Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Tuesday, December 29, 2009

buat cek yah tersayang..



kita punya sifat yang berlainan.
kita membawa hidup dengan cara yang berlainan.
tapi, kita punya hidung yang sama.
bibir yang sama.
tapak kaki yang sama.
dan yang penting, kita punya darah yang sama.
darah yang menandakan hubungan kasih sayang kita tak akan putus.

masihkah kamu ingat.
kita keluar bermain suka hati pada petang saat kematian tok tersayang.
masihkah kamu ingat.
aku selalu baran kerna perlu mengalah pada kamu, si budak kecil.
masihkah kamu ingat.
kamu selalu ikut aku keluar bermain hingga lewat petang sampai dimarah abah.
masihkah kamu ingat.
kamu hampir dirotan buat pertama kali oleh abah, bilamana aku mengadu pada abah yang kamu memanggil aku bodoh ketika kita berperang mulut.
masihkah kamu ingat.
kita berdua suka berkelah di luar rumah, makan nasi yang dimasak dan dibungkus emak.
masihkah kamu ingat semua itu?

adakah kamu tahu.
aku menanti kamu pulang dari hospital dengan penuh kegembiraan, kerana akhirnya aku punya seorang adik.
adakah kamu tahu.
akulah yang mula-mula memanggil kamu cek yah, dan akhirnya diikut oleh semua, kecuali mak dan abah.
adakah kamu tahu.
setua mana pun kamu, kamu tetap adik kecil yang manja dimata aku.

aku suka bila kamu memanggil aku kak na.
aku tersenyum bila tiba-tiba teringat akan semua gelak dan gaduh kita.
aku sayang kamu, adik kecil.
aku rindu kamu, cek yah sayang....





7 comments:

lina said...

husna... terharu. [walaupun sy bukan cik yah]

Mengkuang berduri said...

walaupun i bukan adik kecil...i pun tersentuh jugak u...

Nadiah Sidek said...

terharunya..

avie eicca said...

tersentuh weh! Huwaa aku rindu adik aku gak ..

husna said...

muhaha... makaseh makaseh

cik yah said...

kak na, cik yah sayang sangat pada kak na. menitis air mata cik yah bila membacanya. kakna,walau apapun kak na adalah seorang kakak yg sangat cik yah sayang. banyak bagi kekuatan buat cik yah. Cik yah sayang dan snts rindu kak na....

husna said...

huhuhu..
kakna sayang cekyah sll!!
muah muah
nangis ye??