Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, February 24, 2009

selasa, feb 24, 1.20am

selasa, februari 24 2009.
jam di computer: 1.20 am.
sedang berada di lab skol kimia.
tengah cuba menulis.
tapi idea semakin berkurang.
kopi sudah habes.
kak yati baru jer tidur.
ulang dengar lagu-lagu yuna dan dido.
sunyi.
lampu terang benderang.
mata kelat-kelat.
dahaga, tapi takut nak minum banyak.
nanti tak dak sapa nak teman pergi tandas.
plan nak tidur kul 2.
kul 10am nanti ada klas lab.
sudah mau sambung menulis.
daa semua..

Monday, February 23, 2009

farhana sudah 24

kemarin...
22 feb 2009, ahad..
birthday farhana yang ke 24
semoga farhana..
panjang umo, murah rezki, sihat selalu, dapat apa yang diidamkan, dapat apa yang diusahakan, dan dapat jodoh yang baik-baik..
kami (aku, zati, muna, aini, kak azi, kak yati dan kak ila) buat makan-makan seafood kat hammer bay..
sodap...aku seperti biasa...ikut nasihat bapak aku...jangan bercakap ketika makan!








farhana si birthday-lady







love u all

last enty aku ada cakap aku sangat sayang sahabat-sahabat aku...
kenapa? susah nak cakap...
tapi...
pada tengah hari tu,
depa 3 orang menunjukkan salah satu sebab kenapa aku sayang mereka..
Mr. Who-is-older-than-us susah payah cari tisu kat aku..
ariza beli ais krim kat aku..
zati peluk aku..
3 orang tujukan lagu dan nyanyi kuat-kuat lagu i'll stand by you..
pusing-pusing tempat jauh..sampai ke botanical garden...minum jus..
plan nak p tesko...tukar ke our fav pecal lele..
terima kaseh banyak-banyak sahabats!
dan jugak sahabat-sahabat lain yang ada disekeliling aku..
aku jugak sangat sayang sama kamu semua..









Friday, February 20, 2009

pagi + bola + love songs


dah lama tak naik kereta Mr. Who-is-older-than-us pagi-pagi macam nih...
kereta yang memperkenalkan aku kepada lagu-lagu oldies seperti...
- too late to turn back now by cornelius brothers and sisiter rose
- big girls dont cry by frankie valli and the four seasons
- what becomes of the broken hearted by jimmy ruffin..
lagu-lagu yang tak pernah aku dengar yang kini telah jadi kegemaran...
dan dari minggu lepas......
kereta ini memperkenalkan aku kepada love songs yang aku tak pernah dengar...
enjoy, hepi..
p/s: thanx Mr. Who-is-older-than-us untuk segalanya...dan kredit to arix diatas 1 gambo diatas..arix, zati...aku sangat sayang kamu 2...dan semua jugak..


Sunday, February 15, 2009

jika berada lebih 24 jam di skol...

apa yang terjadi?
apa yang dibuat?
apa yang perlu ada?
jika berada lebih 24 jam di skol...
sebahagiannya adalah...










ini entry ke 150

2 3 hari ni dah start hujan...
alhamdulillah...
walaupun dengan hujan yang tidak lebat dan sekejap..
tapi...
cukup untuk membasahi bumi yang agak lama kering dan panas..







untuk entry ini...
happy 150th entry!!



Friday, February 13, 2009

singapore coldplay viva la vida tour

Aku baru ja bukak e-mail dan baca the coldplay messenger dan aku BARU TAU pasai
SINGAPORE Coldplay Viva La Vida Tour!!!
tarikh: 23 Mar 2009
tempat: Singapore Indoor Stadium
tiket: S$248, S$188, S$158, S$88
internet booking start16 Feb 2009, 9am

UUUWAAAAAAA
aku nak pi..!!!
tapi macam tak sempat!!
banyak kerja!
tak tau sapa mau teman aku!
TOEK betul!

Monday, February 09, 2009

chuck palahniuk



Ini buku terbaru aku habes baca. non-fiction dari Chuck Palahniuk. atau tajuk lainnya, Stranger than Fiction. Semasa aku beli buku ni, aku tak kenal siapa chuck plahniuk nih. Lepas tengok senarai buku dia, aku jumpa Fight Club. Buku yang diadaptasikan ke dalam filem. Lakonan Brat pitt. takat tu saja aku tau.

Selepas baca buku non-fiction ni....aku simpulkan bahawa: aku tak akan baca buku-buku fiction dia yang lain...kenapa?? cerita-cerita dia agak liar dan kasar. Party, sex, drugs, porn, masturbates, fight, violence. walaupun dia kata buku-buku dia banyak berkenaan 'people trying to connect with people', tapi dengan adanya banyak unsur-unsur sebegini...aku jadi takut nak baca...takut tak faham apa yang cuba disampaikan..

Walaupun tak berapa suka akan penulisan dia...tapi dalam buku non-fiction ini, ada benda baru aku tahu, aku faham, aku terfikir dan aku sedari...ada 2 kata-kata dia yang aku paling suka..

1. He was very right bila dia kata pasal... 'Alone. Together. Alone. Together. It's a cycle.'
we trying to connect with people. be in community. have connection and conversation with people. really be with people, until you're sick of people. until you want to escape from people. get away from people. you want to be ALONE!
then you alone. you enjoy it. you do what you want. nobody can disturb you. nobody can make you sick. but after a certain time, you will feel boring. you think you should share what you had, what you felt, what you want, what you got or what you thought with people. you want to be TOGETHER! Alone. Together. Alone. Together. It's a cycle.

2. '...learning to write means learning to look at yourself and the world in extreme close-up. If nothing else, maybe learning how to write will force us to take a closer look at everything, to really se it....'
dan..
' If we can reflect and know our lives, we might stay awake and shape our futures.'
Itulah yang aku selalu harapkan dan cuba buat selama ini, semasa aku menulis blog. supaya aku akan lebih kenal siapa diri aku. supaya aku lebih appreciate, celebrate, take time and take a closer look terhadap semua benda disekeliling aku.
aku dan sekeliling dan hari-hari aku...



I just heard that my fav band, Coldplay won 3 Grammys.they won...
- Song Of The Year (Viva La Vida)
- Best Pop Performance By A Duo Or Group With Vocals (Viva La Vida)
- Best Rock Album
a VERY well done to them!

Sunday, February 08, 2009

bunga api & tua

semalam ada orang bakar bunga api..
semperna thaipusam hari ni kot..
dah tua-tua macam aku ni pun, still excited tengok bunga api..
ini gambo yang aku sempat tangkap semalam..






Friday, February 06, 2009

limau lagik

limau lagik..
demam gong xi fa chai bleum habes.
hari ni limau dari Janice plak.
kali ni jenis kecik dan manis..




Wednesday, February 04, 2009

blogging. writing. swimming. orange. romance

Hari Ini:
1. Blogging. Hari Ahad hari tu aku baru kata nak kurangkan blogging. tapi...hari ni...tak sampai 3 hari aku buat ikrar, aku dah start blogging balik. Tapi aku try untuk tidak berlama-lama di internet. Blogging bila ada benda nak cerita ja.. Tapi...banyak benda nak cerita nih..ehem..susah nih!! But ill try my best!

2. Utusan. Aku nak start baca Utusan balik. bukan kosmo lagi. beli tiap-tiap hari insyaallah..tapi hari ni tak ada rezki. nak beli habes plak. demi kerana mendapati penulisan aku amatlah teruk dan sangat tidak menarik, barulah aku bergini. Penulisan aku baik dalam english atau bahasa, sama saja..tak menarik dan tak akedemik langsung..tu la..banyak baca novel jaa..


Kelmarin:
1. Swimming. Im back into the water..what a pleasant feeling! besh oh. walaupun kulit aku kering dan gatal-gatal. trima kaseh tuk daya sebab ajak aku dan sudi ajaq aku. dah nak masuk 4 bulan kot aku tak renang..

2. Limau. Semasa lab class semalam ada student aini bagi limau gong xi fa chai..tuk aini dan aku skali..thanx a lot k! bertambah la limau kat dalam bilik rehat tu..kat mr ng aku mintak limau gak, tapi dia tak mau bawak ke lab dan kasi tuk kami dua orang..ni tak yah mintak pon...bagus betul. emmm..tapi... no extra marks ek.



3. Romance novel. aku discovered satu interest terbaru. baca buku romance zaman elegant 1820s London + big gown + balls + bahasa bunga-bunga + sopan-santun.. aku sendiri cari penyakit baca buku macam ni..Until You by Judith McNaught..aku pinjam baca yang Jenny punya..thanx Jenny..aku ingatkan aku tak suka buku macam ni..ingatkan buku macam ni boring..tapi. to my own great surpise..aku suka buku romance macam nih! tapi aku baca laju dan skip skip tuk membolehkan aku membuat kerja yang sepatutnya aku buat..



get closer look...









Sunday, February 01, 2009

demi masa depan..

lepas ni aku mungkin akan jarang blogging..
demi menyiapkan experiment
dan tulisan..
dan juga demi masa depan aku..

selain daripada blogging...
benda-benda yang perlu aku tinggalkan/lupakan/kurangkan adalah..
1. tilam yang enak di bilik hostel aku..
2. novel-novel yang belambak aku beli tapi tak baca lagi tu..
3. tidur lepas subuh..
4. tidur awal..bangun lewat..
5. tengok gosip-gosip dan gambo-gambo artis kat internet
6. santai-santai di depan computer baca blog-blog menarik
7. dok saja tak buat apa..

(tapi mind you, aku hanya tinggalkan/lupakan/kurangkan benda-benda diatas hanya untuk 2-3 bulan aja...aku tak boleh hidup tanpa membuat perkara-perkara diatas at least sekali seminggu pada hari-hari normal..)

semua doakan aku supaya berjaya siapkan benda-benda yang aku plan dan tetapkan semangat aku nak meneruskan benda-benda yang aku patut siapkan dalam masa 2 3 bulan ni k! amin..

during cuti gong xi fa chai

walaupun agak basi gambo-gambo dibawah..
aku stil nak boh kat sini..
sebelum jadi lebih basi..
gambo-gambo ini semua semasa cuti chinese new year last week..



perkara yang best masa balik kampung hari tu adalah...
aku makan ikan puyu sepuas-puasnya..
anak buah aku hanif yang mengai..
mak aku siang ikan..
aku makan jer..



hari-hari aku ceria dengan dua orang anak buah perempuan yang manja ini..








dan yang macam twin ini..walaupun mak dan pak lain..
tiap-tiap sorang kena ada barang yang sama..







pastu pergi rumah kakak aku..
walaupun tengah gong xi fa chai, kak aku memilih untuk masak masakkan india..







cuti raya 4 hari..
selain diisi dengan tidur dan tengok filem cina..
juga diisi dengan aktiviti berjalan-jalan..