Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, February 15, 2012

aini, tabahlah. kita sama-sama berusaha walaupun berjauhan.muaks


bangun pagi2,
terus rasa nak pi lepak mcD.
terus rasa nak jalan kaki keluaq rumah sebelum matahari terbit.
bila macam ni, terus teringat The-Fourth yang pi lepak studi kat mcd kul 5pg pun mampu buat.
teringat jugak, selain pagi2 makan mcD, kul 11mlm atau 12tghmalam pun antara waktu yang syok pi makan mcD.
gosh. rindu semua sahabat!




memakai sweater semasa berjalan kaki dari rumah ke mcD di pagi hari yang gelap dan dingin adalah idea yang bagus.
memakai sweater semasa dok dalam mcD yang sejuk adalah idea yang bernas.
tapi memakai sweater semasa berjalan kaki balik ke rumah semasa matahari memancar bukanlah idea yang baik.

Monday, February 13, 2012

untuk 29hb


1. dah tak dak sahabat karib di sisi, kena studi sorang-sorang. itu akibatnya tertinggal kat belakang.
2. kena tau cover to cover by heart. eh bukan cover to cover untuk 4 bijik novel tu.
3. 4 bijik novel diatas baru dibeli guna separuh baucar buku yang dapat. separuh lagi nak guna bulan depan.
4. aku bukan peminat novel thriller atau jenayah2 ni, tapi bila tau penulis buku, stieg larsson, mati sebelum buku diterbitkan, aku terus rasa nak beli.
5. sepanjang dok lepak studi kat sini, beberapa kali aku kena panik attact. 'kalau aku gagal camna??!!'
6. panik attact aku tak la jenis sesak nafas, rasa nak mati tu, aku punya jenis pikiaq pelik2 pastu rasa nak nangis.
7. adik aku suruh aku banyakkan membaca 'hasbunallah hu wa ni'mal wakil'.
8. doakan aku berjaya!! (walaupun hampa taktau hujung pangkal)

Monday, February 06, 2012

gaya rambut baru





dah lama aku perati dan minat rambut minah nanna Øland ni.
tapi tak berkeyakinan nak buat.

tapi,
beberapa hari yang lalu,
aku terjumpa orang berpipi tembam potong rambut camgitu.
nampak ok.
so aku terus berkeyakinan tinggi.

nak pi kedai potong rambut kegemaran lah.
walaupun panjang rambut belum mencapai kehendak yang diingini.
walaupun belum cukup 2 tahun aku simpan panjang.



p/s: perlukah aku pi print muka minah nanna Øland ni untuk tunjuk kat si pemotong rambut? aku tak pernah buat lagi keja tunjuk2 gambaq gaya rambut diingini kat kedai rambut kegemaran nih.

p/s/s: aku pernah ada pengalaman tunjuk rambut yang diingi kepada si pemotong rambut, tapi tiap kali itulah rambut aku mesti tak jadi seperti yang diingini. tension oooo. maka sebab tu lah aku dah tak buat keja tunjuk2 gambaq nih.

review buku


gila lama kan aku tak buat keja review buku.
nama ja keja kedai buku dengan pilihan bahan bacaan makin bertambah dan bahan bacaan baru tak pernah putus untuk dibaca,
tapi,
sangat malas nak buat review.


berhabuk blog buku aku...
buat blog buku konon2 nak rajin review buku lah.
konon....

ini bukan pecah diet


ini memang termasuk dalam diet hari ni dan bulan ini.
makan nasik kandaq kayu dan makan megi goreng+telur mata kerbau pada jam 2pg pun termasuk.

Wednesday, February 01, 2012

the morning benders





aku terjumpa video ni balik.
teringat yang aku suka depa ni.
suka musik dan penyanyi dia. :)
rasanya aku pernah share video nih.
tapi tak pasti samada kat blog ni atau blog lain atau kat fb.

aku juga teringat yang dulu,
aku layan,
phoenix
las ondas marteles
piers faccini
margot and the nuclear so & so's
seabear
dan banyak lagi......

masak dan diet



kat umah sewa aku ni, ada beberapa orang yang rajin memasak.
sebelum aku nak pi keja, balik dari keja, makanan dah ada terhidang.
so, aku sangat jarang memasak. kadang-kadang ja masak time cuti dan atas permintaan. permintaan selalunya berkaitan pasta.

tapi,
disebabkan oleh mood nak berdiet datang semula...
aku plan nak rajinkan diri memasak terutama tuk bawa bekal ke tempat keja.

selalu ja kan aku cakap pasal diet.
tapi diet kali ni lain skit.
aku nak masak sendiri dan plan diet adalah berdasarkan selera aku dan daya ketahanan aku.
dan tak kisah lah plan diet ni bertahan lama mana, asalkan aku buat kan.

kepada sesiapa yang berdiet jugak. semoga berjaya.


p/s: gambaq diatas, ditangkap tengah hari tadi. makan tengah hari yang aku masak. lauk taufu telur adalah permintaan bed.

tahun ke-9



aku mungkin ada 2-3 bulan untuk menetap disini.
tahun ni, tahun ke-9 (kalau aku sendiri tak silap kira).
terlalu lama. sampai jiwa sudah sebati disini.
jemu tapi sayang.

Sunday, January 29, 2012

matahari dan aku




kegilaan aku terhadap matahari tidak pernah luntur.



ini gambaq yang aku tangkap pada tahun 2008.
aku ada masukan dalam blog ni dulu. entry 1 may 2008.
(dalam entry lama tu, rasanya gambaq2 tak diedit pon)







p/s: tahun 2008, tahun2 awal aku rembat kamera abang cik aku buat harta sendiri. baru jumpa minat dengan kamera. tangkap gambaq, seting haribulan dan masa pun tak buang.

p/s/s: gambaq diatas, aku tangkap guna kamera casio ex-z60. aku sangat suka kamera itu.

Friday, January 27, 2012

challenge



serius. aku tak suka guna perkataan challenge sebagai alasan untuk aku melakukan sesuatu.
dah bertahun aku guna alasan 'aku nak' atau 'aku suka' bila nak buat sesuatu.

sebab.
kalau aku buat sesuatu sebab nak challenge diri,
aku akan rasa stress. mesti ada sesuatu yang nak dibuktikan. bila tak dapat buat seperti yang diharapkan, aku akan sedih.
aku tak suka perasaan itu semua.

maka,
aku hanya buat sebab aku suka, aku nak cuba, atau aku nak.
jadi, apabila apa saja yang mendatang, baik atau buruk,
aku terima saja tanpa stress yang melebih-lebih.
aku lebih enjoy. aku lebih selesa. aku lebih releks. dan aku hepi.

contohnya mudah.
macam aku ambil keputusan nak keja kat kedai buku ni.
alasan aku hanya, aku suka buku, dan aku suka kedai buku ni. maka aku nak cuba buat benda yang melibatkan benda yang aku suka. dan aku tahu, benda baru ni boleh memberi aku sesuatu.
bukan sebab nak keluaq dari kepompong lab dan nak challenge diri mengadap benda yang lain dari benda yang aku selalu mengadap.




aha.
selain guna alasan 'aku suka', 'aku nak' dan 'aku nak cuba',
aku juga pernah guna alasan 'aku perlu buat'. tapi sangat jarang.
bila guna 'aku perlu buat', stressnya memang tinggi, tapi memang dah perlu buat, bukan sebab nak saja-saja challenge diri ke apa.
benda yang perlu buat ni selalunya wajip. wajip sebab alasan2 tertentu.
benda challenge ni selalunya tak wajip sangat. tapi kalau buat ada stress. biaq tak payah buat ya dak.
so buat saja sebab suka, sebab nak cuba.

nak belajaq diving, sebab suka coral dan laut. bukan sebab nak challenge diri dengan laut luas.
nak cuba buggy jumping sebab nak cuba sekali dalam hidup. bukan sebab nak challenge diri dengan ketinggian.
nak pi backpacking keliling dunia sebab memang nak tengok dunia. bukan sebab nak challenge diri mengadap dunia luaq.


ok. aku hanya tak suka perkataan challenge itu diguna sebagai alasan.
itu saja. sebab definasi challenge bagi aku adalah bersamaan dengan stress.
stress yang sengaja cari.



hepi hepi selalu!!!