Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Saturday, November 28, 2009

mengayuh is in

dalam famili aku, skarang ni..

apa akan terjadi jika...
kayuh bersama abang cik yang dah selalu mengayuh, laju ja...
aku dah lama tak mengayuh, ada kot 2 3 tahun tak mengayuh atas jalan raya.
kalau mengayuh pon, kat dalam gym usm, kayuh 20min, kena turun sebab orang lain nak guna.
dah lama tak jogging atau skipping atau buat pilates.
naik tangga dari tingkat satu ke tingkat 3 pun dah rasa mengah.
mempunyai berat badan skit lagi nak cecah overweight.

kesimpulannya, aku langsung tak buat exercise dalam 4 5 bulan ni... mulut ja rajin exercise, dengan mengunyah atau mengata orang...

aku ingat, aku akan...
sakit kaki yang melampau? sakit buntut melampau? nak tido terus?


tapi tak pon....balik mengayuh terus blogging, kira maseh oke la kan..



p/s: hajat hati mau kayuh 50 km pi empangan timah tasuh....




raya haji

hari ni baru aku sempat nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA HAJI
kepada semua...
maaf zahir dan batin...

aku bizi makan daging.
gigi sakit. daging lekat celah gigi. guna floss pun tak mau keluaq. ni yang aku tak brapa suka nak makan daging ni..

malam semalam, ikhwan jemput kengkawan sekolah rendah ke rumah dia.. jadilah gathering kecik kecik..
aku, dek yani, farhana, maklong, mira, siti, elmi, wandi, pepe, kerol, dzul jalal, mat shah, alif, yusri, bad, dan izwal..

aku dah lama tak jumpa mat shah.. ada la dalam 5 atau 6 tahun tak jumpa...nama ja dok belakang umah...

kalau dah ada wandi kat mana-mana reunion atau gathering... maka kisah sapa berak dalam seluar, sapa kencing masa latihan solat, sapa kena hantuk kepala dengan cikgu ali, sapa yang dok bercakap dengan tiang masa rehat, dan banyak lagi kisah dolu-dolu, akan keluar...





p/s: tak gambo lansung.kamera masuk wad. kena mintak dari kengkawan. macam bosan.

p/s/s: aku terlupa nak prektiskan benda yang fir dan daya ajaq aku, camana orang nogori dan melake say hi kat orang yang dah lama tak jumpa. celake engkau, tak mati-mati lagi?

p/s/s/s: hari ni kat kampung ada kenduri kawen, adik kawan aku kawen, umo baru 22 tahun kot.. serta merta aku rasa ak ni insan tak laku.. uwaaa..


Tuesday, November 24, 2009

semata-mata nak naik train episod 6



lagi gambar...
aku dah kata, rasa cam nak letak semua gambar..





















p/s: aku tidak melakukan sebarang kerja-kerja mengedit gambar, bagi gambar-gambar dalam siri semata-mata nak naik train ini..

p/s/s: kredit tuk zati.. sebab bagi aku pinjam kamera dia.. kamera aku belum sembuh.. trima kaseh zati...


Monday, November 23, 2009

semata-mata nak naik train episod 5

kami stay 1 malam yang sekejap itu, kat rumah sahabat marina, zani.
budak skol kimia gak.
untuk meluangkan waktu malam yang terhad itu, kami pi klcc.






trima kaseh banyak-banyak ye zani...
bagi aku tumpang rumah ko..
dan belanja makan...



p/s: aku tertinggal baju tidur kat umah zani..



semata-mata nak naik train episod 4


dah perjalanan sampai 7 setengah jam..
harus lah buat pelbagai aktiviti supaya tak boring..
aku dan marina bawak buku bagai.. mahu membaca atas train konon... dan aku konon jugak mau habeskan bacaan into the wild.
selain makan dan dok menangkap gambo..
kami jenjalan disepanjang gerabak..
supaya buntut tak kematu, duduk lama-lama...



kami lepak kat pintu tu..
konan nak bukak pintu tu dan tangkap gambo..
tapi.. takut seh..





masa perjalanan balik... kami cuba lagi.
kali ni, berani skit nak buka luas-luas.
niat dihati bila dah bukak pintu luas-luas, nak duduk atas lantai dan tangkap gambo..
tapi takut jugak seh.. tak duduk. bediri tegak saja..
maka, takat ni ja la hasilnya..
mungkin lain kali...






masa perjalanan balik, baru lah bukak buku..
marina baca buku aku bawak tuk dia, tuesdays with morrie..
dan aku plak pinjam buku yang dia bawak, 'Tis dari frank mcCourt.



semata-mata nak naik train episod 3


aku dah cakap...
benda yang paling aku suka pasal naik train lama-lama ni, adalah makan..
aku sanggup bangun 546 pagi pada hari sabtu tu, sebab nak buat sandwich. beda bekal makan atas train..
marina plak, mak dia masak nasik goreng sama ayam tandori untuk dia dan aku..






balik ke penang pada hari ahad pun sama...
bangun awal pagi, aku masak nasik goreng bodo ikan bilis liat guna perencah adabi.
breakfast, mcD.. aku terpesan kopi gak walaupun dah janji tak mau minum kopi dah...
dan mamee sebagai kudapan semasa baca buku sambil tengok permandangan..







bos, minta maaf zahir dan batin

sok Dr dah tak de kan?
selamat hari raya ye Dr. saya minta maaf zahir dan batin.

kau ada kesalahan batin dengan aku ke?

mana la tau Dr... kot kot Dr penah terasa ke, marah ke.

ooooo.. kau kutuk aku dalam hati ek.

ala Dr. biasa la kan...

tak baik kau... aku tak penah buat kat supervisor aku dulu.. tak berkat tau..




--------------------------------------------

kau ni beruntung tau husna. dok jauh kat lab sana..
kau pindah sini..
senang aku nak suruh kau buat kerja.

saya tak boleh Dr... nanti ramai-ramai. saya tak boleh dok dalam tempat yang sesak-sesak ni...

tu masalah kau. bukan masalah aku.

semata-mata nak naik train episod 2


kami naik train sinaran.
masa nak beli tiket, aku tengok-tengok la skit macam mana rupa train yang kami nak naik tu dalam website KTMB.
dalam website, tunjuk semua seat ada meja yang 4 orang mengadap sesama..
tapi sebenaqnya, dalam setiap gerabak, hanya ada 2 set seat yang sebegitu.
sapa cepat masa beli tiket, dia dapat...
mungkin lain kali....


kami ambil tiket yang paling murah, rm19 bagi setiap perjalanan...
walaupun paling murah, keadaan dalam gerabak tu tak la teruk pun..
seat oke. selesa. tak sempit. tak keras kejung.




tak de sangat bezanya dengan seat yang lebih mahal.
beza yang ketara, diaorang ada tv.
dan mungkin seat lebih lembut.. kami tak sempat nak try la plak.



bunyi bising train. budak nangis. budak-budak bertempik keseronokan bila masuk tunnel. budak lari-lari. mak budak marah budak-budak sebab dok lari-lari. orang dok cakap telefon kuat-kuat, aku syak dia tengah gaduh dengan ex-bff dia. orang bukak lagu dari hp kuat-kuat. bau makanan. nasik lemak. buah oren...

satu suasana yang sangat baru untuk aku. kalu naik bas atau kapal terbang, tak de nak jumpa benda-benda cam gini..

dan aku terkejut dengan diri sendiri. aku tak kesah berada dalam suasana sebegitu sepanjang perjalanan.. kalau naik bas, orang dok bising, mau nak tension. kalau naik feri, orang dok pasang lagu kuat-kuat dari hp, mau rasa nak pelangkung orang tu, ingat kau sorang ada hp?

bagi aku la kan, kalau tak terikat dengan masa, baik naik train. dah la murah.
untuk travel yang perlu angkut budak-budak, naik train oke skit aku rasa. budak-budak boleh bebas skit.




selain sausana dalam train yang aku rasa baru, permandangan luar train pun sangat baru.
belah hutan, semak samum, tasik.
lalu belakang rumah orang, kilang, bukit.





tapi kan...
benda yang aku sangat suka adalah, makan atas train.
kalau dalam bas, takat nak makan keropok oke la..
kalau atas kapal terbang, tak sesuai nak bukak makan bekal sendiri.