Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Saturday, October 31, 2009

sabah: niat lebih nak jenjalan episod 2

TERBANG DAN SELAMAT DATANG



aku bertolak ke kk dari lcct.
bukan dari penang..
celaru gak aku di tempat yang tak biasa cam gitu..
seb baik ada aini teman kat lcct..
tapi lepas aini balik ke penang..
aku cangok la sorang sorang kat situ 2 3 jam..
bosan.

penerbangan aku delay 1 jam..
lagi cangok sambil tengok iklan 1borneo..

naik kapal terbang..
dok sebelah mat salleh..
tak sure dari mana..
tak cakap bahasa inggeris atau perancis atau jerman atau itali atau sepanyol..
aku pun tak de la nak nyembang ke apa..
diaorang pon seronok main card.

sepanjang aku dok cangok kat lcct tu..
4 5 kali aku cal The-Big-Bos, dia tak angkat.
2 3 kali sms, dia tak balas..
aleh aleh aku terpaksa mintak tolong mak teh aini..

mak teh aini datang ambil tepat pada masa..
aku tengah tunggu beg, The-Big-Bos baru teringat nak cal..
aku tido umah mak teh aini..

p/s: itu gambaq, aku bagi tau siap-siap aku tiru stail hilang punca.. atau lebih sedap nak kata aku dapat inspirasi dari hilang punca. senang. 4 5 hari lepas sibuk pasal orang tuduh sembang kencang tiru stail hilang punca.. bikin panas aja..

p/s/s: aku tak dok kat tepi tingkap.. kalau tak, mau aku pulun tangkap gambo awan..

p/s/s/s: lupa nak cakap.. best kalu pegi kk naik kat lcct.. sebab kapal terbang besar, kemas, cantik.. kalau dari penang.. kecik, sempit, rosak sana rosak sini.



sabah: niat lebih nak jenjalan episod 1

SABAH BAH

tujuan utama datang sini mau ada perbincangan dengan The-Big-Bos pasal experimen dan tesis..
tapi tu la.... niat di hati lebih cenderung nak jenjalan...

mulanya plan mau datang selama sebulan setengah..
tapi perlu dipendekkan ke satu minggu aja..

maka dengan itu, plan ke sipadan terpaksa dibatalkan..
tak sempat.. jauh dari kk ni..
aku berhasrat wajib pergi ke tunku abdul rahman park..
dengarnya... disitu pun best..

pasal netbook yang buat hal tu..
The-Fourth berjaya donlod eeebuntu...
boleh la nak guna..
nak nules, nak dengaq lagu..
lebih dari tu, aku tak tau...

apa apa pun...
jenjalan maseh menjadi agenda penting


Friday, October 30, 2009

sabah: niat lebih nak jenjalan series

aku nak tules siri sabah: niat lebih nak jenjalan...
tapi macam tak sempat lagi hari ini..
ada keja..
keja merombak balik isi kandungan..
baru dok tang isi kandungan...


ni pon curi-curi mengeblog bila The-Big-Bos pi solat jumaat..
sini solat jumaat kul 12 lebih..



p/s: aku bangun subuh kul 5.00 pagi.. aku terasa aku manusia hebat..




Thursday, October 29, 2009

Tuan Sayang...



i rasa...
benda ni tak akan boleh pegi jauh..



pasti?

ntah.


1, 2, 3

testing testing.
1 2 3..

aku sudah berada di sabah..

datang sini terus kena ngemas bilik The-Big-Bos.



Tuesday, October 27, 2009

tak de semangat nak ke kk

terbang ke sabah hari rabu.
petang ini pegi kl.
sebab terbang dari lcct.
cari pasal betul tak amik tiket dari penang terus..
leceh gak cam gini...
ntah pertimbangan apa aku buat masa booking tiket hari tu, bulan februri kot aku bok..
mungkin dulu aku buat pengiraan.. yang menunjukkan tambang bas+flight-dari-KL lebih murah berbanding tambang flight-dari-penang-terus..
atau juga mungkin masa nak booking tu, duit dalam bank tak brapa nak cukup...






berkesimanbungan dari cerita netbook rosak semalam, aku nak senarai pendekkan perkara-perkara tak diingini yang telah berlaku sebelum aku berangkat....


1. beli sandel baru. tapi terbeli yang saiznya kurang 1 dari saiz sebenar kaki aku... macam pakai sandel yang dipinjam dari adik yang berkaki kecik saja lagaknya..
2. bikini tw0-piece tak dapat bawak.. perut tak dapet dikempiskan mengikut piawaan yang dikehendaki...
3. one-piece yang yang selalu aku pakai kat kolam renang usm pon tak jadi bawak.. sebab ada skirt... nak bercanda di pantai, apa barang ada skirt cover cam gitu...
4. pasal hostel.. ni masalah terkini... mungkin aku tak dapet stay kat hostel tuk 1st dan 2nd nite.. kat mana nak nak merempat lak... tune hotel?




tapi perkara yang paling tak diingini...
netbook buat hal kacau.
mulut aku cam ringan ja nak carut. serta sumpah seranah.. tapi, bersandarkan kesabaran yang nipis tu, aku banyak-banyakkan berzikir...
The-Fourth maseh cuba untuk cari altenatif lain.... tapi cam tipis aja..
sob sob..




jadi...
nampak gayanya aku akan bercuti panjang dari blogging...



harap maklum...


cau cin cau babe.






p/s: untuk mengubat duka... aku rasa cam nak beli raffia sun hat bila sampai kat kk nanti... baru ada gaya pergi ke tempat yang terkenal dengan laut dan pantai yang cantik...


Monday, October 26, 2009

aku nak nyumpah dan carut disini sekarang

tapi sabar husna sabar!

baju tuk bawak gi sabah dah kering bawah kipas..
semua baju dalam beldi dah basuh..
bilik hostel dah kemas skit..
meja kat lab dah kemas..
markah budak-budak KUT101 dah buat..
buku dan paper yang nak bawak tuk studi di sana dah pilih cantik..
dalam otak dah senaraikan baik punya benda-benda nak bawak..
hati pun sangat senang untuk berangkat sebab kerja yang patut abeskan sudah abes..
hati dah mula lonjak gumbira sebab mau terbang pi sabah..





tapi....
UUWAAAAAA...
sob sob...
netbook yang di pinjam dari adik kesayangan buat hal la plak disaat akhir...
aku nak bawak sebab ringan dan kecik..
nak bawak sebab senang nak guna tenet sana sini..
TAPI.... tenet dia yang problem....
cit.


p/s: The-Fourth sedang cuba ubati tenet itu....



harap maklum...



updated:
The-Fourth telah cuba sedaya upaya tuk cari jalan penyelesaian... Thanx bebanyak u!! tengah download eeebuntu.. nak guna camna? aku tak tau... tak brapa nak masuk penerangan The-Fourth disaat sedih sedih cam gini...

lagi harap maklum...

teraniaya ha?

hari ini...
ada orang terasa teraniaya..




The-Big-Bos, tolong jawap..
saya dah tersedak nih..

Sunday, October 25, 2009

aku dan kourtney kardashian mungkin ada sedikit persamaan disini...

muhaha

jumaat, 10.20 pm.

arix, esok gerak aku na. aku nak keluaq sama ngan hang.. esok hang nak balik kul brapa?

7.30 pagi..


sabtu, 3.05 pm.
aku membuka pintu bilik tatkala mendengar zati mengunci biliknya...

weh! ingatkan hang dah pi.. hang baru bangun ka? aku pi dulu na.. hang nak pi kul brapa nih?

hehehehe (aku sengih sambil buat muka comei)... aku tak jadi pi lab la.. mau kemas bilik dan basuh baju...


sebaliknya...
aku habeskan masa dengan berkubang atas katil sambil baca novel serta menahan perut yang lapar sebab tak de benda menarik untuk dimakan...
kul 8.00 malam baru keluar dari bilik tuk menghirup udara luas dan makan ngan zati di kedai kopi kegemaran.. balik dari makan, no neng no neng lagi..

jam 12.30 am, ahad...
baru aku terpaksa gagahkan diri tuk mengemas.... itupun sebab tak ngantuk gila gila kesan dari tidur yang lama pada siang hari... kul 3.00 pagi paksa diri tidur sebab wajip datang lab hari ini... tapi malangnya... jam 5.00 baru dapat tidur dengan lena nya...




CLEO november '09:
"Don't you hate it when your room's a mess and you're just too lazy to organise it?"
~ Kourtney Kardashian on cleaning her room.


Saturday, October 24, 2009

persediaan ke sabah

sambung pinjam netbok dari adik kesayangan, sudah...
tukar camera dengan abang kecik, pun sudah...

apa lagi ek?
persediaan aku untu
k ke sabah rabu ini?

1. beli lotion sunscreen... yang ada spf tinggi tinggi.. spf 30 cukup kot.
2. tanning oil pon ingat nak beli la gak...
3. bukak elmeri.. carik sling bag pakistan yang madam nasrah kasi...

4. kemas bilik... takut nanti kalau orang pengurusan saujana masuk, tak la tengok bilik aku yang macam tongkang pecah tu..
5. basuh baju serta jeans yang tak seberapa itu.. hangkut apa yang ada..
6. carik peta kk.. mau tawaf kk lagik.. sipadan, tak sempat nak pi kot. cit lagi skali tak dapet pi.
7. diet dan buat sit-up.. kasi perut kempis skit.. nanti boleh ber-two-piece.
8. buat plan jalan-jalan kasi rapi skit...
9. mintak The-Big-Bos sediakan pengangkutan free kat aku semasa disana..
10. beli beach sandel baharu..
11. buat senarai penerima cenderahati..



eh...kejap..
tujuan utama ke sabah bukan ke nak buat perbincangan pasal eksperiment dan tesis dengan The-Big-Bos??


oh ya...
hari ini besday abang kecik.
hepi besday bang cik!!
semoga bang cik panjang umo, sihat selalu, dan cepat kayo...
nanti cek na boleh mintak duit lebih skit... muhaha
~ ikhlas dari adik mu yang suka menge-pau barang-barang mu....




Thursday, October 22, 2009

klik RCQ: putra, spm '01

updated:
yong adlina.... asal hang punya entry bunyi mengharukan... hang amik gambaq aku tanpa jejak disini ha... wei.. aku betul la rindu zaman sekolah... surat hang bagi kat semua orang masa lepas spm tu, aku maseh simpan kemas.. nanti aku tunjuk kat hang balik... muhahaa... 1 lagi.. apasal aku tak reti nak bagi komen kat blog hang?
.
..
aku mau godak album sekolah menengah masa raya hari tu..
mau boh dalam blog, seiring dengan reunion masa raya hari tu..
tapi terlupa...

masa di kampung semalam, baru aku teringat nak tengok album lama..
sebenaqnya... aku mau cari gambo ini.... gambo ahli klik RCQ.

ahli klik dari kiri: lyn, cek pah, yong, sarah, juei dan husna.


sekali pandang, sure korang dapat cam aku kan?
dalam banyak-banyak gambo form 5, aku suka gambo ini..
sebab dalam gambo ini, menampakkan aku bersama kasut sekolah yang aku paling suka dan sayang...
masa tu, aku rasa aku cool habes la bila mengenakan kasut tu.
dan tengok la gaya pemakaian aku masa dulu... dan tudung sekolah yang singkat itu...


selain aku jumpa gambo-gambo sekolah menengah...
aku juga telah jumpa buku klik RCQ.
RCQ = ransack chics quest..
ape kebendanya tu, korang jangan tanya aku..
aku sendiri pon tak sure apa maksud sebenaqnya...
english aku tak la hebat...
itu punya nama, rasanya yong yang letak..

aku bukak ja buku tu, terus aku gelak gil-gila..
sampai mak aku naik ke bilik aku, jenguk apasal aku gelak sakan sorang-sorang..

meh aku cerita skit pasal buku tu...
diwujudkan masa form 4... tahun 2000.. tahun Y2K..
aku kira-kira... hampir 10 tahun yang lalu la kan...
dalam buku tu ada tercatat nama 6 orang ahli;
chief: clay.
chief assist: point break.
accountant: taran.
book holder: left-eye.
quota master: carter.
master kepo: shane.

jangan tanya aku nama-nama diatas mewakili sapa... sebab aku dah tak ingat... masa tu semua boh nama artis boy band yang dia minat.. yang paling aku sure, carter tu lyn.. sebab lyn minat nick carter BSB...
oleh kerna buku tu maseh baik dalam simpanan aku... maka rasanya left-eye tu adalah aku.. apa jadah aku letak left-eye pon aku tak tau... rasanya dulu aku minat AJ BSB... AJ beb.. muhaha.. masa tu aku tak dengaq coldplay betul-betul lagi...

setiap buku klik pasti perlu ada rules and regulations to obey.. tok sah la aku nak taip satu-satu kat sini kan...
buku tu kami tules gosip panas... panas masa tu laa... pasal budak kelas sebelah, pasal budak derma, pasal budak kelas sendirik yang kami tak suka...


bila tengok dan ingat balik semua kenangan indah dan gembira masa itu....
rasa diri ini sangat lucu...
dan semua kenangan indah itu tersimpan kejap dalam ingatan...


ini aku letak skit 2 3 gambo-gambo lama...







p/s: aku plan, nanti next reunion, aku mau bawak buku ini untuk tatapan ahli RCQ.. amacam geng?

godak gambo lama

aku balik kampung petang selasa hari tu...
konon mau balik sini hari rabu..
balik semata mata mau bagi balik netbook yang aku pinjam dari adik kesayangan..
dapat tau Bos-No-2 demam campak.. mc 1 minggu..
aku terus amik peluang...
aku balik sini petang tadi.. muhaha..
ehem. ampun ya bos..
tapi aku maseh jugak terngiang-ngiang kata-kata dia..


aktiviti 2 hari di rumah...
makan nasik arab resepi baru, adik kesayangan bawa balik rempah...
buat puting roti resepi muna, mak puji sedap, terus buat 2 3 kali dan berhasrat mau bagi sama jiran..tapi jiran takdak kat umah la plak.
layan filem upin ipin 4 5 kali, ini kerja budak faizah.
gosip-gosip, sembang-sembang, gelak-gelak, usik-usik sama mak dan adik yang satu.


selain itu...
aku godak gambo-gambo lama....
aku jumpa ini....





p/s: hasil dari balik kampung kali ini... (1). netbook sambung pinjam.. (2). dapat tukar camera dengan bang cik.. bodek skit, jet skit, pujuk skit...


Monday, October 19, 2009

maseh terngiang ngiang

kata kata B0s-No-2...

ini untuk kebaikan kau jugak..
kau kena berubah husna....


tak semua nasihat orang, kita akan dengar atau ambil perhatian bukan?
ataupun selalunya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
tapi kali ini lain skit...

zati kata, kalau nasihat yang orang bagi itu, terngiang-ngiang, teringat-ingat, dan masuk kedalam hati kita....
maknanya orang itu memberi nasehat yang lahir dari hati dia sendiri...
ikhlas dari hati dia sendirik...

Saturday, October 17, 2009

esok saja aku dapat nak hooray hooray


niat dihati mau hooray hooray kemoning hari ini....
tapi The-Big-Bos suruh datang lab kul 9.00 pagi..
semenjak 2 menjak ni, kul 10.oo pg pada week days pon susah nak capai, inikan pulak kul 9.00 pg di hari sabtu..
nak pi mandi pagi tadi pon, dah terlanggaq dinding..

aku pon mai la lab dengan mata yang nak terkatup..
siap beli big breakfast lagik.. untuk bekalan tenaga..
sampai kat lab, kul 9.01.o4 pg, dapat 1 sms yang menyatakan meeting ditangguhkan jam 10.30 pg..
adei..
naseb baik The-Big-Bos adalah bos kesayangan...

meeting berkenaan masa depan kami itu, berlangsung sampai insyak tadi...
niat hati mau pau duit The-Big-Bos hari ini, paling lekeh ajak pi makan ikan bakar..
tapi sayang sekali, dia dah ada jemputan len.
aku pasang niat baru, nanti aku pi sabah aku nak pau duit dia kaw kaw..
muhaha..


p/s: dia kata, dia boring keja kat sana. yang dok bizi tu, bizi pasal benda len..tak dak banyak benda boleh buat kat opis. patut la dia sangat hepi bila zati tanya soklan pasal dsc kat dia.. dan dia suruh aini bagi raw data, dia akan tolong interpret. punya lah boring tak dak keja, kalau dulu mau kena pelangkung kalau suka suka hati tunjuk data mentah mentah atau banyak tanya... hang tak baca ka? dan aku juga ada beri cadangan supaya dia tules blog atau main game mafia kat fb, tapi cadangan bernas aku ditolak mentah mentah.. kecik hati aku..


p/s/s: nampaknya, esok saja aku dapat nak hooray hooray kemoning... mau tidoq pueh pueh.. dan humban baju yang menggunung dalam mesin basuh..ye lah...bagi orang macam aku, dapat tidoq lebih 12 jam dalam bilik dah cukup mengembirakan hati... tak payah gaduh nak hooray hooray jauh jauh.. oh ya. aku juga mau baca novel barang sebuah esok...




Friday, October 16, 2009

open house ain

aktiviti malam rabu hari tu...
ain buat open house..
tahun lepas makan soto..
tahun ni banyak sungguh makanan..
hasil gabungan tenaga sahabat-sahabat ain..
ada mee kuah, bihun goreng, nasi impit, pencuci mulut 2 3 jenis...
tapi makanan yang paling aku jakun adalah sagu kosong yang dimakan dengan air gula merah dan susu cair... ntah apa nama dia ntah..
sodap sangat....
thanx ain..
dan juga semua...




sagu kosong yang dimakan bersama air gula merah dan susu cair.


aku bersama tuan rumah.






student baik belanja makan

ini aktiviti singkat kemarin....
sepanjang aku ngajo lab selama 3 sem....
ini pertama kali budak-budak datang lab aku, belanja makan..
belanja aku dan aini makan...
baik sungguh...
terharu aku...
mereka adalah student aku dan aini...


dari kiri: norhayati, amirul, fatiinah, dan kawan-mereka-yang-bukan-student-aku-so-aku-tak-tau-nama.




-----------------------------------------------------
seronoknya...
terima kaseh banyak ek...
tak penah kak husna dapat student sebaik nih..
.
.
akak, markah kami bagi tinggi sikit ek.
.
.
ek?

The-Big-Bos sampai penang

akhirnya...
selepas 2 kali berjanji mau datang penang...
dia sampai pagi tadi..
The-Big-Bos makin kurus..
dan dia sangat bangga diri bila orang kata dia makin hensem..

angkat camera zati. terus tangkap gambo terbaru dia...

sembang-sembang. dengar cerita ke-bizi-an nya di tempat baru. tengok slide aku. dan makan-makan..


ramai-ramai makan puding roti yang muna bokmai..


puding roti muna yang aku termimpi-mimpi selepas makan kat umah dia semasa open house hari tu.... muna masak sendirik..




yey! keresahan seminar tamat

yey.
aku dah balik memblog.


emmm... sebenaqnya aku tak la ikut cakap The-fourth sangat... aku curi-curi jugak buka blog.. tengok blog kegemaran...cuma tak menulis blog saja...





alhamdulillah. yey.
akhirnya seminar yang mendebarkan sudah berakhir!
aku ingatkan akan jadi yatim piatu masa seminar..
tapi dua-dua Bos ada..
The-Big-Bos sampai dari sabah pagi tadi...dan Bos-No-2 tak jadi outstation..
harapan aku supaya tak dak soklan semasa seminar tidak kesampaian...
aku berusaha juga tepis..
tepis dengan hujah-hujah pembohongan..
dengan gagap gagap dan bahasa tonggang langgang..


trima kaseh tuk sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang datang menjadi pendengar serta memberi sokongan padu..
kurang la skit gubra tu...


aku nya cara penyampaian sangat slow..
dan suara mendatar..

berdasar soklan yang ditujukan...
aku dapat tau jugalah kelemahan aku..
dan tau apa yang aku kena atasi dalam projek aku...


hajat hati mau balik tidoq kat hostel lepas seminar..
tapi tak boleh..
sebab The-Big-Bos ada dan mau mintak Bos-No-2 sign borang extension GA..


kesimpulannya...
YEY!!!
aku rasa bahagia...


sekian terima kaseh.




p/s: tuk kemarin punya hal... The-Fourth, tahniah man!...




perjanjian: baik bos!

sebelum aku update cerita-cerita sepanjang aku bercuti blogging...
aku nak tunjuk 1 benda baru aku dapat...

tadi lepas seminar, aku jumpa Bos-No-2...
hajat hati mau mintak...

2 tick pada kotak yang tertulis good..
1 signature..
1 cop rasmi dan...
SV's comment yang berbunyi... I strongly support the application...


sebagai pertukaran yang bijaksana...
aku perlu buat benda ini.....


okei, aku cakap, kau tulis.

ala dr, tulisan saya buruk..

tak de tak de.
kau ikhlas dak ni?

emmm... tak dr..

kau kena buat dengan ikhlas husna...

okei. okei.. saya ikhlas nih..

ha.. kalau ikhlas tu... senyum skit..
hah.. kau pegi fotostat..

dr sign dulu la..

mmm..meh sini..

cop dr? baru cun..

budak ni... aku pelangkung kang..

hahahahaha..

husna.. ni untuk kebaikan kau jugak.
kau kena berubah husna...
aku serius ni...

BAIK BOSSSS!!


-----------------------------------------------

The-Big-Bos juga ada masa kejadian tak diingini itu berlaku...

dr...dr sign jadi saksi..

uh.. aku takmau masuk campur..

Tuesday, October 13, 2009

kerana mu seminar hari jumaat

aku akan cuti mengeblog dan tengok blog orang lain... kali ini aku ikut kata The-Fourth.. ya.. kali ini aku nekad.. 2 3 hari ini, aku akan bertapa di tempat yang tak dak internet...

aku mau bersedia sebaik mungkin... bab nak berdiri dan bercakap kuat-kuat tu aku boleh tahan lagi... bab nak paham soklan dari manusia yang curious (dan kadang-kadang aku tengok cam nak pekena orang saja lagaknya) terutama pak-pak dan mak-mak arab yang berkeupayaan bercakap bahasa inggeris dengan lidah bergulung tu, yang akan buat aku tak keruan...

aku dah estrak baju kegemaran dari timbunan baju... mau basuh dan pakai pada hari seminar.. baju baju lain yang menggunung tu... hujung minggu ni baru aku nak humban masuk mesin...

korang JANGAN DATANG seminar aku.. itu suatu yang pasti...

---------------------------------------------------

semasa seminar nanti, aku mungkin akan jadi anak yatim piatu.... The-Big-Bos jauh di bumi tumpah darahnya, walaupun dia kata nak datang jumaat nanti, tapi aku tak yakin sangat.... Bos-No-2 plak outstation....

Sunday, October 11, 2009

open house muna

semalam punya aktiviti....

aku suka mee kari... farhana chefnya...
dan aku termimpi-mimpi puding rotinya... kena belajar dari muna nih...

rizal ada semasa majalah 3 bersiaran semalam...
katanya, dia sampai usm sehari sebelum padang bergegar...














thanx muna...
kak husna makan banyak semalam....
semunya sedap....

ade aku kesah?? !

ye ke aku tak kesah??

tapi....
aku sangat kesah sebenaqnya...

shit.
aku lemah dengan emosi lagi...

aku mahu tetapkan hati...
kuatkan hati...
dan nak cakap...
pegi MPS!!



p/s: nanti aku letak gambo-gambo open house muna..

p/s/s: aku perasan.... banyak orang buat blog dengan title ade aku kesah...




aku kini yang makin kuat menyumpah....

Saturday, October 10, 2009

tadi: kotak merah




malam ku bermimpi versi asal, saloma dan p ramlee tak dak...
aiseh...


p/s: tadi aku berjaya habeskan duit beli buku cerita yang ada paedah skit... unaccustomed earth, by jhumpa lahiri... mengandungi 8 cerita pendek.. aku baca muka surat 1 dan 2... aku dah dapat rasa stail dia nules yang aku suka itu.. tapi aku akan habeskan baca bila minggu hadapan tamat...
1 2 bulan sebelum ni aku asyik beli novel merapu yang tak dak paedah... nanti aku nak buat entry pasal buku-buku tak dak paedah tu..


p/s/s: satgi ada open house... rumah muna lak....





tanglung




usm ada acara apa tah tadi malam...
semperna pesta tanglung kot... ataupun perkampungan 1malaysia... ntah.
dah tak brapa tau acara-acara yang berlangsung kat sini....
balik dari tonton papadom, singgah kejap tangkap gambar tanglung, sebelum pi lab balik....
masa tu, acara dah abes...





p/s: senarai lagu karaoke maseh belum cukup....

Thursday, October 08, 2009

The-Big-Bos tak jadi datang esok

yeeeehhooooo!!!
~aku nya makan malam yang serupa makan pagi, sebentar tadi~


baru ja tadi aku mau buat tindakan nekad..
tak mau tidoq ini malam sampai esok malam...

dalam kul 5 ptg lebih kurang, aku hanto sms kat The-Big-Bos...
tanya dia jadi tak mai esok...

kul 7.51.42 pm, The-Big-Bos balas...
"Tak. Kena hadiri konvo ums 2 hari duduk kat atas pentas lg. Saya da ambil tiket pd 16 okt Jumaat depan."

aiseh.... (kali ini aku tak mencarut...)
16 tu tarikh seminar aku...
takkan dia nak mai tengok aku present kot...
pastu sapa nak semak aku nya abstrak?
slide aku??
dia mesti suruh aku kasi kat Bos-No-2 nih...
adei maaa...


p/s: farhana... betul sangkaan kamu, tak leh caya kalau dia kata nak mai... tapi kali ni boleh caya kot, sebab dia dah ambil tiket...

kenapa kini aku kuat mencarut?

mak bapak aku sangat tegas berkenaan budi bahasa..
nak kata "wow, cantik gila!" pun tak boleh..
inikan pula nak mencarut.....


tapi sejak kebelakangan ini...
aku kuat mencarut...
sama ada secara lantang atau berbisik dalam hati..
ntah dari siapa aku belajar pun aku tak tau...


baru ja kejap tadi...
aku terjumpa rizal di koridor lab aku...
dia berkata, "next week seminar ya".
aku membalas, "hahahahaa... jangan pegi tau."
dia membalas pula, "oh...harus!"


aku masuk dalam lab...
aku mencarut...
bukan pada rizal...
tapi pada diri sendiri...


kerna...
aku belum sedia lagi tuk seminar!
CLK!




p/s: korang pon jangan nak ngada ngada datang seminar aku!


p/s/s: last week punya seminar, 15 minit aja dan tak dak soklan... best gilos...kalau lah next week pun macam tu... alangkah bahagianya aku!

jamuan raya skol '09

tengah hari tadi.....





aku cari lomang ja tadi... sebab, masa raya hari tu, aku tak jumpa lomang walaupun sepotong... tapi alangkah malangnya... lomang itu keras... aku saspek dia potong lomang tu lepas subuh tadi.... tapi bihun sup (sup soto kot...) itu sangat sodap....







p/s: apasal tak nampak farhana? macamana farhana tak datang nih... bukan ka dok tunggu jamuan raya skol?