1. tahun depan, umur aku akan masuk 26. gila ah. 26. bukan aku anti jadi tua.. tapi bila tengok diri yang tak berganjak dari tempat ini, rasa cam 26 tu untuk orang tua, orang yang berjaya, matang, dah keja, dah kawen atau dah punya anak mungkin. tak brapa nak cantik aa nombor 26 nih.
2. habeskan master. ini tahun ni punya plan. terpaksa bawak ke tahun depan. apa nak jadi. kena habeskan jugak. apa kekdahnya dok sini lama-lama..
3. cari keja, cari duit. habes ja master, aku nak keja. tak kira lah keja apa. asal boleh dapat duit sambil-sambil tunggu viva. malu nak perabes duit mak bapak lagi ah.
4. jenjalan. langkawi. sipadan. perhentian. jogjakarta. ikat perut kumpul duit. tapi baru langkawi je yang pasti. sipadan tu kena usahakan jadi pasti gak. ptptn juga kena pastikan tak disenarai hitamkan.
itu ja takat ni yang aku teringat.. nanti kalu ada lagi, aku tambah sini....
tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan...
5 comments:
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah...
tetapkan tujuan la ye kak sita? insyaAllah.. kena tgk The Secret.
Chaiyok! chaiyok!
kahwin takde dlm senarai ke? hehe..
kak sita: ya betul...
lina: lina apa kabaq sekarang? rindu aa..
kak yati: yeah!!
kak nadiah: hahahhahaa.. tak masuk laaa.. kawen, tak tau nak masuk dalam senarai pd tahun berapa..
Post a Comment