Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Thursday, March 28, 2013

persediaan kalau-kalau kak ngah nak keluaq lebih awal dari perut ibunya



bilamana orang yang kena bersedia itu tidak tahu jalan ke hospital bersalin.

gila nak buat perabot la pulak kan

aku ni jenis manusia yang hati tak tetap plus macam-macam rasa nak buat.

dulu,
aku penah gila nak belajaq photography.
pastu,
gila nak menjahit,
pastu,
gila nak belajaq gitar,
dan bermacam-macam kegilaan mai melanda.

dan kegilaan itu bukan kecil,
tapi sangat besaq drivenya.
sampai tak tau nak beza sama ada itu perkara yang memang aku betul-betul mahu atau tidak.


paling terbaru,
gila nak belajaq buat perabot.

begini ceritanya...
pada akhir-akhir tahun 2012,
aku rasa sangat-sangat nak berhenti kerja dari kedai buku itu,
sebab nak balik kampung, bila mana tersedaq yang aku hampir menghabeskan masa umur 20-an di universiti.
masuk umoq 19, habes umoq 28.
so dengan berbaki 1 tahun saja untuk fasa umur 20-an, iaitu pada tahun ini dengan umur 29 tahun,
aku mau merasa buat benda luar universiti. di luar penang.

so,
plan aku,
mau balik kampung,
dok bawah ketiak mak aku 2-3 bulan.
sambil-sambil itu, aku nak buat kerja gitu-gitu/biasa-biasa seperti menjual karipap pusing untuk mendapatkan duit poket.
(aku juga gila serius pasal bab karipap pusing ni, aku baru nak belajaq buat dengan housemate aku).
dan sambil-sambil buat karipap pusing tu, aku nak belajaq buat perabot.
dia punya keinginan nak belajaq buat perabot tu, bukan kepalang.
yang paling best, semua orang yang aku luahkan plan gila aku ni, semua menyokong.

maka,
terhasilah kejadian-kejadian mengisi borang-borang permohonan kursus tu.
tapi ada yang silap isi.
terisi yang carpentry untuk pembinaan.

sekarang,
dengan arah tuju yang tersasar skit,
kegilaan terhadap nak belajaq buat perabot itu masih tinggi.
paling sikit pun, aku nak belajaq basic carpentry.



*zati, aku nak belajaq buat perabot la pulak!
ha. baguslah la weh. nanti buat katil kat aku satu, tuk hadiah kawen. canggeh gitu.
alaa. aku nak buat hat biasa-biasa saja. takat buat meja kecik dan rak buku saja.
hang ni. hang kena aim high. jangan lupa, katil aku satu.*

Tuesday, March 26, 2013

cik husna telah ditawarkan kursus

encik: permohonan cik husna telah berjaya. pendaftaran adalah pada 1hb april ini.
cik husna: owh. emmm. sekarang saya baru bekerja.
encik: cik husna keja kat mana?
cik husna: kerja kat kedai.
encik: cik husna ada kelulusan apa?
cik husna: kelulusan dalam bidang binaan tu tak ada la. saya apply sebab saya minat saja.
encik: cik husna ada spm?
cik husna: ya. saya ada spm.
encik: cik husna kerja apa sekarang?
cik husna: saya kerja jaga kedai.
encik: owh. kita kat sini 3 bulan saja. hostel dan makan semua free. kasut bot pun free. lepas kursus, cik husna boleh sertai praktikal kat tempat2 yang kita sediakan.
cik husna: saya sebenarnya,lebih berminat dalam bidang buat perabot. kat sana lebih kepada bidang binaan kan?
encik: ya. tapi kita ada la juga basic pertukangan kita ajar.
cik husna: emmmm
encik: macam ni lah. kalau cik husna berminat, 1hb ni, terus datang sini bawa baju semua dan bawa duit pendaftaran rm200.
cik husna: okey. terima kasih banyak2 encik.



macam mana aku boleh dapat kursus ni,
nanti aku cerita kat pos lain.
:D

Monday, March 25, 2013

phd?




ada orang penah cakap,
sekarang aku tengah dalam gap year.
gap years mungkin.
atau gap years la sangat.

bagi aku,
sekarang aku tengah buat apa yang aku tak pernah sangka nak buat.
aku saja nak tengok, apa yang aku boleh belajar dari sini.

dan pasal nak sambung balik study,
masih berada di bawah dalam list benda-benda yang nak dibuat dalam masa 2 tahun ini.

tapi tadi,
sedang aku tonton tv disebelah orang yang tengah tunggu viva,
dengan adanya sedikit perbincangan kecil berkenaan analisis kimia,
terus buat aku rindu nak studi balik.
rindu pada semua kehidupan kecil yang revolve around lab.

tapi,
kalau dah masuk,
mungkin 4tahun ++ baru boleh keluaq.
haih. itu tak sedia.

Saturday, March 23, 2013

big bad wolf madness




aku baru ja hangkut semua buku balik kampung.
ni pi tambah lagi.

gila jadinya.
dengan harga yang sangat murah.
novel, kebanyakannya rm8.
buku paling mahal aku beli pun, rm40.

rasa nak beli macam-macam.
dan rasa nak beli tuk semua orang.
seperti, rasa mau beli buku lanskap tuk adik zati.



p/s: aku harus berjimat-cermat.

Sunday, March 10, 2013

bye bye penang. soon

                                                                                                                                                                                    
 
sebentar tadi punya.
farewell makan-makan berada dalam list aktiviti yang mahu dibuat sebelum bye bye penang.

ada banyak lagi gambaq yang mahu diuplod.

terima kasih yang sudi datang.