Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Saturday, June 27, 2009

hari pendaftaran

berita terkini.
hari ini 27 jun '09.
hari pendaftaran pelajar baru usm.
lama ek aku kat usm ni.
pelajar masuk. pelajar tamat belajar.
aku belum keluar lagik.







Friday, June 26, 2009

kehilangan dan kekurangan

dr coswald diawal perkenalan..



semasa B-day aku april lepas...

esok-esok..
dah tak dak orang nak marah kami sampai 1 aras boleh dengaq suara dia..
dah tak dak orang nak panggil/pekik...Husna!! hang pi mana??!! mai sini sat!!!
dah tak dak orang aku nak mintak tunjuk ajaq..
dah tak dak orang aku nak kemukakan masalah dari pelajaran ke duit..
dah tak boleh suka-suka hati guna kemudahan kat bilik dia..dr nak guna ini jap. dr nak guna itu jap. dr nak pinjam ini itu jap...
dah tak dak orang nak bebel-bebel membina..
banyak lagi benda yang terasa kehilangan...
berikutan perpindahan dr coswald yang baek hati ini ke sabah.
uuuwaaaaa



p/s: sedeh semacam ja aku ni....macam tak akan jumpa dah...padahal akan jumpa lagi pada bulan 8 dan 10 nanti...uuuwaaaaa

bye bye dr

tadi pagi..
pergi hantar dengan pandangan mata di lapangan terbang..
uuuwaaaaa




double M

semalam.
di lab The-fourth.
double M.
Megi + Mika.



dalam pada itu....
dalam banyak banyak khazanah yang ada di lab The-fourth..
ada 1 khazanah yang sangat disayangi oleh The-fourth.
tebal lor..
gilos betul.
demi minat....




p/s: aku nak buat rambut macam mika wei...

Thursday, June 25, 2009

tengah hari di anjung budi

tengah hari tadi pergi makan di tempat makan baharu di usm.
anjung budi.
pusat alumni. tepi pusat bahasa, dulunya pejabat keselamatan.
pemandangan cantik. hijau mata memandang. mengadap laut dan jambatan pulau pinang. makanan oke la. harga pon tak mahal sangat.













balik dari makan...
makan ini plak..
hui.
tak heran diet.. gemuk lagik.






Friday, June 19, 2009

fri-day: nasi arab dan smoothie

tengah hari tadi..
hajat hati mau makan KFC.
tapi bila berjalan kaki dekat masjid....
teringin pulak nak makan makanan arab yang dijual tiap-tiap hari jumaat semasa solat jumaat di kawasan masjid tu..
so plan pon tukar.
aku beli nasi arab dan basbusa (sejenis manisan yang kelihatan seperti kek).
zati dan The-fourth beli nasi juga..tapi perisa lain..
arix beli pasta..
dan tiap-tiap sorang beli sebotol mountain dew.
pusing satu usm cari tempat lepak..
akhirnya, tempat pilihan: tasek harapan.
















tadi pada malamnya pulak..
menu: bihun pama dan cucuq jagung..
dan The-fourth buat smoothie tuk kami...
dia curik resepi dari nestle.com katanya...






Thursday, June 18, 2009

semuanya alasan sahaja!
























kini...
aku susah untuk tidur.
susah untuk bangun awal.
adakah kerna gigi bongsu baru tumbuh??
seperti yang zati katakan...
adakah kerna dr coswald mahu meninggalkan kami??
seperti yang aku cuba jadikan alasan...
adakah kerna cinta dan semangat yang hilang??
seperti yang aku cuba untuk tidak mengakuinya..


semuanya alasan sahaja!!

Monday, June 15, 2009

kelab 50 aini

KELAB 50 AINI
president: aini comel.
ahli pertama: kak yati.
ahli baru-jer-sign-up: zati, husna dan muna. arix??

patchwork blanket


hari ini pergi makan tempat baharu.
tentunya NO NASI.
semperna aku, zati dan The-fourth menerima hadiah tertangguh dari arix


kami dapat??
patchwork blanket.
kampung punya..kata arix..
SANGAT SANGAT SUKA!!!
thanx arix sayang!!












tambah tiga

ada empat.
tolak satu.
tambah tiga.

cabaran minggu ini: YA dan TIDAK


minggu lepas aku banyak main jer (emm..minggu lepas ja ka aku banyak main??)..
so minggu ni kena buat cabaran baru tuk menangani masalah suka main nih..
dan juga masalah-masalah lain..
katakan TIDAK !! kepada:
1. membuang lebih banyak masa.
2. meminum lebih daripada SATU cawan kopi sehari.
3. bekerja berhampiran laptop/komputer.
4. nasi (emmm kalau 2 atau 3 kali ja..tak jejas kan?)
katakan YA !! kepada:
1. bekerja lebih keras.
2. eksperimen. eksperimen. eksperimen.
3. menyapu losyen/olive oil dibahagian kulit kering 5 kali sehari.
4. menelan kapsul evening primrose oil yang sebesaq separuh jari kelingking.

sepanjang minggu lepas

minggu lepas.
aku langsung tak blogging.
apa aku buat sepanjang minggu lepas??
1. berjaya membuang masa dengan jayanya.
2. melakukan sesuatu yang menunjukkan aku tidak mensyukuri bulu yang ada kat kaki aku.
3. nonton video britain's got talent dari series 1 hingga 3.
4. memasak tuk makan petang/malam
- 2 kali masak megi kari meletup
- 1 kali masak pasta carbonara
- 1 kali masak cucuq jangung.






p/s: masak dimana??rahasia lab!

Sunday, June 07, 2009

zero?

hari ini aku belajar satu benda mengenai..
Nothing.
Nothingness.
Zero.

p/s: hari ini aku masak shell carbonara.yum yum.

Friday, June 05, 2009

ding dong

ding dong.
ding dong.
ding dong.
pihak saujana baru je letak peephole kat bilik hostel.
semalam excited guna peephole ni dan buat muka. ehek.
jangan lepas ni sewa bilik naik sudaahh...