Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, October 31, 2011

enjoy makan





bila aku dengaq ada orang ambil pil untuk gantikan makanan,
aku jadi kesian.
sebab dia tak dapat menikmati makanan yang punya rasa yang macam2.
(kalau sebab sakit, itu belakang kira)


tapi tak boleh nak paksa orang makan benda yang depa tak suka kan.
so, tak mau cerita pasal orang lain,
nak cerita pasal aku.


sepanjang pengalaman aku dok makan nih,
aku buat kesimpulan,
ada 3 faktor utama yang akan menyebabkan aku enjoy makan dan berselera makan.

1. rasa.
kebolehan tekak menerima makanan tersebut a.k.a sedap adalah faktor utama.
sedap macam cantik, subjektif.
ada orang rasa itu sedap, ada orang rasa itu tak sedap.
sedap yang dimaksudkan oleh aku adalah bukan top chef punya sedap.
asalkan tekak aku dapat terima. ada rasa. rasa cukup. texture yang aku suka.

2. warna.
bagi aku, lagi berwarna makanan aku, lagi aku suka, lagi aku enjoy.
dan makanan yang banyak warna juga akan menjadikan gambaq lebih cantik.
aku pernah tengok rancangan makanan kat tv, ada 1 teknik masakan yang telah dibuat dengan menggunakan kaedah sains apa ke benda pun taktau, tapi ada guna liquid nitrogen. apa jadah pon tatau. yang pasti tak menarik tuk dimakan sebab plain ja color walaupun katanya rasa lebih sedap.
aku juga pernah tengok iklan spray makanan color gold, dalam gambaq tunjuk dispraynya turkey pastu letak atas dulang, sedia untuk dimakan. katanya, a piece of art. agak2 la jugak nak berkarya aku rasa.

3. pilihan pinggan mangkuk.
ini juga penting untuk bangkitkan selera aku.
aku ada pilihan pinggan aku sendiri. tak semestinya mahal.
kalau kat rumah pun, mesti aku akan guna pinggan yang aku suka. mak aku pun tahu pinggan mana yang aku suka guna bila nak makan. buat masa ni, pinggan kegemaran adalah pinggan china yang tok misah aku punya dan pinggan free beli sabun basuh baju. jenama sabun puteri emas rasanya. mak aku banyak dapat pinggan free.
pinggan yang jarang nak suka, adalah pinggan yang jenis clear glass. sebab bila makan, terganggu dengan corak tudung meja.
dan pilihan pinggan juga akan mempengaruhi gambaq yang ditangkap.






p/s: gambaq tu masa aku dok bertapa kat sabah hujung tahun lepas. tak sure aku pernah boh kat blog ke belum sebelum nih.
kepak ayam, setiap penjuru bumi sabah pasti ada menatang nih. sarawak pun sama budayanya aku dengaq.

Friday, October 28, 2011

entry yang tak ada tajuk yang sesuai

(nanti kalau ada terpikiaq tajuk yang sesuai, aku letak)


aku sangat terbiasa dengan buku2 atau majalah2 yang bersifat memberi motivasi.
tapi semasa menbaca, aku bukannya paham semua apa yang dikata.

contohnya,
(benda paling biasa dicakap)
be happy.
cara2 untuk happy.
1. enjoy life,
2. celebrate your life,
3. appreciate everything/everyone in your life.

tapi,
apa itu happy?
apa yang kita rasa bila kita happy?
adakah aku tak happy sekarang nih?
macamna nak enjoy life? enjoy dengan pi bersuka ria? enjoy dengan mencuba bermacam2 benda dalam hidup?
apa itu celebrate life? celebrate macam kita celebrate celebration?
appreciate pulak camna? adakah dengan berterima kasih kepada Tuhan? adakah dengan ingat nak mati?

selalunya, semua jawapan untuk persoalan ini tak dikepilkan bersama artikel2 atau buku2 motivasi itu.
kita kena cari sendiri.


untuk aku,
alhamdulillah, aku sudah temui semua jawapan untuk persoalan2 yang berkaitan tajuk "be happy".
tapi ia adalah proses yang yang memerlukan masa dan tenaga.

sebab itu, aku dah tak percaya kat buku2 kat rak motivasi.
aku lebih senang mencari buku2 di rak memoir.
memoir punya buku banyak membantu.
novel2 lain juga turut membantu.
pemerhatian dengan teliti terhadap apa yang kita dan orang sekeliling kita buat, cakap dan fikir juga perlu.

ok.
itu hanya berkenaan be happy.
tak masuk lagi benda2 lain.


isu be yourself ke contohnya,
apa itu be yourself? aku ni macamna keadaannya bila betul2 be myself sebenaqnya?

isu kusyuk dalam solat ke contohnya,
kusyuk tu bermaksud betul2 tak terfikir apa2 semasa solat ka? apa sebenaqnya rasa kusyuk tu? kusyuk tu fokus ka?

isu macamna nak relax supaya badan boleh terapung dalam ayaq ke contohnya,
relax tu tak ingat "aku akan lemas ke nih!!"? relax itu tak panik ka?

isu ikhlas dalam amalan ke contohnya,
adakah iklas tu bermaksud kita tak mendabit dada dengan apa yang kita buat saja ka? adakah ikhlas tu kita kena ingat niat kita nak buat kerana Allah? macamna nak kata niat kita itu hanya kerana Allah? dan kita tahu niat itu bukan hanya ucapan dimulut tapi ketetapan hati tapi macamna pulak nak tetapkan hati?


kadang2 pertanyaan kita berbunyi seperti soklan bodoh.
tapi soklan bodoh dan simple ini yang harus dijawap untuk membolehkan kita memahami sesuatu benda.

kalau benda2 itu berkaitan agama, lagi lah jenuh. bukan boleh buat main.
pernah tak rasa, kita dah baca macam2 dan bertahun2 pasal benda kusyuk dalam solat (contohnya), tapi kita tak paham2 jugak. kita tak berjaya nak dapat kusyuk dalam solat jugak.




kesimpulannya,
1. jangan percaya sangat dengan buku motivasi. selalunya hampir separuh apa yang diperkatakan itu kita tak paham sebenaqnya.
2. cari dan terus mencari jawapan.
3. kalau bab agama, teruskan rapatkan diri dengan benda2 yang bersifat keagamaan. buka rancangan tanyalah ustaz ke. baca blog saifulislam ke. yang penting terus rapatkan diri dengan benda2 nih. insyaallah sedikit sebanyak kita akan dekat dengan Allah dan akan dapat jawapan.
4. jangan takut, malu atau rasa bersalah bila kita tertanya2 soklan yang boleh masuk kategori soklan bodoh.




p/s: entry ini dibuat sebab teringat camna aku dah mula tak rasa takut, malu atau rasa bersalah bila terpikiaq soalan2 bodoh.
ia bermula secara rasmi beberapa tahun dulu bila aku terbaca dalam buku further under the duvet oleh marian keyes, bila marian keyes tertanya2 pasal sebut om dalam meditasi.

p/s/s: under the duvet dan further under the duvet sememangnya macam membantu aku memahami banyak benda.

Thursday, October 27, 2011

jaipur/agra/kerala

aku memang sangat teringin nak pi india.
pilihan tempat yang utama adalah:
1. jaipur
2. agra
3. kerala


tadi,
aku jadi kerja dok tengok kat mana jaipur, kat mana agra dan kat mana kerala dalam peta india.
dan jadi kerja jugak dok tengok pasal travel delhi-agra-jaipur-delhi. tengok hotel lah, tengok kos pengangkutan lah, tengok forum lah, tengok pakej lah.



aish.
terus jadi gila.
gila nak pi agra dan jaipur.
gila nak plan travel ke agra dan jaipur.
dan gila dok kira kos.

pengambilan minyak sapi yang agak lebih daripada biasa




semalam punya pi beraya deepavali.
antara yang disembangkan; kecantikan kerala (yang membuatkan semangat nak pi melawat india datang kembali), lirik lagu tamil yang dialihbahasakan, pelajar arab/afrika secara umum, hero filem tamil yang selalu datang ke malaysia, rempah ratus yang digiling, meneka bahan2 yang digunakan dalam membuat kuih tradisional, kesusahan membuat soklan exam, dan banyak lagi.







aku makan kenyang sampai ke malam.

Monday, October 24, 2011

hujung minggu di rumah elyn




aktiviti lebih ke arah tidoq sepuasnya, berenang, dan juga makan!
terima kasih elyn!

i can move like jagger too





zati selalu kata aku tak dengaq lagu2 komersial yang didendangkan di dalam radio atau tv.
ada benarnya.
tapi aku ada jugak dengaq kadang2.

dan minggu lepas aku jumpa lagu maroon 5 ni.
sejak dari tu. aku bukan saja dok pulun dengaq lagu ni, malah aku dok move like jagger jugak.
move sampai kawan2 lab rasa nak pengsan.



p/s: tapi lirik lagu nih memang jenis yang aku tak suka.

Friday, October 21, 2011

surat cinta 4

gf style kiasu.


muhahaha

Wednesday, October 19, 2011

petang-petang (dan malam) hujan


ini tentunya bukan petang baru-baru ini.
sekarang ni, hujan akan datang bila petang dan malam.
oleh itu, pagi esokharinya akan jadi sangat dingin dan sangat syok untuk keluaq berjogging (dan juga sambung tidoq balik).





p/s: sepanjang 3 hari keluaq berjongging awal pagi, aku belum teringat nak sapu ayaq embun ke muka. agak2 boleh jadi lebih cantik tak kalau diamalkan. kehkeh

Husna and the Red Round Thing

amacam?
macam nama indie band dak?
kahkahkah




untuk orang2 sekeliling i di lab,
jangan marah ek kalau i put The Red Round Thing on dan terus jadi pekak.

Tuesday, October 18, 2011

plan tu, nak hari-hari jogging lah

jogging pagi tadi.
hari ni cuaca sangat baik.
dapat tengok matahari terbit.
seperti gambaq jogging pagi semalam,
permandangan jambatan pulau pinang dan laut diganggu dengan kehadiran kondo2 mewah.
10 tahun akan datang, mungkin dah tak boleh tengok jambatan pulau pinang dari kampus.
emm sedih.








p/s: baru perasan, dah lama jugak aku tak tangkap gambaq mentari.

Monday, October 17, 2011

kembali mengeluarkan peluh




pagi tadi,
aku pi berjoging pusing kampus.
setelah setahun lebih aku gantung kasut sukan.
(setahun lebih boleh jadi 13 bulan, boleh jadi jugak 23 bulan)
selama setahun lebih gantung kasut ni, senaman aku lebih kearah ke aktiviti2 seperti,
berjalan kaki sekitar kampus (sebagai pemegang kad bas rapid haruslah tak dak kenderaan lain), berlari mengejaq bas, dan juga mengangkat kaki tegak ke arah siling bila tengah baring atas katil sebelum tidoq.
senaman jalan kaki dalam mall pulak dah lama tak buat, sebab aku tak berduit nak pi shopping sekarang.
cakap pasal tak dak duit tuk shopping,
tujuan senaman jugak untuk menurunkan berat badan supaya aku muat balik nak pakai baju/seluaq 2 tahun lepas.
nak beli baju/seluaq baru dengan saiz sekarang, aku tak mampu, so jalan penyelesainnya, kuruskan badan balik ke berat sebelum ini.
taget aku, nak turun 5 kg.
nak turun lebih dari 5 kg tak boleh buat masa ini.
kalau turun lebih dari 5 kg, aku kena beli baju/seluaq baru yang lebih kecil pulak.
ok. jom senaman!

kegilaan yang lama telah kembali





bukan...
bukan gila nak ukir kayu...
gila benda lain.




p/s: terima kasih elyn!

Monday, October 10, 2011

tangan dah terketaq-ketaq nak pegang laptop baru




baru jumpa baby-band dari australia ni.
sedap jugak.
dan bila dengaq rasa nak menari2, loncat2, pusing2 dan buat pergerakan pelik2.
hepi.

pindah




aku dah tak dok umah kak timah.
dah pindah ke rumah dekat-dekat dengan lab.
konon mau cari keja sementara dekat2 lab saja.




p/s: pot baru beda masak megi sebungkus ja.

p/s/s: ahli rumah suka masak, aku makan ja. syiok!

sentosa



1. ini idea afrina.
2. pada suatu petang di kampung. jam 3 petang lebih kurang.
3. rumah tiada pangkin, jadi afrina bok keluaq tikaq.
4. afrina bok keluaq bantal dia yang masam itu.
5. aku bok keluaq spek mata hitam dan kamera.
6. seronok lihat awan bergerak laju.
7. angin bertiup agak kuat.


rasa sentosa.


Saturday, October 01, 2011

menulis (tesis)

"datang ke sini keja ka?"
"tak, datang menulis"

"saya nak sewa rumah macam ni. sebab nak alami sendiri pengalaman dok rumah kedai lama camgini"
"nak sewa lama lama?"
"paling kejap 2 minggu"
"ada keja kat town ka?"
"tak, saya tengah menulis".


aku guna alasan menulis ni bertahun2 jugak lah.
sampai dah jadi sebati, sampai syok gunakannya sebagai jawapan.

syok sebab rasa macam aku ada cara hidup yang bebas terutama bebas dari segi masa.
tak lah bebas sangat, tapi masih mampu buat hampir kesemua benda ikut masa sendiri.


tapi lepas ni,
tak leh la aku nak bagi jawapan sedang menulis,
bila orang tanya aku dok buat apa la ni.





sudah tiba masanya untuk ke peringkat hidup yang seterusnya.
peringkat nak cari duit banyak2.
(lambat betul aku masuk ke peringkat nih).

susah tak nak tulis tesis?

kalau sedang menulis atau sudah habes menulis tesis,
mesti ada adik2 yang bertanya pasal benda nih.

kalau waktu awal2 aku menulis (beberapa tahun yang lalu),
jawapan aku: 'susah jugak lah, ini part yang paling susah'


sekarang kalau ada yang bertanya,
jawapan aku: 'yang susahnya adalah nak kekalkan tumpuan, semangat, momentum, motivation'.


mungkin bagi orang lain itu tak da hal.
tapi bagi aku, itulah yang susah nak kekalkan.
sekarang, aku tahu mana silapnya, dan mana kurangnya sampai aku jadi orang terakhir hantar tesis walaupun aku orang pertama hantar notis.





adik-adik.

kalau dah masuk fasa menulis, jangan berhenti rehat dari menulis, membaca dan berfikir.

tension macamnapun, tak dak idea macamnapun, teruskan jugak. walaupun sikit.


dan tak kisahlah motivasi tuk kita menulis tu apa,

(dah nak kawen ka, dah lama suami menunggu ka, dah banyak duit mak bapak habis ka, dah tak larat ka),

asalkan kita teruskan buat sampai habis.




(aku punya motivasi bertukaq2 sepanjang masa. yang terakhir;

aku nak habes saja, tak kisah lah projek tak bombastik ka, aku nak lulus saja, dan aku habeskan mengaji bukan lagi sebab aku, tapi sebab orang lain)

see, tak kisah dah.




dan

satu tanda mudah untuk tahu kita ni dah melalut jauh (berdasarkan pengalaman aku sendiri lah kan)....

'kita langsung tak fikir pasal tesis, tak fikir langsung pasal masalah projek. dok melalut benda lain. kalau kita masih risau pasal projek, masih pening2, masih tension2, itu adalah petanda baik. petanda kita masih dalam landasan yang betul'.








contoh benda2 melalut;

dok pikir nak buat benda lain sampai dalam kepala dah tak ada pikir pasal tulis tesis.

dok pikir nak buat bisness sampai dalam kepala dah tak pikir pasal tulis tesis.

dok pikir nak berjalan/makan angin sampai dalam kepala dah tak pikir pasal tulis tesis.








kesimpulannya,

kekalkan tumpuan, kekalkan keutamaan!








oh yeah.

aku baru jak hantaq. taktau lulus ka tak.

harap semua ok.

amiin.


aku dikira macam penutup lah

ekekekek. akhirnyaaaaa.



alhamdulillah....



p/s: sedang layan tidoq dan makan dan membaca novel sepuasnya di kampung!