Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, June 30, 2010

nak pergi 2 bulan saja... atau kurang dari itu..

Piers Faccini - Your Name No More / The Wind That Blows - A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.





1. sudah bawak beg ke lab. tiada tambahan barang2 yang boleh dibuat kecuali benda2 akademik ke dalam beg itu.

2. barang pertama aku rasa ter-miss adalah buku/novel. aku ingat nak bawak 1 2 buku yang aku tak habes baca lagi. dan aku juga ingat mau habeskan into the wild masa kat semporna nanti. rasa tidak seronok la kalau tak bawak buku/novel. boleh mati kutu jugak aku nanti kalau tak ada buku/novel atas kapal terbang. tapi tak apalah, ringan skit beg kot.

3. harap tiada benda2 lain yang terlupa bawak.

4. tadi aku ada hal pasal yuran pengajian. aku amik keputusan, buat donno. esok2 pening, lain cerita.

5. sesak nafas gak la sebelum nak terbang esok ni. aini lagi sesak nafas, dengan hal duit icyc yang tak berkesudahan itu.

6. harap semua hal selesai sebelum jam 12 esok.

7. kalut apa tak tau. itu belum mahu pergi dok luaq negara 2 4 tahun. hahahaa

Tuesday, June 29, 2010

arix terbang

ke kota cinta.
lepas magrib tadi.

arix,
semoga hang selamat disana.
hepi selalu disana.
enjoylah hari2 hang disana.
pasti rindu hang.
muah muah.



dan hari jumaat lepas,
aku, zati dan The-Fourth ikut ke rumah arix.
makan2 semperna bakal berjauhan.
makan masakan mak arix.







nak durian...skang jugak!!!

begitulah bunyi status ym zati awal petang tadi...


jenny terus ofer nak bawak si zati pi makan durian.
aku haruslah mengekoq sekali kan.
aku pon tumpang mengidam gak.
lusa dah nak pi sabah, balik sini nanti, sure dah tak dak dah.
kalau tak dapat makan durian dalam 2 3 hari sebelum pi sabah ni, jadi rekodlah tahun ni tak makan durian langsung.



kami pegi cari durian kat balik pulau.
cuaca hari ni sangat baik.
lepas ja dari taman rimba dan dam, terus masuk hutan.
sepanjang perjalanan nampak pokok durian.
syok permandangan. dah lama aku tak pi dusun.
jadi jakun la sat.
dan selama 7 tahun dok penang, baru kali ni aku lalu kot balik pulau tu.
teruk jugak la kan. ngeh ngeh.
rasa cam tak percaya saja ni adalah penang bila lalu kot bukit2 tu.
itulah sisi belakang penang. hutan yang masih terjaga. sejuk mata memandang.
(sisi depan, town yang sesak. sisi tepi, pantai yang dipenuhi hotel dan rumah mewah)


kat sepanjang jalan, ada gerai2 durian dibuka.
ada yang bayaq per entry, contohnya rm20 sekali masuk, dok la lama mana, makan la banyak mana yang mampu.
ada yang bayaq kira kilo. contohnya gerai yang kami singgah, rm10 per kilogram.
kami main singgah ja.
tapi gerai yang kami pilih tu, durian dia sedap2.
pueh hati makan.
aku, zati, jenny dan farhana, makan 3 bijik saja. nak makan lagi banyak nanti takut panas.
yang paling hantu durian adalah zati, aku sedang2 saja.
sebelum balik, beli rambutan plak.














Monday, June 28, 2010

gua bizi


orang lain pon bizi jugak.

tapi apa jadah gua nak cakap pasal orang lain punya bizi dalam blog gua.

checklist gua sangat panjang tuk hari ini, esok, lusa, dan juga tulat.
macam2 gua kena buat.
pastinya lah pasai projek dan benda2, maklumat2 projek yang wajib bawak.
pasal nak kena telefon uncle chang's sipadan mabul dive lodge dan dragon inn semporna, pasal pilih gambaq ICYC tuk masukkan dalam blog dan fb, pasal nak add frend yang baru kenal masa ICYC hari tu kat fb, pon mestilah kena masuk dalam checklist gua.









p/s: kasaq noo kalau aku guna gua gua.


ICYC '10

kali ni punya ICYC, dapat la jugak aku amik manfaatnya.
enjoy dengan semua yang ditawarkan oleh ICYC kali ni.

tapi,
selain benda2 akedemik yang aku enjoy,
aku juga sangat enjoy benda2 dibawah, sepanjang 3 hari di copthorne ni.
white linen.
white wall.
evening sun.
sea view.
sun set.
private beach.
sea shell.





























tahniah dan terima kaseh kepada rakan2 di skol kimia kerana bertungkus lumus menjayakan 3rd ICYC '10 ni!!!



ICYC '10: day 3






kejadian penting pada hari ke-3 ICYC 2010 pastinya,
1. akira suzuki, dan
2. aku present.


lepas acara penutup,
makan tengah hari dengan memancing udang butter banyak2,
pergi tangkap gambaq kat beach,
pastu balik lab....
cerita tammat.









ICYC '10: day 2

perkara2 yang agak menarik berlaku semasa hari ke-2:

1. keynote speaker 1:
pasal borneon marine organisms. selalunya time keynote speaker awal2 pagi ni, aku selalu cam rasa nak tidoq saja, mengantuk sebab kena bangun awal, naik bas mai copthorne, tapi kali ni berminat nak dengaq skit. sebab pasai borneon marine. aku kan suka pi sabah sebab lautnya, so keynote speaker ni cam nak dengaq la gak.
ok. projek dia cam menarik. temui kompaun baru dari marine organisma. kompaun yang berguna tuk kegunaan dalam sektor farmakologi.
tapi yang rasa tak sedap nak dengaq tu, dia amik organisma2 laut tuk dapatkan kompaun2 tu. walaupun dia hanya nak tau apa kompaun dalam organisma tu, dan nak jadikan skeleton tuk kajian ubat2 pada masa akan datang. tapi dia tetap amik benda yang dah diancam kepupusan. bukannya tinggai banyak mana pon coral dan lain2 benda dalam laut tu.
dan dia amik pastinya bukan la sedikit bukan, nak ekstrak kompaun dari natural produk bukan senang. bukan boleh dapat banyak mana pon.
walaupun kajian dia berguna tuk bidang farmakologi, berguna tuk manusia sejagat, tapi tetap tak boleh terima sangat.
kalau dia takat amik seaweed boleh terima lagi, tapi amik soft coral yang aku tak boleh terima tu.

2. keynote speaker 2:
pasal separation membranes tuk green house recovery against global warming. dia buat membranes tuk separate gas2. dasyat projek ni.
tapi, yang aku cam tak boleh terima adalah antara aplikasi separation membranes ni, nak separate CO2 dari gas lain, dan CO2 akan disalurkan kedalam bumi.
gila ah. nak elak CO2 ke udara, nak elak global warming, dia salurkan pulak masuk ke bumi. kalau CO2 boleh beri kesan negatif tuk ozon, sure CO2 akan beri kesan negatif tuk bumi jugak kan.
sapa2 ada dengaq keynote ni? tolong bagi tau kalau aku silap paham. sebab aku rasa benda ni sangat gila.

keynote no 3, aku tak minat sangat.

lepas makan pagi, aku terus ke bilik hotel. mau prektis presentation tuk esok hari.



muna juga datang prektis, dia present petang.



tapi aku bukanya prektis sangat pon...
terlayan underworld kat tv.
terlayan ok. ngeh ngeh.

turun makan tengah hari.
naik bilik balik.
bila oral session jam 4ptg, baru aku turun. tengok aini present.
yang sama session dengan aini ada buat pasal polymer/organic blend.
nak kurangkan masalah alam sekitar. nak kurangkan masalah polymer decomposition.
tapi, kalau buang polimer/organik blend tu ke landfill, yang decompose dulu adalah bahagian organik, yang bahagian polymer still tak terjejas sangat. kena ambil masa 40-100 tahun jugak tuk decompose secara total. susah betul kalau nak cakap pasal benda2 environmental friendly nih. bukan friendly sangat.kadang2 produk tu yang tak berapa friendly, kadang2 proses yang tak berapa nak friendly. aku tahu....


lepas tu, naik bilik,
bersiap tuk dinner sambil tengok matahari terbenam bersama2 geng lab dr mat.
depa pakat bawak baju tuk dinner, aku hentam pakai baju yang dipakai sejak pagi tadi.











makanan ok. ok la. tak boleh lah bandingkan dengan EQ bukan..
tapi yang agak tak tahan adalah persembahan kat atas pentas.
nak pening jugak la dengaq.
tapi aku tetap kesian kat budak2 yang buat persembahan tu.
sure depa malu, sebab kalau orang buat muka meluat dengan persembahan depa, depa pasti dapat nampak dari atas pentas tu. view dari atas pentas sangat luas beb.



apa2 pun,
hari itu, malam itu,
bab dapat tangkap gambaq dengan tokwan akira suzuki yang paling best.
hahahahhaa. gelak tak hengat dunia.