Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, April 29, 2009

tanggungjawap baharu.

semalam aku tidoq kat lab..
so hari ini bersemangat skit buat breakfast..
selalu aku bantai lunch terus..
muesli + susu + epal..
dah lama gak aku tak makan makanan cam makanan hamster nih...


pastu buat keja cambesa...
baca skit...tidoq skit..merapu skit..melilau buat-buat cam busy skit..
tup tup...
balik dari melilau...
aku ternampak sesuatu yangberwarna hijau kat tepi komputer..

benda-benda hidup. tumbuhan hijau + ikan kecil!
seperti benda yang aku mintak dari muna semperna besday aku!
yeeeeahhh...bestnya..
thanx bebanyak tuk muna serta aini, farhana dan parisha yang jugak menyumbang...
kini aku ada tanggungjawap lebih..
jaga anak ikan...
uit uit!



Monday, April 27, 2009

cokelat, matahari petang, reflexologi, kopi dan...

hari ini.
makan cokelat baru, kena matahari petang, buat reflexology, pekena kopi long black dan....


rasa cokelat baru yang diberi oleh dr coswald....



bak kata The-fourth: sudah la aa kita tak lihat matahari petang macam ini..


fuh...ini aktiviti paling best tuk hari ini....
buat reflexologi...
kedai kat gurney plaza...
tukang urut Zhong-guo-ren punya..tak cakap malay atau english..
depa dok hentam chong chang chong chang...
ramah betul sembang walaupon kami tak faham apa langsung...
naseb baik ada The-fourth sebagai jurubahasa...
sangat bagus depa nih!


pastu seperti biasa...
long black!


dan....
tak akan habes punya buat kerja-kerja itu...
demi menghabeskan projek dan siapkan thesis..






Sunday, April 26, 2009

weekend + karaoke + makan makan + berempat + gurney plaza

kemarin, sabtu..
aku, zati, arix dan The-fourth melakukan aktiviti ..
dah lama tak joli joli berempat semasa hujung minggu..
karaoke. makan. gurney plaza. great time together.









Wednesday, April 22, 2009

stress + tension = kopi + potong rambut..


kemarin...
selasa...
aku agak tension + stress + rasa-nak-tempik-kat-telinga-orang + rasa-nak-lari + rasa-nak-sepak-dinding-skol skit..
maka sahabat-sahabat membawa aku pekena kopi..
wow rasa terangkat dengan kopi dark+pahit..
pastu...
amik keputusan mengejut p cantas rambut yang aku simpan selama 1 tahun...
bayaran boleh tahan mahal jika bandingkan dengan kemampuan aku...
tapi...
rasa berbaloi gak laaa...
sodap+relieve gak la bila dia urut kepala aku...
cut pon oke gak..
aku just mintak dia potong bagi sesuai dengan muka aku dan boleh aku rasa aktif dan bertenaga...


hasilnya hari ini??
aku rasa agak bertenaga skit..
dengan imej baharu dan perasaan baharu!
esok aku kena lebih aktif, bertenaga dan bersemangat!!!
YEAHHHH!!!
YOU GO GIRL!!

pesta buku antarabangsa KL '09

daya, bed, zati dan aku...
telah pergi ke pesta buku antarabangsa KL 2009 pada ahad, april 19 yang lalu..
naik bas dari penang tengah malam sabtu..balik penang tengah malam ahad..
ambik bas penang-shah alam..
rehat dan mandi kat masjid shah alam jer...
kat sana...kami berjalan bersama firdaus a.k.a. dollah..
trima kaseh dollah yer!
pesta buku best gak laa..kalu ikut hati mau lagi banyak aku beli..
tapi sebab kena hati-hati dengan baki akaun kat bank...
maka tertahan-tahan skit perbelanjaan..
dalam pada itu..
aku sempat gak beli kain sari dan baju kat jalan TAR..












menjadi 25...part 4: sambutan

sambutan besday ke 25:
dah lama aku nak update pasai sambutan hari tu...
pertama sekali oleh sahabat-sahabat sejati aku..
pada tengah malam 17 april.
surprise + small + intimate moment!
trima kaseh untuk sayang-sayang aku: zati, arix dan The-fourth.
sayang you all!





diaorang 3 orang nyanyi tuk aku..
dan sampaikan poem..
zati tules sendiri..
dan aku nangis terharu....
arix dan The fourth juga tak ketinggalan..



pastu..
pada keesokkan harinya..
geng lab aku buat surprise lagik..
The-tradition.
hidangan utama pecal lele!!
aku nya fav tu!
aku sangat hepi dan suka!!
trima kaseh tuk semua yang menjayakannya.
kepada dr coswald... kak yati kerna bagi cadangan makanan yang sodap itu... aini dan muna yang sanggup berjaga malam membuat popia yang sodap walaupun telah penat disiang hari... juga kepada fir, farhana, dan semua-semua kawan-kawan yang turut sama menjayakan dan datang meraikan aku..











lepas itu..
aku sambung keraian dengan sahabat-sahabat aku..
ada kek lagik!
kami makan, relax, sembang dan bergosip...
dan...
sahabat aku telah mengemukakan satu persoalan...
kenapa aku tak nampak hepi bila orang buat surprise kat aku pada tengah malam dan juga pada siangnya..


iye ke??
aku pun baru perasan bila mereka tanya aku..
kenapa ya??
pike punya pike kini aku rasa lah kan...
aku tak nampak hepi sebab aku sedihhh..
bukan sebab aku rasa dah tua..
tapi...aku rasa..aku pike...
adakah aku dapat sambut besday pada tahun-tahun akan datang bersama mereka lagi..
rasanya besday aku adalah sambutan besday yang last untuk geng lab dr coswald..
nanti dah tak ada lagi that tradition..
kami ada tradisi sendiri untuk setiap sambutan...


disini...
aku nak ucapkan banyak-banyak terima kaseh kepada semua sahabat dan rakan-rakan yang membuat sambutan untuk aku...
dan...
mintak maaf jika perilaku aku tak menunjukkan aku hepi...sesungguhnya aku sangat hepi dan terharu...dan aku menghargai setiap apa yang kamu semua lakukan!











Tuesday, April 21, 2009

re- re-

masa betul betul mengejar aku dan aini..
dan tiap-tiap hari aku kena replan, reschedule, redo, rethink dan more lagi re- re- kan semua aktiviti aku stat hari ni sampai bulan mac 2010..

antara benda yang aku sering kena re re kan:
1. experiment
2. tarikh ke KK
3. tarikh blk ke penang dari KK
4. hantar tesis
5. siap tuleh thesis
6. balik kampong
7. kumpul duit
8. ke tawau dan sipadan

Friday, April 17, 2009

aku DAH berumur 25?


hari ini 17 april 2009.
hari ini aku telah menjadi 25!
HAPPY 25th BIRTHDAY HUSNA!!
aku dah 25??


ini adalah sambutan jublee perak....


aku kira-kiralah kan....aku dah suku abad!




ehemm..nak buat ucapan untuk diri sendiri boleh tak??
syukur alhamdullh aku dah 25..aku masih boleh menikmati hidup di dunia dan diberi peluang untuk beramal dan bertobat..
semoga aku tak mengsia-siakan hari-hari aku...semoga melakukan yang terbaik dalam hidup untuk diri sendiri, keluarga, orang disekeliling dan juga agama..amin..
semoga aku dan orang disekeliling aku bahagia selalu..diberikan kesihatan yang baik dan seterusnya dapat mengejar apa yang aku impikan..amin...


aku juga nak ucapkan HAPPY 25th kepada 2 kembaq aku..
fazril izuan yang aku kenal sejak sekolah menengah dan nurbaiti yang aku kenal semasa di usm..
semoga kalian juga panjang umur, sihat selalu, murah rezki, bahagia selalu dan dapat apa yang diimpikan...amin..


terima kaseh juga kepada orang-orang yang telah mengucapkan hepi birthday kat aku...aku sayang kalian..



aku DAH berumur 25 tahun??
macam tak caya jaa aku dah sampai ke umur sebegini....
tetapi sesungguhnya aku sangat enjoy menjadi 25 dan semakin tua..



p/s: trima kaseh banyak-banyak tuk aini kerana sudi temankan aku berpanas terik untuk mendapatkan gambar-gambar diatas...
dan juga trima kaseh tuk aini dan su kerana menolong aku mencorakkan blok nombor diatas..






Thursday, April 16, 2009

menjadi 25...part 3: aku dan kehidupan

kalau dulu masa nk masuk 24, aku lebih fikerkan berkenaan apa pencapaian aku selama ini..
tapi untuk besday yang ke-25 ni plak aku lebih fikerkan berkenaan apa pengajaran yang aku belajaq selama ini..
perkara-perkara yang bukan sekadar teori berkenaan hidup yang diambil daripada Cleo ataupun The Secret semata-mata..
tapi perkara-perkara yang aku dapat berikutan daripada pengalaman sendiri serta melihat dan mengambil pengajaran dari orang sekeliling...
juga perkara-perkara yang aku percaya dan cuba sedaya upaya untuk praktikkan..

ini adala antara pengajaran hidup yang aku kutip dan aku rasakan sangat penting bagi aku untuk dipraktikkan:
1. kita semua berbeza. berbeza pandangan, berbeza minat, berbeza penerimaan, berbeza perangai, berbeza latar-belakang dan berbeza keutamaan. oleh itu, terimalah kelemahan dan kekuatan diri sendiri serta orang lain dengan hati yang terbuka.

2. orang disekeliling kita bukanlah nujum. orang tak tahu ap yang kita mahu, rasa dan fikerkan. jangan terlalu sakit hati bila terasa dengan orang lain kalau kita sendiri tak buka mulut untuk menyatakan apa benda yang kita tak suka atau tak puas hati. kita hanya perlu CAKAP. memang la susah untuk kita menyatakan apa yang kita tak suka atau suka terutamanya kepada orang yang kita paling rapat dan sayang. mungkin sebab kita malu atau takut dia sakit hati dan merajuk. tapi TRY cakap sebaik mungkin.

3. kita juga bukanlah nujum. kita tidak akan tahu apa yang orang lain mahu, suka atau fikerkan. jangan terlalu cepat buat kesimpulan sendiri tanpa bertanya terlebih dahulu. kita hanya perlu TANYA. memang susah untuk kita bertanya berkenaan semua benda..tapi, jangan terlalu cepat buat andaian dan kesimpulan sendiri.

4. jangan terlalu cepat untuk judge orang. kenali mereka dahulu. mungkin dia nampak jahat,tapi kita tak kenal dan tak tahu hati budinya. mungkin dia nampak baik dimata, tapi kita tak kenal dan tak tahu hati budinya lagi..

5. bukakan hati untuk semua orang dan sayangi diri sendiri. mulakan dengan sayangi diri sendiri, barulah orang lain akan sayangi dan hormati kita. sayang dan terima kehadiran orang lain dalam hidup kita. bukan hanya memilih yang sama minat atau perangai. jadikan hidup kita lebih warna-warni.

6. live for the moment. hargai setiap masa kita. enjoy dan hepi selalu. banyak masa akan dibazirkan kalau selalu sedih dan merapati nasib sendiri. aku sendiri banyak mensia-siakan masa dengan selalu bersedih sebelum ini. bukan sahaja kita tak hepi, orang lain turut berasa serba-salah dan tak hepi juga.

7. jangan terlalu mengharap kepada sesuatu benda. nanti kalau tak dapat, kita akan sedih dan membuang masa dengan bersedih. ini aku belajaq dari pengalaman sendiri. yang penting kita just enjoy dan berusaha bersungguh-sungguh.

8. sayangi orang yang hadir dalam hidup kita. terutamanya..ibu bapa, famili dan sahabat-sahabat. hargai mereka, luahkan kaseh sayang, hormati mereka. maseh belum terlambat untuk memupuk kaseh sayang. kita tak tahu bila kita akan ditinggalkan oleh mereka. atau meninggalkan meraka.. dan kita hanya akan membuang masa jika marahkan orang yang kita sayang.

9. kita tak mampu untuk mengubah orang lain. kecuali dengan kesedaran mereka sendiri. jangan terlalu menyalahkan dan membenci orang yang kita tak suka.. hakikatnya dia tak akan berubah disebabkan oleh kita. tak perlu terlalu sesakkan otak sendiri dan orang lain berkenaan kebencian kita terhadap seseorang. kita sebenarnya yang perlu berubah.

10. jangan terlalu mengikut orang lain. kecuali kalau untuk kebaikkan. itu adalah nasehat daripada orang yang aku hormati semasa aku berumur 13 tahun. kenapa jika mereka tidak mahu melakukan sesuatu, kita perlu mengikut sama untuk tidak mahu melakukannya padahal benda itu baik dan kita suka? kenapa perlu ikut mereka untuk turut melakukannya padahal benda itu buruk dan membahayakan diri? ikutlah mereka melakukannya kalau benda itu baik dan kita suka.

Wednesday, April 15, 2009

menjadi 25...part 2: balik-balik pasal gitar

banyak benda aku nak buat dan pelajari..
sepanjang perjalanan hidup aku..
dan..
antara benda yang aku nak sangat pelajari sepanjang nak masuk 25 ini adalah:
belajar petik gitar.
meh aku cerita skit..
dah lama aku nak belajaq petik gitar ni..
maka aku pun pinjam guitar dari abang aku yang kedekut ilmu gitar itu..
nak belajaq sendiri kononnya lah..
tapi..tak tau hala tuju..
maka tersadailah gitar itu kat tepi tingkap bilik aku kat hostel..



masa aku pindah ke bilik baru dan aku ada roomate baharu..
dia dan kawan-kawanya sangat kagum aku ada gitar tu..
dan..
sambil aku ketawa..
aku terangkan benda yang sama kat semua orang...
"kak husna dah lama teringin nak belajaq main gitar, pastu bila kawan kak husna nak belajaq main sebab nak mainkan lagu lucky kat bff dia..maka kak husna pon pinjam dari abang kak husna..tapi sampai sekarang tak tau main"
haaa..gitu cerita asalnya..
pastu..
disebabkan tersadai lama sangat kat bilik..
aku pon bok mai plak kat lab..
konon boleh la aku nak belajaq kat sini..
sebab kebanyakkan masa aku habeskan kat lab.
dan ada marina yang nak belajaq sama..
pastu ada sorang ni kat skol aku yang boleh main gitar..
tapi katanya...
"aku dah lama tak main.."
maknanya tadi..aku kena belajaq sendiri laa...

kesimpulannya...
sampai sekarang aku tak tau main..
yang bezanya sekarang..
gitar tu tersadai kat lab kak yati plak..
ehek.




update

update.
hari-hari aku.
di lab tentunya.
mengandungi color yang minima.