sesi tangkap gambaq dengan ibu mengandung disambung lagi hari ni. oleh kerna hari ni merupakan hari terakhir daya di sini sebab esok sudah mau balik menunggu waktu bersalin serta berpantang, daya mau tangkap gambaq sebagai kenang-kenangan. kenang-kenangan sebelum dia bersalin. atau mungkin bagi aku, sebagai kenang-kenangan sebelum aku kurus. ngeh ngeh ngeh
lepas sesi bergambaq, daya belanja makan petang. nasik lemak.
nasik lemak sebagai makan petang??! aish. program kuruskan badan tentu lagi mencabar kalau lagu ni.
tapi nak buat camna kan.. dah orang ajak bersungguh-sungguh dan tak baik la juga kan punahkan permintaan ibu mengandung. ngeh ngeh ngeh
dok penang. dekat dengan kampung. raya. open house. kenduri kawen. camna nak kurang berat badan dalam masa2 genting camni? esok ada kenduri, ada open house. hari tu aku pi marie france. depa kata aku obese. puaka gila mulut. naseb baik aku dah cukup tua untuk tidak mudah terganggu emosi atau terlalu terpengaruh dengan kata2 orang2 yang nak perabes duit kita nih.
semalam aku tidoq kat rumah abang aku. pagi tadi, terjaga dari tidoq terus bangkit selak kain tirai dalam bilik. nampak langit berwarna. terjun katil. tangan terus gagau kemera dalam beg tangan. dan terus ke balkoni dan tangkap gambaq. dengan mata yang tak dapat buka habes, kepala tingtong2, mamai2.... ini lah hasilnya... adalah kot dalam 6 keping gambaq yang aku sempat snap.
mencabar jugak nak tangkap gambaq dalam keadaan mamai2.
tak dapat piker dan cuba sudut2 yang lebih pelbagai..
ini cubaan yang pertama. sangat tak berpuas hati.
mungkin aku akan tangkap lagi tapi dalam keadaan yang lebih bersedia.