Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, April 07, 2010

aku sudah tak mengajaq lab


semasa kelas lab terakhir last week, jaga bersama su


sehari dua ni aku tengah pulun tanda lab report.
ini semester terakhir aku jaga/mengajaq lab KUT101.
lab ni kebanyakkannya budak2 kimia 1st year dan budak2 pendidikan nak mengajaq kimia nanti.
budak2 maths pon ada amik, sebagai kursus elektif.
(aku tanya depa budak maths ni, "hampa budak maths, awat gatai amik lab kimia plak?". depa jawap, "kawan kata, senang nak skor". kalau aku dengaq jawapan camgini.. aku panas dan dan. terus aku buat kuiz pasal eksperiment yang depa tengah buat. depa tak boleh jawap, aku kata, "senang ye??".)


dah dua tahun aku jaga lab ni.
6 eksperiment semuanya. luaq dalam 6 eksperiment ni aku dan su dah hapai.
kalau ada orang buat silap, dari jauh aku dah boleh nampak. dan dari jauh jugak aku jerkah.


dalam kelas, aku malas nak bermesra2 atau bertanya kabaq student.
serius saja aku ni. depa kata aku cengei.
mau tak cengei, salah susun alat radas lepas buat eksperiment pun aku tegoq.
tak susun balik kemas2 botol chemical bagi nampak lebel kat depan pon aku tegoq.
malas pakai goggles, dari jauh aku dah jerkah.
tu tak masuk lagi kalau salah cara titrat, salah tuang solution dalam buret, melembab-buat-keja-semua-nak-tunggu-kawan-kita-pi-buat-sama-sama, pulun nak sua kepala dan muka masa kacau solution dalam fume hood, mai lambat bagi alasan bangun tidoq lambat, aih.. banyak lagi la yang boleh buat aku baran..
tu orang kata darah muda.
kalau nanti2 ada rezki aku jugak mengajaq, mintak2 tak la selalu baran macam ni.


aku cengei bukan apa...
lab yang aku mengajaq ni lab asas kimia. lab yang paling senang.
nanti2 depa akan masuk kelas lab yang lebih susah, pastu mungkin akan jadi ahli kimia ataupun mengajaq kimia kat budak sekolah.
kalau nak titrat pon salah atau nak pegang botol kimia pon salah.
camno nanti?


bab keselamatan pon depa suka amik mudah jugak.
orang suruh pakai goggles, kata rgemah.
orang suruh pakai lab coat sampai habes lab, kata panas.
orang suruh pakai kasut bertutup elok2, kata tak dak.
orang suruh buat ekperiment dalam fume hood, gaduh nak bokkeluaq nak tengok.
depa ni semua tak jumpa lagi dengan dr sani. mau dia kata, "celake kau!! orang nak suruh jaga mata dia yang satu pon tak mau!!".


mengajaq budak2 ni seronok.
seronok tengok macam2 ragam.
(tak masuk lagi ragam tiru lab report partner.)
seronok jugak sebab dapat pendapatan..


masuk bab pendapatan ni...
gaji terakhir aku, takat april saja.
lepas tu nak kena gagau duit mak abah bangcik lah.
ni yang aku cam segan skit ni...
adeh.





dapat award


dapat dari farhana..
makaseh ye cik farhana!

kembali

gaji baru masuk 2 minggu lepas.
tapi dah susut dengan kadar yang sangat laju.

sekarang aku kembali hidup dengan,
roti putih, jem, megi, epal, milo, nestum, biskut dan nasik kafe desa harapan.

itulah padahnya berbelanja suka hati.
buku bajet pon aku dah lempaq masuk laut dah..
dah lama tak buat catatan perbelanjaan..








sekian lah berita terkini untuk waktu tengah malam ini..

Monday, April 05, 2010

tanda sampai melugai


semester akhir.
sempat jugak lagi nak tunjuk kuasa dalam dok kalut nak habeskan....
muhahahha..
awat ada gelak jahat ni?

cemas

aku tengah cemas skarang ni.

memikirkan camna nak letak tepi sekejap pemikiran yang ada ni.
pemikiran yang kata aku nak buat benda lain yang boleh buat aku hepi dan puas hati selain master.
nak letak tepi sat supaya aku boleh habeskan master dengan tenangnya.
dan jugak dengan segera.

tapi kalau dah setahun lebih aku dok miker yang aku nak buat benda lain...
hari2 berangan nak buat benda tu..
memang susah nak letak tepi pemikiran tu.
walaupun nak letak tepi sat saja..

aku rasa,
kalau aku tak berjaya atasi pemikiran ni.
tak berjaya nak letak tepi sat.
tak da guna aku berumur 26 tahun pada tahun ni.
sebab tak matang.
sebab tak berjaya kuatkan diri untuk menangkis segala pemikiran yang dok bagi aku lengahkan habes master.

semalam memang aku tak boleh tidoq dok pikiaq pasal hal ni..
rasa nak cerita kat sini apa yang aku dok pikiaq,
tapi tak tau camna nak ceritakan.
aku dah cuba nak tulis, tapi tak berjaya..
nanti2 lah aku tulis.
aku cerita panjang skit.







aku sangat cemas nih.
serius babe!!



Saturday, April 03, 2010

dah 2 tahun

hari ni genap 2 tahun aku menulis kat blog akudansekeliling..

dah banyak jugak benda aku merapu kat sini ek..
tapi tu tak kira lagi aku dok merapu kat blog frenster pada tahun2 sebelum wujudnya akudansekeliling.










'Tis

.......They'd laugh and ask Horace when he knew my mother. That make me want to defy them and walk Laight Street even more. No, mon, he says. Save your emotions for bigger things.
This is a big thing, Horace.
It's nothing, mon. It's ignorance.
We should fight back.
No, son.
God, he's calling me son.
No, son. I don't have time for fighting back. I won't step on their ground. I pick my own fights......


page 268.




'Tis a memoir
oleh Frank McCourt.




lama jugak aku nak bagi perabes buku ni.


'Tis, sambungan dari angela ashes.
angela ashes berakhir dengan mcCourt naik kapal pi new york.
'Tis bermula dengan cerita atas kapal nak pi new york.
kalau dalam angela ashes, aku rasa macam aku tengok balik kisah mcCourt, jalan cerita yang berterusan, rasa macam dia cerita semua.
tapi dalam 'Tis, aku rasa macam mcCourt cerita sedikit saja. tak penuh. hanya pilih kenangan yang tertentu saja, pastu biarkan aku tertanya2 apa yang berlaku selepas tu.
dan menyebabkan aku rasa macam nak baca buku dia yang seterusnya, teacher man, sekarang jugak.
sebab nak tau lebih lanjut, terutama macam mana dia mengajar kat sekolah. macam mana dia boleh jadi cikgu yang hebat.




buku ni, tiap2 malam aku baca sebelum aku tidoq..
aku cuba perabes cepat2 sebab aku nak tau 3 benda.
1. berapa panjang satu ayat yang mcCourt mampu tulis tanpa full stop. yang paling panjang aku jumpa, pada muka surat 80. hampir 3/4 dari muka surat tu dia tulis satu ayat tanpa full stop. perkataan2 disambung dengan and atau koma atau who atau but atau kata2 hubung yang lain. aku suka gaya dia tulis, walaupun kadang2 jenuh nak paham sebab ayat tu panjang sangat. sapa2 kalau baca buku ni, terjumpa ayat paling panjang pada muka surat yang lain, sila bagitau aku k.


2. macam mana dia boleh masuk universiti tanpa kelulusan sekolah tinggi. kalu nak tau, baca sendirik. ngeeee..


3. apa dia tulis pasai isteri pertama dia dalam buku ni. sebab sebelum aku baca buku ni, aku tengok review, orang cakap, mcCourt tulis pasal isteri pertama dia dengan sangat cantik dan sweet. kalau dia tulis dengan begitu cantik tentulah dia sayang bukan,tapi kenapa mereka boleh bercerai.
selepas aku baca pasal isteri pertama dia, aku rasa, kalau aku ni isteri dia sekarang, mau aku jeles, mau aku marah gila2 sebab dia tulis dengan sweet sekali. jelas gila dia sayangkan isteri pertama dia tu. tapi kenapa dia boleh bercerai? sebab cara hidup yang bercanggah. nak tau dan paham lebih lanjut. baca sendiri gak..






oke. buku ni memang beri penyedaran. beri inspirasi.
macam buku2 mcCourt yang lain gak.
tapi ada benda utama yang aku dapat perhatikan.
manusia sekarang suka komplen. lagi maju, lagi kaya, lagi hebat sesuatu masyarakat itu, lagi banyak yang kita komplen.
orang2 dulu, masa susah, rasanya tak komplen banyak pon. cuba sedaya upaya untuk teruskan hidup. tak komplen kena makan ubi kayu tiap2 hari. takde komplen ubi kayu tak sedap. telan ja. itu saja yang ada.
mak abah aku pon tak bayak komplen. tak komplen kat kami adik beradik yang depa penat cari duit. penat basuh baju kami.
kita ni banyak komplen sampai lupa nak bersyukur dengan apa yang ada.
terutama bersyukur pasal benda2 yang tak ambil kisah sangat.
macam boleh bernafas, boleh gelak ketawa, boleh gerak leher, ada duit 3 henggit dalam beg.
ntah2 ada manusia diluar sana yang ada masalah gelak skit sesak nafas, kedip mata pun tak boleh, melilau2 cari barang terbuang kat tong sampah nak jual sebab dah 3 hari tak makan apa2...
benda yang paling banyak kita komplen adalah pasal hidup.
hidup terasa kosong la, hidup merana lah, hidup sunyi lah.
aku tak cakap pasal orang lain.
aku cakap pasal diri aku.
sebab aku ni banyak komplen.
komplen pasal duit tak cukup, makan tak sedap, baju dah ketat, hidung besaq, polisi negara, hidup tak ada hala tuju, rasa kosong, macam2 lagi lah.
aku rasa aku kena belajaq sedikit demi sedikit untuk kurangkan komplen dalam hidup.
supaya aku tak lupa akan orang lain. orang yang lagi teruk keadaannya...






kat belakang buku 'Tis yang aku beli, ada interview dengan frank mcCourt. kalau buku lama takdak. ada satu soklan, do you regret teaching for thirty years and not writing?

sebahagian daripada jawapan dia: sometimes i do, sometimes i don't. it was a very rich experience and in away it made me what i am.....blah..blah..blah.....i didn't realize the possibilities of what i had under my nose, writing about the limerick slums. i thought all writing had to be elegant and english.



aku tak tau nak review sangat...
marina, kalau hang free sangat2, tak tau nak buat apa, tolong review 'Tis plak ek.



ha satu benda lagi, kalau tak silap aku, 'tis tu lebih kurang maksudnya dengan it is.









Friday, April 02, 2010

benci

aku ingat nak edit karangan pasal abah aku yang aku tulis kat bawah ni...
nak edit pasal aku kata aku benci abah aku masa aku remaja..
takut orang piker, apa jenis anak, aku ni, benci abah sendiri.
takut orang piker, aku membesar dalam persekitaran yang tidak sihat.
takut orang piker, abah aku tidak baik.
yang terakhir itu yang aku takutkan.

mungkin perkataan benci itu agak tak sesuai.

tapi aku juga piker,
orang lain tak paham apa yang aku rasa.
apa yang sebenarnya aku nak cakap.
dan orang lain tidak kenal aku, tidak kenal keluarga aku.
tak kenal siapa abah aku, manusia yang aku sanjung.

sebagai ramaja yang memberontak.
apa saja yang menghalang kemahuannya,
keinginannya, kehendaknaya,
masa itu...
pasti akan dibencinya.
termasuklah orang2 yang sayangkan kita.

macam kita membenci abang atau kakak atau adik masa kita kecil.
benci sebab bergaduh.
benci sebab tak dapat seperti yang mereka dapat.
benci sebab rasa mereka lebih disayangi..
tapi..
semua itu hanyalah benci budak mentah.
benci budak kecil.
semua akan hilang dimakan usia.
hilang setelah besar panjang.

bila dah besar panjang.
semua jadi malu sendiri.
semua jadi bahan gurauan saat berkumpul satu keluarga.




ke-61

hari ini, 2 april, birthday abah aku.

moga abah dipanjangkan umur,
murah rezki,
sehat sentiasa,
bahagia selalu,
dan sentiasa dirahmati Allah.


husna SAYANG abah.

abah yang penah mengugut untuk membakar buku2 sekolah aku.
waktu itu aku darjah lima.
waktu senja, aku baru saja balik dari bermain seharian dirumah kawan.
hari2 sebelum itu juga keluar bermain tak ingat waktu.
sudah pun diberi amaran. tapi tidak peduli. degil.
hari itu,
abah nyalakan api diluar rumah, buku2 diletaknya disebelah api, ditangannya ada kayu.
abah kata, "nak mengaji ka nak pi berjalan main?".
"nak mengaji mai amik buku".
"tak mau mengaji, nak berjalan keluaq main, bakaq saja buku tu".
gila aku nangis. jiran pun keluar tengok.
aku mahu ambil buku2 itu.
bukan kerna aku insaf, tak mahu kuat keluar bermain lagi atau mahu pulun mengaji sekolah.
tapi aku takut dimarahi cikgu, kerna itu buku2 latihan yang baru saja dapat. baru saja dapat pada hari itu.
tapi aku takut untuk mengambil, ada kayu ditangan abah.
walaupun aku pasti, abah tak akan sesekali pukul aku.
kerna abah memang tak penah pukul aku, rotan pun tidak, cubit pun tidak pernah sekali.
semua pukulan akan dibuat oleh mak, atas arahan abah.
pernah aku bertanya pada mak, kenapa abah tak pernah pukul aku, dengan tangannya sendiri, hanya beri arahan pada mak.
mak cakap, sebab abah takut kalau2 terlalu mengikut amarahnya nanti, dia akan terlebih pukul aku menggunakan tenaga lelakinya.
kes bakar buku itu selesai dengan pujukan mak.
aku tak berani ambil buku2 itu sampai sudah.
tapi aku tidak insaf 100% pun.
tetap keluar bermain,
tapi tidak selalu dan tidak lupa waktu.

itu baru kes aku darjah lima.
tidak kira lagi kes aku disekolah menengah.
aku anak degil. aku anak yang melawan cakap. aku anak yang memberontak.
tapi degil aku tak melampau.
melawan aku, belakang-belakang.
memberontak aku, diam-diam.
sebab aku takutkan abah.
tiada langung istilah bapa yang cool dalam hidup abah.
tiada tolak ansur dalam mendidik aku.
tiada tolak ansur dalam pelajaran aku.
tiada tolak ansur dalam tatasusila aku.
tiada tolak ansur walaupun aku akan membencinya ketika remaja.
tiada tolak ansur dalam menjadikan aku sebagai seorang manusia.


mungkin didikan abah sudah tidak releven lagi pada zaman sekarang.
mungkin aku membenci abah semasa aku remaja.
mungkin ada buruknya didikan abah,
mungkin ada celanya.
kerna tiada manusia biasa yang sempurna, termasuklah abah.

tapi, jika tanpa didikan seperti itu.
tanpa semua itu,
mungkin sekarang aku bukanlah manusia seperti ini.
manusia yang punya adab, punya agama, punya bangsa, punya ilmu.
aku juga manusia biasa, tidak sempurna.
tetap ada celanya. dan bukan sedikit celanya.
tapi abah telah meletakkan asas pada aku.
supaya selalu ingat, siapa diri aku ini.
supaya senantiasa mahu berubah menjadi lebih baik.



husna SAYANG abah!


sayang yang aku akui hadir lewat dalam diri.
tapi sayang ini, sayang yang makin bertambah.
sayang yang indah.
sayang yang bersulamkan rasa hormat, rasa kagum, rasa takut.
ya aku masih takut.
takut untuk melukai hati abah.






p/s: hari ini juga birthday giacomo casanova.

p/s/s: al-fatihah untuk din beramboi......









Thursday, April 01, 2010

april, bulan paling digemari

dah april dah oi.

april bulan yang aku suka.
sebab bulan ni, birthday aku.
dan juga birthday orang kesayangan aku.
abah.


so,
bulan ini,
topik entry2 dalam blog ini akan lebih terarah kepada isu kedewasaan, tua, kedutan, kematangan, pengalaman dan mungkin juga pasal umo-dah-tua-tapi-takde-pencapaian-yang-boleh-dibanggakan....








selamat masuk ke bulan april semua!!