Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, January 10, 2011

AJL 25

ok.
lagu dia sedap la kot.
lirik dia memang bagus la kot.

tapi
apa apa pon.
sebagai seorang yang tak arif dan punya minat yang sendirik,
aku tak puas hati dengan keputusan AJL kali nih.







p/s: dengaq kata, ada orang boo dan baling kerusi masa ana rafali diumumkan sebagai pemenang. aku pon membaling jugak. baling teddy bear.


Saturday, January 08, 2011

makan juga untuk gumbira





ada kat rumah kak nia, sepupu aini, di lok kawi.
mai sini untuk tengok juara lagu esok. ekekekkek.
tv kat rumah belum ok.

Friday, January 07, 2011

hari hari biasa ke lab







aku tengah cuba untuk kembalikan kesukaan aku menangkap gambaq everyday life aku. gambaq2 kebiasaaan aku.


ini sudah lebih

aku rasa, semua yang aku dok meroyan nak balik ni, dah berlebih-lebih.
sampai buat aku lupa tuk live life.
aku lupa tuk hepi setiap masa.
dan yang lebih teruk, aku lupa untuk bersyukur.

lupa untuk bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini, saat ini, ketika ini.

lupa untuk bersyukur tentang benda2 kecil yang mudah untuk tidak dihiraukan tetapi memberi impak besar dalam hidup.
lupa untuk bersyukur yang aku masih bernafas selesa.
masih boleh mengunyah makanan.
masih boleh merasa setiap benda yang menyentuh lidah.
masih boleh tidur dengan bermacam-macam posisi.
masih boleh berak, kencing, berjalan, menulis, berfikir.
masih seperti biasa.
masih boleh melakukan bermacam-macam perkara.

aku sedikit lupa untuk melihat setiap benda yang ada disekeliling dengan mata yang luas.
lupa untuk melihat seperti sebelum ini.
lupa untuk menghargai semua yang aku ada, semua yang aku buat.
lupa untuk bersyukur untuk setiap detik dan ketika.

aku sudah jarang mendongak ke langit.
aku sudah jarang melihat dengan teliti apa yang ada di bawah.
aku sudah jarang untuk berhenti seketika untuk melihat sekeliling aku.
aku sudah jarang menangkap gambar.

maka,
aku rasa aku perlu angkat kamera selalu.
sebab dengan melihat setiap benda disekeliling aku melalui kanta kamera,
boleh buat aku melihat hidup aku pada sudut yang lebih baik.
boleh buat aku melihat dengan jelas betapa indah hidup aku.
boleh buat aku menghargai semua benda.
boleh buat aku celebrate semua benda.
boleh buat aku tidak lupa untuk bersyukur.





Thursday, January 06, 2011

azam tahu baru (1)

aku nak senaraikan azam tahun nih.

1. entry blog tahun ni kena capai 400 lebih. sebab aku tengok, untuk tahun pertama blogging, entry aku 100 lebih, tahun ke-2 200 lebih, tahun ke-3 300 lebih. so bagi tahun ke-4, haruslah 400 lebih kan. baru cantik tren dia. ekekekekk

2. bekerja betul. bukan lagi jenis kerja yang kalau hujung bulan tiba, telefon mak mintak duit.

3. simpan rambut panjang. tiada lagi rambut bob.

ok. tengah dok pikiaq azam lagi. nanti kalau ada lagi. aku tambah.






p/s: sekarang jam 640 pm. sekarang dah malam. dan untuk rekod, ini kali pertama stay sampai malam di lab ums ini.

the take away show, golden isles

bila tengok balik video margot & the nuclear so and so's.
terus teringat yang aku ni dah lama tak layan the take away show.
terus bukak la blogotheque, klik band secara rawak,
jumpa band ni, golden isles.
yang paling menarik perhatian adalah mereka nyanyi dalam supermaket.
the take away show akan dirakam dimana saja, sebab tu aku sangat suka projek depa ni.



Golden Isles | Sir Gian | A Take Away Show from La Blogotheque on Vimeo.



p/s: muka penyanyi band ni macam russell brand. tapi versi bersih skit.



AKU NAK BALIK

sangat rasa nak balik.
sudah lama sangat disini.
4 bulan deret dok sini tak balik2, bukanlah dalam jangkaan aku.
segala benda dah tak brapa nak enjoy. tak brapa nak seronok.
piker menu tuk sepanjang minggu dah tak seronok. pi perabes duit kat 1B dah tak seronok. buat plan nak pi jenjalan dah tak seronok. berangan tentang aktiviti2 yang bakal dibuat selepas hantaq tesis pon dah tak seronok.
NAK BALIK.

semalam,
bercakap dengan zati dan arix.
bagi keluaq ayaq mata skit, dengaq kata2 pedoman skit, dengaq gosip2 skit.
lepas ja tamat call,
terus aku bukak beg besaq yang dah bersawang tu.
ambil semua baju2 yang jarang nak pakai, lipat masuk beg.
ambil jugak novel2 aku yang aku susun kat rak tv, masuk dalam beg.
bagi ada timbul perasaan aku-ni-dah-nak-balik-dah.
barulah seronok.

lepas tutup beg,
terus mengadap komputer,
dengaq lagu margot & the nuclear so and so's yang bertajuk as tall as cliffs.
bila tang korus, aku nyanyi kuat tuk aini.






korusnya berbunyi....
Darling, I'm tired and I should be leaving, leaving
You know I'm tired and I should be leaving, leaving tonight

Darling, I'm tired and I should be leaving, leaving
You know I'm tired and I should be leaving

(aku pernah boh video band ni nyanyi lagu ni tuk the take away show dalam entry ni)



tiap2 hari, akan ada benda yang aku akan kemas, yang nak packing, yang nak masukkan dalam beg.


AKU NAK BALIK!





p/s: hari ni, aini pulak dok ulang korus tu..


Wednesday, January 05, 2011

duri landak laut (lagi)

pasal kena duri landak laut masa 12/12/10 dulu.
aku tak berjaya buang. pastu dia tak berapa sakit.
maka, aku buat keputusan tuk biaqkan saja.
walaupun zati dak berbuih mulut suruh aku p jumpa doktor.
mak zati pon suruh pi.

tapi minggu lepas,
tempat terkena duri landak laut tu mula mengeras balik.
aku mula risau balik.
tambah pulak bila mak zati cakap benda2 macam ni jangan buat pasai, nanti makan dalam.
aku jadi takut terus.

makanya,
minggu lepas, selepas 3 minggu terkena duri landak laut, aku p klinik ums kat kingfisher.
doktor cakap jadi keras, hard lump tu benda biasa. tindak balas oleh badan jika benda asing masuk dalam badan.
tak perlu risau. tak perlu buat apa. tak perlu suntikan. tak perlu antibiotik.
aku buat muka macam tak percaya bila dia kata tak perlu antibiotik.
lepas aku buat tak caya tu, dia terus kata dia bagi antibiotik jenis sapu.
aku terima saja apa dia kata, sebab aku ada baca kat tenet kata komposisi duri landak laut sama dengan tulang kita, so kalau tak sakit tak perlu risau.
sehingga lah, bila tiba saat perlu ambil ubat, terus aku tak percaya doktor tu.
merapu aku rasa. aku nak cerita ubat apa dia bagi pon macam malu. tumpang malu tuk dia.
ekekekeekkek.
sebelum aku keluaq, aku ada tanya doktor tu dari mana. dia kata dia mai dari veitnam.
aku rasa, dia tak tau apa itu sea urchin. mungkin dia baru mai kerja di sini yang banyak kes melibatkan kecederaan oleh binatang laut. bila aku sebut spine baru dia macam paham. mungkin yang dia paham bukan spine sea urchin. dia mungkin agak itu cuma spine biasa.
aku agak saja la ni. apa2 pon doktor tu memang merapu.

oleh sebab ubat yang doktor tu bagi macam tak masuk dek akai, maka aku pi klinik lain.
kat klinik no 2, doktor cakap duri ni kena buang. nanti kalau lagi lama boleh menanah.
doktor itu doktor tempatan.
dia korek buang duri tu. bagi ubat yang sepatutnya.
hati aku lega.
hati zati lega.
hati mak zati lega.
mak zati cakap kalau biaq lagi, boleh lagi teruk.
alhamdulillah.
tak risau dah.







Tuesday, January 04, 2011

awal tahun 2011

awal2 tahun,
makan2 dan berabes duit.
tonton filem(s) dan beli novel(s).
(untuk rekod: ujung bulan ni, kalau bos besaq tak buat helah nak tahan kami kat sini lagi, aku akan balik dengan 13 bijik novel bersama2. tak tau beg celuih ka dak. dengan baju bundle lagi)

untuk year end sales,
aku berjaya tahan diri untuk tidak membeli.
yeay!! sangat berbangga dengan kekuatan diri sendirik.
kena simpan duit tuk hantaq tesis dan untuk bercuti.
dan juga sebab takut nanti balik ni, beg tak celuih.













Saturday, January 01, 2011

helo helo

hepi new year tuk semua!!







aku tak sempat nak review apa jadi sepajang tahun 2010. yang penting, tahun 2010 berlalu dengan pantas sekali.
dan juga tak sempat nak cerita plan tuk tahun nih. tapi, plan jenjalan dan perabes duit mak bapak tetap ada.