Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Wednesday, December 16, 2009

ia mengalir lagi




ia mengalir lagi
tanpa aku tahu dimana pangkalnya
dimana penghujungnya
tidak seperti hujan yang mencurah tika ini
yang aku tahu dari mana ia datang
ke mana ia akan pergi

ia mengalir lagi
tanpa aku tahu sebab musababnya
telah pun demikian rupanya
aku tetap takut untuk mencari jawapannya
kerna aku takut akan hakikatnya
yang mungkin akan merobek jiwaku

aku terus melangkah
melangkah dalam kepura-puraan



6 comments:

avie eicca said...

Tabahkan hati hang weh. Destinasi terakhir hang dah nak sampai dah. InsyaAllah semoga Allah kuatkan semangat hang dan ang dapat sediakah naskah agung yang terbaik.

husna said...

kalau manusia boleh hidup dan tabah merempuh ranjau berduri dengan meminjam semangat orang lain...
aku mahu meminjam semangat hang marina...
cukuplah kalau diberikan secalit walaupun sekejap cuma

Nukilan Orang Buta Hati said...

deep!

avie eicca said...

Husna,aku tak kuat husna..tapi takpala ang amikkla kekuatan aku yg tak seberapa kuat ni.Amik kak sita punya kekuatan pun ok:)

Aku tau ang tension,kalau aku kat tempat hang pun camtu gak. sebab kita nak buat yang terbaik.

hang jangan fikir sangat kesedihan tu. Ang fokus! Set your mind yang hang nak tulis yg terbaik dan takda apa pun akan halang ang termasuk masa. Jangan sedih atau tension, sebab benda tu akan menguasai diri ang. Tak salah menangis..tapi kumpul balik kekuatan lepas nangis tu penting.

Aku doakan hang berjaya ya husna!

husna said...

hang dan kak sita mmg antara org2 yang kuat. aku harap aku jg kuat.
ya. fokus...
itu lah.. kadang2 aku biar sedih ni menguasai aku..
tapi skarang aku okei..
balik seperti aku yang biasa..
sesudah menangis pastinya... hahahaha

trima kaseh marina.
aku pun harap hang berjaya dan sentiasa kuat!

husna said...

aku juga harap kawan2 aku yang lain terutamanya yang sedang nak habeskan master ni, somoga kalian sentiasa tabah dan kuat...

yeah