24 tahun sudah masa berganjak. tanpa sebarang berubahan drastik. tanpa perubahan yang ketara. aku tetap seperti dulu juga. kalau dulu semasa aku masih awal remaja, aku membayangkan usia 24 tahun merupakan usia yang agak dewasa. usia matang. usia orang yang punya kerjaya. dan juga usia orang yang nak kahwin. tapi kini aku sendiri dah masuk 24 tahun. 24 TAHUN! bukan sikit. semua yang aku bayangkan dulu aku tak punyai. tak dewasa. tak matang. tak ada kerjaya. tak tahu drive. tak ada kenderaan (walaupun basikal. jalan kaki ja). dan belum ada pacar lagi inikan pula kahwin (cepat dapat jodoh:antara wishes list yang bibuat oleh sahabat-sahabat dan adik aku). masuk saja tahun 2008 aku dan sahabat-sahabat aku pikerkan mengenai apa pencapaian kami selama hampir 24 tahun. piker punya piker, kami tak ada apa yang boleh dibanggakan. dan manusia paling teruk antara kami adalah aku! (itu pun setelah aku piker sambil nangis + dimarah dengan dr coswald). kalau dibandingkan secara meterialistik dengan rakan-rakan aku yang diluar sana, memang kami teruk. aku lagi teruk! 24 tahun tu bagi aku dah terlalu lama. kena ada sesuatu yang boleh dibanggakan (at least perubahan perangai ka). bukan utuk orang lain. tapi untuk diri sendiri lebih penting. tapi kemarin bila aku baca blog saifulislam.com. melalui entry 'perlukah manusia kepada tuhan'. baru aku tersentak (atau dalam bahasa kami bertiga:selop). tersentak sebab selama ni aku hanya pikerkan kekurangan aku dalam segi material saja. aku tak nampak kekurangan aku dari segi hubungan aku dengan agama. dan yang lebih penting hubungan aku dengan yang MAHA ESA. aku tak mengenal dan tak berusaha untuk kenal diri aku sendiri dan kenal TUHAN. aku tak berusaha secara bersungguh-sungguh untuk membolehkan aku menggunakan segala kekuatan dan kelebihan diri. seterusnya untuk aku mengenalpasti batasan dan kelemahan diri. Allah berikan manusia kelebihan untuk berperanan. tapi, apa peranan aku selama ini? aku tak nampak dan aku tak tahu! tak tahu sebab aku tak mengcungkil dan menggali segala kekuatan yang aku ada (aku hanya cungkil dan kenal pasti kekuatan hanya untuk tingkatkan self esteem, bukan untuk berperana dimuka bumi). aku tak tahu sebab aku MALAS. malas untuk bertindak. malas untuk berfiker. malas nak keluar dari comfort zone aku. segala-galanya adalah datang dari MALAS! (see balik-balik semua masalah adalah datang dari perangai yang aku cuba kikis sejak aku umur 7 tahun-sebab itu aku kata aku tak berubah langsung dalam masa 24 tahun ni!) so setelah 24 tahun aku hidup, aku nak berubah bukan untuk dapat kerja besar. bukan untuk dapat duit banyak. bukan material. tapi untuk kenal siapa TUHAN aku. siapa diri aku. supaya dengan sendirinya aku boleh kenal pasti kekuatan dan kelebihan aku. then supaya aku tau apa batasan aku. apa kelemahan aku. dan semua ini boleh dibuat kalau aku buang perangai paling buruk yang pernah ada. MALAS! dan aku kena ingat nak buang perangai yang dah lama bermaharajalela ni bukan boleh dibuat lepas aku publish post ni. aku kena LATIH DIRI! sebab aku nak jadi orang yang berperanan!
'manusia yang sedar bahawa hidupnya harus berperanan akan memaksa diri untuk mencari potensi. semuanya atas keyakinan bahawa tiada manusia yang lahir dengan asal kebodohan, sebaliknya setiap insan lahir dengan kepandaian-kepandaian yang berbeza-beza' - saifulislam.com