Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Sunday, July 12, 2009

three weeks with my brother

Three Weeks with My Brother
by
Nicholas and Micah Sparks


Dah lama aku habeskan buku ini. tapi baru sekarang aku ada peluang untuk kongsi tentang buku ini. buku ini sangat bagus dan sememangnya aku sangat suka akan buku-buku yang menceritakan sejarah hidup penulis dan perasaan beribadinya sampai dia dapat menulis dan memberi inspirasi kepada para pembaca.



Three Weeks with My Brother menceritakan pengalaman penulis, Nicholas Sparks dan abangnya, Micah Sparks selama tiga minggu perjalanan ke tempat-tempat yang eksotik di serata dunia. Sepanjang percutian mereka itu, nicholas dan micah yang mempunyai personaliti yang berbeza, mengimbau kembali sejarah hidup dan keluarga mereka. ibu mereka meninggal dunia kerana terjatuh dari kuda, bapa mereka meninggal dunia kerana kemalangan dan satu-satunya adik perempuan mereka meninggal dunia kerana barah otak. jadi tidak hairan lah kenapa kesemua/kebanyakan novel-novel nicholas sparks (contoh: a walk to remember, the wedding, the note book, dll) menceritakan tentang kematian, kehilangan dan bagaimana watak-watak tersebut bangun kembali.



Antara perkara-perkara yang aku sangat suka/pelajari/ketahui dari buku ini adalah:


1. insecurity. hakikatnya semua orang mempunyai insecurities masing-masing. walaupun kepada penulis popular! nicholas selalu berasa insecure semasa dia membesar. aku juga mempunyai insecurities semasa aku membesar, mak abah tak sayang lah, tak ada kebolehan tersendiri lah, semua orang tak suka lah, tak pandai lah, macam-macam lagi lah.. dan kini aku juga maseh mempunyai insecurities yang tersendiri, tak yakin diri lah, ada orang tak suka lah.. dan yang penting, jangan biarkan perasaaan insecure itu memusnahkan diri sendiri. bukan kita sahaja yang berperasaan begitu, hakikatnya semua orang juga mempunyai insecurities yang berbeza.


2. setiap orang melayan setiap orang dalam bentuk yang berlainan. layanan ibu-bapa kepada setiap anak. layanan rakan kepada rakan-rakan. ibu-bapa sayangkan semua anak-anaknya. tetapi ibu-bapa melayan anak A kurang sedikit sebab anak A sangat berdikari. manakala anak B, ibu-bapa melayan lebih sedikit kerana anak B manja dan tidak pandai berdikari. berbeza layanan mengikut personaliti anak-anak walaupun mereka akan terus mengatakan " mak dan ayah sayang sama rata semua anak-anak kami " apabila kita memerontak " mak ni, suka sebelahi adik lebih, mak tak sayang abang! ". hanya anak-anak yang dapat melihat perbezaan itu. begitu juga dalam berkawan. C bercakap agak kasar kepada D kerana bagi C, D adalah seorang yang jenis tak kisah dan tak sensitif. manakala C selalu berjaga-jaga apabila bercakap dengan E, kerana bagi C, E seorang yang sensitif dan cepat marah. hakikatnya C sayang akan D dan E.
kesimpulannya, jangan fikirkan ada anak-anak tertentu tak perlukan lebih perhatian dari ibu-bapa. tapi mungkin aku salah?? kalau aku jadi ibu nanti baru aku lebih faham kot.. kalau dalam berkawan pula, jangan fikirkan rakan-rakan tertentu tak sensitif. hakikatnya semua orang ada perasaan dan sensitiviti. aku juga perlu berubah. juga sedang berubah untuk lebih sensitif terhadap perasaan orang lain.


3. nasihat emak nicholas dan micah yang paling aku suka: (1) it's your life. (2) no one ever promised that life would be fair. (3) what you want and what you get are usually two entirely different things.


4. tempat-tempat eksotik yang mereka lawat. antaranya, yaxha and tikal, guatemala; cuzco, machu picchu, peru; easter island, chile; rarotonga, cook islands; angkor, cambodia; vallentta, malta.

No comments: