Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Sunday, July 24, 2011

perkara rambang #11

1. kemarin, sabtu, pi kenduri muna dan adik ipar sarah.

2. ada banyak gambaq yang diambil dikenduri muna, tapi awat tatau, malas nak uplod.

3. di kenduri adik ipar sarah pulak, aku lupa angkat kamera. ceh.

4. gambaq2 masa 9th julai masa georgetown festival pun ada lagi nak di uplod. tapi tak buat2 jugak.

5. tengah mengejaq masa.

6. baru aku betul2 faham, macamna bila perasaan terasa hati bercampur dengan marah. perlu hati2 bila terasa hati bercampur dengan marah sebab boleh bawak ke cemuih lepas tu.

7. tak dapat sambut 1st day posa di rumah. awat gatai pi pilih buat analisis pada 1st day posa pon tatau.

8. ada plan nak buat biz. nak korek modal kat mana tatau.


Thursday, July 21, 2011

Wednesday, July 20, 2011

ek?

kadang-kadang,
tak payah nak buang tenaga untuk terangkan motif kita.

dan kadang-kadang,
seronok jugak disalah ertikan.
macam budak muda remaja, yang lebih rela disalah ertikan.






ops.
sori.
tiba-tiba terasa lebih pulak.
mungkin selama ini pun, kita tak pernah dialu-alukan.



kalau aku cuba buat perangai tak mengalu-alukan pulak macam mana ya?
buruk mungkin.
dan mungkin juga orang tak kisah sebab aku tak ada benda yang nak ditawarkan/diberikan.






serius. aku terasa tak pasal-pasal.
dan aku sedih tak pasal-pasal.

georgetown festival 2011, tapestry of cultures, 9 Julai: (part 3) indian muslim heritage

macam dah basi kan.
dah seminggu lebih dah berlalu.
tapi nak kasi perabes jugak cerita.
layan saja lah ye.





pada 9hb julai,
akitiviti banyak tertumpu di perkarangan masjid kapitan keling.
semperna indian muslim heritage.

kami pi sana hari tu,
dengan 2 matlamat utama.
makan free dan naik menara masjid kapitan keling.

akitivit2 lain,
persembahan, pameran, jualan pun ada.
tapi aku tak tengok pon.
dan hari tu, ramai yang berpakaian segak. warna-warni. merlip-merlap.







bab makan memang puas hati.
walaupun dah sampai agak lewat dan banyak jenis makanan yang dah habis, tapi sempat lah jugak makan sampai kenyang.
kami makan, nasik kandaq, mee goreng mamak (marina rasa itu mungkin mee sotong), pasemboq, koli sup (sup ayam hameed) dan arasi roti.

makanan semua sedap dan puas hati.
walaupun free, tapi bukan jenis cincai.




breast cancer

hari tu,
aku syak aku ni mungkin mengidap diabetes.
pastu syak mengidap rendung yang melampau.
pastu syak aku ada kanser mulut.
pastu yang terbaru, semalam, aku syak aku ada tanda2 awal breast cancer.


dan hari ni,
mai pagi2 terus cari jawapan dari mr google.

seperti biasa,
jawapan nya pasti melegakan hati.

dok risau semalam.
letih ooo.



kalau aku bagitau sahabat2 pasal syak aku ni,
sure depa geleng kepala.
sebab depa tau aku ni cam jenis risau tak ketahuan.




selain tu, aku pernah syak aku ni ada/mengidap,
arthritis
asperger's
thyroid
hemophilia
dan banyak lagi.


sekarang ni,
kalau aku syak sesuatu, risau sesuatu,
aku lebih suka tanya mr google.
nak tanya doktor dah malas.
aku pernah ada pengalaman tanya doktor. 2 jenis penyakit aku risau. 2 kali pi rujuk doktor. 2 kali buat aku malu sendiri.





tapi breast cancer nih,
jangan buat main2.
kalau syak pasal breast cancer ni berbangkit lain kali, dan mr google pun macam tak meyakinkan.
pasti kena jumpa doktor jugak.
bahaya beb.




p/s: kadang2 kalau baca banyak, kalau tahu banyak jenis penyakit, banyak plak risau nya kan. aish.


p/s/s: tu baru pasal diri sendiri. tak termasuk lagi risau pasal anak2 buah, mak abah, adik beradik semua. dan kalau aku dah tua ni macamna la plak kan. sure risau macam2.

Tuesday, July 19, 2011

nirvana

2 3 hari ni,
aku dok layan madjo.
aku jumpa dia cover lagu nirvana, where did you sleep last night.
pastu,
terus teringat yang suatu tika dahulu aku gila sungguh dok dengaq lagu2 nirvana.
masa tu umur aku dalam 18-20 macam tu la kot.

so hari ni,
seharian aku layan nirvana.











p/s: dalam dok layan nirvana, zati bagi tau aku yuna ada buat cover come as you are. best jugak aku dengaq.

Monday, July 18, 2011

buku dan moriarty

antara benda yang boleh damaikan aku.

buku kepada aku bukan saja untuk memenuhi masa terluang,
tapi boleh sampai ke tahap boleh damaikan jiwa aku.

aku boleh dapat tenang dengan dikelilingi buku, masuk perpustakaan, masuk kedai buku atau tengok rak yang ada novel2 aku.
(aku rasa dah banyak kali aku dok ulang benda yang sama dalam blog)

pasal moriarty.
aku memang suka depa ni.
musik yang macam depa bawak, memang tengah in dengan jiwa aku.







klip ni,
aku ada kongsi kat fb minggu lepas.
aku tag marina.
aku suka klip ni sebab moriarty yang menyanyi dan sebab kedai buku dalam klip ni.
shakespeare and compony nama kedai tu.
dengaq kata kedai buku tu sangat femes.

aku sangat suka kedai buku,
tambah pulak kalau kedai buku macam tu.
boleh meroyan jugak lah kalau masuk.
aku rasa meroyan tu mesti lebih teruk dari meroyan ketika masuk muda house kat georgetown hari tu.

ada 1 lagi klip moriarty menyanyi kat kedai buku tu.
menyanyi dalam kedai buku pulak.
aduh. gila lah tengok ruang2 sempit yang dipenuhi buku.




ah. syok jugak berangan nih.



p/s: ada lagi gambaq pasal georgetown festival yang aku nak uplod sini. tapi cam malas skit.

Friday, July 15, 2011

rambut panjang

semenjak berambut panjang balik ni,

aku rasa aku kena ada benda-benda nih.
1) sikat.
2) pengikat rambut.
3) pengering rambut.







'kata penggila penjagaan rambut, tapi sikat pun tak guna'







p/s: kemarin aku pi tengok harry potter and the deathly hallow part 2. aku kasi 3 dari 5 bintang. 2 bintang hilang sebab sangat tak suka dengan babak pertarungan terakhir harry-voldemort.
bagi aku, jalan cerita dalam chapter the flaw in the plan dalam buku yang mana ada final harry-voldemort confrontation, adalah sangat penting dan sangat dramatik.
tapi, babak2 tambahan yang paling suka adalah pasal snape yang sangat mencintai lily. lebih terharu dari buku.

Thursday, July 14, 2011

georgetown festival 2011, tapestry of cultures, 9 Julai: (part 2) bangunan dan rumah kedai lama

ini pasal georgetown, penang yang paling aku suka.

pada 9 julai, kami buat aktiviti melewaq town lagi.
tapi tidak la banyak kedai yang kami masuk.