bilik ni betul2 tala kat aku.




Phoenix - Lizstomania / One time too many - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.




rentetan dari aktiviti mencari embed code tuk video 1901 oleh phoenix dalam a take away show semalam...
aku telah mengetahui bahawa terdapat banyak lagi band yang terlibat dalam take away show ni.
depa pi rata tempat untuk film local band.
yang aku sempat tengok hanyalah dari spain dan jepun.

ada lagi band2 yang best yang terlibat dalam take away show ni.
tapi aku mau letak phoenix lagi sebab aku sangat suka vidoe diatas.
terutama masa dah nak dekat habes, masa mereka nak turun tangga dari bumbung bas tu,
dia punya permandangan sangat la cantik.
eiffel tower betul2 terpacak atas kepala.
dan aku sangat suka lagu pertama yang depa nyanyi dalam video ni, lizstomania.





p.s: terasa macam aku baru berumur 16 tahun, 10 tahun lebih muda, bila mana aku banyak cakap pasai musik dan banyak luang masa gila cari lagu2 baru yang syok di internet seperti sekarang.

p.s.s: aku kesian tengok couple yang dok belakang bas tu. terutama lelaki tu. gelisah dan kekok nampak. sebab camera selalu tala kat mereka. kalau aku pon sure kekok. tak tau nak pandang apa dan nak buat muka camna. aku yang camera shy. ngeeee

Wednesday, June 16, 2010

adakah kamu orang yang dalam tv tu?

video diperkenalkan oleh marina. reaksi aku kepada marina masa 1st time aku tengok depa ni, "tuanya depa!!". ini lagu 1901 oleh phoenix (dalam a take away show)

Phoenix - 1901 - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.

1. boleh dak hampa cam muka artis dengan sekali pandang kalau terjumpa depa kat luaq?

2. boleh dak hampa cam muka sendiri kalau terjumpa klon yang sebijik cam hampa?

3. boleh dak hampa cam muka penjenyah yang muka depa keluaq wanted kat tv?

.

.

jawapan aku? aku tak boleh cam semua itu...

1. kalau terjumpa artis (yang peluang nak jumpa sangat la tipis sbb aku jenis memerap dalam lab dan rumah) kat luaq ka, kat jalan ka, kat mall ka, kat toilet ka, sure aku tak leh cam. kena tengok 2 3 kali baru cam atau tunggu kawan bagitau baru aku boleh cam.

2. kalau tengah tengok cermin, aku selalu tertanya2, kalau ada klon aku dok tepi aku secara live, adakah aku boleh cam. aku rasa tak. sebab kadang2 bila kawan2 tunjuk ada seseorang yang muka macam aku, yang dikatakan sebijik cam aku, aku tetap tak boleh cari, kot celah mana dia sama ngan aku. boleh terima ka jawapan cam gini? tapi memang aku rasa aku tak boleh cam muka sendirik walaupun belaga bahu dengan klon aku.

3. muka2 penjenah yang dikehendaki yang terpangpang dalam tv atau surat kabar pon aku tak leh cam. mungkin sebab tak ambil berat sangat. tapi rasanya susahlah nak perasan penjenah kalau depa ada sekitar kita. la ni aku rasa semua bohong belaka kalau tengok babak dalam filem yang ceritanya ala2 pasal seseorang yang dikehendaki polis masuk kedai petrol dan kat tv tengah ada berita tayang muka penjenah tersebut dan suruh penonton berwaspada, pastu bila pakcik cashier ternampak penjenah tersebut, terus dia cam, terus dia terketaq2 telefon polis, terus penjenah tu lari masuk kereta dan terus pecut laju. kalau macam dalam public enemies, baru cam real skit, bukan mudah nak cam penjenayah.

ini semua untuk orang macam aku la. ada juga orang2 lain kat luaq sana jenis cepat cam orang kan..

.

.

.

p.s: tiba2 aku teringat pasai isu ni. dan aku sebenaqnya belum tonton public enemies, zati yang cerita kat aku jalan ceritanya. ngeh ngeh

p.s.s: wah. hari ni kira dok buat slide power point saja. ICYC dah dekat.

p.s.s.s: tadi seperti biasa mr ng mai hantaq theSun, dia kata kalau nampak kasut aku kot celah cermin pintu tu, dia tau aku ada. wah mr ng, i love u.

p.s.s.s.s: aku sangat suka theSun hari rabu. ada banyak review buku.