Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Showing posts with label music aku suka. Show all posts
Showing posts with label music aku suka. Show all posts

Friday, November 02, 2012

Tuesday, October 02, 2012

Monday, June 25, 2012

insomniacs club



dulu
aku biasa mengadap internet 12-14 jam sehari, tanpa henti.
 kini nikmat itu terpaksa dilepaskan.

bila sesekali dapat peluang,
aku dah tak sempat nak meneroka youtube (dan wikipedia),
maka, bila buku youtube, aku akan cari lagu2 atau band2 yang aku suka saja.

antaranya, lulu and the lampshades.


awat la skit sangat video depa kat youtube?

Wednesday, May 09, 2012

terasa hidup kembali normal dan warna-warni




dengan kembalinya aku mengadap internet, maka terasa sangat normal dan warna-warni.
dan terasa kembali bersemangat untuk mengadap laptop.

 oh ya. kemana aku menghilang?
 tak kemana pun.
 cuma sepanjang nih, ada sedikit perubahan dengan hidup aku.


1. aku masih bekerja di kedai buku. tapi kembali ke sales floor. tidak lagi di inventory. tidak lagi berpeluang untuk membelek majalah2 gosip atau membuang masa. kini dengan tugas baru, aku tidak boleh menampakan diri ini tidak bekerja, walaupun ada kalanya perasaan malas dan mahu main tu datang. orang selalu kata, kepimpinan melalui teladan. muhaha

2. banyak benda berlaku sepanjang aku tidak tunjuk muka kat sini. ada gambaq dan cerita yang hendak diupdate. antaranya, zati konvo dan bila berjumpa sahabat2. dan cerita oh-rindunya-masa-dulu.




Saturday, February 25, 2012

emo sejak 2 3 hari ni





"tak kenal aku, jangan cakap"
-sambil mata mengecil dan menuding jari telunjuk.

toodia.

Wednesday, February 01, 2012

the morning benders





aku terjumpa video ni balik.
teringat yang aku suka depa ni.
suka musik dan penyanyi dia. :)
rasanya aku pernah share video nih.
tapi tak pasti samada kat blog ni atau blog lain atau kat fb.

aku juga teringat yang dulu,
aku layan,
phoenix
las ondas marteles
piers faccini
margot and the nuclear so & so's
seabear
dan banyak lagi......

Friday, January 13, 2012

hold on to what you belive

"I ran away
I could not take the burden of both me and you
It was too fast
Casting love on me as if it were a spell I could not break
When it was a promise I could not make

But what if I was wrong?

But hold on to what you believe in the light
When the darkness has robbed you of all your sight

And now this land
Means less and less to me without you breathing through its trees
At every turn
The water runs away from me and the halo disappears
And the hole when you're not near
"








aku tengah gila lagu nih sekarang nih.
kalau aku boleh dengaq depa live depan mata, sure aku boleh nangis nih.
oh sora marcus sangatlah menusuk kalbu.
kehkehkeh

Tuesday, January 10, 2012

menyesal

selalunya kita akan menyesal pasal benda yang kita tak buat,
bukan pasal benda yang kita buat.

contohnya,
aku menyesal tak belajaq rajin2.
tapi aku tak menyesal main2 masa sekolah dan jugak di u, sebab itu semua memberi aku kenangan yang indah kalau terfikir pasal sekolah dan u.


so, aku nak cuba buat sebanyak mungkin benda yang aku rasa nak buat.
dan listnya sangat panjang.
tapi ada beberapa perkara yang aku nak buat sebelum aku membina famili. kalau tak buat aku rasa aku akan meroyan.

contohnya,
1. travel.
ini sangat berat. berat tang duit. nak buat sebelum sampai umoq 30thn atau sebelum kawen macam tak sempat. mungkin kena pi lepas kawen tapi sebelum ada anak. ececeh.

2. pi konsert.
coldplay, mumford and sons dan moriarty.
aku sebenaqnya tak suka tempat crowded, tapi demi ini, walaupun crowded dan tak berpaedah, aku tetap rasa nak pi.
dulu coldplay ja dok dalam list. la ni tambah mumford and sons dan moriarty.
nanti tahun2 depan taktau la pulak.



harap2 boleh la laksanakan.




Friday, January 06, 2012

kehidupan baru di inventory-land



baru 3 hari ja aku masuk inventory.
di inventory-land,
(1) tak dak orang kacau.
(2) speaker lebih jelas, maka boleh dengaq lagu dengan lebih kuat (buat masa sekarang, ada lagu2 CNY dan foster the people) dan boleh dengaq depa paging dengan jelas (kalau ada gelak2 semasa pagging pun boleh dengaq).
(3) rasa masa sangat cepat berlalu.
(4) lebih menggunakan tenaga.




di inventory-land,
aku uruskan majalah.
sambil buat keja, boleh la belek2.
maka aku boleh jumpa majalah2 yang best2 dan yang tak dibenarkan untuk dijual.
dan aku jumpa majalah mingle nih (bukan dalam kategori majalah tak dibenarkan untuk dijual).
majalah tunjuk idea2 nak buat gathering.
sangat kreatif dan cantik.




dan aku jumpa majalah nih. frankie.
sejenis majalah yang aku sangat suka. melibatkan benda2 yang aku suka buat dan tengok.









p/s: setelah berminggu telinga aku dipaksa dengaq foster the people, aku jadi suka pada aku miss you dan waste.

Wednesday, December 21, 2011

bila aku lebihkan sesuatu benda





i can feel the old self grab me back.


yeeaaahhh!

rasa luas dan aku rasa boleh buat macam2.

Monday, October 24, 2011

i can move like jagger too





zati selalu kata aku tak dengaq lagu2 komersial yang didendangkan di dalam radio atau tv.
ada benarnya.
tapi aku ada jugak dengaq kadang2.

dan minggu lepas aku jumpa lagu maroon 5 ni.
sejak dari tu. aku bukan saja dok pulun dengaq lagu ni, malah aku dok move like jagger jugak.
move sampai kawan2 lab rasa nak pengsan.



p/s: tapi lirik lagu nih memang jenis yang aku tak suka.

Monday, October 10, 2011

tangan dah terketaq-ketaq nak pegang laptop baru




baru jumpa baby-band dari australia ni.
sedap jugak.
dan bila dengaq rasa nak menari2, loncat2, pusing2 dan buat pergerakan pelik2.
hepi.

Tuesday, July 19, 2011

nirvana

2 3 hari ni,
aku dok layan madjo.
aku jumpa dia cover lagu nirvana, where did you sleep last night.
pastu,
terus teringat yang suatu tika dahulu aku gila sungguh dok dengaq lagu2 nirvana.
masa tu umur aku dalam 18-20 macam tu la kot.

so hari ni,
seharian aku layan nirvana.











p/s: dalam dok layan nirvana, zati bagi tau aku yuna ada buat cover come as you are. best jugak aku dengaq.

Monday, July 18, 2011

buku dan moriarty

antara benda yang boleh damaikan aku.

buku kepada aku bukan saja untuk memenuhi masa terluang,
tapi boleh sampai ke tahap boleh damaikan jiwa aku.

aku boleh dapat tenang dengan dikelilingi buku, masuk perpustakaan, masuk kedai buku atau tengok rak yang ada novel2 aku.
(aku rasa dah banyak kali aku dok ulang benda yang sama dalam blog)

pasal moriarty.
aku memang suka depa ni.
musik yang macam depa bawak, memang tengah in dengan jiwa aku.







klip ni,
aku ada kongsi kat fb minggu lepas.
aku tag marina.
aku suka klip ni sebab moriarty yang menyanyi dan sebab kedai buku dalam klip ni.
shakespeare and compony nama kedai tu.
dengaq kata kedai buku tu sangat femes.

aku sangat suka kedai buku,
tambah pulak kalau kedai buku macam tu.
boleh meroyan jugak lah kalau masuk.
aku rasa meroyan tu mesti lebih teruk dari meroyan ketika masuk muda house kat georgetown hari tu.

ada 1 lagi klip moriarty menyanyi kat kedai buku tu.
menyanyi dalam kedai buku pulak.
aduh. gila lah tengok ruang2 sempit yang dipenuhi buku.




ah. syok jugak berangan nih.



p/s: ada lagi gambaq pasal georgetown festival yang aku nak uplod sini. tapi cam malas skit.

Sunday, July 03, 2011

i heart mumford & sons






i heart football
i heart new york
i heart most things except meat in a can
and i heart radio.




oh. i heart mumford and sons!!

Tuesday, June 28, 2011

musik pilihan dikala ini





kalau aku dah dok suka dengaq lagu2 techno, electro bagai,
itu tandanya, aku tengah tak keruan skit.
dan rasa nak menari atau buat pergerakan pelik-pelik.

kalau aku dalam keadaan biasa, tenang dan damai,
pilihan musik aku adalah folk rock atau yang punya vokal harmoni.

Tuesday, June 21, 2011

harta karun: kaset lama

dalam dok menyimpan buku lama,
aku terjumpa jugak dengan kaset2 lama.



ni antara koleksi kaset aku masa sekolah menengah. yang terkena anai2 pun ada.
masa ni aku tengah minat dengan hip hop dan r&b. bukan tu saja, boleh kata masa ni, aku dengaq semua jenis musik.


dan aku terjumpa kaset ni.
aku terlupa aku punya kaset nih.
kaset ni diberi oleh satoko, yang mai kelas aku masa aku tingkatan 4.
aku dah lost contact dengan dia.







kaset2 lama ni, kalau main, mesti sangkut.
so simpan saja untuk kenang-kenangan. nostalgia masa muda mudi budak sekolah.

we won't run, we can fight

lagu we won't run oleh sarah blasko.





selalunya bila dengaq sesuatu lagu,
benda yang aku mula2 serap dulu adalah musik dan suara. bukan liriknya.
kalau lagu sedap, baru aku dengaq betul2 liriknya. ataupun tak kan hirau langsung liriknya.
tapi untuk lagu ni, aku dengaq lirik dulu, dan sangat suka.




"Longing to leave,
but begging to feel,
that something will make you stay.
You gotta believe,
that this all leads,
to somewhere we've never been.

We won't run,
we can fight,
all that keeps us up at night.
There is far,
to go now,
let's not waste a minute more,
in denial.

But I always thought,
you knew yourself,
better than anyone.
But the season was lost,
when you started listening,
to everyone else.

Cast in this devil,
I've got the metal,
the means to make things right.
Tired of guilt,
tired of being sorry,
haven't we suffered enough?"

Monday, May 30, 2011

fleet foxes (band)

tadi masa dok gaduh mengantuk,
aku bukak youtube, taip a take away show.
kot kot boleh jumpa band2 hat tak besa dengaq dan yang syok2.

maka, terjumpalah dengan band nih.
terus letak band ni no4 dalam senarai band2 hat paling, paliinggg aku suka.
no 4 selepas, coldplay, moriarty dan mumford and sons.

dalam video take away show nih,
lagu pertama, sun giant.
lagu ke-2, blue ridge mountains.
hat lagu ke-2 yang aku paling suka!
asyik betui bila dengaq sambil katup mata.







p/s: time subuh, gelap2, sunyi2, matahari baru nak muncul, bentang yoga mat, buat pilates, sesuai nih guna lagu2 depa. damai dan tenang nak buat pilates.


p/s/s: ceh. bila masa nak pi buat pilates pon tatau. berangan. dah berbulan tak melentur badan, yoga mat pun dah berabuk.

Wednesday, April 27, 2011

tentang cahaya, tentang bunyi




dalam dok cari lagu2 cocoon, aku terjumpa lagi sekali video lagu nih.
pasal video ni aku teringat 2 benda.

1. tentang cahaya.
aku sangat suka video atau photo yang mempunyai cahaya macam nih. aku tak tau istilah apa yang digunakan. yang sekeliling gelap, cahaya hanya tertumpu pada subjek sahaja. tak paham lagi? emmm. cuba sekali lagi. keadaan dimana, sekeliling gelap, tapi hanya ada lampu liplap, atau beberapa batang liling, atau beberapa mentol lampu. senang cakap macam video kat atas lah. aku rasa nak cuba tangkap gambaq dalam keadaan macam nih lah. nak pi cari lampu liplap. tapi tak dan nak buat la nih.
dan aku saja nak habaq yang aku suka video atau photo yang punya cahaya macam video diatas.

2. tentang bunyi.
kalau hampa tengok video ni sampai habes, hampa akan dengaq bunyi ayaq kolam berlaga dengan kamera. adoi. macam bunyi ayaq belaga dengan telinga. glup glup. itu bunyi yang depressing tuk aku. bila dengaq, aku boleh bayangkan aku dok dalam kolam/laut, tengah terapung, ayaq belaga dengan telinga, tertelan ayaq, mata pedih kena ayaq, hidung pedih, terbatuk-batuk, rasa panik, rasa nak lemas.
aku ni suka dok dalam ayaq. tapi beberapa minit (30min) sebelum nak besa dengan ayaq, aku akan panik. lepas aku boleh lupa pasal bunyi ayaq belaga dengan telinga dengan menikmati permandangan sekeliling, langit, tengok ayaq jernih, barulah boleh selesa dalam ayaq.
hui. jenuh. sebab tu aku payah nak boleh berenang.