Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, June 28, 2011

aku selalu suka tengok anjung budi usm



pagi tadi,
aku kena pi canselori.
masa nak balik, aku nampak view ni dari bawah canselori.

anjung budi




musik pilihan dikala ini





kalau aku dah dok suka dengaq lagu2 techno, electro bagai,
itu tandanya, aku tengah tak keruan skit.
dan rasa nak menari atau buat pergerakan pelik-pelik.

kalau aku dalam keadaan biasa, tenang dan damai,
pilihan musik aku adalah folk rock atau yang punya vokal harmoni.

Monday, June 27, 2011

minggu depan atau terminate

satu ugutan.

tarikh baru

selepas 2 tahun lebih.
kami punya tarikh baru.
serius, kata kunci hari ini.

Sunday, June 26, 2011

aku suka masak, tapi tak pandai masak: spaghetti alfredo portobello

alfredo portobello,
bunyi macam canggih kan.

dah lama aku beli 1 tin sause alfredo portobello, tapi baru kemarin aku try masak.
sause tersebut mestilah dari jenama kegemaran, campbell's-prego.
selalunya, aku hanya beli cheese sause dan carbonara sause ja.
tapi, sebab tertarik dengan nama alfredo portobello yang macam canggeh tu, aku pun rasa nak try lah.

tadi baru aku pi cari tengok apa itu alfredo, apa itu portobello.
portobello adalah sejenis mushroom.
alfredo pulak adalah sejenis pasta sause. alfredo tu nama orang.

sause alfredo juga bewarna putih, seperti carbonara.
jadi apa beza antara carbonara dan alfredo?
carbonara, bahan asas adalah telur, black pepper dan cheese.
manakala alfredo pulak, ada cream, butter dan cheese.







dan ini resepi aku spaghetti alfredo portobello aku.
(lebih kurang untuk 4 orang makan)

bahan2nya:
1/2 paket spaghetti (katanya sause alfredo lebih best dimakan dengan fettuccine).
1 tin sause alfredo portobello jenama campbell's.
1/2 tin air.
200mL susu.
200g brokoli.
3/4 red capsicum.
3 batang sosej mushroom ayamas.
6 ulas bawang putih yang diketuk.
lada hitam.
dried oregano (herb ni ja yang ada kat rumah, aku masukan apa ja yang ada, kalau ada dried parsley, aku masukkan parsley)
garam.
minyak masak.


cara masak:
1. masak spaghetti dan tos kan.
2. panaskan minyak.
3. tumis bawang putih.
4. masukan sause alfredo portobello.
5. masukan air dan susu. kacau sampai sebati.
6. masukan sosej, brokoli dan capsicum.
7. masukan oregano, lada hitam dan garam.
8. kacau, biarkan mendidih kejap dan katup api.


gaulkan sause dengan spaghetti dan hidangkan!
yummy!

Saturday, June 25, 2011

pagi sabtu yang super malas






breakfast in bed. supaya senang nak tidoq balik lepas breakfast.
muhahahaha

Friday, June 24, 2011

laptop antik yang makin menunjukan tanda-tanda penuaan

zati, ce tengok laptop aku ni.
awat jadi macam tu?
dah crack. polimer degradation.






tanda penuaan makin jelas.
aku punya plastik skrin laptop dah wujud crack2. crack pulak dekat2 kawasan yang pegang skrin dan base tu. dekat hinge/engsel.
bukak pon kena pelan2 supaya tak relai jadi 2.

aku dah pakai laptop ni sejak tahun 2006.
sebelum aku guna, bangcik aku guna. dia mungkin dah guna setahun dua.
oleh itu, mungkin laptop ni dah berusia lebih dari 7 tahun.
dah tua kan, so dah tunjuk tanda polimer degradation atau polimer aging.

aku punya konsep dalam penggunaan alat elektonik ni adalah:
'guna selagi boleh guna, selagi tak dak orang nak derma yang baru atau selagi tak dak duit belambak untuk beli sendiri'.


so, untuk selesaikan masalah cracking diperingkat awal ni,
aku ikat guna getah.


bab2 ikat guna getah ni, aku dah biasa buat.
dulu aku pernah ikat henset aku.
kira legend jugak lah henset berikat getah aku dikalangan rakan2.

la.. hang dok pakai lagi henset berikat ni.
atau,
ha. dah tukaq pon henset hang. ingatkan dok pakai lagi henset berikat tu lagi.


laptop ni, aku tak dak yang baru sebab aku tak berduit nak beli baru.
nak mintak baru dari orang yang berkaitan, nak kena sekeh boleh la.
lagi pun, aku rasa bersalah jugak kalau tua2 macam ni dok mintak laptop sebijik dari orang berkaitan.

henset pulak, aku rasa tak berbaloi tuk aku simpan duit semasa studi semata2 nak beli henset.
lainlah kalau aku dah kerja betul, baru lah tak kisah nak beli yang baru.




p/s: aku ada pi check, kalau terkeluaq engsel pun, aku masih boleh guna laptop tu. asalkan kabel masih ok. kalau terkeluaq engsel, baru canggih. nampak bersungguh guna laptop hari2. eheee.

Thursday, June 23, 2011

town dan marina



kejadian berlaku pada hari jumaat lalu.










Tuesday, June 21, 2011

harta karun: kaset lama

dalam dok menyimpan buku lama,
aku terjumpa jugak dengan kaset2 lama.



ni antara koleksi kaset aku masa sekolah menengah. yang terkena anai2 pun ada.
masa ni aku tengah minat dengan hip hop dan r&b. bukan tu saja, boleh kata masa ni, aku dengaq semua jenis musik.


dan aku terjumpa kaset ni.
aku terlupa aku punya kaset nih.
kaset ni diberi oleh satoko, yang mai kelas aku masa aku tingkatan 4.
aku dah lost contact dengan dia.







kaset2 lama ni, kalau main, mesti sangkut.
so simpan saja untuk kenang-kenangan. nostalgia masa muda mudi budak sekolah.

harta karun: buku lama

balik kampung hari tu, aku kena menyimpan buku2 lama aku.
so terjumpa buku hat lama2.
tak la lama sangat. ni buku2 dimiliki masa undergrad.
ada dibeli untuk suka2 baca, dan ada dibeli untuk kelas.
seronok jugak bila tengok balik buku2 lama nih.




aku suka beli dan baca buku kanak2.
dan siri unfortunate events adalah antara kegemaran aku. aku suka sebab buku hard cover dia macam nampak klasik dan old skol skit. cerita dia pon seronok.
tapi aku hanya beli book 1 dan book 6 saja. mungkin lepas ni, aku akan sambung balik mengumpul buku2 siri unfortunate events nih. tuk diwarisi anak cucu.



tapi, buku yang paling aku teruja bila jumpa adalah buku cerita dalam bahasa mandarin nih.
aku beli masa aku tengah bersungguh ambil kelas manderin. ini buku untuk bacaan tambahan aku la konon, dalam kelas tak perlu lah.
aku rasa, lepas try baca muka surat 1, aku dah give up. sebab letih nak kena rujuk kamus bahasa manderin.


we won't run, we can fight

lagu we won't run oleh sarah blasko.





selalunya bila dengaq sesuatu lagu,
benda yang aku mula2 serap dulu adalah musik dan suara. bukan liriknya.
kalau lagu sedap, baru aku dengaq betul2 liriknya. ataupun tak kan hirau langsung liriknya.
tapi untuk lagu ni, aku dengaq lirik dulu, dan sangat suka.




"Longing to leave,
but begging to feel,
that something will make you stay.
You gotta believe,
that this all leads,
to somewhere we've never been.

We won't run,
we can fight,
all that keeps us up at night.
There is far,
to go now,
let's not waste a minute more,
in denial.

But I always thought,
you knew yourself,
better than anyone.
But the season was lost,
when you started listening,
to everyone else.

Cast in this devil,
I've got the metal,
the means to make things right.
Tired of guilt,
tired of being sorry,
haven't we suffered enough?"

harta karun: gambaq lama

aku balik rumah selongkaq album lama.



dari kiri, yanti, shah dan aku.
aku selongkaq album lama sebab nak cari gambaq ni. gambaq yang paling aku nak tunjuk kat shah. gambaq trio.
kami bertiga rapat sejak kecik lagi. sejak sebelum stat bersekolah dan bertadika. kami rapat sebab mak kami berkawan rapat.
masa ni, kawan2 tidak lagi berkembang dengan meluas. bila stat tadika baru aku berkawan dengan budak2 kampung yang lain.
masa ni, umur aku mingkin 4 atau 5 tahun. (aku tadika umur 6 tahun). dan gambaq di ambil dihalaman rumah shah.
masa umur camgini, aku hanya pi rumah shah yang terletak belakang rumah aku. pi sana sama ada ikut mak aku atau ikut abang cik aku.
baju yang aku pakai tu, mak aku yang jahit. dulu masa kami kecik2, mak aku suka dan banyak jahit baju kami. baju tidoq, baju kurung pi mengaji, baju harian.
shah sama umoq dengan aku. yanti, muda setahun dari kami.
oh ya. aku pun tak sure awat aku dok pegang buku tu. kalau gambaq diambil sebelum bersekolah tadika, aku yakin aku belum tahu membaca.



dari kiri, aku, abang cik, dan fozon.
ni pun aku tak sure sama ada aku berumur 4 tahun atau 5 tahun.
masa kecik2 sebelum aku punya adik, sebelum aku stat tadika, dunia aku banyak dengan abang cik aku. masa tu aku bongsu kan. banyak gambaq aku dengan abg cik.
fozon adalah jiran sebelah rumah dan pangkat 2 pupu dengan kami. fozon tua setahun dari aku.
rumah aku dan fozon dipisahkan oleh sungai kecil yang kami panggil gelong. (ge dalam gelong sama seperti ge dalam gemar).
masa musim kemarau, gelong akan kering kontang. kering tahap merekah tanah gelong tu.
masa tu. segala aktivi bermain akan tertumpu pada gelung yang kering itu.
main kejaq2, main masak2, main rumah2, main berkelah2, semua buat dalam gelung.
yanti dan shah juga selalunya akan turut serta dalam aktiviti gelung.






dari kiri berdiri, yanti dan aku.
dari kiri duduk, adik aku cekyah, insyirah dan ila.
gambaq di ambil pada tahun 1995. masa kenduri kawen kakak aku. 1st kenduri untuk rumah aku. dan gambaq ini diambil dalam bilik pengantin.
masa ni, aku darjah 5, dan adik aku 5 tahun.
aku dan adik aku boria. pakai baju kebarung yang dijahit oleh kakak aku. masa aku sekolah rendah, aku dan adik aku selalu boria. terutama time raya. baju raya mesti boria. kadang2 tak kisah baju sama dengan adik, tapi ada gak la time aku menyampah bila kena pakai baju sama. tambah2 time aku dah pilih fesyen baju dari majalah wanita untuk ditiru oleh tukang jahit kampung, adik aku pun nak sibuk ikut fesyen sama aku. jenis tak kasi aku sorang segak nih. ekekekkek.
kalau tengok balik gambaq hantaran kakak aku, gila punya rasa klasik.
tahun 1995 macam ni, mana ada hantaran canggih manggih lagi.
set hantaran mana ada sama tema. pastu mana ada kasi barang2 macam skin care, minyak wangi, kasut, beg tangan, hp, semua tu. banyak kasi makanan ja. kalau barang pun, selalunya sejadah, tuala dan kian ela.

Monday, June 20, 2011

dhobi ghat (filem)





ni filem aku tonton tadi.
sejak 2 menjak ni, rajin pulak aku dok layan filem hindi.

filem ni, aku sangat suka.

jenis filem indie.
katanya, ini filem pertama seumpamanya yang dibikin di india.

diterbitkan oleh aamir khan.
diarahkan oleh kiran roa, wife aamir khan.

aku tengok, memang indie pun.
jenis jalan cerita indie.
filem indie ikut definasi aku, iaitu membawa maksud, jalan cerita yang tak dak penamat. tergantung.

skrip, lokasi, jalan cerita, semua real dan emmmm indie.
aku suka juga tonton filem yang real. pasal real masalah, real kerektor, real suasana, real life.

(aku juga suka filem yang cerita tentang ke-kompleks-an jiwa manusia)

memang aku suka lah tonton filem macam nih,
tapi tang bab cerita tak dak penamat tu, letih la jugak.
kalau nak layan filem yang hepi ending, aku pi la cari filem yang hepi ending.
sad ending aku tak suka.
aku lebih suka untuk pilih filem yang ending tergantung dari pilih nonton filem sad ending.

ok. berbalik pada filem dhobi ghat ni.
hanya aamir khan, satu2nya bintang filem bernama besaq dalam filem ni.
yang lain ada yang 1st time berlakon dan hanya pernah belakon dalam beberapa filem ja.
tapi semua lakonan sangat bagus.

filem ni ada 4 watak utama.
arun, munna, shai dan yasmin.
aku sangat suka pelakon yang penang watak yasmin. bagi aku hebatlah lakonan dia.

nak tau sinopsis cerita. hampa cari kat wiki.
ataupun pi tonton sendirik.

oh. 1 lagi.
ada lagi satu sebab kenapa aku suka tonton filem2 macam nih.
sebab bila tonton filem indie atau filem yang punya ending tergantung nih, aku rasa macam dok baca short story.

seperti short story,
kita hanya akan baca, nampak, merasai, hanya sebahagian life watak2nya.
kita hanya dipertontonkan satu segmen atau satu moment dalam life watak2 tersebut.
satu segmen yang boleh buat kita rasa, belajar atau fikir akan sesuatu perkara.
tanpa kita pedulikan endingnya. tanpa kita peduli siapa yang patut terima balasan atau siapa yang patut bahagia selamanya.

eh. mesti hampa tak fahamkan. ekekkekek.

kenduri mimi

cekna: ni kenduri belah lelaki la!
cekyah: la... ingatkan kenduri belah perempuan. mimi.
cekna: mimi. abang mimi lah. tu lah tak berdunia dengan orang kampung.












lauk yang paling banyak diambil adalah rendang serai. (lauk sebelah kiri)
antara lauk kenduri kampung yang aku paling gemaq.
rendang serai ni ada kat kampung aku dan kampung berdekatan saja.
sangat rare.