Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, July 04, 2008

Beads & Sequins















manik. manik. dan labuci.
dah lama aku nak belajaq jahit manik. dan cita-cita aku sampai akhirnya.
skali lagik kak mira telah murah hati nak mengajar dengan free.
walaupun tak full blajar tapi aku hepi sangat. dah tahu basic pun jadi laa (aku dah ada anak murid ooo!).
so skarang aku tengah gile jahit manik. semua kain color hijau yang aku ada telah terjahit manik (sebenaqnya aku hanya ada manik color ijau ja..kena beli bagai lagik).
gambaq diatas adalah masa sesi belajaq dengan kak mira.












Thursday, July 03, 2008

konon nak cari pengalaman baru..

setelah lama tak nonton movie maka semalam aku dan sahabat-sahabat pergi berhorey-horey (balik awal dari lab deh). movie pilihan kami adalah DASAVATHARAM! atas cadangan arix dan juga sebab tak dak cita len nak tengok. (ayat-ayat cinta dah tengok, wanted semua full, sepi tak mau, doomsday bukan pilihan dan tak mau balik lewat sangat).
kami pergi dengan sangat excited nak nonton DASAVATHARAM..kami memilih sebab cita ni dikatakan terbaik setakat ini dalam industri filem tamil..dilakonkan oleh kamal hassan. beliau memegang 10 watak untuk filem ini dan penggambaran mengambil masa 3 tahun.( bunyi pon macam best)
dan aku nak sangat pergi tengok sebab konon nak dapat pengalaman baru dengan memilih filem tamil untuk ditonton (dan juga konon nak cari kelainan dan nanti boleh habaq kat orang aku ni unik..ehehehek)..tapi malangnya..kami tak jadi tengok..huhuhuhu..sebab masa nak beli tiket si penjual kata tak de subtitle yang full..(logik ka??) tapi aku syak yang si penjual tu tak caya kami nak tengok dan takut kami nyesal (tapi suka ati orang la kan..)

so dengan tergesa-gesa kami membuat pilihan lain..akhirnya kami pemilih MADE OF HONOUR. dah la pulak tu dapat duduk pada row yang ke-3!! sedeh betul laaa.

dan dengan iklan yang lama..dengan tak sempat beli popcorn..dan dengan kepala dah mula lenguh belum movie bermula..kami pon duduk diam-diam dan menonton (dan dengan sekuat ati cuba tak mau rasa tak puas hati..)
semakin lama kami tengok semakin kami suka..dengan cerita yang ringan tapi tak ringan sangat..dengan OST yang best-best..dengan pelakon wanita yang come dan pakai baju-baju yang cantik-cantik belaka (kami ber-4 banyak komen pasal baju yang dia pakai..selepas baju ke baju kami akan bisik-bisik..'aku suka la baju yang dia pakai' atau 'sukanya baju dia pakai' ataupun 'cantiknya baju dia')
dan selepas 1 jam 40 min kami kuar dengan rasa puas hati + nak terkencing + sakit tengkuk + lenguh pinggang dan ngantuk...OOO..

Tuesday, July 01, 2008

menge-DIP

aku bukan la peminat gubahan hantaran. tapi kalau aku pergi ke kenduri kawen dan ternampak hantaran-hantaran yang unik, klasik, kreatif dan berseni, pasti aku sangat teruja (tapi tak la sampai terlompat-lompat). dan aku juga tak pernah nak belajar dan cuba membuat gubahan hantaran (walaupun mak dan kakak aku pernah ajak buat bila tiba musim orang kawen).
tapi kali ini berbeza. atas ajakkan kawan aku lina. kami berguru dengan kak mira buat bunga DIP. dan aku teruja!! (dan kali ini aku hampir melompat-lompat!). proses pembuatan yang sangat best. selama ni aku tak pernah tahu tentang kewujudan teknik ni. so aku meninggalkan kerja-kerja lab seharian untuk belajar benda ni (nasib baik dr aku tak tau). dan semua dibawah adalah hasik kerja aku dan lina.