Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, March 30, 2009

hari ni hari terakhir kak azi kat sini..

hari ini hari terakhir kak azi kat sini!
sebelum kak azi berangkat ke kelantan dan seterusnya ke Tawau.
huhuhuuhhuhuuhu..
lepas ni...
1. kosong la kerusi kat sebelah aku..
2. tak dak sapa dah nanti yang nak bebelkan aku bila aku dok ulang lagu yang sama..
3. dah tak dak orang terdekat aku nak tanya dan bincang pasai projek aku.."kak azi ni macam mana?/kak azi betul dak macam ni?/kak azi kalau kita buat macam ni jadi apa?"
4. aku tak leh dah nak tanya.."kak azi nak buat experiment hari ni?"
5. kurang la sorang kat lab 132 tu..
6. dah tak dah sapa aku nak tanya.."kak azi..internet oke?"
7. tak dak sapa nak buat lawak kat lab kami..
8. dah tak dak orang nak perli aku pasai aku solat lewat..tapi pasai ini aku patut hepi kot..hehehehe
9. dah kurang sorang akan dengaq aku merapu..
10. dah kurang orang aku nak kongsi ilmu busa dan kitar-mengitar..tapi aku boleh curi journal kak azi..hehehhe

tapi yang pasti aku hepi sangat kak azi pergi Tawau..sebab??
aku boleh p semporna dan sipadan!!
penginapan freeee..makan freee..pengangkutan freee..
YAAHOOO...!!
kak azi...
husna mintak maaf atas segalanya..mintak halal atas segalanya..
gud luck tuk kak azi di tawau!
jangan nangis nak balik kelantan k!
bagi husna sampai kak sana dulu ek..
muuaahhh!



sooo...
hari jumaat lepas..
kak azi belanja untuk buat makan-makan..
panggil kawan-kawan terdekat kat skol kimia..
tapi sori skit la kalu sakit mata tengok gambo-gambo kat bawah nih..
bilik kami masa tu...semak gilo..
oke oke..tak mau tipu..
sebenaqnya bilik tu semak sepanjang maso!
ehek














Thursday, March 26, 2009

yaahoo..marking dah abes!


YEEAAHH!!!
akhirnya..
aku dah habes marking lab report..
330 kesemuanya..
banyak ke tak...penat gak la nak marking..
aku tinggai nak kira markah keseluruhan jaa..
Yaaahhoooo...
satu keja dah selesai..
tapi..
ada banyak lagi kerja yang menanti..
apa apa pong..
Yaahhooooooo....

kak sita konvo

semalam..25 mac 2009.
konvo ke-39 usm..
antara yang konvo kemarin ialah KAK SITA sayang..
hampir 5 tahun dia berusaha gigih..
pelbagai dugaan dia sanggup hadapi..
ketabahan dia memang tak boleh disangkal..
menjadi sumber inspirasi kami..
pesanan beliau kemarin...
jangan putus asa!..






dayah..super junior aku jugak konvo kemarin..



jai...aku beli bunga kat dia..pandai jugak dia gubah. buat partime katanya..



juga terserempak ngan si pian..turun dari johor khas untuk konvo kawan katanya..


akunya konvo??ehem

melalui sms-ing

orang kata melalui penulisan...
ia dapat mencerminkan siapa diri kita.
dan kita akan lebih mengenali diri kita sendiri melaluinya..
memang benar!
tidak perlu menunggu penulisan novel atau blogging untuk mencerminkan siapa kita.
cukuplah dengan ber-sms.
sejak akhir-akhir ini aku selalu ber-sms dan aku menyedari beberapa perkara mengenai diri aku.
antaranya adalah...
1. aku sebenarnya seorang yang agak negatif..walaupun sahabat-sahabat aku selalu meluat dengan aku nya positive thinking...atau lebih tepat lagi..comforting thoughts.
2. aku kadang-kadang seorang yang agak judgemental..walaupun aku selalu mengelak untuk tidak judgemental.
3. aku agak sukar untuk menerima kelemahan diri..aku selalu tak mahu nampak lemah..

dan...aku perlu atasi benda-benda diatas...umur dah semakin meningkat...tapi banyak lagi benda-benda negative yang aku ada dalam diri..

Tuesday, March 24, 2009

The-fourth ke bangkok..


Mr. Who-is-older-than-us bertolak ke Bangkok hari ini..
selamat pergi dan selamat bawa pulang souvenir k!
ehek

jengok wan safiyyah buat pertama kali..

tadi..
lepas habis lab..
aku, aini dan kak azi telah pergi rumah sewa kak nadiah di gemilang..
kak nadiah n abg zaki buat makan-makan skit..
oleh kerna kami pergi agak lewat..tetamu lain sudah balik..
maka boleh lah aku tangkap gambo wan safiyyah banyak skit..
dia yang baru nak masuk 3 bulan tu tgh tido..
cooomeell nya diaaa...
uish..geram tul..














p/s: kelas lab sudah habes!! yaahuuuu...tapi bila tengok lab report yang nak kena marking...aduh duss..sakit kepada gue..


semua orang sudah mahu pergi...

semalam..
23 mac 09
kami satu lab makan-makan..
dah lama tak makan ramai-ramai macam nih..
makan-makan adalah semperna:
1. kak azi mau pergi ngajo di MRSM tawau minggu depan.
2. kak nadiah dan abg zaki mau berangkat ke US may ni.
3. dr coswald mau pindah ke UMS julai ini..mayb..
huhuhuhuhu..huhuhuhuhu
semua orang sudah mahu pergi...











bukan aini yang kawen..

sabtu, 21 mac yang lalu..
aku, kak azi, kak ila dan kak nor telah pergi ke kenduri abang aini..
di lekir..












Sunday, March 22, 2009

JANGAN BUAT AKU BENCI!

jangan sesekali buat aku marah..
selembut-lembut hati aku ni..
aku sangat pantang pada si talam dua muka..
bila sampai tahap aku sakit hati dan benci...
bila sampai tahap aku meng-CLKkan orang..
jangan harap aku nak lupakan..
tak kiralah ko tu budak ka..orang tua ka..tak matang ka..
aku dah tak mampu nak fikirkan yang positive..
dan jangan tertipu kalau aku masih layan ko dengan baik...
sebab aku pon mampu nak berhipokrit!!
ingat ko je boleh??

Tuesday, March 17, 2009

stress

aku tak sure banyak mana stress yang aku ada..
sebab sejak akhir-akhir ni aku senang ja nak nangis..
dimana saja..depan siapa saja..jam brapa pon..kalau ada sebab yang mencetuskan..
sebab yang cetuskan menangis sangat la kecil dan sepatutnya aku tak mengalirkan air mata pon..
tapi..
disebabkan stress yang aku bawa kini..
aku jadi senang untuk nangis..
antara sebab kecil yang telah sebabkan aku nangis baru-baru ini adalah:
1. tak dapat pergi viva VJ. memang la aku sedeh tak dapat p viva dia..tapi tak la sampai patut nangis...tapi...aku nangis gila-gila masa tu..sampai nyusahkan orang lain..hehehhee
2. ALS mintak keluarkan gambar dia dari blog aku.. memang wajar pon..demi nak elakkan masalah yang akan timbul dimasa kan datang...tapi aku nangis! aku ni mmg tak wajar..
selain itu...kalau aku dok sendirian...jenuh laaa..
tapi...
oleh kerna aku mengenali beberapa orang yang sengsara kerana stress yang melampau..aku jadi takut...sebab stress yang melampau boleh jadi kat sesiapa saja..masa dulu-dulu zaman aku tak matang lagi, aku dengan peliknya merasakan kenapa orang-orang ini tak boleh bendung stress..pergi la enjoy ka..bercuti ka..
tapi aku kini lebih memahami...benda tu datang tanpa kita sedar dan tanpa amaran..
sooo...aku selalu mintak supaya dilindungi ALLAH dari semua tu..tenteram jiwa aku..moga sihat fizikal dan mental...amin..korang semua tolong la jugak doakan kesejahteraan aku deh!

cakap berkenaan kena buang gambo ALS..ha..korang dah tak leh tengok muka mamat hensem sorang tu dah..dan aku juga akan guna nama ganti yang lain untuk dia..mungkin sebagai Mr. Who-is-older-than-us ataupun The-fourth..bukan lagi nama betul dia..

Sunday, March 15, 2009

my aircond-free day and Who's that girl?

kemarin, sabtu..
rehat day..
aircond-free day..
aku duduk kat bilik aja..
aku penuhi hari-hari aku dengan...
bangun lewat..pilates..foot scrub..body scrub..face scrub..face firming masque..hair treatment..dan minum kopi..



selain itu..
aku manage habiskan sebuah novel..
bukan dari aku punya long-list-tak-habes-baca-dan-tak-baca-lagi books..
tapi..pinjam dari Zati..
Who's that girl? dari Alexandra Potter..

Zati merupakan big fan of Alexandra Potter..sampai aku pon dah berjangkit..
ini merupakan buku Potter yang ke-3 aku telah baca..selepas be careful what you wish for dan me and mr darcy yang telah aku review sebelum nih..
Aku sememangnya suku buku-buku tulisan Potter sebab buku-bukunya mesti ada magik, memberi inspirasi dan boleh buat aku berfikir berkenaan sesuatu tanpa terlalu memeratkan otak.
summary:
charlotte merryweather yang berumur 31 tahun..mempunyai hidup yang stabil dan berjaya..hidup dia yang sibuk telah menyebabkan dia selalu letih dan stress. dan pada satu hari, dia telah berjumpa dengan her 21-year-old self, her younger self, her 10-years-younger self, her younger-carefree-self. so dia banyak la try untuk bagi nasihat kepada her younger self ni supaya tak buat kesilapan-kesilapan yang dia menyesal kini. tapi..her younger self telah menyedarkan dia terhadap perkara-perkara yang dia lupa kini, apa yang menyebabkan dia tak happy.. dan dia sedar bahawa dia telah mendapat peluang kedua untuk melihat kembali apakah kesilapan-kesilapan dia itu dan dia berupaya mengundo some of the kesilapan..
dan jika aku sendiri terjumpa my 10-years younger self yang berumur 14 tahun dan sedang belajar di tingkatan 2..apa yang aku nak bagitau kat dia?
berikut adalah perkara-perkara yang aku sempat fikir..
1. aku selalu menyesal pasal tak studi sungguh-sungguh masa SPM..tapi jika difikirkan balik, jika aku dapat result yang cemerlang..mesti aku tak berada disini sekarang..tak berkenalan dengan semua orang yang great dan aku sayangi disini..aku sangat hepi dengan hidup dan orang-orang disekeliling aku sekarang. tapi..aku cuma nak bagitau kat dia..jangan terlalu main-main semasa SPM nanti..pulun sedikit..
2. jaga makan! jangan dah berumur 20-an baru nak fikir serius pasal jaga makan..kalau dah berat badan naik..susah nak turun!
3. take care of your skin from now! pakai lotion dan pelembab banyak-banyak.
4. start menabung! walaupun rm1 sehari. rm1 bukan la sedikit..rm1 juta bukan la banyak..
5. jangan takut kalau ada orang yang tak suka kamu! just be yourself dan kita tak boleh puaskan hati semua orang.
6. start baca english novels! you will love them dan boleh improve skit english kamu..
7. kamu akan berjumpa dan berkawan dengan orang-orang yang amazing lagi hebat di USM.
8. kamu still seorang pelajar pada umur kamu 24 tahun.
9. jangan volunteer diri kamu untuk mewakili kelas kamu semasa persembahan kebudayaan semasa di matrikulasi nanti!
10. start baca CLEO! Cleo banyak berguna untuk kamu..bukan habis duit beli majalah Hai.
Selain itu..kalau my older self boleh datang visit aku dan bagitau apa yang aku perlu buat dan tak perlu buat best gak! supaya aku tak melakukan perkara-perkara yang aku akan menyesal nanti..
tapi...
ia tak akan berlaku sama sekali!
kita tak akan tahu apa yang akan berlaku terhadap hidup kita pada masa akan datang...masa depan adalah sesuatu yang misteri dan tak menentu..
hanya yang kita boleh buat adalah..buat perkara yang kita sudah fikir terbaik untuk hari ini..supaya kita tak terlalu menyesal pada hari-hari esok..dan berhenti dari terlalu risaukan masa depan dan perkara-perkara yang kita sendiri tak pasti. dan juga berhenti terlalu menyesali kesilapan-kesilapan yang kita telah buat, cuma kita ambil ia sebagai peringatan supaya kita tidak mengulagi kesilapan yang sama pada masa kini dan akan datang..
Start LIVING for the MOMENT!! dan HARGAI MASA sebab masa tidak boleh dibeli semula!!
seperti apa yang diperkatakan dalam buku ini:
'You cant buy back time, not for any price. There are no second chances. Every second is precious, so dont waste a single one. Time, quite literally, is priceless.'
dan..
'...whats the point worrying all the time? Its a total waste of time.'
'If the worst is going to happen, it'll happen. Worrying cant protect you from that. And if it doesnt happen, then you're missed out on all the time when you could have been having fun.'



Friday, March 13, 2009

tak brapa sehat...

dah hampir seminggu aku macam nih.
nak kata demam tak demam..demam terpendam-pendam kot..
tak brapa sehat..tapi tak demam betul-betul.
sakit tekak. kadang-kadang sakit kepala. selsema. tapi makan lalu yer.
nak rehat kat bilik...tapi rasa bersalah sebab nanti dok kat bilik aku tak buat kerja..
pada hal kerja banyakk!!
datang lab pon tak boleh buat kerja banyak sebab badan yang ala-ala tak sehat gitu..
esok sabtu.
so boleh la aku rehat 1 hari tanpa pergi lab..
supaya kesihatan betul-betuk OK!
supaya boleh buat kerja semaksimum mungkin!

Wednesday, March 11, 2009

perlu atasi


Perkara-perkara yang aku perlu atasi:
1. buat keputusan terburu-buru.
2. malas.
3. buat kerja last minit.
4. tak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.
5. takut air.
6. tak yakin diri.
7. tak percaya diri.
8. takut kepada benda-benda yang aku sendiri tak pasti.
9. takut kepada apa yang orang fikirkan terhadap aku.
10. malas nak contact kawan-kawan lama.
11. boros.
12. kuat makan.
13. malas bersenam.

bertambah kalut

dan kini...
selepas dua hari cuti...
aku masuk lab seperti biasa...
kalut dengan benda yang sama..
stress dengan benda-denda yang sama..
buat benda-benda yang sama..
tak kurang juga..nangis tuk benda-benda yang sama..
dan kini ada lagi benda yang nak menambah stress dan kalut
aku..




dan...
nama aku ada disitu...


Yeeeaahhhh!!!
husna..
you go girl!!