Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label situasi prozac. Show all posts
Showing posts with label situasi prozac. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

Laaa, ya ka?

aku rasa macam nak buat siri entry yang baru.
berkenaan benda-benda yang aku dah lama salah faham/info.

contohnya,
selama ni, aku ingat kaedah rawatan chemotherapy tu kena guna alat macam CT scan,
rupanya guna IV drip.
itupun setelah diberitahu oleh bakal nurse dalam rumah ni semalam.

atau,
sebelum aku membaca majalah fast company yang muka depannya pasal brand j.crew,
aku ingat kan j.crew tu milik jenna lyons.
ya la kan, j.crew, j for jenna.


aduh.
banyak la jugak benda-benda macam ni terjadi kat aku.
hahahhaha.




p/s: tadi baru dok baca chemotherapy wiki.

Monday, July 15, 2013

tak paham

semalam jumpa malay wedding package kat satu hotel ni,
dalam package tu,
dapat complimentary sebotol sparkling wine.
tak paham.

pastu malam ni,
jumpa cerita pasal transgender youth pulak.
lagi la tak paham.


makin hari,
makin macam-macam cerita pelik yang aku dengaq/tahu/baca/tengok.

naik seram.

Tuesday, July 02, 2013

kain untuk armchair pertama


ngahngahngah
belajar pun belum.
orang itu pun belum tentu sudi nak ajar aku.

kain dah siap beli.
aku beli kat handmade market masa Victoria street project semperna Georgetown festival pada 29hb jun yang lalu.

masa beli, aku teringat nak buat beg ja.
tapi balik rumah, aku rasa nak simpan tuk buat armchair.
teeheee.

selain tu,
aku ada beli kain yang bercop peta dunia dan kain corak.
yang petak-petak merah tu, dapat free.

peta dunia, nanti nak gantung kat dinding. dinding mana, nanti pikiaq.
kain corak dan kain petak-petak dapat free tu, nanti jugak dipikerkan boleh buat apa dengannya.







aku rasa,
aku dah nak jadi macam mak aku ja ni.
dia punya koleksi kain yang tak berjahit sangat la banyak.
yang berusia 20 tahun lebih pon ada.
yang 30 tahun lebih pon ada kot.

sekali sekala, bokkeluaq dari simpanan, bercerita tentang sejarah kain tersebut dan plan-plan nak buat apa dengan nya.
pastu simpan balik.
itu aktiviti yang kami anak beranak suka buat!


Saturday, June 01, 2013

gila nak bertukang makin menjadi-jadi

akhirnya,
aku sudah dapat tahu kat mana aku nak belajar bertukang,
nanti di tempat baru selepas byebye penang.

teruja gila.

Wednesday, April 17, 2013

tahun depan aku dah 30


tapi itu cerita tahun depan.
cerita tahun ini,
hari ni, aku masuk 29.
 
 
emmm. tahun terakhir 20an.
hebat lah
 
 

Thursday, March 28, 2013

gila nak buat perabot la pulak kan

aku ni jenis manusia yang hati tak tetap plus macam-macam rasa nak buat.

dulu,
aku penah gila nak belajaq photography.
pastu,
gila nak menjahit,
pastu,
gila nak belajaq gitar,
dan bermacam-macam kegilaan mai melanda.

dan kegilaan itu bukan kecil,
tapi sangat besaq drivenya.
sampai tak tau nak beza sama ada itu perkara yang memang aku betul-betul mahu atau tidak.


paling terbaru,
gila nak belajaq buat perabot.

begini ceritanya...
pada akhir-akhir tahun 2012,
aku rasa sangat-sangat nak berhenti kerja dari kedai buku itu,
sebab nak balik kampung, bila mana tersedaq yang aku hampir menghabeskan masa umur 20-an di universiti.
masuk umoq 19, habes umoq 28.
so dengan berbaki 1 tahun saja untuk fasa umur 20-an, iaitu pada tahun ini dengan umur 29 tahun,
aku mau merasa buat benda luar universiti. di luar penang.

so,
plan aku,
mau balik kampung,
dok bawah ketiak mak aku 2-3 bulan.
sambil-sambil itu, aku nak buat kerja gitu-gitu/biasa-biasa seperti menjual karipap pusing untuk mendapatkan duit poket.
(aku juga gila serius pasal bab karipap pusing ni, aku baru nak belajaq buat dengan housemate aku).
dan sambil-sambil buat karipap pusing tu, aku nak belajaq buat perabot.
dia punya keinginan nak belajaq buat perabot tu, bukan kepalang.
yang paling best, semua orang yang aku luahkan plan gila aku ni, semua menyokong.

maka,
terhasilah kejadian-kejadian mengisi borang-borang permohonan kursus tu.
tapi ada yang silap isi.
terisi yang carpentry untuk pembinaan.

sekarang,
dengan arah tuju yang tersasar skit,
kegilaan terhadap nak belajaq buat perabot itu masih tinggi.
paling sikit pun, aku nak belajaq basic carpentry.



*zati, aku nak belajaq buat perabot la pulak!
ha. baguslah la weh. nanti buat katil kat aku satu, tuk hadiah kawen. canggeh gitu.
alaa. aku nak buat hat biasa-biasa saja. takat buat meja kecik dan rak buku saja.
hang ni. hang kena aim high. jangan lupa, katil aku satu.*

Wednesday, May 16, 2012

shit happens

mengajaran:
1. dengaqlah gerak hati.
2. selagi tak kena batang hidung, selagi tu tak sedaq.

Tuesday, February 28, 2012

esok (menghitung jam)

babak aahhh-takutnya-nak-viva
lokasi: cafe harapan, jam: 10pg.


*sedang menikmati nasik lemak*


'aaahhh. esok. takutnyaaa'


*melepaskan sudu dari tangan*


'huh. drama'


*kembali mencapai sudu dan kembali menikmati nasik lemak*

Saturday, December 31, 2011

2012, selamat tahu baru!

kali ni nak ucap saja.


tak mau buat entry pasal tua (tahun depan aku 28??!!).
tak mau buat entry pasal oh-cepatnya-masa-berlalu-kelipopkelipop-daaah-habes-tahun-2011 (tapi serius masa cepat sungguh berlalu).
tak mau buat entry pasal apa pencapaian tahun 2011 (emmm).
tak mau buat entry pasal azam tahun baru (bukan nak cuba laksanakan pun).
tak mau buat entry pasal harapan/plan untuk tahun depan (tahun makin berganjak, tapi mengaji tak habes2 dan belum kawen jugak).




p/s: kalau ada pekeja baru kedai buku yang masuk selepas aku, mesti depa silap dengan umur aku. paling muda depa teka, baru lepas spm. paling tua depa teka, 23 tahun. kahkah.

p/s/s: tapi itu semua tak boleh mengaburi hati sendiri yang selalu rasa ahhh-aku-dah-nak-masuk-28-tapi-masih-disini-dan-pencapaian-apa-pun-tak-nampak!

Friday, November 04, 2011

aku dah berada di kampung untuk cuti raya haji

"i simply felt that i didn't deserve it"
m/s 160; the pissed is a foreign country, they do things differently there; under the duvet; marian keyes.




membaca balik buku-buku kegemaran adalah antara aktiviti aku kalau balik kampung.

Friday, September 09, 2011

dah lama tak teriak

disebabkan oleh
tension terhadap 2 perkara, satu hal besaq, dan satu hal kecik,
dan marah terhadap 2 perkara,

maka, hari ni,
aku teriak.

dah lama jugak tak teriak.
ada la kot 6 bulan.
(teriak bila tengok tv, tgk movie, atau baca novel tidak la boleh dikira sama)






aku tak pernah jaja hal kau,
so kau jangan nak jaja hal aku gara-gara kau tak ada cerita nak bergosip.




kalau ada yang dok macam2 dengan gua sekarang, mau boleh panas hati gua ni.




ok. sabar husna!
tadi tengah hari baru kak ros dok cakap pasal sabaq.
teeheee.

Wednesday, August 17, 2011

kes tikus masih berlarutan

ingatkan hal tikus dah tamat.
rupanya ada lagi sekoq yang terlepas.
(harap2, hanya sekoqlah)

dan dia dok berkeliaran dalam bilik ini.
tempat lepak kegemaran: belakang meja aku dan meja wan.

tadi,
dengan berani nya dia melompat naik atas meja aku, sedang aku tengah syok layan youtube.
aku jerit sampai sakit pipi.
dah la pipi aku tengah bengkak la ni. dah 3 hari bengkak.





mungkin,
ini adalah panggilan kesedaran tuk aku,
untuk suruh aku mengemas meja.

Wednesday, July 20, 2011

ek?

kadang-kadang,
tak payah nak buang tenaga untuk terangkan motif kita.

dan kadang-kadang,
seronok jugak disalah ertikan.
macam budak muda remaja, yang lebih rela disalah ertikan.






ops.
sori.
tiba-tiba terasa lebih pulak.
mungkin selama ini pun, kita tak pernah dialu-alukan.



kalau aku cuba buat perangai tak mengalu-alukan pulak macam mana ya?
buruk mungkin.
dan mungkin juga orang tak kisah sebab aku tak ada benda yang nak ditawarkan/diberikan.






serius. aku terasa tak pasal-pasal.
dan aku sedih tak pasal-pasal.

Tuesday, June 28, 2011

musik pilihan dikala ini





kalau aku dah dok suka dengaq lagu2 techno, electro bagai,
itu tandanya, aku tengah tak keruan skit.
dan rasa nak menari atau buat pergerakan pelik-pelik.

kalau aku dalam keadaan biasa, tenang dan damai,
pilihan musik aku adalah folk rock atau yang punya vokal harmoni.

Monday, June 27, 2011

Thursday, June 23, 2011

town dan marina



kejadian berlaku pada hari jumaat lalu.










Tuesday, June 21, 2011

we won't run, we can fight

lagu we won't run oleh sarah blasko.





selalunya bila dengaq sesuatu lagu,
benda yang aku mula2 serap dulu adalah musik dan suara. bukan liriknya.
kalau lagu sedap, baru aku dengaq betul2 liriknya. ataupun tak kan hirau langsung liriknya.
tapi untuk lagu ni, aku dengaq lirik dulu, dan sangat suka.




"Longing to leave,
but begging to feel,
that something will make you stay.
You gotta believe,
that this all leads,
to somewhere we've never been.

We won't run,
we can fight,
all that keeps us up at night.
There is far,
to go now,
let's not waste a minute more,
in denial.

But I always thought,
you knew yourself,
better than anyone.
But the season was lost,
when you started listening,
to everyone else.

Cast in this devil,
I've got the metal,
the means to make things right.
Tired of guilt,
tired of being sorry,
haven't we suffered enough?"

Thursday, June 16, 2011

malas

hari tu baca blog kak nadiah.
dia cakap pasal dia tengah malas untuk menulis blog.
sekarang aku pulak yang malas menulis blog.


malas menulis blog.
malas mengangkat kamera.
malas uplod gambaq.



rasa nak stop tulis blog pon ada jugak.




p/s: aku risau jugak kalau aku jarang nak angkat kamera nih. kalau aku jarang menangkap gambaq atau bermain2 dengan kamera bermaksud aku tidak dapat melihat kecantikan disekeliling aku. dan kalau aku tidak dapat melihat kecantikan sekeliling tu, bermakna ada lah perasaan celaka dalam diri.

p/s/s: entry megi mee part 2 aku dah tulis skit, pastu stop. malas nak menulis. ;)