semalam aku beli lagi majalah.
dalam masa tak sampai 3 minggu, aku dah beli L.A.P.A.N majalah!
perabes duit betui!!
3 majalah lama rm5 (Spin, Wired dan Everywhere), aku beli semasa KLIBF dulu, 2 majalah bulanan mestibeli (Cleo dan Marie Claire), 1 majalah yang mungkin akan jadi bulanan (Asian Geographic) dan semalam aku tambah lagi 2 majalah (Junk dan Escape).
Meh aku cerita skit pasai majalah-majalah aku beli....
1. Spin
keluaran July '08. Aku beli sebab cover dia Coldplay. Kalu aku jumpa mana-mana majalah yang ada interview ngan Coldplay sure aku beli punya! Walaupun yang dah lama dan lapok. Dulu aku pernah beli Rolling Stone yang ada interview Coldplay tuk album X & Y, jugak yang lama dan lapok punya. Aku hanya sempat baca 9 muka surat interview Coldplay ja.
Status: tak habes khatam, bila nak bg habes baca pon tak tau bila...
2. Wired
keluaran Jun '08. Zati kata Omar Yaghi pernah masuk majalah ni..so aku pun beli la nak tau ape ke jenis majalah ni. Wired majalah pasal sains dan tekno. Artikelnya sangat best, tak boring, kelakar, berinfomarsi dan warna-warni!
Status: tak habes kahatam, nanti lah!
3. Everywhere
issu ke 3. Majalah yang paling berbaloi aku beli semasa KLIBF! Hampir 90% artikel dan gambar adalah dari pembaca. so banyak sangat tempat-tempat menarik yang tak pernah tau sebelum ni dan tak pernah ditunjuk dalam majalah lain. Isu utamanya plak pasal slow travel. maka bertambah lah senarai tempat aku nak pergi dan senarai kaedah travel.
Status: habes khatam! laju jer baca..
4. Marie Claire
Majalah ni aku beli seiring dengan peningkatan usia aku. Yang paling aku suka pasal majalah ini adalah, artikel-artikelnya berkisar tentang masalah dan kejayaan wanita di Malaysia dan seluruh dunia.
Status: habes khatam
5. Cleo
Ni majalah yang dah lama aku kenal. sejak sekolah menengah lagik. dan dah 3-4 tahun aku wajib langgan tiap-tiap bulan. Sebelum tu suka hati jer beli. Aku ingatkan nak stop Cleo bila aku stat beli Marie Claire, tapi tak jadi..aku sangat suka motivasi dan nasihat yang diberi serta saranan produk kecantikkan dan fesyen yang aku mampu beli.
Status: tak berapa habes baca lagik.
6. Asian Geographic
Aku baru beli 2 issues stakat ni dan aku sangat suka majalah ni. Dalam Asian Geo ni, yang paling aku suka adalah gambar-gambarnya, juga seperti dalam National Geo, cantik sangat...Melalui Asian Geo ni, aku bukak mata betapa besarnya asia, betapa banyaknya muka dan tempat yang aku tak pernah kenal, betapa cantiknya asia, betapa seriusnya masalah yang dihadapi asia dan betapa banyaknya benda yang aku tak tau dan tak ambil peduli.
Status: baca lompat-lompat, tapi akan dikhatamkan jugak.
7. Junk
Aku beli sebab ada pasal Steve Aoki dan Mark "The Cobrasnake" Hunter. Aku selalu gak bukak web thecobrsnake tuk tengok gambo-gambo dia. Diaorang akan datang ke Malaysia tuk U.O.X Play Future pada 30 May ni. dan untuk edisi may ini jugak ada artikel pasal musicians cakap pasal emak mereka semperna mother's day. Melalui majalah ni, aku dapat tau gak la nama-nama band kat malaysia yanga aku tak pernah dengaq. tapi aku tak suka sangat majalah ni sebab gaya hidup dan sosial yang dibawa didalamnya. selalunya aku baca atau selak-selak kat newsstand jer.
Status: tak habes baca dan tak pasti samaada nak baca lagik.
8. Escape
Ha! ni majalah yang aku beli dengan sebab yang tak berapa pasti. aku tak suka sangat majalah yang tunjuk percutian-percutian yang mewah. aku lebih suka majalah macam Everywhere sebab lebih bermakna dan mencabar. tapi melalui Escape ni, aku dapat tau ada tempat percutian kat Ireland, Ring of Kerry. tempat yang landscapenya sangat la cantik, macam dalam fairy tale jer dan siap boleh lawat castles yang besaq-besaq lagik..fiuh..bertambah la lagi senarai tempat nak pergi..huhuhu
Status: baru selak-selak, nanti akan dihabeskan jugak.
Pastu....ni satu lagi masalah besaq..pelupusan majalah lama aku. yang tahun lepas dan 2 tahun lepas punya. kebanyakkan nya Cleo dan Marie Claire. nak buang sayang...nak jual tak laku..ingat nak sedekah kat klinik-klinik atau opis-opis tuk dibaca oleh orang-orang yang menunggu di klinik/opis. tapi tak sempat lagi.. maka tersadai dan makin bertambah majalah kat bilik..dah boleh buat bedside desk dah..
Pastu tak masuk lagi majalah yang aku dan romate aku rembat. majalah yang ditinggalkan/dibuang oleh student undergrad yang cuti sem. dan...sekarang ni majalah berselerakkan dalam bilik aku..
p/s: teringat aku masa zaman sek men dulu...aku selalu perabes duit beli majalah hiburan Hai, rm2 tiap-tiap minggu. pastu up skit beli Lime, Galaxie dan Utopia..
3 comments:
aik...bkn ke kata ari tu nk save budget...?
Husna,
aku pon dah terjangkit dengan ang..
gila beli mag..
adeh...lpas nih kena adakan bajet khas tuk beli mag..
tapi xrugi baca mag..
banyak info yg leh dapat..
tui x, husna?:)
kak nadiah: ngeh ngeh..cannot help la kak nadiah!
zati: hehehehe..betui betui! tp kalu aku beli mag yang bagus tak pa gak..ni beli junk n escape..mmg perabes duit.
Post a Comment