Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, July 31, 2009

aku dan makanan..selalu punya lah

tadi ketika sesi buang masa, aku godak-godak tengok gambar-gambar time kami joli-joli dulu.
aku jumpa 2 gambar kandid yang di-snap oleh arix.
hudoh bebenor muka aku bila masa aku bersemangat nak makan.
kalau melibatkan makanan aku memang tak boleh selamatkan diri aku dari bersemangat sebegitu.
tak kiralah sama ada memasak atau makan atau tangkap gambar makanan..
sama keadaanya bila aku dikelilingi buku-buku, seperti di kedai buku..seronokkk

ni satu lagi masalah pasal tangkap gambar makanan..
minggu ni aku asyik berangan nak jadi food photographer.
aku dah siap plan apa yang akan aku lakukan pada bulan Januari tahun depan selepas aku hantar 10 copy tesis nanti, demi cinta aku terhadap makanan dan photography..

haiya....
masalah besar ni kalu asyik berangan nih.
sekarang otak aku tak boleh/patut berangan atau fikirkan benda lain..
kena hari-hari fikir berkenaan eksperimen, lab dan tesis SAHAJA!!

MASA mengejar aku!
larik!!!


Thursday, July 30, 2009

meja semak??


kenapa meja aku sering semak??
kerna...

1. aku sendiri suka meja semak...betul!
2. lagi semak, lagi banyak idea menulis datang...konon...
3. aku manusia pemalas...no komen...
4. orang tengok aku cam rajin jer...hahahaha
5. untuk cover up bila bos baru aku datang buat spot check tatkala aku sedang berseronok meng-preview filem atau main game...ooppss!

p/s: aku juga manusia yang pandai berlakon..

Wednesday, July 29, 2009

setiap hari aku sedang berusaha untuk semakin HEPI

lagu yang sering diulang buat masa ini: The show by Lenka.
seperti dalam lirik lagu itu;
' i want my money back
just ENJOY the show'


ramai orang stress. mereka stress. kami stress. aku pun stress.
boleh dikatakan hidup aku 24/7 hanya lah di lab.
dari awal pagi sampai tengah malam di lab. tiada lagi aktiviti hujung minggu.
kalau orang lain dengar, mau cakap aku ni tak ada life..
jadi, perlu cari mekanisma sendiri untuk meng-hepikan diri.
kalau tak.. mau gila jadinya.
bagi aku...
tak perlu kita nak kata: kalau aku ada ini baru aku akan hepi, kalau aku dapat buat ini aku akan hepi.
cukuplah kita menikmati setiap waktu kita. menghargai setiap detik yang kita ada dan orang-orang yang ada disekeliling kita. dan mengsyukuri setiap benda yang kita punyai.
untuk merasa hepi, kita tidak boleh mengeluh dengan apa yang kita ada. celebrate-lah semua yang kita ada, walaupun hanya benda-benda kecil..

p/s: aku dah 25. aku dah tua. sebab itu aku berkata sedemikian rupa..aha..

Tuesday, July 28, 2009

jempuTree

kami dah cuba makan di jemputree.
tempat: jalan burmah, penang.
yang menarik: suasana restoren. macam masuk ke dunia yang berlainan jer. best. disebalik kesibukkan jalan burmah.
makanan: so-so. oke la.
















p/s: sori. gambar tak brapa jelas. kalau nak tengok lebih jelas sila lawat www.jemputree.com atau review ini.






aku sedih. aku juga hepi

jam di komputer: 12.25 am
tempat kejadian: skol kimia

zati sedang tumpu perhatian pada kerjanya. arix sedang melenggok-lenggok sambil dengar lagu the show dari lenka sebelum meneruskan kerjanya. aku yang sedang memakai kot makmal sedang menunngu eksperimen yang berlangsung di makmal yang lain. sambil-sambil menunggu ini, aku membaca lagi blog-blog yang menceritakan kesedihan mereka diatas pemergian yasmin ahmad.

perasaan aku tika ini: sedih sebab baca blog-blog itu. juga berperasaan hepi. hepi dengan kehidupan dan sekeliling yang aku kecapi sekarang. alhamdulillah.

Saturday, July 25, 2009

aku terbaru

sudah lama aku tak upload gambar-gambar aku dan sahabat-sahabat..
ini gambar kami yang paling terbaru.








aku dah 25 tahun. tapi masih suka bergambar bermulut muncung aka mulut onni seperti remaja beliaan tangkap gambar untuk friendster atau myspace atau facebook mereka..ahaha...
aku dapati pabila aku bermulut onni...muka aku nampak slim skit dalam gambar..
mahu berubah?? oh..aku tidak pasti!

4 buah untuk masa ini


aku sudah biasa baca beberapa buah buku dalam satu masa..
buat masa sekarang aku sedang membaca:
1. namesake
2. does my head look big in this?
3. almost heaven
4. born on a blue day
dan..
aku juga sudah biasa meninggalkan terus buku yang tidak habis dibaca itu.
pastu tambah beli buku lagik.
aha!

BBQ '09 skol kimia

jumaat
24 julai '09
BBQ '09










































p/s: wah! dah lama aku tak upload gambar banyak-banyak di blog ini..penat gak laa...satu pencapaian aku semasa bbq ini adalah; aku makan ala kadar (??) ja..sebelum ini aku akan makan banyak dan kenyang..free la katakan..sedap-sedap pulak tu..dulu akan makan semua makanan..tapi semalam, laksa yang dikatakan sodap tu pun aku tak rasa..