Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label siri naik train. Show all posts
Showing posts with label siri naik train. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

semata-mata nak naik train episod 6



lagi gambar...
aku dah kata, rasa cam nak letak semua gambar..





















p/s: aku tidak melakukan sebarang kerja-kerja mengedit gambar, bagi gambar-gambar dalam siri semata-mata nak naik train ini..

p/s/s: kredit tuk zati.. sebab bagi aku pinjam kamera dia.. kamera aku belum sembuh.. trima kaseh zati...


Monday, November 23, 2009

semata-mata nak naik train episod 5

kami stay 1 malam yang sekejap itu, kat rumah sahabat marina, zani.
budak skol kimia gak.
untuk meluangkan waktu malam yang terhad itu, kami pi klcc.






trima kaseh banyak-banyak ye zani...
bagi aku tumpang rumah ko..
dan belanja makan...



p/s: aku tertinggal baju tidur kat umah zani..



semata-mata nak naik train episod 4


dah perjalanan sampai 7 setengah jam..
harus lah buat pelbagai aktiviti supaya tak boring..
aku dan marina bawak buku bagai.. mahu membaca atas train konon... dan aku konon jugak mau habeskan bacaan into the wild.
selain makan dan dok menangkap gambo..
kami jenjalan disepanjang gerabak..
supaya buntut tak kematu, duduk lama-lama...



kami lepak kat pintu tu..
konan nak bukak pintu tu dan tangkap gambo..
tapi.. takut seh..





masa perjalanan balik... kami cuba lagi.
kali ni, berani skit nak buka luas-luas.
niat dihati bila dah bukak pintu luas-luas, nak duduk atas lantai dan tangkap gambo..
tapi takut jugak seh.. tak duduk. bediri tegak saja..
maka, takat ni ja la hasilnya..
mungkin lain kali...






masa perjalanan balik, baru lah bukak buku..
marina baca buku aku bawak tuk dia, tuesdays with morrie..
dan aku plak pinjam buku yang dia bawak, 'Tis dari frank mcCourt.



semata-mata nak naik train episod 3


aku dah cakap...
benda yang paling aku suka pasal naik train lama-lama ni, adalah makan..
aku sanggup bangun 546 pagi pada hari sabtu tu, sebab nak buat sandwich. beda bekal makan atas train..
marina plak, mak dia masak nasik goreng sama ayam tandori untuk dia dan aku..






balik ke penang pada hari ahad pun sama...
bangun awal pagi, aku masak nasik goreng bodo ikan bilis liat guna perencah adabi.
breakfast, mcD.. aku terpesan kopi gak walaupun dah janji tak mau minum kopi dah...
dan mamee sebagai kudapan semasa baca buku sambil tengok permandangan..







semata-mata nak naik train episod 2


kami naik train sinaran.
masa nak beli tiket, aku tengok-tengok la skit macam mana rupa train yang kami nak naik tu dalam website KTMB.
dalam website, tunjuk semua seat ada meja yang 4 orang mengadap sesama..
tapi sebenaqnya, dalam setiap gerabak, hanya ada 2 set seat yang sebegitu.
sapa cepat masa beli tiket, dia dapat...
mungkin lain kali....


kami ambil tiket yang paling murah, rm19 bagi setiap perjalanan...
walaupun paling murah, keadaan dalam gerabak tu tak la teruk pun..
seat oke. selesa. tak sempit. tak keras kejung.




tak de sangat bezanya dengan seat yang lebih mahal.
beza yang ketara, diaorang ada tv.
dan mungkin seat lebih lembut.. kami tak sempat nak try la plak.



bunyi bising train. budak nangis. budak-budak bertempik keseronokan bila masuk tunnel. budak lari-lari. mak budak marah budak-budak sebab dok lari-lari. orang dok cakap telefon kuat-kuat, aku syak dia tengah gaduh dengan ex-bff dia. orang bukak lagu dari hp kuat-kuat. bau makanan. nasik lemak. buah oren...

satu suasana yang sangat baru untuk aku. kalu naik bas atau kapal terbang, tak de nak jumpa benda-benda cam gini..

dan aku terkejut dengan diri sendiri. aku tak kesah berada dalam suasana sebegitu sepanjang perjalanan.. kalau naik bas, orang dok bising, mau nak tension. kalau naik feri, orang dok pasang lagu kuat-kuat dari hp, mau rasa nak pelangkung orang tu, ingat kau sorang ada hp?

bagi aku la kan, kalau tak terikat dengan masa, baik naik train. dah la murah.
untuk travel yang perlu angkut budak-budak, naik train oke skit aku rasa. budak-budak boleh bebas skit.




selain sausana dalam train yang aku rasa baru, permandangan luar train pun sangat baru.
belah hutan, semak samum, tasik.
lalu belakang rumah orang, kilang, bukit.





tapi kan...
benda yang aku sangat suka adalah, makan atas train.
kalau dalam bas, takat nak makan keropok oke la..
kalau atas kapal terbang, tak sesuai nak bukak makan bekal sendiri.