Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, August 31, 2009

religious skepticism: ini lagi aku takut...


dah lama aku baca hal Religious Skepticism ini di blog saiful islam. baru hari ini aku nak berkata-kata sesuatu skit..
religious skepticism... kalau kita silap menghalakan pemikiran kita, mungkin kita akan terjebak atau mungkin tanpa sedari, kita juga sudah berfikiran seperti itu.
memang aku sangat setuju akan saiful islam. apa yang kita fikirkan, apa yang kita anggapkan, bagaimana kita bertindak, sehingga boleh menjadi religious skepticism adalah hasil daripada pengalaman kita dalam agama ini sendiri... dengan masyarakat yang beragama ini sendiri...
aku berdoa supaya fikiran aku tidak dicemari dan dipesongkan walau dimana aku berada... walau apa jua ilmu yang aku pelajari... walau apa jua keadaan dan peristiwa yang aku alami..
dan supaya jiwa dan fikiran aku sentiasa berada pada jalan yang lurus... pada jalan yang diredhaiNYA...amin....
aku tidak sanggup melihat agama aku musnah dan runtuh... seperti agama lain..
aku amat takut...
takut nanti aku mati bukan dalam jalan yang lurus tanpa aku sendiri sedari...

aku takut la babe

aku takut pada perubahan.
aku takut pada penukaran.
aku takut ia hanya secocok menjadi mimpi sahaja.
atau secocok menjadi hobi sahaja.
aku takut pada kepayahan.
dan juga pada kesulitan.
aku takut untuk berjuang.
aku takut untuk bekerja keras.
aku takut untuk hidup susah.
walaupun sudah sedia maklum, susuh-susah dahulu, senang-senang kemudian.
aku takut untuk keluar dari zon selesa aku ini.
aku takut pada percubaan.
aku takut pada langkah pertama.
dan lebih tepat lagi,
aku takut pada KEGAGALAN.
dan mungkin pada angka sifar.


tak perlulah aku penyemakkan fikiran aku dengan perkara yang belum pasti itu bukan??..
perkara yang tak akan berlaku dalam masa sekurang-kurangnya 4 bulan ini..
tenanglah hati.. apa yang buruk perangai sangat nih??
sekarang hanya perlu FOKUS.
fokus dengan apa yang ada disekeliling.
dengan apa yang jelas dihadapan sekarang.
dengan apa yang aku wajib habiskan dan tamatkan. bukan pada perkara yang samar-samar itu..
genggam bara api, biar sampai jadi abu.
itu yang patut aku pegang sekarang mungkin..




p/s: selamat menyambut hari KEMERDEKAAN kepada semua!

Saturday, August 29, 2009

afrina di lab aku





cuti hujung minggu ni panjang skit.. so ramai kengkawan lab balik kampung... aku tak balik konon nak buat kerja... dan dok menanti penuh saspen kedatangan The-Big-Bos..

dah dok sorang-sorang ni.... aku malas la nak bukak posa dan stay kat hostel sorang-sorang... aku pi rumah abang caq aku...
hari ni aku datang lab... abang aku suruh babysit-kan anak buah aku Afrina yang manja tu... dia ada kerja kat kilang dia...
kesian gak kat anak buah aku nih... bosan dia... aku suruh melukis sudah... aku suruh menulis sudah... aku bagi tengok Bolt pun sudah.. nyanyi sambil petik gitar abah dia yang aku-pinjam-dan-peram-kat-lab ini pon sudah...
aku nya kerja sendiri pon macam merapu jaaa... baik aku balik rumah abang aku layan DVD ka.. HBO kaa.. best gak kan... hehehehehe...

ehem... tak leh tak lehhh...
aku kena kerja keras... kalu tak... tak berbaloi la aku stay kat penang masa cuti hujung minggu ni... baik balik kampung bukak posa ngan mak abah kan...

Friday, August 28, 2009

untuk raya nanti


tak cukup kalut pasal projek...
aku join sahabat-sahabat aku mengkalutkan diri dengan persiapan dan perancangan hari raya...
walaupun puasa baru nak masuk seminggu...
raya nanti aku plan nak pakai selendang.... arix dan zati pulak nak bergaya tudung syria..
kemarin... kami membuat misi mencari selendang dan tudung syria... aku beli 1 selendang tuk cuba dulu... sebab tak pernah pakai pon sebelum ni... arix dan zati beli tudung syria...
balik ke lab terus cuba pakai... aku pun lilit la selendang tu suka hati dengan bantuan sahabat-sahabat...
tak cukup dengan itu.... siap cari tudung kat online lagik...
arix dan zati gila tengok tudung syria di blog ini....
dan kami telah pun membeli tudung di blog ini..
hampa tengok la 2 blog ini... kot kot ada yang berkenan dihati.
aiiiii... puasa baru seminggu, tapi dah perabes duit beli tudung bagai....
p/s: sori gambo edit tu tak tersusun... aku tak pandai guna photoshop...

Wednesday, August 26, 2009

bertenanglah...


bila aku terfikir atau teringat tentang magnitude sebenar keperluan menyiapkan semua eksperiment dan tesis dalam masa 2 bulan ni....
aku jadi tak keruan...


dan sekarang aku sangat tak keruan..
gundah gulana..
mau lari jauh-jauh..
jerit kuat-kuat..


oh...bertenanglah wahai hati...
dan teruskan melangkah.




p/s: dan aku baru ja nangis tadi....

p/s/s: aaiiii... bosan sungguh kan dok asyik baca pasai kerisauan dan kekalutan yang aku alami sekarang??

p/s/s/s: skarang aku tak dak cerita lain nak tules selain pasal kerisauan dan kekalutan ini... hahahaha



Tuesday, August 25, 2009

hari ini meraikan 2 perkara...



buka puasa..

makan-makan..

meraikan 2 perkara.
1. rezki zati bertambah..
2. The-fourth berjaya puasa penuh dari terbit fajar hingga terbenam matahari buat pertama kali..

alhamdulillah...YEY!

genting nih!






dah nak masuk bulan 9 ni wei!

macamana ni husna wei!

tak kira...
hidup ke mati ka...
eh. cop cop cop.
cam menakutkan jer ada guna mati-mati nih.


ehem.

tak kira cukup masa ke tak.
mustahil ke tak.
nak terbalik ka. nak terbongkang ka.
tak tidoq 30 malam ka.
nak melalak ka. nak sasau ka.
nak nangis ka. nak teriak ka.

aku kena siapkan.
siapkan tesis dan eksperiment.
genting nih!

yeah!
semangat cam ni yang kita mau!



Sunday, August 23, 2009

selamat meyambut ramadhan 1430H


cam lambat jer aku nak buat ucapan...
takpelah..
selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan!
kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan, kenalan-kenalan, adik-adik, kakak-kakak, pelawat-pelawat blog dan cek yah sayang..
semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua...
amin..
:D
p/s: cek yah sayang...kak na sambut posa kat umah... jangan jeles na. muaahh muaahh sayang cek yah!
dan hari ini merupakan besday kak nadiah...hepi besday kak nadiah sayangg...

Wednesday, August 19, 2009

skarang cergas, siang tadi hati terbakar...


jam 4.00 pagi
lepas dok potong sampel tuk SEM esok (aha aku bokbalik sampel ke bilik)..
aku kemas bilik yang semak ni.. kemas la skit skit supaya tak sakit mata tengok baju tak berlipat, katil tak berkemas, barang-barang selerak atas lantai..
mata aku cergas semacam ja ni. sebab pekena kopi kacip fatimah power root kot.
satgi nak nuleh jap...


sunyi-sunyi cam ni best skit nak buat kerja, nak nuleh atau nak miker.
tadi siang aku tak buat kerja sangat...
dok banyak perabeh masa dengan tahan marah dan tahan untuk tak terus CLK-kan atau BDH-kan orang-orang yang kuat ngipas dan yang dah tak de keja nak buat selain nak mengisukan perkara yang remeh temeh dan tunjuk kuasa tu..
abes tu, aku pon sejukkan hati dengan nonton video konset coldplay kat MTVworldstage Japan..
eheh tak patut tak patut.. patutnya aku ngaji koran ka, zikir ka tuk sejukkan hati ni..
ngeh ngeh...

uish... sakit hati tul aku tadi.... tapi aku sian lagi kat sahabat aku aini...
dalam aku nak tobat tak mau cepat marah ni, ada ja dugaannya...
dah la nak Ramadhan nih...






Monday, August 17, 2009

mak oi!

' laziness may appear attractive, but work gives satisfaction.' - Anne Frank


mak oi!
The-Big-Bos mau datang minggu depan.
aku rasa cam nak nangis, nak sasau, nak jerkah kat orang, tension bagai, tak mau tidoq 4 malam, nak lari jauh-jauh ataupun balik tidoq kat hostel...



p/s: aku mau baca diari Anne Frank. tapi kena tunggu masa yang sesuai sket.

semalam petang hujan...

semalam punya ni.
lewat petang ahad.
husna dan zati.
di kedai kopi kegemaran.
tunggu hujan reda.








Friday, August 14, 2009

setelah lama tak masak di situ...


hari ini tercapai hasrat mau masak setelah lama tak masak disitu. walaupun disitu dah agak-agak nak kena ban bawa masuk periuk oleh orang gila kuasa. oh. aku sudah berjanji tak mau cepat marah dan kata kat orang.

menu: spaghetti bolognese.
tukang masak: arix.
tukang tolong: zati dan aini.
tukang kemas skit-skit: husna.
tukang kupas pencuci mulut: The-fourth.

kedai kopi kegemaran buat masa ini

dulu kami pernah puaka kedai ni. skarang makin kerap plak pi makan kat kedai kopi depan hostel aku tu. aku suka suasana dan makanan kat situ. tapi baru-baru ini ada yang mengganggu keselesaan kami disitu. ada seorang pelayan kedai kopi yang sangat dedikasi sampai sering lari-lari dalam kedai. seriau kami tengok. takut terlanggaq itu ka, ini ka. rasa cam nak pi tegur/komplen. tapi bila teringat yang aku ni tak berapa mahir lagi nak tegur/komplen orang dengan sopan lagi santun, maka aku pun batalkan niat nak tegur/komplen.



~nasi + sup hot n spicy kesukaan aku~

~layan kopi o sambil baca theSun pemberian mr ng kesayangan~

la dah ngantuk. mau balik hostel zzzzz. dan mungkin akan borak ngan romate jap sebelum zzzzz..

esok? jadual tak tentu lagi. yang pasti, kena buat kerja lebih skit dan makan kurang skit..



Wednesday, August 12, 2009

nabilah konvo

tadi.. kali ini nabilah romate aku lak konvo... TAHNIAH yer cik NABILAH. dalam dok takut H1N1, aku gagahkan diri pi sambut dia dengan bunga 2 3 kuntum kat luaq dewan. si adik manis ni merupakan romate aku dari bulan nov tahun lepas sampai la sekerat hari esok.. sorang-sorang romate aku tinggalkan aku.. si adik manis ni orang ganu. budak coursework fizik. muda lagi. dia panggil aku kak husna. dia lah orang yang memperkenalkan blog zahiril adzim kat aku. dia jengok blog zahiril tiap-tiap hari. tapi bila aku suruh dia undi zahiril masa shout! awards, dia kata dia minat faizal tahir lebih lagi... kalau dia suka sesuatu filem, dia akan tengok hari-hari kat laptop dia tanpa jemu sampai la dia jumpa filem baru untuk diulang.. sweet punya budak.. dia selalu jaga malam, sebab semua kelas dia berlangsung pada malam hari dan dia buat semua kerja pada waktu malam. bila aku nak tidor tapi dia nak buat kerja pada awal pagi, dia berkeras nak tutup lampu walaupun aku pun berkeras sama kata tak payah katup. dia pon tergolong dalam senarai romate aku yang suka kemas cadar. kemas cadar tegang-tegang sampai tak sanggup nak pi tidoq. kawan-kawan dia pon suka mai dan lepak bergosip kat bilik aku.. suka aku dengaq gosip depa. nanti bilik aku sunyi laaa.. tanpa romate. tanpa nabilah sweet.




~aku rasa setiap sedutan nafas aku mengandungi H1N1. takut gak wei!~

lepas sambut nabilah... aku bergegas ke kelas lab. nasib baik budak-budak tu agak baik hari ini. tak la aku panas cam semalam. esok aku ada kelas lagik. maraton ngajo lab minggu ini.

tag about 6th

kak nadiah tag aku..


These are the rules:

1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.
2. Select the 6th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.


gambaq ni hampir setahun yang lalu. bulan posa masa tu. masa ni skol kimia ada fire drill. semua orang opis, lecturers, pembantu makmal dan students turun ke kawasan berumput belakang skol. kasihan kat student yang tengah ada kelas lab, kena stop eksperimen pastu turun dengan lab coat skali. masa tu panas wei. gambaq di atas blur-blur skit. yang bertudung hitam itu naim dan yang berbaju biru tu student phd dari pakistan, dok aras organik tapi aku lupa nama dia. aku ada tangkap gambaq skit. sila klik disini untuk lebih gambaq okei.



4. Then challenge 6 blogging friends to do the same!
  1. arix
  2. marina
  3. naim
  4. alla
  5. kak sita
  6. dr rosenani

Tuesday, August 11, 2009

husna, hepi dan malas. bolehkah berada dalam satu ayat? AYAT 3 dan kesimpulan bagi ayat 1, 2 dan 3.



ayat 3: adakah husna boleh katakan bahawa dirinya sangat hepi sekarang kerana dia malas untuk melakukan kerja kecuali tulis blog?

aku pernah terbaca bahawa: jangan keliru antara perasaan malas dan hepi.

kesimpulan ayat 1, 2 dan 3: husna, hepi dan malas TAK BOLEH berada dalam satu ayat. mungkin aku keliru antara perasaan malas dan hepi. mungkin selama ini aku silap. selama ini aku selalu samakan malas dan hepi. sekarang husna perlu berubah. walaupun sikit demi sedikit. buang pendapat bahawa malas = hepi. kena terapkan malas = mampos la hang. dan husna = hepi!



aku mau sambung kerja sudah. akhirnya aku sudah mau berhenti merapu...



p/s: sejak bila aku suka tulis banyak-banyak ni?


husna, hepi dan malas. bolehkah berada dalam satu ayat? AYAT 2:



ayat 2: hari ini husna simpulkan sebagai hari malas sedunia. cop cop. bukan... hari paling malas sedunia.

cerita pasal hari-hari malas ni memang tak pernah berakhir. ada ja hari yang aku malas. atau hari yang sangat malas. nak cari yang tak malas tu susah skit.

mak aku tak bagi dok selalu kata malas...malas... nanti jadi besa.

abah aku plak pernah plan nak tukaq nama aku,husna kepada nama lain yang tak ada 'na' dibelakang. sebab dulu-dulu masa aku sekolah, aku suka malas dan suka meng-le'na'-kan diri.

aku teringat kisah aku semasa jumpa dr norlela di pusat kesihatan. masa tu aku demam. dr norlela berkata, "kalau dah mula rasa nak demam, cepat-cepat makan panadol". aku pun mengangguk. dia berkata lagi, "rasa mula nak demam ni, macam kamu rasa tak sedap badan...malas-malas....". aku pun cuba membayangkan macamna dikatakan tak sedap badan atau malas-malas tu.. tapi dr norlela sambung lagi.... " ka kamu hari-hari rasa malas-malas". ADEH. amek aku. ada cop pemalas kat dahi aku ka?

kesimpulan dari cerita diatas: aku kena stop kata malas kot, walaupun dok memang tengah malas. ingat pesan mak tu. walaupun aku tak pernah berubah. tapi kalau ada hajat nak berubah oke kan?

husna, hepi dan malas. bolehkah berada dalam satu ayat? AYAT 1:



ayat 1: sekarang husna berada dalam fasa paling hepi dalam hidupnya.

tadi aku baru habes baca theSun (surat khabar yang selalu diberi oleh mr ng. dia kutip free kat bangunan canselori. dia pas surat khabar tu kat aini sebab aku tak sempat jumpa dia hari ini. mr ng berkata, " aini, give this to husna comel". aini selalu cemuih kalau mr ng kata aku comel).

eh melalut pasai mr ng kesayangan lak. okei. berbalik pasal theSun. aku baca pasal Lenka mai malaysia. dalam interview, Lenka kata, " i cant write songs when i am happy because i will living in the moment. i usually write songs when i want to be happy".

aku teringat la masa dolu-dolu aku suka/pandai tulis sajak/puisi. ececeh. ngaku pandai tulis sajak lak... dulu aku ingat aku pandai tulis sajak. tulis sajak sedih atau marah. pastu kini aku dah tak pandai tulis sajak. aku ingat aku ni kena writer's block. ingatkan kena writer's block untuk menulis sebarang benda termasuk tesis. dan bila dah baca pasal lenka ni baru aku sedaq. rupa-rupanya aku dah tak pandai tulis sajak sebab kini aku merupakan seorang yang tengah hepi dengan hidupnya. aku hanya boleh tulis sajak bila aku sedih atau marah sahaja!

kesimpulan cerita berbelit ini: aku tengah menjalani hidup yang hepi sekarang dan aku bukan nak samakan diri aku dengan lenka. sungguh!

gilo punya maleh

skarang

mood: gilo skit. gilo punya maleh nak buat kerja.
eksperiment buat kusyen sendirik banyak lagi.
tuleh tesis masih tunggang langgang walaupun dok banyak tiru ayat tesis SV sendirik.
nak tidoq siang tak ngantuk la plak. kes pelik ni aku tak tidoq siang kat dalam lab tu lagi.
pesta konvo ke-40 tengah berlansung di luar nun. tepi skol aku ja. keluaq jalan 10 langkah dah pon boleh sampai. tapi takut H1N1, tempat orang ramai, so tak pi pon.
dok merapu gelak kukikuki baca blog hilangpunca.com dari tadi lagi.
bulan ni seperti bulan-bulan sebelumnya, dok merapu aja.
walaupun tau masa makin mengejaq.
tu nama dia cari penyakit sendiri plus tak belajaq dari pengalaman terdahulu.

sudah-sudah la wei husna.
pi buat keja nu.
oohhh.
baru teringat co-SV mau pi sabah esok.
alaaa..
tak mencabar la kalu nak mai lab lambat nanti..




Monday, August 10, 2009

kids + model







aku copy gambar ni dari blog Sartorialist. dia buat shoot dengan anak-anak dia dan rakan-rakan mereka.. aku sangat suka tengok gambar-gambar kanak-kanak serta personaliti yang ditunjukan oleh mereka dalam foto. tapi bila tengok kanak-kanak ni bergaya seperti model, agak creepy bukan? aku teringat iklan GAP kids. creepy jugak. terlalu komersial dan serius sangat. seperti kanak-kanak dalam foto pertama tu..



p/s: ngeh ngeh. ni la keja aku kalau dok depan komputer yang ada internet.. sambil-sambil tulis tesis..tapi tulis blog lagi banyak..
dan arix tak habes dengan spikulasinya...konon aku dah mau kawen dan mau baby tatkala aku sedang seronok tengok gambar baby atau budak-budak..uish syuh!

untuk The-fourth

jangan sedeh-sedeh na.
nak u hepi selalu.
tahu u sedeh sangat. walaupun u tak mau tunjuk sikit pon.

i dah nak insaf tak mau CLK orang. tak mau gosip pasal orang. tak mau kata kat orang. tak mau marah-marah kat orang.
tapi...
i baru ja marah-marah kat orang yang sebabkan u sedeh. i pon tak boleh tahan tengok u di buat macam tu.

hepi selalu na.
walaupun i tak dapat bantu u apa-apa.

hepi selalu na.
walaupun tahu susah u nak buat.

hepi selalu na....

kami sayang u!

does my head look big in this?

dari
Randa Abdel-Fattah



buku ini aku pinjam dari zati. Amal Mohamed Nasrullah Abdel Hakim, seorang Australian-born-Muslim-Palestinian yang berusia 16 tahun dan tinggal di Melbourne , membuat keputusan untuk memakai hijap sepenuh masa. satu keputusan yang amat besar. Amal kuat menghadapi prejudis serta mahu kuat dan tabah dalam keputusanya itu. selain itu, Amal juga seperti remaja lain, fikirkan tentang sekolah, cita-cita, fesyen, kawan-kawan, buli dan budak lelaki paling cute di sekolah.



ada 2 perkara yang aku banyak terfikir lepas baca buku ni..

1. seperti kata zati, kita sangat beruntung kerana berada di malaysia. bukan di negara yang majarotinya 'white'. tak perlu risaukan jika mahu mempraktikan islam atau risau akan prejudis terhadap islam.

2. tentang perbezaan pendirian. bagaimana kita mahu kuat dengan pendirian kita sendiri jika ia berbeza dengan orang lain? adakah kita perlu membuang pendirian, prinsip dan perbezaan kita semata-mata mahu seiring dengan orang lain? dengan masyrakat? dengan budaya orang lain?
ini membuatakan aku teringat tentang nasihat Morrie yang paling aku suka dalam Tuesday with Morrie;
' the culture we have does not make people feel good about themselves. and you have to be strong enough to say if the culture doesn't work, don't buy it '
tetapi, bukan senang mahu terus dan tetap berpegang dengan pendirian dan pendapat sendiri pabila ia berbeza dengan orang lain bukan? terutama di fasa membesar. kita sentiasa mahu diterima orang lain bukan?




p/s: aku telah cuba sedaya upaya untuk tidak mulakan review ini dengan ayat " Buku ini menceritkan....". aku tak pandai menulis. sungguh!



Sunday, August 09, 2009

A atau D?

hari cuti + hari hujan + tak pi lab + sejuk + selimut + novel + tidur lebih 12 jam = ???

A: blessed

B: hurray hurray! bahagia skali!

C: guilty pleasure.

D: nak mampos?? kerja banyak lagi tak siap!!



jawapan: absolutely A.


hhmmm...better D kot...



p/s: siapa aku paksa jadi jurukamera? semua kredit kepada cik zati.

Friday, August 07, 2009

bleach kembali dalam hidup..


ni apa cerita nih..
aku dok search pasai bleach plak..
hehehehehe.

aku teringat pasai anime kegemaran aku nih.
dah lama tinggai..
dah tak ingat bila last tengok.. setahun lepas? dua tahun lepas?
rupa-rupanya dah banyak giler episod yang aku tinggai.
dulu seingat aku, last tengok dalam episod 60++ - 100++. masa ichigo baru balik dari selamatkan rukia.
skarang dah episod 200++.
dah lama kan aku tinggai??

ni ingat nak sambung tengok..
hehehehe..
sempat lagi disamping dok kalut malut pasai lab, eksperimen dan tesis nih..

selain anime..
dah banyak benda aku dan sahabat-sahabat tinggalkan.
drama bersiri korea. filem korea. drama bersiri jepun. maraton filem. tak ada lagi aktiviti menonton pada hujung minggu... tak ada lagi aktiviti sengkang-mata-tak-hengat-dunia-berhari-hari nonton filem/drama bersiri..
tv dah memang tak tengok. kadang-kadang jer tengok pabila di kedai mamak.
alasan biasa: sibuk! ehek
ka sebab dah berusia 25 tahun. tua?


p/s: tak tidoq lagi ni... nanti 3 orang bermata panda ini akan sasau...


pabila jumaat mau muncul

update: untuk mengetahui lebih lanjut apa yang terjadi pada malam itu..sila lawat blog arix.




masing-masing ada mug masing-masing.
dua orang se
dang berusaha gigih siapkan progress report.
satu orang lagi yang selesa memakai seluar tidur pink polkadot-nya, sedang berusaha (emmm tak la
gigih sangat) menulis tesis sambil-sambil meng-update blognya.
:D

hari: jumaat.
jam di komputer: 3.20 pagi.
merupakan keadaan biasa pabila jumaat mau muncul.
:)





p/s: yang berseluar polkadot sudah mengantuk :P

p/p/s: the proposal tuk jumaat ini?? ehek

Wednesday, August 05, 2009

hari ini mendung dan hujan aja


hari ini...
mendung aja..
hujan waktu subuh, petang dan malam..
sejuukk..



kerja-kerja..
cam biasa..
serabut. betul-betul bz. dan ada juga buat-buat bz.


esok nisfu syaaban..
selamat berpuasa semua..
:D
mau sambung kerja.


p/s: kredit tuk zati..gambar semua dari camera dia..mungkin nanti aku lebeh banyak tangkap gambo guna cam dia..dia dah bagi lampu ijau..thanx banyak2 ye zati sayang..cam baru, cantek skit kan..hehehehe

Tuesday, August 04, 2009

maju husna maju


1.30 am.
semangkuk megi asam laksa.
dua cawan kopi.
franz ferdinand.
marking lab report.


banyak lagi nih.
tapi...
mata sudah kuyu.
MAJU husna MAJU



Monday, August 03, 2009

FOKUS




aku perlu henti berangan-angan
sekarang perlu LEBIH FOKUS

Sunday, August 02, 2009

open the door, open your heart

More than friends: a saving grace novel
by Katherine Spencer



ini buku yang baru di beli oleh arix..
aku pinjam baca sebelum dia baca. aku pinjam sebelum aku habeskan buku sendiri.
simple ja cerita dia. pasal budak-budak remaja mau membesar.
tapi aku dapat memikirkan satu benda yang dia telah sampaikan..

' ..... understood the need to open doors rather than slam them shut '

pastu aku teringat kata-kata yasmin ahmad dalam theSun, selasa 28 julai yang lalu..

" if you belive in humanity, you will care for everybody. the influence to see a colourless society came from my parents, particularly my mother who has friends of all races. she brought up her children to have a positive interest in people who are different. she often told me that people are people and when you see people who are different from you, do not shut them out and do not suspect the worst in them "

ia mengingatkan aku pasal seseorang yang telah aku CLK-kan dulu.
disebabkan aku terluka. disebabkan dia berbeza. disebabkan dia tak matang. disebabkan aku rasa aku lebih matang.
aku terus CLK-kan dia. terus buang dia. terus mengata dia. terus bergosip tentang dia.
sebenarnya....aku sendiri yang tak matang. aku sendiri yang jahat kerana masih suka bergosip tentang dia. mengata dia..

aku yang patut buka hati aku dengan lebeh luas. luas seluasnya...

OGOS

1. bulan kemerdekaan

2. bulan puasa

3. bulan jimat-cermat

4. bulan untuk habeskan eksperimen

5. bulan untuk habes tules bab 1, 2 dan 3

6. mungkin dr coswald akan datang..

update: 7. besday kak nadiah; 23 ogos. ngee


p/s: wah. aku sudah sakit perut nih...boleh cirit kalu begini..