Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label perkara rambang rambong. Show all posts
Showing posts with label perkara rambang rambong. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

sebak

sejak akhir-akhir ini aku cepat sebak.
bila membaca sesuatu atau tengok sesuatu yang menyentuh hati.

kisah morsi.
video kanak-kanak kebuluran.
kisah orang yang disahkan tak boleh berjalan, boleh berlari kembali.
macam-macam lagi.

kebanyakan melibatkan kegigihan dan ketabahan.
memperjuangan sesuatu. berlawan dengan sesuatu.

berlawan untuk kekal waras.
berlawan untuk bahagia.
berlawan untuk makan.
berlawan untuk hilang ketagihan.
berlawan disini bukanlah melibatkan keganasan.

baru-baru ini,
ada orang yang aku kenal cuba untuk bunuh diri.
aku tak pernah terfikir perkara macam ni akan berlaku kepada orang yang aku kenal.
kalau dengar kisah orang lain, mungkin tidak terkesan.
tapi bila berlaku kepada orang yang kita kenal, sangat sedih rasanya.
sedih bila kita tidak tahu macam mana nak tolong.
sedih bila pikirkan yang dia tidak nampak pilihan lain.
sangat sedih.

orang lain boleh tolong tunjukan jalan,
tapi dia saja yang boleh bantu diri sendiri.
dengan berlawan dan berjuang untuk waras dan bahagia.

setiap orang ada perkara yang diperjuangkan.
jangan sesekali memandang rendah terhadap perkara yang mereka juangkan.
terutama perkara yang kita sudah ada.


p/s: hari ini punya metro, cerita pasal homeless yang dok bawah jambatan. itu aku tak sebak bila baca.
p/s/s: aku percaya kepada kuasa pegangan agama, kuasa akhlak dan kuasa doa.



Saturday, September 08, 2012

ada macam-macam nak cerita kat sini, tapi...



tapi macam tak sempat doh.

antara benda yang aku nak kongsi:
1. pasal raya.
2. pasal yaya (no more cekyah here) mai lepak penang.
3. pasal buku2 best yang aku jumpa dan review buku.
4. pasal selera bacaan yang telah berkembang.
5. pasal macamna untuk tidak terasa hati dengan orang yang kita sayang.
6. pasal dah mula pandai berangan bab kawen dan nak majlis kawen macamna. ehem
7. pasal dilema dah-habes-mengaji-lepas-ni-nak-buat-apa.
8. pasal testing makeup tuk konvo walaupun surat konvo tak dapat lagi.
9. pasal plan diet terkini.
10. pasal plan detox.
11. pasal sekarang dah mai balik berangan nak buat business.
12. pasal masak hari-hari.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

dll

Sunday, July 24, 2011

perkara rambang #11

1. kemarin, sabtu, pi kenduri muna dan adik ipar sarah.

2. ada banyak gambaq yang diambil dikenduri muna, tapi awat tatau, malas nak uplod.

3. di kenduri adik ipar sarah pulak, aku lupa angkat kamera. ceh.

4. gambaq2 masa 9th julai masa georgetown festival pun ada lagi nak di uplod. tapi tak buat2 jugak.

5. tengah mengejaq masa.

6. baru aku betul2 faham, macamna bila perasaan terasa hati bercampur dengan marah. perlu hati2 bila terasa hati bercampur dengan marah sebab boleh bawak ke cemuih lepas tu.

7. tak dapat sambut 1st day posa di rumah. awat gatai pi pilih buat analisis pada 1st day posa pon tatau.

8. ada plan nak buat biz. nak korek modal kat mana tatau.


Monday, May 30, 2011

perkara rambang #10

1. masalah mengantuk.
selalu ja ada masalah mengantuk. tapi kali ni lain benar mengantuknya. semuanya bermula dengan hari isnin lepas, pabila aku gantikan tidur malam berbaring dengan duduk tidur atas kerusi di lab. pertukaran yang sangat tidak bijak. gila sakit pinggang, pening kepala, dan otak lembab nak berfikir. lepas hari tu pun, aku masih tidur tak menentu. maka sampai ke hari ni aku masih ada masalah mengantuk yang menggila walaupun dah tidoq 7jam bila sampai kat rumah dari kelantan subuh hari ahad lalu.
rasa macam nak balik tidoq sat. lepas tu mai balik lab.

2. kenduri kawen lagi.
ahad ni, 5 jun, ada kenduri di melaka. tak sure nak pi ke tak.

3. gambaq kenduri lina.
nanti2 aku letak. malas nak copy dan macam tak sempat nak belek-belek dan nak uplod kat sini.

4. akibat mengantuk.
aku sebenaqnya ada lagi benda2 rambang nak tulis sini. tapi dah lupa pulak. kalau dah mengantuk macam ni lah. jadi pelupa dan lembab. ingatkan bukak blog boleh hilangkan mengantuk.

Thursday, September 16, 2010

perkara rambang #9

selamat hari malaysia.

cewah cewah.

hari ni pulang ke lab.
nampak gigih seperti biasa.
juga rasa gigih seperti biasa.
-end.


hari ni mau tiru gaya tulisan suhaili.

cewah cewah.


oleh kerna ada masalah teknikal,
gambaq raya dari kamera abang2 aku tak sempat nak buat copi bok mai sini.
so mungkin lambat lagi akan letak gambaq2 raya, atau mungkin dah tak akan letak langsung gambaq raya kat sini.
-end.

balik ke lab penang mau sudahkan semua apa yang patut sebelum pi kk balik.
terutama pasal result.
-end.

masa raya,
seperti biasa,
soklan berkenaan bila nak habes mengaji akan keudara.
kali ni aku jawap dengan yakin sekali, hujung tahun ni habes!.
tahun2 lepas pon jawap dengan yakin jugak. contoh jawapan tahun lepas punya, tahun depan habes! atau takat tahun ni saja!.
yakin sekali.
-end.

hakikatnya,
aku tak larat dah nak dok macam ni. kena bagi habes cepat.
dan aku juga dah malas nak perabes.
antara kena perabes cepat dan malas nak perabes,
aku yakin pilih kena perabes cepat!
-end.

harap2,
The-Big-Bos boleh jadi main SV lagi.
-end.

tak tau kenapa,
aku tengah alami masalah malas nak angkat kamera.
malas nak tangkap gambaq. malas nak uplod gambaq.
ini masalah agak serius.
kalau aku tak selalu tengok kehidupan aku melalui kanta kamera,
maknanya, rasa penghargaan aku terhadap kehidupan aku secara keseluruhan turut menurun.
ya. kini aku lihat hidup aku agak boring. agak kaku. agak patah.
-end.

malas nak angkat kamera juga mungkin disebabkan oleh masalah kualiti kamera aku yang pi pebaik pon tak guna tu.
aku balik raya, tengok lagi bertambah orang keliling pakai dslr.
dulu aku berkeinginan sangat.
tapi dah kurang sekarang.
sebab bila aku tengok balik motif aku nak beli, aku rasa aku tak perlu sangat.
aku ni dah la jenis malas skit nak belajaq benda baru. dslr tu mampus banyak benda nak master.
aku ni akan belajaq benda baru yang betul2 aku minat dan aku perlu tahu.
aku tak rasa dslr dapat memberi apa yang aku nak dari tangkap gambaq.
aku lebih suka tangkap gambaq yang lebih kearah peribadi, dan penghargaan terhadap kehidupan dan sekeliling.
aku bukan mau tangkap gambaq permandangan lepas tu edit sampai nampak tak real.
atau tangkap gambaq bagi nampak kehidupan yang cool lagi hip.
tapi itu ikut suka hati masing2 la kan.
aku suka gambaq yang ada perasaan. walaupun perasaan itu hanya aku yang rasa.
-end.



sambung kerja.
-the end.







Wednesday, September 01, 2010

perkara rambang #8

*lusa balik raya. yey!

*rindu terhadap mak dan masakkan mak makin bertambah.

*aku rindu arix.

*aku malas nak jumpa Bos-No-2.

*gaji akan masuk lewat. banyak benda nak beli, tapi lepas raya baru boleh shopping sakan nampak gayanya.

*mood raya saja yang ada.

*dua jari sahabat aku hancur. terkena mesin perah tebu. aku tak tau nak cakap macamna kat orang yang tengah bersedih.

*tadi naik bas, aku nampak maknya tua yang cantik. aku terus teringat kat tok aku yang cantik. dia meninggal masa aku darjah 5.

*bila aku bilang brapa banyak hari yang aku akan berada kat lab skol ini, aku jadi sedih. sebab tak banyak hari yang ada. aku kena pi balik ke sana.

*aku rindu segala disini. segala hidup aku disini. nak tinggalkan benda yang dah lama kita hidup dalamnya memang susah. walaupun pergi pelan-pelan.

*kadang-kadang, aku lupa aku ni sudah 26 tahun. lupa yang umur itu bukan muda lagi untuk tidak punya tanggungjawap.

*aku mula terasa nak beremosi kembali. tapi aku tahan lagi. aku bertatih untuk dewasa. untuk matang.

*ha dah mai dah emo-emo nih. aish.

*drama korea bad guy, tak boleh terima langsung ending dia.

*tiba-tiba aku malas nak tangkap gambaq. malas nak uplod gambaq. ini satu benda yang tak berapa bagus nih.








Thursday, August 05, 2010

perkara rambang #7

perkara 1: hari ini, sekarang.
tidoq semalam jam 1230am + bangun tadi jam 530am + keluaq umah jam 615am + makan nasik lemak + hujan = mengaaaannntuuukkk

perkara 2: housemate.
aku perkenalkan housemate baru.
kiri, nini. ums, 3rd year. cina+bajau. suka makan carot.
kanan, gg. uitm, 1st year. kadazan. suka pedas.



ini gambaq weekend lepas. aini tiada bersama. kalau weekend saja, dia akan jadi rebutan saudara mara. malam itu, sebelum balik rumah, budak 2 orang ini cuba menunjukkan sisi gelap kk yang muncul dikala gelap, tapi tak kesampaian.


perkara 3: makan luaq.
semenjak mai kk ni, boleh kira brapa kali ja kami makan kat luaq.
rasa lain. kfc pon rasa lain.


perkara 4: bahan mentah murah.
semua orang kata la. aku tak sure sangat. sebab masa kat penang atau kat kampung, aku bukan jenis amik tahu sangat harga bahan mentah ni. so, tak dapat buat perbandingan.
rasanya memang murah la kot. kalau speaking sabah mungkin akan dapat leebih murah. seafod, aku sangat suka.



perkara 5: mi megi sedap dimakan.
walaupun bahan mentah murah. tapi megi adalah benda sedap yang paling mudah untuk dimasak.




perkara 6: fir dah balik.
dia balik kampung lewat petang semalam. nak mai kk balik, belum tentu bila.


perkara 7: cari housemate lagi.
berikutan ketiadaan fir yang ntah bila nak mai pun tatau, maka kami berhajat mau cari housemate baru.
semalam lepas hantaq fir kat epot, ada orang telefon mau tengok rumah.
bukan dari iklan baru, tapi dari iklan kat letaroom yang tak dapat di-delete tu.
.
.
perkara 8: tiket ke tawau tuk tahun depan.
2 minggu lepas, kami TER-beli tiket ke tawau tuk mac tahun depan. ada promo rm18 tiket pergi balik dari kk ke tawau. ke mabul lagi lah. ngeh ngeh.
jenis bajet tahun depan dok kat kk lagi.


Tuesday, July 27, 2010

pindah masuk umah sewa dan perkara rambang #6

salam nisfu syaaban.
4 hari tak pekena internet.
rasa sangat bohsan beb.
2 entry kat bawah adalah scheduled post.
belajaq dari kak nadiah. ngeh ngeh.


perkara2 rambang sepanjang 4 hari tak jumpa tenet:
1. hari jumaat sebelum pi cuci rumah,
singgah opis The-Big-Bos kejap. uruskan tiket balik raya. sambil tempah tiket, sambil bertengkaq.
cuti dapat 34 hari. YABEDABEDU.

2.cuci rumah baru.
hari jumaat la gak. nak dekat magrib baru pi. mencuci serta berkemas sampai tengah malam. habes cuci, balik tidoq kat umah mak teh aini.
tempat yang aku pilih tuk menyental adalah toilet.
aku sental sungguh2. sampai sakit otot belikat.
aku pilih nak cuci toilet sebab bagi aku toilet bersih sangat penting untuk kehidupan sejahtera.
aku sental toilet sampai aini naik heran.
orang cam aku, yang meja selalu semak, bilik selalu semak, seminggu sekali baru nak sapu sampah, cadar nak tegang sekali seminggu pon susah, boleh sental toilet dengan cerewet sekali.
aini ingat aku selalu dok sental toilet kat umah aku.
gila sumpah aku tak pernah sental toilet atau bilik air kat umah aku.
dan aini juga naik takut bila aku cam rajin semacam. aku sangat jarang nak tonjolkan bakat rajin dan cerewet aku.
aku kena sampuk hantu cleaner rasanya malam tu.




3. tempat ke-2 aku suka cuci adalah dapoq. terutama peti ais.
dan aku suka akan barang2 dapoq. shoping barang dapoq sangat heaven.
peti ais dan kabenet akan penuh lepas nih. siap lah kau peti ais.




4. iklan nak cari housemate kat mudah.com dan letaroom macam goreng pisang panas.
lepas letak terus dapat call kata nak tgk umah.
dah habaq awai2 kata nak muslim female. tapi ada jugak yang buat tak nampak.
kata nak dok ngan suami lah. nak dok dengan tunang lah.
semua yang jenis tak reti baca iklan ni kami rejek.
yang mai dari arab pon rejek. dok desak nak mai tgk umah. dah kata jumpa kui 5ptg. gaduh nak mai lebih awai. 2 3 kali tepon. tu dah tunjuk dah perangai arab yang suka mendesak. terus kami rejek. satgi kita yang lembut hati dan perangai ni akan kena.
ada mai dari kazakhztan, pon kami rejet. rejet sebab ada masalah komunikasi. kami tak berapa paham dia cakap, dia tak berapa paham kami cakap. satgi nak bagitau apa2 susah.
akhirnya, kami ambil orang sabah. student ums dan uitm.
orang kadazan dusun dan bajau+cina. depa ok. muda cek cek lagi dan style budak2 syok dapat dok jauh dari famili. syok dapat dok umah sewa. hias bilik bagai.
ehem. bab syok dapat dok umah sewa, aku pon sama naik syok gak. tak pernah seumur hidup dok umah sewa kan. hahhaaa
.
.
.
5. hujung minggu pertama di rumah baru.
menu pertama di rumah baru: mi megi.
aktiviti: tengok tv, tidoq, cari benda nak kemas.
(bab nak mengemas tu, hantu cleaner tak mau keluaq lagi)
.
.
.
6. hari isnin yang rebel.
The-Big-Bos a.k.a MJM berjanji mau amik kami jam 615 pagi kat tepi jalan.
kami bangun lah jam 5 pagi. siap bagai dengan berselendang bagai, sekali MJM hantaq sms jam 6pg tatkala kami mau angkat beg keluaq umah,kata tak jadi ambil. toksah pi lab hari ni, dia kata lagi.
bos, kenapa sms jam 6pg? kenapa tak sms jam 830pg nanti? kami pakat tempik dalam hari secara beramai2.
salin baju, pastu cuba tuk tidoq balik, tapi tidak boleh.
sekali lagi hantu cleaner sampuk, aku pi remdam bihun dan kemas umah. fir goreng bihun.
lepas makan. tak tau nak buat apa dah. bukak laptop pon tak dah hati.
last2, aku dan fir ambil keputusan tuk naik bas pi KK town.
bukan nak naik bas pi lab.
tu rebel namanya.
ekekek.


7. hari ini mai lab.
esok, lusa ingat tak mau pi lab. nak buat kerja kat rumah.
semangat rumah baru datang menapa dalam hati. ekekek.
tapi belum bagi tau The-Big-Bos a.k.a MJM lagi.
rasanya dia kasi ja kot.
kalau Bos-No-2, jenuh bersoal jawap.
lepas 2 hari, apa hasil kau nak tunjuk kat aku?, rasanya itu reaksi biasa Bos-No-2.
(oh, tiba2 teringat senyum sinis dia yang selalu makan dalam tu)
paper kau macam mana? aku rindu ayat itu. muhahaha
.
.
.
8. scheduled posts.
makin nak berjinak2.
lepas entry ni, kalau timbul entry pada esok lusa, itu semua mungkin scheduled posts.
.
.
.
:)
.
:D

Monday, July 19, 2010

perkara rambang #5

antara perkara yang berlaku minggu lepas dan hari ini.


perkara 1: jenuh pujuk bos suruh cepat2 beli tiket balik raya. kalau tiket tak dak, tak beraya kat kampung lah kami. kalau bernasib malang tak dapat beraya kat kampung, kami ingat nak beraya kat uncle chang's kat pulau mabul. ekekek.

perkara 2: jenuh jugak nak mintak cuti bagi cukup 30 hari tuk balik raya dan buat keja kat usm. dapat 25 hari kelepasan saja. tapi ini semua maseh mungkin. selagi dia tak book, selagi tu janji2 manis dia jangan digunapakai.

perkara 3: aku mula bosan dengan rutin disini. oleh itu, last weekend, aku pi kedai buku, cari novel.

perkara 4: aku telah beli novel karipap karipap cinta. hasil pengaruh kuat dari zati. nanti ada masa aku review. gila kelakaq.

perkara 5: aku juga ada lagi beli 2 buah buku.
1; a short history of tractors in ukrainian oleh marina lewycka. dia ada byak dapat anugerah tuk buku tu. dan banyak review kata buku ni kelakaq. tu sebab aku beli. tapi bila aku yang berjiwa muda mudi ni baca, tak kelakaq la sangat. mungkin sebab aku dah biasa dengan kelakaq style marian keyes, sophie kinsella dan pipiyapong. tapi aku sangat suka buku ini sebab ada sejarah pasai soviet union. walaupun pening kepala, tapi aku suka.
2; siri ox-tales yang dikeluarkan oleh oxfam. oxfam bok keluaq 4 buah buku mengikut elimen earth, air, fire dan water. setiap buku mengandungi cerita pendek atau petikan dari novel terbaru penulis2 yang terkenal. sebab no 1 aku beli tu adalah, coldplay sokong oxfam. ekekekek.
dan aku beli 1 buah saja. fire. beli sebab dalam banyak2 penulis bagi keempat2 buah buku tu, aku hanya kenai 3 4 orang saja, dan dalam 3 4 orang penulis tu, hanya buku mark haddon saja aku pernah beli dan baca. buku mark haddon yang paling femes, The curious incident of the dog in night time. buku tu aku hanya baca takat muka surat 5 saja. ahaks.
dan ya, hasil pembelian ini disumbangkan untuk oxfam fund.


perkara 6: hari ni penat cari rumah sewa. ya aku mau pindah dok umah sewa. dok lama2 umah mak teh aini, aku naik segan.

perkara 7: si-angkat sudah berada di kk. tapi aku belum mahu jumpa dia.

perkara 8: cerita pasal kerja dan tesis toksah cerita la kan. bosan nanti.




Monday, June 21, 2010

cerita rambang #4

hari ini, minggu ini dan bulan hadapan.


perkara 1: hari ni siap macam biasa. awal cam biasa. awal cara aku la kan. kul 745pg, dah siap bagai semua, tiba2 hujan lebat plak. maka, bukak tudung, ambil bantal, ambil novel. kul 930pg, hujan agak seriat skit, baru keluar berjalan ke lab. agak basah la jugak.

perkara 2: oleh kerna aku kebosanan semalam, maka aku pinjam novel zati. bila aku tengok balik, sudah lama jugak aku tak baca buku, semenjak habes baca teacher man. dan memang agak lama aku tak baca novel. dok baca memoir saja. semalam pinjam sushi for beginners oleh marian keyes. jadi seronok plak bila kembali pegang dan baca novel. aku rasa zati pon belum baca lagi novel ni. ada la 4 5 buah novel marian keyes dia beli, tapi tak baca.

perkara 3: rasanya Bos-No-2 sudah masuk opis hari ni.

perkara 4: rabu ni stat ICYC. kena bangun dan siap lebih awal sebab kena naik bas pi copthorne.

perkara 5: tadi The-Big-Bos telefon. dia nak kami dok sabah tuk 2 bulan. syok ada, risau pon ada. dan harap2 dia tak tukaq plan lah. bukan boleh harap sangat The-Big-Bos ni, ada aja plan yang dia akan ubah..



Thursday, June 17, 2010

sipadan out, mabul in dan no mamak selapas jam 7


perkara 1: tarikh tuk ke semporna semakin hampir.
dah mula giatkan diri tuk survey2 kos2 berkaitan.
oleh kerna aku telah jatuh miskin dan aini pon mengalami naseb yang lebih kurang sama, maka kami perlu cari benda yang murah saja.
oleh itu, sipadan sudah kensel. dia punya kos... gila punya mahai. rm400 hingga rm500.
so pilihan seterusnya adalah mabul.
lagi pon, kebanyakan orang pi sipadan tuk diving, so depa tak layan sangat la kes2 nak pi snorkeling saja di sipadan ni.
dulu plan mahu bermalam kat semporna, pastu amik bot pergi balik hari2 ke pulau2. la ni rasa macam nak stay kat mabul la plak...
sapa yang pernah pi mabul ka, sipadan ka, kapalai ka, atau mana2 pulau sekitar semporna? tolong kasi pendapat skit mana yang bagus. apa2 pon yang penting, bajet mesti rendah.


perkara 2: kes world cup.
la ni dah tak leh pi makan kat tempat2 yang ada tv terutamanya kedai mamak, lepas jam7 atau lepas magrib.
dia punya orang... boleh naik pinau mata aku. penuh. sesak. tambah plak kampus aku tengah ada sukan staf antara universiti. ramai yang amat orang di kedai mamak sekitar kampus.
so, ambil langkah selamat, makan sekitar jam 6 petang atau pun tapau saja.




Tuesday, June 08, 2010

cerita rambang #2


perkara rambang 1: aku dan ketagih minum cecair diatas. dia punya rasa epal, sangat la pekat. jus epal terbaik. dari jenama mizo. beli kat gerai makanan arab tepi masjid.

perkara rambang 2: pagi tadi dah setelkan pasal hostel. besok adalah hari terakhir di bilik itu. aku sebenaqnya sangat berat hati nak meninggalkan bilik itu. dah lama dok, jadi sebati.

perkara rambang 3: Bos-No-2 stat cuti hari ni. balik kampung bersama famili. seminggu mungkin dia cuti. syiok.

perkara rambang 4: aku mahu balik kampung ujung minggu ini. haida kawen, pada 12 jun. selain itu, ramai rakan2 yang dari merata negeri juga kawen pada 12 jun. yang bertunang pada 12 jun pon ada jugak.

perkara rambang 5: penyakit tiada semangat mula nak menyerang kembali. kena amik langkah berjaga2.




husna, STOP it!!

Friday, June 04, 2010

cerita rambang #1

ini entry rambang..
dah jenis suka buang masa tulis blog.
ngeh ngeh..

perkara rambang 1: td tengok seminar rizal. setiap jumaat skol aku ada buat seminar. present pasal projek apa yang patut. master 1 kali, phd 2 kali. ramai gak turun td.

perkara rambang 2: masa rizal present, aku bukan nya faham sangat. terutama bila sampai tang discussion. mereka cakap bahasa yang berlainan. aku tak paham sangat. walaupun sama2 kimia.

perkara rambang 3: bila dah tak berapa paham...mula lah mengarut kat bilik seminar tu. teringat benda mengarut, piker benda mengarut. dan antara perkara yang aku terpikir dalam bilik seminar adalah pasal tangan aku ni ha. aku bagitau kat zati kata tangan aku ni terlalu maskulin. zati kata, "hang ni tak dak keja dah". ngeeee..

perkara rambang 4: tangan aku ni banyak nampak urat timbul. maskulin ah. tak sesuai. so nanti buruk la gambaq aku nanti masa nak sarung cincin masa angkat nikah. jadinya... aku pike2. nanti tak mau sarung cincin ah, mau rantai lah. boleh?? macam la aku nak nikah dalam masa terdekat.

perkara rambang 5: habes seminar selalunya ada makan cucoq. tapi hari ni macam tak dak. so sekarang ni masih teringat2 nak makan cucoq.

perkara rambang 6: aku tengah buang masa nih. syok oooo

perkara rambang 7: orang sebelah kanan tengah tengok naruto dengan bersungguh2 sekali. sampai kena marah dengan orang sebelah kiri aku. "tengok katun ja pon!".

perkara rambang 8: orang sebelah kiri tengah main fb. syok jugak tengok gaya hidup orang dah hantar 10 copies ni.

perkara rambang 9: aku ni kena buat sampel Bos-No-2 nih. tapi maseh disini membuang masa menules. menules blog.

perkara rambang 10: sok ujung minggu. tapi sebenaqnya ujung minggu dah stat lama dah. semalam dah stat ujung minggu.

perkara rambang 11: sok lusa mahu kemas bilik tuk pindah. dan sok lusa rasa cam nak maraton dvd.

perkara rambang 12: ka satgi aku buat maraton dvd....

perkara rambang 13: hoi!!!! sampel bos!!!

perkara rambang 14: "heh. kau ingat kau cantik?? berapa hasilnya??" itu kata2 bos jam 250pm tadi.

perkara rambang 15: apa jadah aku menules cam gini?? nampak sangat aku suka pike benda2 takde paedah. piker pasal projek ni aku terus terang, ada pasang surutnya. kejap piker sampai nak pening, kejap tak piker langsung.


dah kata dah....
ni memang entry rambang.
suka hati ja tuleh ni.