aku takut pada perubahan.
aku takut pada penukaran.
aku takut ia hanya secocok menjadi mimpi sahaja.
atau secocok menjadi hobi sahaja.
aku takut pada kepayahan.
dan juga pada kesulitan.
aku takut untuk berjuang.
aku takut untuk bekerja keras.
aku takut untuk hidup susah.
walaupun sudah sedia maklum, susuh-susah dahulu, senang-senang kemudian.
aku takut untuk keluar dari zon selesa aku ini.
aku takut pada percubaan.
aku takut pada langkah pertama.
dan lebih tepat lagi,
aku takut pada KEGAGALAN.
dan mungkin pada angka sifar.
tak perlulah aku penyemakkan fikiran aku dengan perkara yang belum pasti itu bukan??..
perkara yang tak akan berlaku dalam masa sekurang-kurangnya 4 bulan ini..
tenanglah hati.. apa yang buruk perangai sangat nih??
sekarang hanya perlu FOKUS.
fokus dengan apa yang ada disekeliling.
dengan apa yang jelas dihadapan sekarang.
dengan apa yang aku wajib habiskan dan tamatkan. bukan pada perkara yang samar-samar itu..
genggam bara api, biar sampai jadi abu.
itu yang patut aku pegang sekarang mungkin..
p/s: selamat menyambut hari KEMERDEKAAN kepada semua!
4 comments:
jangan takut husna... :)
saya ingat awak wrote b#b@ tadi... tersentak tadi..:)
takut tu fitrah manusia cuma jgn biarkn ia menguasai diri :)
kami: huhuhuhu.. thanx. hehehehe.. babe versi orang puteh... beb versi orang malaysia..
kak nadiah: yeap yeap.. thanx kak nadiah....
Post a Comment