The Namesake.
by Jhumpa Lahiri.
.
.
.
aku malas nak mangulas jalan cerita buku nih...
kat kulit belakang buku ini bertulis....
Gogol is named after his father's favourite author (Nikolai Gogol). But growing up in an Indian family in suburban America, the boy starts to hate the awkward name and itches to cast it off, along with the inherited values it represents. Determined to live a life far removed from that of his parents, Gogol sets off on his own path only to discover that the search for indentity depends on much more than a name.
.
.
tapi... apa yang sebenarnya aku dapat katakan atau peroleh daripada buku ini??
1. aku rasa buku ini sama saja dengan buku-buku hasil tulisan penulis india yang aku pernah baca. jalan cerita banyak pasal pertembungan budaya antara barat dan timur. antara budaya yang diajar dirumah dengan budaya disekeliling. terutama berkenaan perbezaan cara berchenta dan fizikal affection antara parents dia dan parents mat-salleh-s.
.
2. identiti diri. siapa kita? apakah kita bangga menjadi diri kita? bangga dengan budaya sendiri? cara hidup sendiri? dengan keturunan kita?
.
3. dapat pengetahuan skit pasal kehidupan orang bengali. terutama jika berlaku kematian....
(a) tidak boleh membawa balik barang si mati ke rumah jika si mati tinggal di tempat lain. buang atau bagi kat orang lain.
(b) menjadi 1 duty kepada anak lelaki bengali mencukurkan kepala jika parents mati.
(c) sepanjang 10 hari kematian... ahli keluarga hanya makan makanan berkabung. no daging no ikan. selalunya hanya nasik, sayur dan kuah dal yang dimasak simple.
.
4. cara jalan cerita buku ini diceritakan. ini adalah 1 benda yang aku paling suka pasal buku ni. cara penulis bercerita sangat lain daripada semua buku yang aku penah baca. aku tak tau dalam istilah kesusastraan panggil apa. apa yang pasti, bila tengah baca buku ni, aku rasa macam aku tengah bergosip panjang dengan sahabat-sahabat. kita sembang, kita gosip. dalam masa yang panjang. dari 1 topik, lompat ke 1 topik yang lain. sembang.. sembang.. cerita.. cerita.. sampailah diakhir sesi gosip atau sembang, kita akan tertanya-tanya, macamana kita boleh sampai ke topik terakhir ini. "eh, camna kita leh cakap pasal benda ni? tadi awal-awal kita cakap pasal apa tah sebenarnya??" ha gitu.... macam tu la aku rasa masa baca buku ni.. dalam 1 chapter, penulis bercerita dari 1 benda ke 1 benda yang lain...macam tak ada pengakhiran. banyak maklumat dapat...
No comments:
Post a Comment