Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Sunday, May 31, 2009

berbilang bangsa?

aku sangat jarang menulis dan memberi pandangan disini mengenai isu-isu semasa sama ada dalam negara atau luar negara.
bukan kerna aku tak peduli.
bukan kerna tuli.
juga bukan kerna sudah bosan.
tapi kerna aku tidak mahu.
tidak mahu menjadi bodoh sombong.
dengan memberi komen terhadap perkara-perkara yang aku sendiri tidak jelas.
yang aku sendiri tidak arif.
dan yang aku sendiri tidak pasti disebelah mana sebenarnya aku berdiri tegak.
biarlah orang yang lebih arif dan jelas memberi pendapat dan komen..
aku hanya membaca dan memerhati.
dan seterusnya berfikir sendiri. menganalisa sendiri.
adakah aku perlu mengiakan atau menolak pandangan-pandangan tersebut.
biarlah aku bersuara tentang perkara-perkara yang aku pasti dan jelas sahaja.
tapi...
selepas aku membaca isu perkauman yang diluahkan oleh zahiril adzim,
aku terasa mahu meluahkan sikit perasaan aku disini.
isu ini memang menjadi-jadi.
semakin hari semakin kita berbincang mengenainya.
sebelum ini kita tidak nampak sejauh mana masalah ini.
ni berlaku pada aku sendiri.
semasa aku masih disekolah aku tak pernah nampak ianya adalah satu masalah yang sangat berat.
media-media selalu menyatakan bahawa negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum yang mampu hidup aman damai dan muafakat.
satu perkara yang diterap kepada rakyat malaysia untuk dibanggakan.
satu perkara yang sering dipromosikan oleh malaysia untuk orang luar.
tapi...
sejauh mana kita yang berbilang bangsa hidup aman damai dan muafakat?
adakah dilubuk hati kita ini, kita betul-betul suka akan bangsa lain?
dan menerima mereka untuk seiring dan sejalan dengan kita?
mengambil satu contoh yang berada disekeliling aku...
contohnya...
jika seorang perempuan melayu bersahabat baik dengan seorang lelaki cina.
keluar bersama, jalan bersama, duduk bersama dan gelak bersama.
ini akan menimbulkan persoalan yang pelik di kalangan orang sekeliling.
sama ada dimata masyarakat melayu atau cina.
kenapa perlu begitu?
kenapa perlu ada kepala yang berpaling seolah-olah mereka adalah mahluk asing?
padahal kita semua manusia yang berkawan dan bergaul.
kenapa perlu ada persoalan-persoalan pelik yang ditimbulkan?
kenapa berkawan dengan lelaki cina?
kenapa perempuan melayu?
kenapa? sudah tak ada orang lain ke untuk berkawan?
kenapa berkawan dengan melayu yang tak berwawasan dan malas?
kenapa berkawan dengan cina yang kencing tak basuh dan tak berkhatan?
YA ALLAH!!!
sampai kesitu orang sekeliling akan mempersoalkan!!!
pelik betul.
pelik apabila kita yang kononnya bangga kerana malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan mesra....
sungguh pelik bagi aku....
sungguh!

2 comments:

arixahmad said...

babe,
sesama manusia ada sifat CHEM...

urs dear

husna said...

chem ha??
maybe!
mayb gk sbb sakit mata.
atau prihatin?