Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label aku makan. Show all posts
Showing posts with label aku makan. Show all posts

Monday, May 20, 2013

byebye penang soon: baru nak pi, tree monkey



kat teluk bahang,
sebelah spice garden.

tiqah yang bawa aku pi.
dia selalu pi situ.

waktu yang cun sampai sana, dalam sejam sebelum matahari terbenam.
masa tu, dapat lah tengok langit berubah warna, dan makanan dapat sampai sebelum gelap (nak tangkap gambaq makanan guna kamera cabuk macam aku tak boleh masa gelap).

bagi aku,
kalau nak makan, pesan makanan utama terus, sedap dan rasa berbaloi.
kalau takat pesan pembuka mulut, sangat tak berbaloi rasa.
oh ya. tempat ni sediakan makanan thai.

lepas makan, boleh terus ke feringghi night market.:)















p/s: ni aku pi dalam bulan mac hari tu. ya. baru nak post kat sini.

Sunday, May 19, 2013

byebye penang soon: mini farewell party oleh yong

 

 
tadi siang,
yong buat makan-makan.
tuk aku (yang ntah bila) dan alla (betul-betul soon) nak  bye bye penang.
 
walaupun party tu hanya ada kami bertiga dan plus 1,
tapi ia tetap syiok.
 
thanks yong!!!
 
 
 

 
 





p/s: gambaq dalam camera aku tak banyak. camera tersebut diabaikan bila dapat instant camera.kahkah.

p/s: sambil berjalan dari gate ke rumah, dengan membawa barang-barang dapur dan juga belon 4 biji (yang dipaksa bawa balik oleh yong) penuh tangan, aku terpikir, 'time macam ni tangkap gambaq guna instant camera baru kena. tajuk gambaq- after party'.

Monday, April 29, 2013

byebye penang soon: farewell makan makan


bila aku nak bye bye penang,
ini benda pertama aku pikir nak buat.
farewell makan makan.
nak masak untuk orang orang kegemaran.

dibuat 10 hb mac lalu.
(emmm. ye baru nak update)
tapi timing tak betul.
ramai yang tak dapat mai. yang mai pon kena paksa. hahahaha
housemate sendiri pun banyak tak dak. pakat balik kampung.

aku masak benda yang aku selalu masak ja.
tak dak kemajuan kan.









p/s: sampai hari ni aku masih kat penang. hahahaha. delay. what a long good bye!

p/s/s: misai dan spekmata tu, shida housemate aku yang rajin membuatnya.

Wednesday, April 03, 2013

byebye penang soon: monkey beach


bila aku buat keputusan untuk bye bye penang,
aku ada senarai tempat yang aku nak pi, benda yang aku nak buat, tempat yang aku nak pi lagi sekali, benda yang aku nak buat lagi sekali.

akktiviti pertama yang dibuat,
BBQ di monkey beach.

kejadian berlaku pada 3 mac lalu.
yang dapat pi, hanya aku, marina dan wan.

monkey beach terletak di penang national park, teluk bahang, penang.
boleh pi dengan bot atau hiking.
ini 1st time aku pi. wan dan marina dah selalu pi. sebelum ini, banyak kali jugak depa ajak.

plan asal mau pi dan balik naik bot.
sebab mau bbq dan relax2.
tapi disebabkan hanya kami 3 orang, maka harga bot jadi tinggi skit.
(kalau pi ramai-ramai, boleh kongsi2 bayaq, maka lebih murah)

oleh itu,
aku, marina dan wan ambil keputusan untuk hiking ke monkey beach.
aku pakai selipar ja. so ini menunjukan bahawa laluan hiking tak la susah sangat. tapi penat juga lah kalau pakai selipar. kena banyak berhati-hati.
dan juga penat skit sebab hangkut barang bbq.

sampai.
terus bbq.
relax sungguh sampai aku tidoq kat pantai.
sangat syiiiiok!!!

pantai bersih. ayaq lebih bersih berbanding dengan ferringhi. sebab tak ramai orang.
monkey tak banyak. so selamat ja nak makan-makan.
tapi kebanyakan pelancong pi sebab nak tengok monkey, agak kesian kat depa sebab kena cari monkey atau tunggu monkey munculkan diri.

aku balik naik bot.
kongsi naik dengan 3 orang budak.
aku hangkut semua barang naik bot.
marina dan wan terpaksa hiking balik.
sebab ada benda nak dicari sepanjang trail.






















 


Monday, April 01, 2013

kembali ber-detox



pasal diet tahun lepas tu, diet detox tu,
tak sempat nak update.
ia memang berkesan tuk aku.
aku tamat diet tu pada hujung tahun lepas.

semenjak itu,
aku makan macam biasa.
luar biasa pun ada juga.
terutama kini, ketika aku sedang melakukan aktiviti makan-makan dan jenjalan sekitar penang sebelum aku say bye bye.

esok,
aku akan masuk stage 1 diet detox.

no fast food, no processed food.

Tuesday, February 19, 2013

laut dan pantai









rindu gila kat laut dan pantai.
tapi untuk 2 hari tersebut, gue tak sentuh air laut langsung.

mungkin,
lepas ni, akan selalu bersama laut dan pantai.

yeah

Thursday, November 15, 2012

setelah lama tak masak



lepas ni,
nak buat daging burger sendiri.
sebab dah teringin sangat nak makan burger.
hari-hari balik keja, lalu gerai burger tepi jalan.



p/s: tak de nya hebat sangat. aku beli jusco punya kambing perap. balik umah, masak. campur skit dengan daun-daun herbs.

Tuesday, November 06, 2012

diet detox, camni lah! 2




keputusan untuk blood test yang aku buat hari tu aku dah dapat.
glucose ok.
urea ok.
uric acid ok.
total kolestrol ok.
hdl kolestrol ok.
triglycerides ok.
total/hdl ratio ok.
ldl kolestrol, TAK ok. tinggi skit.

oleh kerna doktor tersebut tidakdapat/malas nak menerangkan lebih lanjut pasal keputusan tu,
maka, balik rumah, aku studi kat wikipedia.

hasil dari studi aku,
aku ada nak buat perubahan skit kat plan diet detox aku nih.

1. plan asal untuk stage 1, aku hanya buang banyak makanan yang diproses, benda-benda lain aku hentam. mamak, ayam goreng, nasik lemak dll aku makan macam biasa.
sekarang, aku rasa nak buang makanan bergoreng dan berlemak bersantan untuk stage 1 nih. so, no kari bersantan, no bubur caca, no ayam goreng, ikan goreng, cokodok, pisang goreng, dan benda goreng-goreng yang lain.

2. senaman. plan asal untuk sepanjang 2 bulan diet detox ni, aku tak masukan aktiviti senaman langsung.
sekarang, dengan mengambil kira ilmu yang aku dapat dengan studi kat wiki dan juga dasar memang malas nak senaman, aku terpaksa buat senaman jugak skit. senaman ringan. benda paling senang, buat regangan atas yoga mat.

sekian.