Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label the GO GO project. Show all posts
Showing posts with label the GO GO project. Show all posts

Tuesday, July 02, 2013

no-shampoo eksperimen

aku terbaca post ni semalam  http://almostbohemian.com/shampoo/

terus rasa nak buat.
semalam juga, aku dah serahkan semua benda-benda berkaitan jagaan rambut kepada housemate.

tengok macamna nanti.
adakah ini sesuai untuk wanita bekerja yang sayangkan rambut panjangnya dan memakai tudung dan tinggal di Malaysia.

lepas aku jumpa pasal no-shampoo,
aku ada jumpa no-soap, no-deodoren, no-detergen.

yang no-soap dan no-deodoren,
nanti-nanti aku akan cuba.
no-detergen tu, macam ekstrem jaaa.

oh ya. kenapa aku nak try buat?
aku bukannya seorang environmentalist ka apa. bukan juga nak berjimat.
(dan aku jugak seorang yang sayangkan rambutnya dan suka beli produk-produk jagaan rambut)

aku buat sebab nak buat eksperimen.
(rindu nak buat eksperimen dalam lab gamaknya)
nak tahu adakah betul keputusan yang orang lain dapat.
dan adakah no-shampoo ini sesuai tuk aku.
itu ja.

Friday, January 07, 2011

ini sudah lebih

aku rasa, semua yang aku dok meroyan nak balik ni, dah berlebih-lebih.
sampai buat aku lupa tuk live life.
aku lupa tuk hepi setiap masa.
dan yang lebih teruk, aku lupa untuk bersyukur.

lupa untuk bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini, saat ini, ketika ini.

lupa untuk bersyukur tentang benda2 kecil yang mudah untuk tidak dihiraukan tetapi memberi impak besar dalam hidup.
lupa untuk bersyukur yang aku masih bernafas selesa.
masih boleh mengunyah makanan.
masih boleh merasa setiap benda yang menyentuh lidah.
masih boleh tidur dengan bermacam-macam posisi.
masih boleh berak, kencing, berjalan, menulis, berfikir.
masih seperti biasa.
masih boleh melakukan bermacam-macam perkara.

aku sedikit lupa untuk melihat setiap benda yang ada disekeliling dengan mata yang luas.
lupa untuk melihat seperti sebelum ini.
lupa untuk menghargai semua yang aku ada, semua yang aku buat.
lupa untuk bersyukur untuk setiap detik dan ketika.

aku sudah jarang mendongak ke langit.
aku sudah jarang melihat dengan teliti apa yang ada di bawah.
aku sudah jarang untuk berhenti seketika untuk melihat sekeliling aku.
aku sudah jarang menangkap gambar.

maka,
aku rasa aku perlu angkat kamera selalu.
sebab dengan melihat setiap benda disekeliling aku melalui kanta kamera,
boleh buat aku melihat hidup aku pada sudut yang lebih baik.
boleh buat aku melihat dengan jelas betapa indah hidup aku.
boleh buat aku menghargai semua benda.
boleh buat aku celebrate semua benda.
boleh buat aku tidak lupa untuk bersyukur.





Thursday, April 29, 2010

semangat tak kan datang melayang dengan mudah


semangat untuk melakukan/menyudahkan sesuatu perkara tak kan datang dengan senang.
kena usaha untuk dapatkannya.
dan semalam aku usahakan jugak tuk dapatkan kembali semangat aku.
semangat nak habeskan master.
walaupun belum dapat 100%, tapi sekurang-kurangnya aku dapat jugak.
(aku mahu rekod disini supaya aku ingat dikemudian hari apa yang aku perlu buat tuk dapatkan semangat balik dalam menyudahkan sesuatu perkara dan bagaimana indah rasanya bila ada semangat itu)

dengaq orang beletiaq, dengaq orang bagi motivasi, baca buku motivasi, tengok filem motivasi.
semua membantu tuk dapatkan semangat.
tapi kalau diri sendiri tak bertindak, tak kan dapat semangat tu sampai bila2.

yang penting bergerak, bertindak.
bukan dok saja.
buat sesuatu.

bila teringat yang aku ni dah berumur 26 tahun,
aku jadi malu sendirik.
sebab dah setua ni pon, aku belum matang.
belum matang tuk kuatkan diri.
aku selalunya mudah give up dalam banyak perkara.






Wednesday, April 14, 2010

berhenti, tak kan punyalah

"bos ada bagitau kat bos satu lagi pasal niat saya nak berenti ek?"
"ha la. aku bagitau la."
"awat bos pi bagitau... dia kata apa bos?"
"dia kata, "celaka, dia tak bagitau aku pun". kau memang jarang ek jumpa dia?"






*******************************

"saya tak kan berenti punyalah bos. kalau saya nak berenti, dah lama saya berenti. saya takat kata saja... buat tak pun. banyak benda saya perlu ambil kira"
"hang kata la. cukup 44 kali. betui jadi baru tau."


Sunday, April 11, 2010

dapat semangat

dah lewat petang baru teringat benda Bos-No-2 suruh buat.
buat keja kat lab eksperimen.

nampak mesin2 yang dah lama aku tak pegang.
tiba-tiba mai angin teringin nak buat sampel.
maka, aku buat sampel.

alhamdulillah.
aku jumpa sedikit semangat-nak-habeskan master di situ.

kat mana lagi ek aku boleh dapatkan semangat.
nak kumpul bagi banyak sikit.




*******************************

kat panggung wayang boleh dapat dak semangat tu?
last movie yang aku tonton adalah remember me.
lama gak tu.
atau mungkin boleh dapat semangat kat sipadan.
tak pon, boleh dapat semangat banyak2 bila dapat hadiah byk2 masa besday nanti.
muhaha.

ehem. harap sedia maklum.......



Friday, January 29, 2010

kak sita ngeri tengok senarai percutian aku. aku nak tambah lagi 1, jogjakarta, bulan 4. tapi bukan itu yang aku mau cerita..

aku sudah pindah masuk ke bilik rehat yang direnovate itu.
meja baru. suasana baru. best wooo.
aku ada tangkap gambo...
tapi kamera-aku-yang-rosak-tapi-pebaik-pon-tak-guna tu menghasilkan imej yang kabur.
so, tak mau letak skarang.
nanti aku try tangkap guna kamera orang len.
tapi gambo laci kat meja baru tu, aku nak kongsi.
lihat... apa yang aku isi...


skarang aku akan hidup dengan makan roti..


aha.
bilik sangat selesa.
bersemangat nak menulis.
juga bersemangat nak buat benda lain, contohnya, tengok movie, layari internet dengan puasnya.
musim bermalam di lab berhari-hari berkemungkinan besaq akan kembali hangat. dengan lebih ramai penyertaan.
YEAH.


semangat woooh!

bukan aku saja... semua orang weh.



p/s: dulu aku guna 3 meja. sekarang hanya dapat 1 meja saja..

Thursday, October 01, 2009

sudah OKTOBER !!



dah oktober ui!!
akhirnya tiba juga oktober yang ditunggu-tunggu...
aku perlu sediakan tong oksigen lebih skit mulai hari ini, 1 oktober...

GO HUSNA GO

Wednesday, July 08, 2009

Cabaran telah berMULA!!

dah 2 3 hari aku nak update.
tapi tak sempat ja.
banyak gak benda berlaku 2 3 hari ni.
tapi yang paling aku nak update adalah tentang CABARAN 45 HARI NO NASI.
aku. zati. arix.
telah berjaya melancarkanya pada isnin, 6 Julai yang lalu.
akan habeskan dengan jayanya???
tunggu dan lihat lor.
tekat dan nekat nih.






antara makanan pilihan tentunya:
hijau. bersifat mee. bersup.

Saturday, July 04, 2009

dah JULAI oii !!

wah.
dah jadi seminggu sekali aku update.
sepanjang minggu lepas..
aku buat apa ha?
keja skit. joli lebih skit.
lokasi joli terpaksa dirahsiakan.
gambar-gambar semasa joli pon tak boleh di upload.
nanti kantoi dengan bos baru maaa..
wah.
dah masuk JULAI dah!
dulu aku plan Jun aku dah habes tulis dan habes eksperiment.
tapi ni dah Julai...
apa cerita ni husna??
terpaksa berusaha lagi yang pastinya!!
dalam pada itu...
Julai ini aku bercadang nak lancarkan CABARAN 45 HARI NO NASI...
dek kerna berminat dengan cerita yang diceritakan oleh arix hari tu..

tapi masalahnya...
aku dok tangguh-tangguh lagi.
nak stat 2 julai..tapi pi makan nasi kat pecal lele..
nak stat 3 julai...tapi pi makan ikan bakar..
hari ni 4 julai...boleh la stat kot..
kot la kot..
pastu....
ni aku perasan satu benda..
aku sangat suka merakam gambar kat meja makan.
merakam gambar makanan..
merakam gambar di sekeliling meja makan..
aku suka tengok gambar makanan...
bagi aku ia sangat warna-warni..
dan juga tak letih untuk menangkap gambar..
sooo..
aku rasa nak buat blog baru kot..
nak letak gambo-gambo makanan ja..
makanan yang aku makan..
tapi ada masa ker??
UPDATE:
tadi lepas je aku tekan publish post...aku terus terbaca ini di blog Sartorialist.
'' I wanted to them to see that you don't have to separate having fun and taking pictures. I take pictures walking around on the street because I find it very relaxing and fun. What each student needed to do was to find what they were passionate about and try to capture that passion with images. ''

wah.memang macam aku rasa semasa aku tangkap gambar makanan jer...



Friday, December 19, 2008

1st step in GO GO PROJECT!

hari ni aku decide nak start aku nya GO GO PROJECT...
benda 1st nak buat adalah membuat goals baharu...dan lebih realistic..
ni yang sempat aku ubah stakat ni...
maybe akan di tambah dilain waktu...

My old unrealistic goals
1. kurang berat badan 4kg dalam masa 1 bulan..8kg 2 bulan..
2. skipping plus pilates 2 kali sehari. and jogging on sabtu and ahad..
3. no-nasi tuk 2 bulan..
4. buat experiment pada siang hari...baca jurnal/buku pada malam hari...tiap-tiap hari..
5. budget rm200 tuk makan tiap-tiap bulan..
6. shopping 3 bulan sekali.
7. no more after-subuh sleeps..
8. stick to 1 produk at least 1 year..


My new i-think-its-more-realistic goals
1. kurang berat badan 5kg dalam masa 2-3 bulan..
2. skipping OR pilates OR jogging at least 4 kali seminggu..
3. no-nasi at least 3 hari seminggu..
4. suka hati nak buat apa hari tu..experiment ka..baca ka..malam ka siang ka..asalkan buat sesuatu..
5. budget makan rm300 ++ sebulan..tapi tak termasuk special treatment..
6. shopping whenever i want...tapi just make sure ada duit..dan jangan membazir..
7. bangun suka hati...tapi paling banyak pon 1 2 hari ja yang lewat dan make sure MUST g lab on weekdays..
8. tak kisah nak tukar produk bila...tapi just make sure habiskan sesuatu produk sebelum beli yang baharu...

Friday, November 07, 2008

the GO GO project

since my life seem sooo...
dull,
not-so-happy,
not-so-colorful,
not-so-inspiriting,
not-so-progressive,
not-so-enthusiastic,
and....
many many more no-so-something...
i want to start my GO GO project!
GO GO!!
frankly speaking...i got no plan about it yet..
but i have to plan very very and very well.
to make sure..
my life..
happy,
colorful,
inspiriting
progressive
and enthusiastic!