Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, April 29, 2010

taare zameen par



semalam arix buat tayangan amal bagi filem ini.
taare zameen par atau like stars on earth.
dengan tagline, every child is special.


cerita pasal seorang budak nama ishaan berumur 8 tahun yang mengidap dyslexia.
diarah dan diterbit oleh aamir khan. keluar tahun 2007.


aku ni jarang nak review filem sebab bukan pandai sangat untuk review.
tapi hari ini cam rajin terlebih. aha

1. filem yang dibikin dengan bagus sekali. selalunya aku takut skit atau senang cerita, tak suka sangat tengok filem hindustan yang serius yang bertemakan penyakit. sebab hindustan lebih banyak drama dalam filem sebegini sampai fakta pasal penyakit dah jadi tak brapa betul. untuk filem ini, seorang kanak2 dyslexic digambarkan dengan betul dan fakta2 yang berkaitan dyslexia pon diberitahu dengan betul (sebenaqnya aku pon bukan arif sangat pasal dyslexia, tapi filem ni tak la nak bagi maklumat yang boleh dipertikaikan sangat).

2. lakonan pelakon kanak2 yang membawa watak ishaan memang mantop. pandai dia bawa watak budak yang struggle dengan dyslexia. tersentuh hati, sangat kesian tengok dia sedih. tapi lakonan aamir khan aku tak brapa suka sangat la. cikgu emo. sikit2 nak meleleh ayaq mata. memang tipical drama hindustan. keja nak teriak saja. (nampak aamir khan sangat tua dalam filem ni)

3. jalan cerita yang bagus. macamana ishaan struggle. macamana penerimaan bapak ishaan bila orang kata anak dia ada learning disability. macamana perangai cikgu2 lain yang bengap kata ishaan ni hanya nakal dan malas. macamana keadaan kehidupan typical indian famili, takde tunjuk orang2 kaya semedang seperti dalam filem hindi2 yang selalu dipaparkan.

4. lagu-lagu dalam filem. walaupun ia bawa mesej yang agak berat tapi filem ini maseh mengekalkan ciri2 filem hindi yang penuh drama dan lagu. ada la jugak lagu yang macam tak berapa sesuai atau terlebih2 seperti lagu masa aamir khan muncul sebagai cikgu seni yang cool dan berlaianan. tapi aku sangat suka lagu yang pertama dalam filem ni, masa nak tunjuk perbezaan rutin pagi ishaan yang slow mo dan penuh imiginasi di awal pagi sebelum pegi sekolah, berbeza dengan rutin bapak, mak dan abang dia yang tangkas.



kesimpulannya, filem taare zameen par ini sangat best dan menyentuh perasaan.
bagi kesedaran dan inspirasi.



dalam filem ni, aamir khan ada bagitau orang2 femes yang didiagnos dyslexia seperti picasso, thomas edison dan abhishek bachchan.
pastu aku pi tengok kat wiki, senarai orang2 femes yang didiagnos dyslexia.
antaranya,
orlando bloom, cher, tom cruise, keira knightley, mika, jamie oliver dan keanu reeves.




semangat tak kan datang melayang dengan mudah


semangat untuk melakukan/menyudahkan sesuatu perkara tak kan datang dengan senang.
kena usaha untuk dapatkannya.
dan semalam aku usahakan jugak tuk dapatkan kembali semangat aku.
semangat nak habeskan master.
walaupun belum dapat 100%, tapi sekurang-kurangnya aku dapat jugak.
(aku mahu rekod disini supaya aku ingat dikemudian hari apa yang aku perlu buat tuk dapatkan semangat balik dalam menyudahkan sesuatu perkara dan bagaimana indah rasanya bila ada semangat itu)

dengaq orang beletiaq, dengaq orang bagi motivasi, baca buku motivasi, tengok filem motivasi.
semua membantu tuk dapatkan semangat.
tapi kalau diri sendiri tak bertindak, tak kan dapat semangat tu sampai bila2.

yang penting bergerak, bertindak.
bukan dok saja.
buat sesuatu.

bila teringat yang aku ni dah berumur 26 tahun,
aku jadi malu sendirik.
sebab dah setua ni pon, aku belum matang.
belum matang tuk kuatkan diri.
aku selalunya mudah give up dalam banyak perkara.






Wednesday, April 28, 2010

aku sangat suka hujan jika aku dok kat tempat selesa


jam 7.56 pagi, aku terjaga bila fir mahu balik ke biliknya.
aku kata, awal lagi ni, satgi ah bangun. lagi 30 minit, 30 minit.
terjaga jam 9.30 pagi, seejuukkk.
aku kata, tunggu sahabat kat bilik sebelah bangun lah.
jam 11.09 pagi, baru bangun dengan cergasnya.
iron baju, mandi, bersiap dan pakai tudung semua, hujan pon turun dengan sangat lebatnya.
:
aku sangat suka hari hujan.
tapi dengan syarat, aku berada di tempat yang selesa.
seperti di bilik atau di rumah atau di lab atau didalam kenderaan berbumbung seperti kereta atau bas atau keratapi.
kalau aku perlu basah terkena hujan, aku jadi tak brapa suka dengan hujan.
seperti berada di perhentian bas atau tengah kayuh basikal bawak beg sekolah atau di pasar malam tengah syok memilih lauk.
:
oleh kerna tadi aku berada ditempat paling selesa di penang ni.
maka, aku jadi sangat suka hujan.
suka dok kat tingkap, tengok air hujan meleleh di cermin tingkap.
:
sambil layan hujan,
aku layan teh o panas.
layan baca teacher man dari frank mcCourt sambil belajaq dengan mcCourt tentang kretif writing dan seterusnya berangan mau jadi penulis.
layan sahabat prektis main kibod.
layan cerita dan gosip.
:
melayan suasana hujan dari jam 12 sampai jam 1 sampai jam 2.
hujan sangat lebat.
nampak kilat.
kilat tu bukan takat hit alarm sistem kat bangunan sebelah tapi juga hit nerves sistem aku.
dada berdebaq, tangan menggeletaq.
(perut sangat lapaq nasik menyumbang sama sebab musabab tangan menggeletaq).
:
:
hari hujan hari ini sangat syok.
sekarang baru nak mula kerja.
aha
inilah yang syoknya jadi student.
jadual yang sangat fleksibel.
:
:
:)

Monday, April 26, 2010

denial

masalah dengan diri sendirik ni, semua orang ada.
cuma sedar atau tak.
boleh terima atau tak.
mahu berubah atau tak.
tahu camana nak berubah atau tak.


aku ni dah cuba tuk figure out apa masalah diri ni.
ada aku dah jumpa, ada yang belum jumpa.

dan sekarang ni,
tengah cuba tuk terima kekurangan tu.
sebab aku selalu hidup dalam denial. (denial adalah akunya feveret word tuk masa ni.hahaha)
tak mau mengaku tu masalah aku.
tutup otak serta merta bila diri mau pikir tentang masalah2 tu.

ada jugak aku dah terima.
tapi, tak berganjak nak berubah.
dok takat tu saja.
sebab kadang2 tak tau camna nak berubah.
pastu malu nak cari pertolongan.
malu sebab masih hidup dalam denial.


hari demi hari,
aku cuba tuk mengenali diri sendirik.

hari demi hari,
aku cuba tuk terima diri sendirik.

hari demi hari,
aku cuba tuk berubah.

hari demi hari,
aku rasa banyak tenaga aku habes tuk diri sendiri saja.
satu kerugian bukan.
jika tenaga itu dijanakan kepada benda lain yang lebih besar kesanya pada manusia, pasti sangat berguna aku ini.



oh. dah cakap seperti lunatic.

aku selalu berdoa, agar jiwa dan akal aku sentiasa terjaga oleh-NYA.




sungai sedim, kulim kedah

aku tidor umah aini hari sabtu.
ahad, geng umah aini ajak pi sungai sedim.

aku dan sahabat dah lama teringin nak pi sg sedim.
tapi belum ada kesempatan nak pi.
ni kira aku scouting dulu la sebelum nak pi ngan sahabat.
ngeh ngeh.


white water rafting kat sg sedim.
kena mai dalam kumpulan sekurang-kurangnya 4 orang.
pakej paling murah, rm45, short distance.
long distance, rm90.
paling mahal rm250, lagi panjang, lagi mencabar.


aku amik yang mana??





hahahaha..
aku tak main pon.
dok tengok orang rafting saja..

sebenaqnya,
info harga ni aku tanya kat orang yang bawak raft tu. jurumudi la lebih kurang.
ada kumpulan yang buat kem disini.

aku tengok ada makcik2 yang naik.
rasa tercabaq pon ada..
hahahhaa.
dia kata semua orang boleh try, tak kesah tahu berenang ka tak.
tu yang aku nak dengaq sangat pon.
aha.




aku pi berkelah dan beremdam ja kat sini.
dengan geng rumah aini, kak ila dan kak nor.
dan bersama adik angkat kak nor dan kawan2 tempat keja kak ila.



ayam bakaq, resepi bed.
makan nasik, lauk kak ila masak.


dari kanan, aini, kak ila dan anum (kawan kak ila)


dari kanan, kak nor dan adik angkatnya, tri.


kawan-kawan kak ila, kiri, kak ida dan sekarang-aku-dah-lupa-nama.



kami sampai awal gak la. dalam jam 930 am.
mula-mula tak ramai orang kat tempat kami berkelah.
pastu ada 1 famili datang dengan ramai budak2.
tempat kami berkelah tu, tempat faveret orang main terjun2 kot.
sebab lepas tu, makin ramai orang berkumpul dikawasan tu.
tak pasti kawasan lain camana. sebab dok berendam kat situ saja.


air, bersih, jernih dan sangat sejuk..
aku berendam saja.
aku yang jenis tak-tau-berenang-dan-takut-tertelan-ayaq-seterusnya-lemas ni sangat la takut.
sangat takut nak masukkan muka dalam ayaq.
main terjun2? lagi la tak sanggup.
lagi takut berbanding dalam kolam atau laut.
mungking sebab sangat sejuk dan arus yang agak deras menghentam telinga.
haih. tak tau la bila nak berani dengan ayaq ni.




budak2 kecik yang dok bermain dengan kami.
kalau orang tengok, boleh agak yang depa mai dengan kami.
hahaha.
kanan, si kakak, aisyah. kiri, si adik, anum.










lepas berendam sampai kecut.
naik salin baju dan solat.
lepas tu naik tree top walk.
katanya paling panjang dalam dunia bagi seumpamanya.
rm10 tuk dewasa. rm6 tuk kanak2.
best jugak la sebab rasa thrill dok tempat tinggi. paras atas pokok balak.
tapi bagi aku, kalau nak menghayati keindahan alam, lagi syok jalan kot bawah.











kesimpulannya, syok kalau bab berendam dalam ayaq.
ayaq sungai yang best.
tapi kalau nak pi sekali lagi, aku piker banyak kali skit.
sebab kemudahan sangat la teruk.
toilet tersumbat. dah la bayaq, tapi tak bersih. surau kotor tak terjaga.
hadoi. kata tempat femes, tapi apa jadahnya.
kalau aku nak pi pon lain kali, sebab nak try water rafting.
ataupon hanya pi berkelah dan rendam kaki saja.



ada banyak pakej yang ditawarkan melibatkan aktiviti white water rafting dan tree top walk.
boleh buat program motivasi, team building, water konfidence, dan macam2 lagi la..




sampai kat hostel bila dah asaq.
nampak hujan dok mai dari jauh.
pastu tidoq tak hengat dunia.





p/s: aini cakap, kemudahan kat bukit hijau lebih bagus.



teringin


hari sabtu lepas.
aku kebosanan sahabat 2 orang balik kampung.
teringat yang aku dah lama teringin nak makan pasta sendirik masak.
masa balik rumah hari tu, tak dan nak masak. dok keja makan makanan yang mak masak ja.
so, rumah aini jadi sasaran.
tanya aini, ko nak makan apa? dia jawap, prawn olio.
tanya bed, hang nak makan apa? dia jawap, chicken carbonara.
aku asalnya teringin nak makan bolognese saja..
bila aini bagitau olio, baru teringat dah lama aku tak makan olio.
jadinya, aku masak ja dua2 jenis. olio dan carbonara.
carbonara guna sauce ready-to-cook prego, adalah kemahiran aku. ngeh ngeh.



sori tak dak gambaq hasil masakan aku.
spaghetti prawn olio dan spaghetti chicken carbonara.
lupa nak tangkap gambaq sebab bila dah habes masak, terus makan sebab sangat lapaq.
depa semua makan saja..
sebenaqnya, aku rasa tak jadi sangat aku masak tu.
olio, bawang putih tak bau sangat dalam masakan.
carbonara, terlebih daun oregano.
ngeee
:)

Saturday, April 24, 2010

tiba2 rasa diri ini mcm orang umo 36 yang tak dak life selain kerja

romate balik kampung 2 minggu.
sahabat2 yang dok bilik sebelah pon balik kampung.

balik bilik sure bohsan gila.
takde benda sangat nak buat.
walaupun ini malam hujung minggu.
aktiviti paling menarik pon mesti baca novel baru atau turun bilik tv tengok cerita tamil.
lewat2 malam camgini selalunya depa bukak cita tamil.

aini dan bed ajak dok kat lab.
maka, terus saja setuju dok kat lab malam ni.
selalunya tidur kat lab dengan zati hanya pada hari sabtu.

buat keja apa yang patut.
berseronok apa yang patut.
berseronok cara budak lab la.

tapi....
awat aku rasa cara hidup aku ni...
macam orang bujang telajak umo 36, tak kawen, tak de sapa kat umah, xde kawan nak ajak buat aktiviti malam ujung minggu dan akhirnya, stay buat keja kat tempat keja.
hadoi.





p/s: jumpa cerita korea baru yang best. personal taste. muhahha. pelakon wanita korea kegemaran belakon.







Thursday, April 22, 2010

impak dari kak sita

husna....writing la...jgn duk blogging aje...hmm

kak sita buat terjahan pagi tadi kat ym.


tapi banyak2 pun..jgn duk layan sangat dugaan tu...tu ja pesanan i....
:
bahaya nih...takde duit lagi tension nak writing tau.
:
iye...betol...u nih serius tak tgh writing nih?
:
tak tau la husna...brapa lama dh u buat master ek?



aku sangat bersyukur kerana berkesempatan berkenalan dengan kak sita.
sekarang dia dah pindah balik ganu.
dan hanya kontek melalui ym sahaja.

bila kadang kadang ym dengan dia,
ada kata-kata bernas akan keluaq dari dia.
kata-kata yang keluaq dari pengalaman dia sendirik.
kata-kata yang ikhlas.
kata-kata yang betul-betul sampai ke hati.
yang boleh inspired aku.

orang lain juga boleh keluarkan kata-kata yang sama.
tapi impaknya pasti berlainan.
hanya ada beberapa orang saja yang boleh beri impak kat aku.
salah seorangnya adalah kak sita.

aku kira, aku tak cukup dekat dengan kak sita berbanding sahabat-sahabat aku.
tapi itu sudah cukup untuk buat aku kagum dengan dia.
kagum dengan ketabahan, kegigihan dia.
bukan setakat untuk habeskan master, tapi meliputi kehidupan dia.
sapa yang kenal kak sita pasti tahu bagaimana kegigihan dia.


nasihat dia masa kat tempat parking keta dihari dia konvo master dulu, aku maseh ingat.
JANGAN PUTUS ASA.
aku pegang sampai sekarang.


kak sita,
i harap u akan selalu hepi.
hepi tanpa batasan dan sekatan.
i nak u hepi lebih daripada apa yang u telah buat tuk orang lain hepi.




Wednesday, April 21, 2010

tak guna jugak kan....

kalau hari-hari tangkap gambaq,
tapi tak letak kat mana2.


kadang2 malas nak upload masuk blog atau pon dimana2.
sampai la gambaq dan cerita disebalik gambaq tu jadi basi, terus tak uplod sampai bila2.
terperap dalam kamera sampai memori kad penuh, pastu burn masuk cd.
bila dah masuk cd, dah malas nak cari balik tuk upload lain kali.

aku rasa nak mula giat/rajinkan diri untuk upload gambaq kat sini.
kalau tak rugi jugak la kan gambaq yang ditangkap tiap2 hari tu..
dan rasa rugi selepas buang tenaga buat orang annoyed dan disgusted dengan perangai aku yang suka tangkap gambaq ikut dan aku saja.






ni semalam. belated besday punya makan malam. sahabat belanja. yang hari tu, geng lab punya belanja..
kalau bab makan-orang-belanja ni, susah mau elak..



ni pagi tadi.
bangun pagi awal, layan baca novel baru beli sebelum mau siap pi lab dan kelas.
pastu sms aini, "weh. bangun. nk p kls dak?".
aini balas, "weh..ko p la..xlarat. hehe".
aku balas balik, "hehe. aku pn xlarat la gak".
ehek.. ponteng kelas tajwid dan sambung baca novel sampai sahabat yang dok bilik sebelah mai ketuk pintu bilik, suruh pi mandi.







p/s: aku belum mampu tukaq kamera. maseh guna kemera yang blur2 tu. sadis.


Tuesday, April 20, 2010

husna si rambut bob

hari ni aku pi potong rambut.
dikedai potong rambut kegemaran. dengan apek kegemaran.
potong rambut sebab bosan dengan rupa bentuk rambut yang sedia ada.
semalam rasa nak simpan bagi panjang sampai tengah belakang cam dolu2, tapi tak mampu nak tunggu lama2.

skarang rasa mau cerita pasal rambut.
berikut adalah fakta2 pasal rambut dan aku.

1. bab penjagaan rambut jatuh no 2 dalam senarai bukak-majalah-tengok-produk-penjagaan-apa. no 1, penjagaan kulit muka yang berminyak dan berpori2 besaq. kalau produk rambut tu kata boleh jadikan rambut berkilau bak cermin, lagi aku pulun-baca-pastu-nak-beli-try.

2. rambut aku jenis lambat panjang. 1 fakta yang membosankan diri sendirik. tak boleh nak pi gunting rambut tukaq potongan selalu. aku penah ambil masa 3 tahun tuk tunggu rambut panjang dari atas bahu sampai tengah belakang.

3. aku pernah potong rambut sendirik. masa tingkatan 5 sampai ke matrik. tengok majalah, pilih potongan yang disukai, amik gunting, duduk/berdiri depan cermin, potong saja. hasilnya? kadang2 ok. kadang2 buruk. tapi puas hati, tak de nak komplen sebab diri sendiri yang potong.

4. kalau nak pilih kedai gunting rambut, aku akan tengok dulu keadaan/rupa/style si penggunting. kalau bergaya, rambut cantik, baru aku percaya nak suruh dia gunting.

5. sejak 3 tahun yang lalu lebih kurang, aku dah tak request/bagitau potongan apa yang aku nak. rujuk potongan rambut dalam majalah pon aku dah tak buat. sebab nanti aku cepat bebai kalau rambut tidak digunting seperti potongan yang aku nak. rasa tak puas hati akan berlanjutan sampai berminggu2 lamanya. skarang, aku just cakap, potong potongan yang sesuai dengan bentuk muka aku. hasilnya, dah 2 tahun lebih aku berambut BOB. tadi gunting bentuk bob jugak.

6. potongan pendek yang aku nak sangat adalah pixie. tapi memang tak leh sebab muka aku kembang, tembam dan bulat. tak sesuai. tapi suatu hari nanti, aku nak rasa gak berambut pixie. tunggu umoq 30 kot baru potong pixie. masa tu mesti nampak macam 4 tahun lebih muda. hahhaa.

7. rambut ni, aku pi potong saja. tak penah ubah keadaan fizikal asal rambut aku. kecuali, aku pernah sekali ja iron rambut. tapi tak buat rebonding. tak suka. flat gila. pernah teringin nak perm, tapi tak pernah nak pi buat. pernah teringin nak color rambut, tapi lebih suka color asal rambut ni.

8. rambut-cantik-lembut-lurus-macam-dalam-iklan-syampo yang aku pernah jumpa real life adalah rambut milik sakinah. kawan aku masa undergrad dulu. gila ah. sebijik cam dalam iklan. genetik bagus punya. tapi aku tak mau rambut camgitu. rambut pojaan aku adalah rambut mak aku. umor dah nak masuk 58 tapi tak dak uban lagi. rambut bermaya, tak kering, tak berminyak, toksah gaduh nak letak serum ka, hairmask ka, perapi ka. aku tak dapat 100% genetik rambut mak aku tu. rugi.

9. kalau pi kedai gunting rambut, aku selalunya akan potong saja. tak mau cuci. buat apa nak perabes duit cuci rambut kan. hahhaa.. tapi aku pernah cuci kat 1 kedai kat QB mall. nama apa ntah, dah tak ingat. sekali tu ja pi. masa tu aku tengah stress gila2. jln2 pusing mall pon tak dak perasaan. pastu terus ambil keputusan mau potong rambut. alasan nak potong rambut selalunya sebab bosan dengan rupa bentuk rambut sekarang ataupun sebab stress.
oke berbalik kepada kedai rambut kat QB mall tu. aku amik keputusan mau gunting dan cuci sekali. masa dia tengah cuci rambut, dia urut2kan kepala. mata aku bergenangan dengan ayaq mata. tunggu nak jatuh ja air mata tu. sebab rasa semua stress tu keluaq semua. dia urut kepala dan tengkuk lama gak. memang mendamaikan dan meringankan kepala yang serabut tu. aku rasa nak berguru dengan dia.

10. kedai gunting rambut kegemaran setakat ni adalah apex cut. atas restoren pelita depan usm tu. aku suka pi situ sebab mereka belum pernah mengecewakan aku dan jejaka2 pemotong rambut dalam kedai tu sangat hensem. muhahaha..



okei. sekian cerita tuk hari ni.....



Monday, April 19, 2010

lakonan menjadi!

*************************
jam 11.45 am.

husna, satgi kita makan terus la na. The-Fourth tunggu terus kat harapan.
okeh.
husna, tak jadi la plak. The-Fourth ada keja.

************************
jam 12.45 pm

zati, satgi nak makan panggil aku na.

************************
jam 1.30 pm

husna, ko bizi dak hari ni?
tak, nape bed?
aku nak ajak ko teman, pegi survey barang lektrik. bos suruh ajak ko skali. pi ngan fir.
okeh. bila?
satgi dalam kul 150 petang. ko solat la dulu. takut lama...
okeh.

************************
jam 2.01 pm.

bed, barang letrik ape yang bos suruh beli?
beli peti ais.
besaq mana?
yang kecik ja. besar ni lebih kurang. yang macam dalam bilik hotel tu.
oohh nape tiba-tiba nak beli?
tak de. bos bising semut banyak dalam bilik tu. dan senang jugak la nanti nak simpan makanan kan..
wah. best aaa.
nak tengok kat mana?
kat sec dekat mcD tu.

***********************
jam 2.04 pm.
(sms)

zati,
aku kn keluaq jp. bl brg tuk bos.

ok2. aku pun otw ke skol fizik.

***********************
jam 2.15 pm.

bed, aku lapaq la. tak sempat makan tadi.
aku nak singgah kat mcD la jap.

eh. kita pegi pesan kat pizza jap ek.
ada orang pesan pizza.
lepas tu kita pi tengok kat sec.

oke.

***********************
jam 2.20 pm.

SURPRISE!!!!!

*********************


cayalah korang.
memang menjadi ah lakonan korang.
aku tak bajet langsung sebab hari kejadian aku dah lepas.

bed, aku mati2 pecaya nak pi beli peti ais.
aku pon siap tumpang syok nanti bilik tu ada peti ais.
boleh aku tumpang letak jus oren dalam tu.

zati, pandai hang kelentong pasal makan ngan The-Fourth.
pandai hang pusing masa aku nampak The-Fourth jalan kaki pi harapan.
aku heran apasal hang ni tak lapaq. siap nak pi skol fizik. aku ni dok tahan lapaq gila.

aini, ko bz merancang.
keluaq masuk lab. ingatkan ko bizi pasal icyc sampai lupa nak makan.
aku perasan babe ko tak makan pon t/hari.

fir, pandai ko buat blur2 ye.
nasib baik ko tak paksa kak husna solat awal.
kalau tak, lagi kak husna cuak.

muna, hang pon dok diam ja..
nasib baik kak husna tak nampak keta hang parking kat depan pizza tu.

parisya, thanx for your time.
and im sorry they make you waiting until you starved.


****************************
aku ingat masa lab aku buat surprise masa besday aku dulu, tahun 2008.
masa tu geng lab semua maseh ada.
The-Big-Bos pon tak pindah lagi.
buat surprise makan2 kat luar gak.
tahun tu pun menjadi gak lakonannya.
mati2 aku pecaya depa nak cari barang kat BJ.

yang kurangnya...
pada tahun 2008 dan 2010,
aku tak de plak bawak kamera.
kalau hari2 lain, aku selalu ja usung kamera aku tu kesana sini.
hadeh.
nanti aku uplod gambaq.
tangkap guna hp zati n bed saja..

apa2 pun.
TERIMA KASEH tuk semua.
aku sangat hepi dan terharu..
hampa pulun merancang dan menipu aku.
lakonan menjadi. syabas!
tapi, tak semua ada hari ni..
dan.. tak kan hadiah satu bijik ja kot.
hahhahahaha





****untuk kak ipaq kesayangan, kak juaa, hepi 29th besday!!****

Friday, April 16, 2010

hari esok dalam sejarah

1492: spain dan christopher columbus sign usahasama untuk belayar ke asia mencari rempah ratus.

1865: mary surratt ditahan sebagai conspirator dalam pembunuhan abraham lincoln.

1941: semasa WWII, the kingdom of yugoslavia surrender kepada german.

1946: syria mendapat kemerdekaan dari penjajahan perancis.

1969: sirhan sirhan disabitkan kesalahan dalam pembunuhan robert f. kennedy, adik kepada john f. kennedy.

1970: apollo 13, pulang ke bumi dengan selamat dalam misinya untuk mendarat di bulan, tapi tak sampai kerana berlakunya kerosakkan (apollo 11 yang membawa armstrong adalah yang pertama mendarat di bulan).

1971: sierra leone menjadi sebuah negara republic.

1975: cambodian civil war tamat. khmer rouge takluk phnom penh dan kerajaan cambodia dipaksa berundur.

1984: husna binti abd halim dilahirkan, pada jam 2.15 ptg. masa kecik2 dia selalu berangan yang dia ini adalah anak angkat ataupun ibu bapanya tertukar anak dengan anak orang kaya. pemikiran seperti ini terjadi akibat kesan banyak sangat tonton drama melayu kat tv dan pemikiran ini selalu muncul disaat dia dimarahi oleh ibu bapanya dan merasakan mereka tak sayangkan dirinya sebagai anak. tapi apa jadahnya tertukaq anak atau anak angkat sebab dia telah dilahirkan di rumah orang tuanya di kampung wang besar, bintong, perlis sambil nurse klinik desa kampung wang besar bertempik kepada dua orang abangnya yang memanjat tingkap kerna mahu melihat kejadian mak mereka melahirkan adik mereka yang comel itu.



semua kejadian diatas berlaku pada 17 April. esok hari.







****************************
tahun ini, aku balik sambut besday kat umah sambil pekena pelam harum manis..



Wednesday, April 14, 2010

berhenti, tak kan punyalah

"bos ada bagitau kat bos satu lagi pasal niat saya nak berenti ek?"
"ha la. aku bagitau la."
"awat bos pi bagitau... dia kata apa bos?"
"dia kata, "celaka, dia tak bagitau aku pun". kau memang jarang ek jumpa dia?"






*******************************

"saya tak kan berenti punyalah bos. kalau saya nak berenti, dah lama saya berenti. saya takat kata saja... buat tak pun. banyak benda saya perlu ambil kira"
"hang kata la. cukup 44 kali. betui jadi baru tau."


ting tong


tidor pon dalam 2-4 jam sehari.
itu pun setelah dicampur dengan 20-45min tertidur kat meja studi diwaktu petang yang redup.

aku baru 2 hari berturut2 menjalani hidup macam ni.
dah rasa ting tong.
kalau dah 4 hari berturut2?
kalau seminggu berturut2?
kalau sebulan berturut2?
kalau 3 bulan berturut2?
mau nya rupa cam jerangkung dah jadinya.
kepala pun bukan takat ting tong saja dah.

dedikasi ditujukan kepada orang2 yang terpaksa hidup camgini.
terutamanya tuk kawan2 aku kat skol kimia nih.
tabahlah anda!
haja haja!!!



*************************
sudah sedia maklum..
ramai insan2 sebaya aku, yang dulunya ijazah kimia usm, tengah sambung master kat skol kimia ni gak.
tapi setelah lebih kurang 3 tahun buat master secara padu atau tidak padu, tak dak sapa lagi yang hantaq/habes.
pada mei ni, akan terbitlah kumpulan pertama dikalangan insan sebaya yang akan hantaq 10 salinan tesis.

maka lepas ni masing2 akan lagi terkejaq2 nak perabes master.
dan akan makin kuat tekanan tuk habeskan master.
aku yang bermain setiap masa ni pon turut sama merasai kemeriahan tekanan yang menghentam tubuh, jiwa dan pikiran.

masing2 yang berkeliaran disini selama 7 tahun, sudah bosan.
sudah tidak sanggup berlama2 lagi.



YEAH!!
CAIYOK CAIYOK semua!



*****************

aku agak letih dan ting tong, tapi ada semangat yang terbit.
kira orait la tu.
dah lama gak aku buat perangai tak dak semangat.





Tuesday, April 13, 2010

"hang ni memang.. raja makan!"


"hah aku lapaq ni, jom pi makan."
"kita nak makan kat mana nih?"
"husna, bagi cadangan..."
"husna, nak oder apa lagi?"
"ha, apa tunggu lagi? husna, awat tak stat lagi? amik ni."
"awat hang macam tak lalu ja?"
"awat kali ni hang macam slow saja makan? diet ka?"
"husna, tu, habeskan!"
ohhh.. saya sorang la yang dok makin gemuk ni.

500th

ye!
ini entry yang ke-500.

kalau tengok balik semua entry aku, yang aku sendiri pon tak kan larat nak tengok balik...
memang ia satu cerita tentang perjalanan hidup aku.

ni baru 2 tahun menulis blog, aku sudah boleh gelak kalau tengok balik entry2 lama.
kalau 5 tahun lagi, lagi banyak benda berlaku, lagi banyak aku tulis mungkin, dan lagi banyak jugak yang boleh buat gelak sendirik.

cara aku menulis pon banyak kali bertukar.
mula2 entry banyak gambaq, ada tulis skit2 pasal gambaq. konon masa tu nak buat fotoblog la sebab baru rembat kamera bangcik.
pastu, dah mula tulis banyak2. tapi gambaq still letak banyak2.
gambaq2 masa tu banyak tunjuk aktiviti yang dilakukan bersama2 org sekeliling.
pastu dah mula pandai dok meluah perasaan, dok berpuisi bagai nih.
ada 1 fasa, aku gila letak gambaq makanan. konon masa tu berangan mau jadi food fotografer.
pastu aku makin merapu menulis. tulis pasal perangai merapu aku, perangai tak senonoh aku, perangai2 toek.
gambaq makin kurang. kalau tak silap, sejak kamera aku rosak masa pi pulau sapi kat sabah tempoh hari.
sekarang. aku kuat menulis blog. macam2 aku tulis.
apa yang aku buat, apa yang aku piker, apa yang aku rasa.
oleh itu, blog ni sangat peribadi sekarang.
gambaq pun lebih kepada hari2 aku sendiri. lebih domestik. lebih dekat dengan kejadian harian.
dan, blog hari hari aku ni pon sudah beranak dua. satu blog konon tuk 1 hari 1 foto, tapi dah malas nak update. satu lagi blog tuk luah perasaan skit.


sebagai tuan punya blog.
aku dapat melihat perubahan hidup aku melalui blog ini.
sebagai catatan harian, tuk ingatan masa depan.
tuk mengingatkan aku, bagaiman aku dahulu.


dan sebagai tuan punya blog juga.
aku ucapkan terima kaseh kepada sesiapa yang membaca blog aku.
sebab sudi mengikuti hari2 aku selama ni.
sudi bertandang, sudi memberi komen, sudi menjadi pengikut.




ni gambaq masa ICYC, jun 2008. aku jumpa masa bukak entry lama ini.
mengingatkan aku, bertapa mudanya aku dulu..
24 tahun.. baru daftar master. masih membara semangat nak buat master.
ngeh ngeh.



oh ya. mula2 nak tulis blog ni dulu, aku ingat nak jadi anonymous saja.. hahhaha.konon...

*******************************

dok tunggu The-Big-Bos. tak sampai2 lagik. adeh. sesak nafas ah. tapi tak pa, sempat lagi dok tulis blog, kira oke lagi la ni...

Monday, April 12, 2010

esok 13 april

The-Big-Bos datang!






uwaaaa
ketaq lutut wei.

Sunday, April 11, 2010

dapat semangat

dah lewat petang baru teringat benda Bos-No-2 suruh buat.
buat keja kat lab eksperimen.

nampak mesin2 yang dah lama aku tak pegang.
tiba-tiba mai angin teringin nak buat sampel.
maka, aku buat sampel.

alhamdulillah.
aku jumpa sedikit semangat-nak-habeskan master di situ.

kat mana lagi ek aku boleh dapatkan semangat.
nak kumpul bagi banyak sikit.




*******************************

kat panggung wayang boleh dapat dak semangat tu?
last movie yang aku tonton adalah remember me.
lama gak tu.
atau mungkin boleh dapat semangat kat sipadan.
tak pon, boleh dapat semangat banyak2 bila dapat hadiah byk2 masa besday nanti.
muhaha.

ehem. harap sedia maklum.......



minggu2 lepas

ni semua adalah sebahagian gambaq2 yang aku tangkap masa minggu2 lepas.
konon nak boh masuk dalam blog una and her days.
tapi dok tagak2, lepas tu gambaq bertimbun.
jadinya, segan terus nak uplod masuk una and her days.
jadinya, aku kongsi skit gambaq2 kat sini sajalah.



ni weekend yang bila ntah. 2 minggu lepas punya kot. masa aku tengah gigih habeskan 'Tis. lepak kat bilik jap sebelum pi lab. baca novel sambil minum teh epal. masa tu, aku tengah gigih dan pulun buat teh epal. sebelum2 tu, gigih buat teh lemon. lepas ni nak gigih buat teh jasmin lak. nak pi cari kat mana ntah bunga jasmin aka bunga melur yang segaq.



gambaq ni pon lupa gak bila amik. ni permandangan dari lab eksperiment aini, mengadap skol bio. masa tu hujan tiba2 turun. lebat seh. lewat petang. dan sekarang pon hujan selalu turun. alhamdulillah sejuk skit la ni. kadang2 hujan waktu awal petang, kadang2 lewat petang, kadang2 waktu magrib. tidoq pon makin sodap la ni.


ni gambaq aku tangkap dari bilik hostel aku. katil romate aku. dia balik kampung. tutup bantal dan tilam dengan kain putih. hadoi. takut ooo nak tidoq. dok bayangkan tengah2 malam, ada benda bawah kain putih tu akan keluar merangkak mai kat aku. last2, aku pi selak skit kain tu, supaya tak nampak sangat macam ada mayat. lepas tu pun masih takut seh.


*****************
fir cerita, romate dia balik thailand, tutup bantal dan tilam guna batik panjang.. mmg kes tak bagi orang tidoq dengan aman.

Saturday, April 10, 2010

seetuupit

i rasa,
kita tengah main a setupit game.
mari kita lawan sapa nak cakap dulu.
nak cakap yang kita ni patut berhenti takat ni saja.
atau nak cakap jom kita pi lebih jauh.
dah setahun dah ni buang masa main setupit game nih.


**********************************

tadi masa tengah jalan kaki otw nak mai lab,

zati tanya, "hang rasa apa benda paling kompliketed dalam dunia ni?"
aku jawap, "hati perasaan dan fikiran orang".

aku sekarang, memang tengah jadi manusia kompliketed.
kompliketed dengan perasaan sendirik.
tak tau apa sebenaqnya aku mau.
dari diri aku sendirik atau dari diri dia.


apa2 pon aku adalah manusia yang pandai nak put my guard high.
satu kepandaian yang aku rimaih sendirik.



***********************

selamat berhujung minggu semua.
hujung minggu aku bermula pada hari jumaat dan berakhir pada hari isnin.
muhaha..
tapi ada jugak kadang2, hujung minggu stat hari jumaat, berakhir hari rabu..
ngeeee