Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, December 18, 2009

salam maal hijrah 1431H


aku menari di bawah cahaya sang matahari yang melimpah.
aku juga menari didalam hujan yang mencurah dari awan kelabu.
aku mahu terus menari.
terus menari walau apa jua keadaanya.
seperti disaat ini.
aku tetap menari dengan penuh bahagia dalam keributan ini.



--------------------------------------------

ini adalah percubaan pertama aku merapumerepek dalam keadaan aku gembira dan bahagia.
sebelum ini, aku hanya mampu merapumerepek jika aku dalam keadaan sedih, marah atau perasaan-perasaan negatif yang lain.
makna kata, aku memang berkeupayaan untuk menghumban jiwa aku sepenuhnya ke dalam perasaan yang negatif, tapi tidak ke dalam perasaan-perasaan yang positif.
ia adalah sesuatu yang memalukan tuk diri sendiri aku rasa.
aku tidak tahu menghargai perasaan-perasaan positif yang aku rasai.

jadi,
semperna awal muharam ini, aku mahu berubah..
seperti sekarang, aku cuba merapumerepek berkenaan perasaan gembira aku ketika berada ditengah-tengah keserabutkan menghabeskan penulisan thesis ini..

dikira sebagai azam tahun baru? boleh laaa kot.

jadi..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431H kepada semua!!!

alhamdulillah.... kerana kita diberi nafas dan peluang lagi seperti ini..
alhamdulillah juga untuk segala yang dilimpah oleh NYA kepada kita..

aku telah banyak mensia-siakan hari-hari di tahun-tahun lepas...
ya rahman, ya rahim, ampunlah diriku yang sentiasa berada dalam kerugian ini...

begitu juga juga kepada orang-orang kesayangan aku... dan tentunya anda juga...
semoga tahun ini penuh dengan keberkatan dan keredhaanNYA..
amin...





3 comments:

avie eicca said...

aku happy hang happy! Selamat menyambut maal hijrah gak! Bagus sungguhlah hang punya puisi aku suka!

Firol said...

merubah kita ke jalan yg lebih baik

husna said...

marina: hahaha.. thanx weh. hg pun mesti hepi selalu k.

firol: ya. ke jalan yang lebih baik.