Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, August 30, 2010

kak husna dah balik...

hari khamis aku balik.
hari jumaat aku tengok tv satu hari.
hari sabtu aku mai lab. mai dengan rasa seronoknya.hanya jumpa rizal, "eh husna.., gimana dengan sabah?".
hari ahad aku mai lab jugak. hanya jumpa dengan orang yang aku dok jumpa hari2 selama 2 bulan.aini.

hari ni,
mai lab,
jumpa ramai orang.
"eh husnaaaa..."
"eh kak husna.."
"lamanya tak jumpa..."




rasa macam aku pi mengaji obersea 4 tahun tak pernah balik-balik.


seronok juga lah!
ekekekek

tapi tak berapa nak seronok kalau ada yang bertanya,
"dah habes menulisnya?"
"dah brapa chapter?"



potong mood betul lah. aku nak layan drama bad guy pon tak brapa syok.

Sunday, August 29, 2010

tak pa tak pa, kata pakcik tua itu...

boleh tak tolong kasi seat ni tuk uncle tu?
sudah kasi, dia tak mau.

kadang2 aku heran jugak dengan pokcik2, tokcik2, apek2, maknya2, makcik2 yang tak mau duduk bila ada orang ofer tempat duduk kat depa dalam bas.
depa ni tak mau menyusahkan orang atau rasa diri masih kuat tuk berdiri terhoyong-hayang.

bila benda macam ni terjadi,
orang yang ofer akan rasa awkward,
dan orang muda yang duduk sebelah orang tua yang terketaq-ketaq berdiri akan dipandang serong, dikatakan tidak berhati perut tengok orang tua/orang memerlukan tempat duduk sedang terketaq2 berdiri.

macam aku tadi.
dah buat dosa berburuk sangka kat orang muda yang duduk tu.
aih.




kalau pakcik tu tak mau duduk, kasi saya duduk lah. ini ada dua beg berat nih. nak patah bahu galas- takat berkata dalam hati saja....


Saturday, August 28, 2010

wah. banyaknya benda aku nak makan..

semalam pi pasar ramadhan bayan lepas, dekat tabung haji. dengan kak ipaq aku.
jadi rambang mata sungguh.
semua nak beli.
almaklumlah kat kk aku tak dapat makan itu semua.

hari ni nak beli,
pak tongko, tepung bungkuih dan kebab daging.
dan juga kalau lagi tamak, mau beli jugak puding teloq.





selamat berbuka tuk semua.
syoknya berbuka di sini.
kalau berbuka kat kampung lagi berganda syok nya.
nanti nak suruh mak aku masak sadin. makan soq dengan sadin dan teloq mata kerbau best oo.
mesti mak aku akan kata, "sadin mak pon nak teringin".
yang simple2 tu la yang aku rindu...
aku juga rindu apom gula hangit mak aku.
juga rindu kui cara.
rindu kui gula melaka.
rindu agaq2 milo.
rindu mee rebus.
rindu laksa.
ah... rindu macam2 ah..




tengok langit senja dari ataih awan

hari ni mai lab usm.
mai tempat yang aku rindu. lorat punya.
tengok meja aku sama saja keadaannya seperti aku tinggai dulu.
tak dak sapa hingin nak duduk kat meja aku yang semak tu.
mai update blog kat sini memang masyuk sungguh.
jadinya, bertambah rajen lah nak boh gambaq.
ini gambaq aku amik hari khamis terbang nak balik penang.
terbang jam 6 ptg.
sebelum terbang rasa teruja sebab konon boleh tengok langit senja dari ataih awan. (penerbangan dari kk ke penang dah berubah, dulu2 kala, waktu awai pagi, la ni lewat petang pulak)
tunggu punya tunggu, jam 7 lebih kurang baru boleh nampak skit langit jingga senja.
aku pilih tempat duduk a.
mungkin nanti lain kali, mau pilih tempat duduk f plak.
kalau dok tempat pilot mesti lagi syok tengok langit senja.
satu lagi hal kena tunggu lebih masa skit adalah waktu bukak posa.
kat kk bukak jam 627 lbh kurang, tapi oleh kerna kami menghala ke barat, maka waktu bukak posa jadi makin lewat.
masa lagi lewat, permandangan lagi chantek, tapi kamera tak dapat tangkap.
ini saja yang mampu aku tangkap.





























Friday, August 27, 2010

selepas dua bulan (episod dah sampai)

1. selepas dua bulan, bunyi gelak aku makin besaq.
2. selepas dua bulan, aku tetap tak kurus.

3. selepas dua bulan, aku harus kesini lagi untuk habeskan segalanya.
4. selepas dua bulan, aku menulis kembali di blog tatkala aku beremosi. menulis kembali disitu bermaksud aku dalam hati yang sedikit gundah.
5. selepas dua bulan, aku tetap aku yang dulu. tidak berubah apa pun.
6. selepas dua bulan, aku akan bertunang. eh. ini tipu. sangat tipu.








zati, balik kampung. aku buat kuat tak balik kampung terus.
arix, maseh berjuang di kota cinta. eh. negara cinta lebih tepat.
hari ini, di sini, di pulau ini, orang cuti nuzul Quran.
salam nuzul Quran tuk semua.


Thursday, August 26, 2010

selepas dua bulan (episod hari ni dah nak balik)

lewat petang balik.
bukak posa ataih awan.
(bukan posa pon)












tapi....
sebelum tu,
mau pi buat treatment.
kat marie france.

ekekek.





yahooooo..
balikkkk..

arix.
selamat berjuang!!
jumpa nanti bila hang balik..





***************************

semalam bukak posa kat umah The-Big-Bos.
dia masak spagetti dan nasik ayam.
nasik ayam sangat sodap. tapau lagi tuk sahur.
gambaq? malas nak uplod.








Wednesday, August 25, 2010

selepas dua bulan (episod esok dah nak balik)

kerja?
dah habes?
kalut deh.
esok mao balik suda...









dr, lepas raya lah.
tengkorak hang.
oke. saya bagi sebelum balik. kat epot.
tengkorak hang.


Tuesday, August 24, 2010

selepas dua bulan (episod lusa dah nak balik)

selalunya,
stakat ni yang aku dengaq,
kalau orang semenjung mai sabah,
mai mengaji ka, mai dok sebulan dua ka, mai keja ka,
semua jadi kurus.

sama ada tak lalu makan sebab makanan tak kena selera,
atau tak lalu nak makan sebab rindu orang2 tersayang..

tapi aku ni,
kira kes sebaliknya.
mai dok 2 bulan,
makin tembam ja aku rasa.

nanti balik kena timbang,
sapa yang turun berat badan..
antara kami berempat yang berjauhan selama 2 bulan.



okeh.
mau pi buat facial sat.
treatment free.
mana boleh tak pi.






Monday, August 23, 2010

mao balik suda

tak sabaq mau balik.
mau buat benda yang tak dapat dibuat disini.

1. bukak posa kat semejid. makan free.
2. hari-hari lepak kat lab layan internet sampai tengah malam.
3. makan nasik kandaq kayu.
4. naik bas rapid.
5. semakkan meja di lab.
6. bergosip dengan orang2 lab. banyak cerita nak kena kaver nih. 2 bulan menghilang.
7. main lari dan sembunyi dengan Bos-No-2.
8. beli ayaq nyoq segaq untuk berbuka posa.
9. beli nasik kerabu, roti john, mee goreng kerang, pecal lele, dan banyak lagi. panjang berjela kalau mau buat senarai.
10. mau jumpa dengan orang2 tersayang....





entry tidak bergambaq sebab guna komputer The-Big-Bos dan malas nak uplod gambaq.



Sunday, August 22, 2010

in these arms oleh the swell season

lagi swell season untuk hujung minggu ini.
take away show masih di hati, tapi tak sempat nak tengok dan kongsi disini.
lagu ni dituju tuk zati, arix, the-fourth, aini, marina, daya, bed, lina, muna dan semua yang membaca entry ini...




In These Arms from banjo bandstand on Vimeo.


"You were restless
I was somewhere less secure
So I went running to the road
And so now there's a long list of places I was
I quit my rambling and came home

'Cause maybe I was born to hold you in these arms
Maybe I was born to hold you in these arms"




aku selalunya tak ambil peduli sangat pasal lirik lagu.
dan selalunya aku akan suka sesuatu lagu sebab musik dan cara nyanyian yang sedap.
tapi,
2 3 hari ni, aku sangat suka tengok liriknya...

Saturday, August 21, 2010

hujung minggu terakhir di sini sebelum balik raya

selamat berhujung minggu tuk semua.


ini lagu drown out oleh glen hansard and marketa irglová (the swell season)
aku suka depa dua sejak tengok filem once.
(aku cuba cari video persembahan live, tapi semua jenis bising)







"You were found out and had to walk
in darkness without the only thing you care about"




Friday, August 20, 2010

cuaca tak menentu

sat panas terik.
sat hujan lebat mencurah.








Thursday, August 19, 2010

pagi tadi aku buang nasik yang tak habes masa soq

video seperti ini aku selalu tengok.
dan akan menangis bila tengok.
terus rasa aku nak pi afrika.
terus rasa lepas ni, aku tak kan bazir makanan lagi.
tapi,
lepas beberapa hari...
aku akan lupa.
lupa yang ramai diluar sana tengah kebuluran.
aku di sini buang makanan.
dan aku makin gemuk.

aku harap,
lepas menangis kali ini,
aku tak akan lupa.
selalu ingat.
yang maseh ramai yang sengsara.







traffic music by hjaltalin

hari ni, layan video plak..
ini band kegemaran marina.

video diatas sesuai tuk sejukan hati dan mata.
langit biru luas yang indah.
rumput hijau yang damai.






"If you paint a turtle red it won't go faster.
It's best to leave it be and keep it green."


"If you climb upon that great big wall
when you know they're tearing you down,
what do you expect?
What happens next?"
:
:
:
:D

Wednesday, August 18, 2010

pasar besar KK

aku tak brapa sempat nak mengarang disini.
hampa tgk gambaq saja la naa.
ni kejadian sebelum posa.
bulan lepas.
minggu2 terawal di sini.
























p/s: hari ni 1st time tak terbangkit makan soq.

Monday, August 16, 2010

juadah buka posa

sepanjang berpuasa disini,
kami belum pernah untuk tidak memasak sendiri.
yang pernah beli hanyalah kuih muih.
itu pun baru dua kali membeli.

mungkin kerana tidak kena dengan selera.
mungkin juga ragu-ragu akan kebersihan dan status halal.
orang di sini nampak sama tak kira agama.

aku suka makan.
aku suka tengok makanan cantek dihias.
aku suka tengok blog food fotografi.
aku suka tangkap gambaq suasana dimeja makan.
tapi,
aku tak pandai masak.

tadi telefon mak,
tanya macamna nak masak kanji (bubur lambuk).
tanya macamna nak masak agar-agar laici.
itu juadah berbuka untuk hari ini.



selamat berbuka puasa semua!!





p/s: tengah tunggu bos untuk balik...




jujur

hidup perlu sentiasa jujur.
terutama kepada diri sendiri.....





:D

Friday, August 13, 2010

2 minggu lagi nak balik

yaahhooooo

syiokkkk

tapi keja tak habes lagi.
slow saja.
jadi kena lebih giat.

kalau aku dah lama tak update tu...
mungkin ada 3 kemungkinan.
1. aku betul2 giat serta gigih.
2. terpaksa menahan perasaan dan tangan tuk tidak blogging supaya orang yang membaca blog ini beranggapan aku sedang berusaha giat lagi gigih.
3. tak dak internet.


ok.
jumpa nanti.
kali ni tak mau dah kata aku nak cuti blogging.
sebab selalunya kalau aku berjanji hari ni, sure esoknya ada saja idea nak blogging.




selamat berhujung minggu tuk semua...




Thursday, August 12, 2010

karipap karipap cinta

hari ini, hari meng-review.
ni nak review buku plak.
dah lama tak meng-review buku.
banyak buku hat best2 yang aku baca, tapi tak dan nak review disini.
ni pon aku buat review sebab zati ugut nak ambil duit tabung katak aku.
ntah bila aku ada janji nak review pon aku dah tak ingat.
rasanya, macam tak berjanji pon.

ok. sebelum ni, aku banyak baca review kata buku ni best kat blog2 orang lain.
tapi tak terbeli-beli pon.
tapi, setelah dipengaruh kuat oleh zati, barulah aku beli dan baca buku ni.



respon aku terhadap buku ni?
1. kelakaq. gila kelakaq. jenis kelakaq yang aku suka.
2. kalau ada sapa yang besa baca siri buku little black dress yang ditulis oleh penulis2 wanita muda yang baru nak mencipta nama, keringanan jalan cerita adalah lebih kurang sama. cuma buku ni penulis dia adalah lelaki dan dia punya kelakaq agak lebih. kelakaq stail malaysian yang lebih dekat dihati.
3. sangat kelakaq sebab cara watak utama bertindak dan berpikiaq adalah macam kita jugak. yang cam ntah apa2, cam tak ketahuan, yang merapu. watak dalam buku yang sebegini rupa memang aku sangat suka. seperti dalam buku2 marian keyes, sophie kinsella dan alexandra potter.
4. jalan cerita yang ringan dan pedoman yang boleh diambil terus. toksah pikiaq susah2.
5. harga murah. berbaloi.
6. pi beli sorang satu.

no one knows about persian cats & angela's ashes

: A Review

(belum dapat publish paper review, aku publish review 2 filem ini dululah. ekekek)

ok.
sepanjang aku di sini,
hanya 2 filem ini aku tonton kat dalam pc. (filem2 tgk kat sinima tak payah la kira)
dikala aku sedang boring.
sekarang tiada lagi drama korea online..
itu perkara yang pelik berlaku kat aku sepanjang aku kat sini.
ehe.





filem 1: NO ONE KNOWS ABOUT PERSIAN CATS

filem ni, marina yang bagitau kat aku. dia tertengok trailer kat youtube rasanya. tapi tak dapat donlod.
1 hari, aku tanya parisha budak iran pasai filem ni, dia kata dia ada copy. aku terus ambil dr dia.
tapi masalahnya, takde subtitle langsung.
aku peram... pastu, baru2 ni saja aku tengok.
so..sebagai seorang yang suka music, tapi tak tahu hape langsung pasai cabaran orang musik, sebagai seorang yang tidak tahu sangat pasai iran dan juga tengok filem tanpa paham sepatah haram, dan hari ni aku cuba untuk review.
eh bukan review. respon.
ok. aku ringkaskan...

1. filem ini mengisah 2 orang yang baru keluaq penjara, mahu membawa music mereka keluar negara. ke eropah rasanya. ini kerana, terlalu ketat undang2 di iran melibatkan music.

2. undang2 iran bukan saja ketat berkenaan music saja. tapi banyak benda, contohnya yang selalu diperkatakan oleh orang luaq iran adalah berkenaan hiburan, filem dan media.

3. mengikut kata parisha, dalam filem ni, tunjuk beberapa larangan2 yang perlu dipatuhi oleh orang iran. contohnya, berkenaan pakaian wanita dan tidak boleh membawa pet keluaq berjalan2 walaupun hanya dalam kereta.

4. oleh kerna takde subtitle, maka aku tak boleh belajaq sangat pasai budaya, keadaan dan kekangan masyarat iran.

5. untuk filem ni, 2 orang watak utama itu tadi, dalam usaha untuk mencari ahli baru bagi menubuhkan satu band dan membawa music mereka ke luar negara (dalam erti kata lain, mahu berpindah ke luar negara), mereka telah dibawa perkenalan dengan orang2 music undergound iran yang lain oleh seorang kawan mereka.

6. maka, sepanjang usaha pencarian mereka dan usaha untuk ke luar negara, kita juga di bawak sepanjang filem untuk berkenalan dan mendengar musik2 dari band2 underground iran yang real.

7. musik dan lagu2 nya? gila best! sepanjang filem, mungkin ada lebih dari 10 lagu kita boleh dengaq. dari music folk rock ke indie rock ke hardcore ke tradisional ke rap, macam2 ada. semua lagu best. hat yang rap pon aku rasa cam best jugok.

8. tapi top 4 lagu2 yang aku suka adalah, (1) lagu milik band mereka berdua, (2) lagu tradisional yang aku rasa macam ada pengaruh indian musik, yang dinyanyikan ditempat lapang di waktu awal pagi, dan aku bertambah suka sebab ada cahaya matahari pagi oren yang memancar, (3) 2 lagu yang dinyanyikan kepada budak2 (aku tengok macam kat pusat pembelajaran orang2 pelarian), dan ke (4) lagu last sekali, watak utama perempuan tu nyanyi, macam ala2 lagu fynn jamal dan zee avi.

9. cakap pasai pergerakaan underground musik iran, ia memang betul2 underground. kena main musik sembunyi2. tak de pusat jamming. antara tempat2 yang pemusik2 iran ni main musik adalah, kandang lembu, bangunan terpencil, tempat simpan barang underground kat umah, dan macam2 lagi.

10. aku ada masalah skit kalau tengok filem dari negara islam atau berkenaan orang islam. untuk filem ini pon tak terlepas untuk aku merasa tidak patut. selalunya melibatkan bagaimana orang2 disana mahu protes dan keluaq dari kekangan undang2 dan budaya negara mereka sampai nampak mereka juga protes islam. itu semua kekangan budaya dan undang2 negara, bukan undang2 islam ok.
dan 1 lagi berkenaan bagaimana undang2 negara yang ketat berkenaan panduan berpakaian sampai menyebabkan nampak bahawa pakaian yang mereka pakai itu tiada makna. hanya mengikut budaya dan undang2 negara semata2. contohnya, ke party dan pub pun pakai tudung. apa kes. merosakkan dan menyeleweng pandangan orang lain saja. berkenaan budaya2 orang sana yang lain seperti cakap tak tau berenti, rasa mereka yang betui, suka paksa2, itu aku boleh terima walaupun tak suka. tapi bab pakaian ni aku mmg tak dapat terima.

11. ending? seperti kebanyakkan filem indie, tiada ending yang betui2. kena pikiaq dan konflik tidak berkesudahan.

12. antara filem once dan no one knows about persian cats, aku suka dua dua.

13. filem ni menang hadiah khas juri di 2009 cannes film festival.

banyak jugak aku cakap pasai filem nih. apa2 pon. korang tengok la filem ni. best gila. yang paling best adalah lagu2 dan music dia.






filem 2: ANGELA'S ASHES



angela's ashes ni dah keluaq lama dah. tapi lepas baca memoir dia baru aku dapat filem ini.
juga dari marina. si peminat setia frank mcCourt.
ok. filem ini diadaptasi dari memoir oleh frank mcCourt dengan tajuk yang sama.
cerita dari mereka kecik2 kat us sampai ke umoq 18 tahun. gila panjang nak cerita.

aku ringkaskan.

1. filem ini mula cerita kat adik perempuan mereka dilahirkan di US. lepas kematian adik perempuan itu, mereka berpindah ke ireland.

2. filem ini paparkan keadaan kemiskinan yang mereka hadapi dari kecik sampai besaq.

3. nak tau lebih lanjut, bukak wiki. ada review panjang berjela boleh bagi paham.

4. ada perbezaan dari memoir. yang ketara, aksi frank dan kawan2 nya ber-masturbate di balik wall sambil tengok sheep. dalam memoir tak dak.

5. ada aksi lucah no 2 selain diatas.

6. tapi korang harus tengok filem ini bukan sebab dua benda lucah tu. sebab cerita dia memang cerita sebenaq keadaan kemiskinan di ireland dan survival frank dan adik beradiknya. dan bagaimana frank mengejar impiannya untuk kehidupan yang lebih baik.

7. juga tengok bagaimana kekakangan budaya agama dan setempat yang memundurkan orang ramai.

8. lagu2 dan musik latar untuk filem ini jugak best. lagi menghidupkan cerita.

9. antara filem dan buku? haruslah buku lebih best. lebih terasa, tersentuh, terinspired. dan paling penting, buku sangat kelakaq. filem langsung tidak kelakaq.

Wednesday, August 11, 2010

1 ramadhan

selamat berpuasa semua!!
semoga kita peroleh segala manfaat bulan ramadhan ini.







p/s: tadi sahur aku siap bertambah. aku tiada hal bab selera makan di awal pagi hari. dan syiok jgak posa sini. bukak posa awai.

p/s/s: kepada sahabat, rakan2 dan sesiapa saja yang berposa di tempat yang tengah summer, tabahlah anda ya. berpuasa jauh di perantauan dan dengan hari yang panjang...



Tuesday, August 10, 2010

panjang kaki

orang kata, jauh perjalanan, luas pengetahuan.

sebagai seorang yang suka kumpul pengetahuna serta berjalan2,
kami sahut kata2 orang itu.

airasia ada promo lagi.
harga bermula dari rm1 untuk hampir semua perjalanan.
tempahan bermula hari ini sampai 15 ogos.
masa perjalanan, 1 april 2011 sampai 11 ogos 2011.

merujuk kalender ums tuk tahun depan,
bulan 5, ada cuti pesta kaamatan pada 30 dan 31 mei yang jatuh pada hari isnin dan selasa.
bulan 6, ada cuti keputeraan yang dipertuan agong pada 6 jun yang jatuh pada hari isnin.


kali ni ingat mau panjangkan kaki lebih skit.
ekekek.





update,jam 1130am:
depa ni, buat promo jenis ada helah banyak.
harga bermula dari rm1, dan rm240 pon bermula dari rm1 jugak kan.
harga ikut tempat dan bila nak pi. ada hari mahal, ada hari murah. mcm biasa.
oleh kerna nak betul2 jimat, maka kami kena ambil 5 penerbangan.
bab nak cari tiket murah ni, kami rela memulun.



Monday, August 09, 2010

pantai tanjung aru dan hutan banjaran kroker

semalam, hari ahad,
aku keluar bersama yanti dan husbandnya.
depa bawak aku berkelah di tanjung aru.
pastu depa bawak aku naik gunung emas tengok banjaran kroker.
kat situ dulu ada highland resort, sekarang dah ditinggalkan sebab dah ramai orang tak lalu kat situ.sayang rasanya... tempat itu dingin dan mendamaikan.