ok.
aku bukan nak review sangat.
aku bukan nak analisis cerita ni.
tapi aku nak bagitau apa respon aku bila sedang dan selepas tengok filem GO ini. ini filem tahun 2001. jalan cerita berdasarkan sebuah novel.
1. kalau ada mood nak tengok cerita pasal masyarakat, pasal kemanusiaan, pasal nak naik semangat, aku akan cari cerita jepun. kalau tengah mood nak tengok cerita romantik dan hepi ending yang selalunya susah nak jadi dalam real life, cerita jepun bukanlah pilihan yang tepat.
2. mula2 tengok filem GO ini, aku pening. tak dapat rasai apakah isu yang diketengahkan padahal isu itu sangat la obvious.
sebab diawal cerita sampai ketengah cerita, aku pening dengan masa penceritaan. kejap pi sekolah korea utara, jumpa kawan korea, cakap korea, kejap pi sekolah jepun, bergaduh ngan kawan jepun, cakap jepun. aku ingat dok flashback ke hape.
lepas tu baru aku paham, rupanya cerita pasal zainichi koreans (koreans in japan/korean-japanese).
aku jadi pening dan tak paham sebab aku tak pernah tahu pasal benda ini.
so sebelum aku cerita lebih lanjut pasal filem ni, aku nak kongsi dengan korang pasal zainichi ni.
zainichi koreans atau lebih dikenali sebagai zainichi adalah korean yang tinggal di jepun. koreans ni masuk ke jepun semasa abad ke-2o lagi. mungkin ke jepun sebab ekonomi, kawen, belajar atau macam2 lagi. pastu koreans bertambah lagi semasa perang dunia ke-2. lepas habes perang semua, mana yang masih stay di jepun, ada yang tukaq kerakyatan atau maseh tetap sebagai warga joseon, iaitu nama negara korea sebelum berpecah kepada korea utara dan selatan. korean yang masih sebagai joseon boleh tukaq jadi warga negara jepun atau korea selatan atau tetap sebagai joseon. tapi tak boleh nak tukaq kepada warga korea utara sebab korea utara tak diiktiraf oleh jepun.
di jepun ada sekolah korea. sekolah ni lebih pro kepada idealogi korea utara. dari segi indentiti etnik. di sekolah tu tak boleh cakap japanese langsung, tak galakan muridnya berkahwin dengan japanese, guna silibus korea utara dan tajaan kewangan hanya dapat dari kerajaan korea utara.
dan ada berlakunya diskriminasi orang jepun terhadap zainichi korean ini.
3. bila aku dah paham filem ini pasal hidup dan diskriminasi yang dialami oleh zainichi, barulah aku dapat respon dengan filem ini.
filem ni pasal seorang budak lelaki yang berwarga negara joseon dan bersekolah di sekolah korea utara. pandai berlawan, diajar tinju oleh bapak sejak kecil, nakal disekolah. tak jahat sangat.
mak bapak dia give up joseon citizenship dan tukaq kepada korea selatan sebab nak buat paspot nak pi hawaii.
dia tukaq juga citizenship, sebab mau masuk sekolah jepun.
di sekolah jepun, dia mengalami diskriminasi dan dia lawan balik. maka ramai orang yang cari gaduh ngan dia, tapi semua dia menang dan jadi kawan kepada anak yakuza yang tak pandai belawan (bab berlawan kat sekolah dan berkawan dengan anak yakuza yang tak hebat adalah cerita biasa).
then dia bercinta dengan pelajar perempuan japanese.
so, filem ini adalah filem cinta budak sekolah. berlatar belakangkan kehidupan masyarakat zainichi koreans. berlaku diskriminasi.
4. tapi isu utama yang aku dapat adalah pasal:
siapa kita? siapa aku? siapa kau? jika jenis bangsa, negara, kerakyatan, ditolak tepi.
kita manusia bukan. sama sama sebagai manusia. ada hati dan perasaan. ada maruah. ada harga diri. ada nyawa yang berharga, yang bukan murah untuk digadaikan.
5. aku suka watak hero dalam filem ni. cerita jepun suka tampilkan watak sebegini. sebab tu aku suka cerita jepun.
watak hero yang ada kekuatan dan keistimewaan sendiri. tapi tidak menunjuk2. orang sekeliling hormat dia. dia ada jati diri, tak mudah terikut dengan orang lain punya perangai dan gejala. seorang yang cold tapi tak sombong dengan apa yang dia ada.
6. kesimpulannya, bagi aku, filem ini adalah gabungan comel dan gelap.
comel sebab ini adalah cerita cinta budak sekolah. ada perkara2 comel dan sweet.
gelap sebab cerita berlatar belakangkan diskriminasi, gaduh, samseng, keluarga yang merapu.
7. pasal keluarga jepun yang merapu ni (aku tak mau kata keluarga kucar kacir walaupun memang macam kucar-kacir pun, sebab kesan emosi tak nampak sangat pada si anak).
aku selalu heran dengan keluarga jepun yang cam gini ni. yang selalu dipaparkan dalam cerita2 jepun. bapak kuat pukul anak, mak keluar masuk rumah, anak2 suka hati nak buat apa.
semua merapu dan kucar-kacir ni tak beri impak sangat pada psychologi dan emosi anak2 jepun. mereka tetap hidup. berusaha, bersuka-ria. terlibat dengan gejala sosial yang agak melampau, tapi tak la sampai putus harap, putus kemahuan mahu hidup. kalau cerita orang putih atau melayu, sure budak2 ni dah jadi gila dan mahu bunuh diri.
mungkin ada cerita yang paparkan isu kesan psychologi sampai nak bunuh diri, tapi aku belum jumpa. kalau ada sapa2 yang pernah tengok cerita jepun yang ketengahkan isu ni, sila bagitau kat aku. aku mau tonton.
selalunya, budak2 atau orang jepun ni pasti kuat dan tak putus harap dalam hidup. selalu kuat walaupun apa jua yang terjadi.
dan sebab itulah aku sangat suka cerita2 jepun. selalu pasai nak naikkan semangat.
oh panjangnya aku tulis.
banyak pulak aku tulis pasal filem GO ini dan cerita2 japanese in general.
p/s: SELAMAT HARI IBU kepada semua IBU2 yang menbaca blog ini!!!!