Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, January 29, 2010

kak sita ngeri tengok senarai percutian aku. aku nak tambah lagi 1, jogjakarta, bulan 4. tapi bukan itu yang aku mau cerita..

aku sudah pindah masuk ke bilik rehat yang direnovate itu.
meja baru. suasana baru. best wooo.
aku ada tangkap gambo...
tapi kamera-aku-yang-rosak-tapi-pebaik-pon-tak-guna tu menghasilkan imej yang kabur.
so, tak mau letak skarang.
nanti aku try tangkap guna kamera orang len.
tapi gambo laci kat meja baru tu, aku nak kongsi.
lihat... apa yang aku isi...


skarang aku akan hidup dengan makan roti..


aha.
bilik sangat selesa.
bersemangat nak menulis.
juga bersemangat nak buat benda lain, contohnya, tengok movie, layari internet dengan puasnya.
musim bermalam di lab berhari-hari berkemungkinan besaq akan kembali hangat. dengan lebih ramai penyertaan.
YEAH.


semangat woooh!

bukan aku saja... semua orang weh.



p/s: dulu aku guna 3 meja. sekarang hanya dapat 1 meja saja..

dapat award la plak


1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.-


2. Make sure u take the pic n said it is from
cek farhana yang dah lama aku tak jumpa kat skol nih.


3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
(i) aku tak akan mengaku yang aku pernah disuntik kat buntut, sebab perkara seperti itu tak pernah berlaku. tapi arix dn zati kata ia pernah berlaku. itu semua bohong belaka.
(ii) aku kurang makan siput-siputan dan kerang-kerangan sebab tak dapat terima hakikat yang aku kena makan semua organ2 dia. tapi kalau makanan tu ada mussels sekali dengan cengkerang dia, aku suka, sebab nampak cam cool saja.
(iii) aku memang tak pandai masak nasik dan siang ikan. bab lain tak tentu lagi.
(iv) aku teringin nak keja sebagai housekeeper kat hotel. nak rasa sekali camna rasanya. aku akan pilih keja kat semporna.
(v) dari sekolah rendah sampai sekarang, aku membawa imej garang. sebab ramai kata aku garang. garang ek?
(vi) aku tak pernah pandu kereta. ye. aku dah 26 tapi tak tau pandu kereta.
(vii) aku tak pandai buat lawak. tapi aku pandai gelak. aku rasa laaa..
(viii) kalau duduk dibawah kipas syiling, aku selalu akan terbayangkan kipas tu akan jatuh dan kepala aku akan putus. jadi aku akan buat plan siap-siap camna nak selamatkan diri jika perkara itu berlaku.
(ix) oleh itu, aku rasa aku ni gila ah.
(x) tapi, skarang aku rasa cam nak makan nandos la plak.

4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog :
(i) arix
(ii) marina
(iii) suhaili
(iv) mizi
(v) cek yah sayang
kenapa 5 saja? aku nak tambah lagi seorang,
(vi) kak sita.

5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged!!!
ye lah ye lah.




Wednesday, January 27, 2010

perhentian plak dah

kalau aku dan aini stat merancang percutian...
memang betul-betul punya..

tadi baru dapat 1 ajakan baru,
ke pulau perhentian plak!

kalau aku tamak nak pi semua,
kalau aku tak hengat pasal tesis,
kalau aku nak kena pancung dengan The-Big-Bos dan B0s-No-2,

maka,
dari dapat makan kat harapan dan makan roti cicah milo,
terus aku toksah makan lansung.
kumpul duit tuk jenjalan.
uish.

kalau lah aku memang tamak haloba,
kalau lah perancangan The-Big-Bos berjalan lancar,
maka,

awal bulan 3: langkawi.
hujung bulan 3: perhentian
pertengahan bulan 4: kota kinabalu
awal bulan 7: semporna, sipadan, mabul, mamutik.



memang tak kan siap lah thesis tu jawapnya.
oh. TIDAK.



ni jenis perangai nak pi semua tempat selagi single mingle dan dok mengaji lagi...

Tuesday, January 26, 2010

gaji baru dapat semalam, hari ini sudah habes.




lepas habes kelas semua hang mai kk.
kami nak pi jenjalan kat semporna dr..
celaka hang. kalau bab berjalan laju ja.


demi kerana langkawi, kota kinabalu, semporna, sipadan, mabul, mamutik... baru lah aku begini.

skarang, tak boleh dah makan mahai-mahai.
kena kumpul duit beda jenjalan sana sini..


selamat kembali ke cafe harapan, husna....

menu baru stat minggu ini...
pagi: tak makan.
tengah hari: bihun sup cafe harapan.
malam: roti kosong cicah milo.










dengan menu baru ni, kalau tak kurus jugak ntah la....



.......................................................


aku nak hang dok kk sebulan dua.
mana boleh lama-lama dr. bulan 6 saya kena balik usm.
kenapa plak? hang kena menules kat sini.
ye lah dr. tapi bulan 6 tu saya nak uruskan pasal nak hantar tesis.
hah. hang toksah nak berangan.. bagi aku baca pon belum.
hah???


Sunday, January 24, 2010

aku ni....

1. makin tua makin mudah marah. mencarut dan menyumpah pon makin kuat. haih.

2. rasa nak berenti master sekerat jalan kembali lagi.

3. aku rasa aku patut tules entry2 yang bunyi cam bijaksana skit. macam, ulas pasai politik asia tenggara ka, kesan pengeboman hiroshima ka atau pasai islamic civilization ka.. oh so serius.

4. sat nak buat ini, sat nak buat itu. sat nak belajaq ini, sat nak belajaq itu. tak menang tangan nak cekau cemua. bersunguh tak pun..

5. selalu ja rasa tak mau keja dalam bidang kimia dah...

6. still dok cari haluan hidup, tak tau nak buat apa, tak tau nak keja apa..tak sedaq diri ini dah makin tua... patutnya dah ada hala tuju.

7. kalu bab cinta lagi teruk. jenis tak bersedia lagi nak bukak hati kat orang lain. tak mau komitmen. adakah aku ni jenis self-centered punya orang? ntah.. atau pun kes tak laku.. hahahaha. depa kata aku belum jumpa the-one. tapi isu ini tak la merisaukan aku sangat... orang lain pulak tumpang risau...

8. perasaan tak hepi kadang2 wujud jugak.. kalau mai sedih, berhari-hari down. keja terbantut. melalut buat benda lain.. sebab musabab sedih pulak ntah apa-apa..

9. aku ingat bila dah tua cam gini, dah tak lagi nak hiraukan apa orang kata.. memang dah berubah skit. tapi, kadang2 buat juga benda2 sebab nak bagi orang hepi, tak mau orang kata ituini, tapi diri sendiri sedih. diri sendiri merana. cari pasai.

10. makin hari makin tak dak motivasi nak habeskan master. semangat makin hilang skit2.

11. orang nampak aku ni seorang yang serius, menakutkan, tabah dan hepi semedang.. tapi hakikatnya tak sangat pon. tak semua yang aku tonjolkan itu betul... kat dalam sapa yang tau kan? tapi aku rasa, semua orang camgitu.. nampak cam selalu hepi, tapi hakikatnya sapa pon tak tau.... setiap orang ada masalah.




tapi, bak kata zati, ntah dia quote dari mana, happiness is your own responsibility!

SEMANGAT HUSNA SEMANGAT!!!


haih. makin banyak aku tulis pasal perasaan aku sejak dua menjak nih.. lantak lah.

masa gerhana matahari hari tu

ini gambaq yang dah berkurun...
layan ye lah ek.
ini masa kejadian gerhana matahari, jumaat 15 januari lalu, kat perkarangan masjid usm..





ni imej dari teleskop yang aku sempat tangkap...
masa ni dalam kul 4 petang..
belum sampai waktu kemuncak lagi.
tak sempat nak tunggu tengok gerhana yang bentuk ring tu, kalut bersiap nak ikut rombongan cek bedah.



bilik makin semak


1. harap-harap betul la janji apek suffian, yang kami boleh masuk bilik yang direnovate tu minggu depan.
meja dan lab kecik yang aku, aini dan muna menetap buat sementara waktu ni, makin semak dikerjakan aku. tambah plak aku dah mula angkut bok mai balik buku-buku, barang-barang dan segala mak nenek yang dulu aku hangkut balik hostel masa nak bertapa-tapi-tak-jadi dulu tu.

2. setelah sekian lama, semalam aku dan zati tidoq kat lab. sejuk gila ah semalam...
moga-moga semangat bekerja aku seperti yang berkurun dulu itu datang lagi..

3. ikan aku yang tinggai sekoq tu dah mati. rasa berdosa sangat sebab abaikan dia. aku dan menganiayai ikan tu..
aku dah tak mau bela apa dah lepas ni. binatang ka, pokok ka, tak mau dah eh.

4. semalam aku sakit hati betul la. aku dapat tau yang bf kawan aku dah bertunang dengan orang lain. tengok gambo dalam fb. rasa macam nak telefon kawan aku tu, tapi cam tak elok la plak tiba-tiba telefon nak tanya benda tu.
tapi aku sebagai kawan, memang tumpang sakit hati marah sama. hanya skandal konon. yang hang dok berjanji manis, tunjuk rata orang kata hang suka dia, tu aku panggil gatai teloq. dulu hang marah melangit kat kawan aku sebab buat sahabat hang merana, sekarang alih-alih hang pon sama.
ya. hati dan perasaan memang benda yang komplikated. kita tak tau apa sebenaqnya yang berlaku atau apa yang ada dalam hati perut depa. tapi aku tetap tak pueh hati. rasa nak jerkah kat telinga dia saja..
sabaq ek sahabat.... hang deserve yang lebih baik. bukan dia.
aku memang marah gila nih.

5. The-Fourth, gud luck k. doa kami sentiasa bersama u.



Friday, January 22, 2010

jawaplah tuan sayang....

siapa aku?
siapa kamu?
aku mahu tahu.

dimana kita?
kemana kita?
aku mahu tahu.

aku tidak mahu berterus-terusan begini saja.

jika ini ada maksudnya,
maka aku mahu cuba.
cuba mencurah sebahagian aku pada kamu.

jika ini ada tujuannya,
maka aku mahu belajar.
belajar mencintai dan menerima seluruh kamu.

jika ini tiada maksud apa-apa,
maka aku mahu ini dihentikan.
kerna ini adalah sia-sia.

jika ini tidak punya tujuan,
maka aku mahu kita bebas.
bebas dari belenggu ini.

jawaplah wahai sang kekasih.
aku mahu jawapannya.
aku mahu yang terang.
dan juga yang jelas.

aku tidak mahu jawapan,
tak tahu.

adakah kamu sedar?
jika hubungan ini tidak bernama dan tiada tujuan,
ia akan memakan diri kita sendiri.
aku tidak mahu kamu terluka.
seterusnya membenci aku.
seperti mana kamu membenci dia.






*naseb baik zati perasan, aku tulis tajuk wajaplah.. dah tukaq jawaplah.. ako mmg ada masalah mengeja sket..hahhahaha..

Thursday, January 21, 2010

milik aku, itulah saja.


akan ku kutip satu persatu
walau hitam lebam lutut ini

akan ku genggam kemas
walau berdarah tangan ini

akan ku dakap erat di dada
walau remuk jiwa ini

akan ku julang tinggi megah
walau itu saja yang mampu aku miliki





Wednesday, January 20, 2010

it hit me

a man who cant focus on the work in front of him, doesnt have the right to talk about his dreams.










adoi.
CLK tul.
aku terus buat keja ni.




Tuesday, January 19, 2010

aktiviti sampingan rombongan cek bedah: banda hilir, melaka

1st time nih aku pegi melaka.
memang jeles tul bila nampak rata-rata pakai dslr.
nasib baik aku pinjam kamera The-Fourth, kalau nak harapkan kamera-aku-yang-rosak-tapi-baiki-pon-tak-guna tu, tak bergambo la aku....
seperti biasalah, rasa cam nak letak semua gambo.
tapi gambo yang ada muka aku, tak mo letak.






















p/s: bersyukurlah dengan apa yang ada....

tujuan sebenar rombongan cek bedah: kenduri gayah

sampai tempat kenduri sekali dengan pengantin lelaki.
tak sempat tangkap gambo bersanding dan mencecah inai.
masa tu kami dok makan....
tak banyak gambo aku tangkap.
kalau kenduri kawen, malas skit nak bergambo..
















p/s: aku rasa kena buat baju baru ni. apa kekdahnya dok ulang pakai baju yang sama kalau pi kenduri kawen.. bila dah sampai umo camgini, makin banyak kenduri kawen kawan-kawan yang perlu dihadiri.




Monday, January 18, 2010

tetang rombongan cek bedah




1. perjalanan: penang - lekir - teluk intan - simpang pertang - alor gajah - tangkak - banda hilir - teluk intan - kuala kansar - penang.

2. tak cukup cuti 2 1/2 hari. rasa cam nak tambah cuti lagi 1 minggu. nak pegi pahang, terengganu, kelantan dan perlis, nak bagi cukup pusing 1 semenanjung.

3. pada jumaat, hari perjalanan pergi, plan nak bertolak 5 petang tak sampai kepada nani. nani dengan yakinnya ingat nak bertolak kul 5 pagi hari sabtu. cekap gak dia main campak baju seluar masuk beg, aku tengok semua cukup. kalau aku, mahunya lupa ini lupa itu. cekap nani nih.

4. semasa perjalanan pergi, aku dan nani seri dalam pertandingan sapa tidur paling banyak. memang bertuah jadi orang yang tak pandai pandu kereta.

5. semasa perjalanan balik, aku berada no. 2 selepas shila dalam kategori sapa tidur paling sedikit. aku kena jadi co-pilot, tanya pemandu nak apa, suap makanan apa yang patut kat mulut pemandu, pilih stesyen radio ikut suka hati aku.

6. semasa perjalanan balik, nak ke kuala kansar, jumpa kawasan nama mambang diawan. apa kekdahnya bagi nama tempat cam gitu. seram ja lalu pada pukul 11 malam.

7. 1st time aku pi kenduri belah selatan, tengok sendiri camana kejadian pihak pengantin lelaki kena bayar tol. 2 kali kena bayar. kelakar tul.

8. aku ingat pegi umah dayah, dapat la dengar secara live orang speaking nogori secara berkelompok. tapi, tak la pekat mana pon orang kawasan dayah cakap.

9. meriah kenduri dayah, banyak aktiviti.

10. 1st time jugak jejak tanah melaka.

11. aku tanya bed, apa masakan yang femes kat tempat dia, dia kata mee bandung. terus buat permintaan nak dia masak. dapat la kami merasa mee bandung tangkak air tangan bed masa kami bermalam kat umah dia di tangkak.
12. bab makan, tok sah nak cerita lebih. gila ah kena diet lepas nih.






p/s: esok aku letak lagi banyak gambo kenduri dayah @ gayah dan gambo jenjalan pusing banda hilir.





Friday, January 15, 2010

rombongan cek bedah

update kilat jam 5.09pm
kira-kira jam 4pm tadi, aku tengok gerhana matahari di perkarangan masjid usm. nanti balik dari rombongan cek bedah, aku cerita2 skit dan letak gambo lagi. yang lebih clear.
okeh. caucincau.. dah mau bertolak.
selamat berhujung minggu semua!!!
.
.

satgi petang akan bertolak.


destinasi: simpang pertang, nogori.
tujuan: menghadiri walimah cek gayah, atau nama sebenarnya norhidaya zakaria.
ketua rombongan: cek bedah atau nama glemernya, bed. atau nama sebenarnya norliyana.
ahli rombongan: aini, husna, sheila dan nani.
tumpangan tambahan: hadiah-hadiah dari rakan-rakan dan tutor skol kimia.




ada sapa lagi nak kirim hadiah? nak kirim ucapan tahniah? meh aku tolong.





p/s: mizi, hang nak pi dak kenduri nih?


p/s/s: hari ini, hari marah aini.





Wednesday, January 13, 2010

mereka bukan along

tadi, sepetang aku dok update buku hutang.
kira hutang. hutang dari bulan 11 tahun lepas sampai hari ini.

gila ah.
elaun lambat lagi nak dapat.
hutang keliling pinggang.
merata aku berhutang.
The-Fourth. aini. arix. zati. muna. daya.
tu tak kira lagi hutang seumur hidup aku ngan mak abah dan abang-abang.

aku ada jugak berkira-kira nak cari sugardedi sorang. tapi nak sugardedi yang jenis tak minta apa-apa balasan....

kepada The-Fourth, aini, arix, zati, muna dan daya....
hampa tunggu aku dapat elaun k.


buku hutang aku ada tagline baru.
'berhutang adalah gaya hidup'






slamat malam semua. skarang jadual tidur dan bangun sudah berubah.
sebelum tu, aku nak pi join sahabat-sahabat aku yang dok betapa menules kat perpustakaan tu.
nak tengok apa jadi kat depa. jadi dak bancuh milo cicah biskut kat dalam perpustakaan.
aku bukan nak join cicah biskut, bukan juga nak turut sama tules thesis.
aku nak pi baca novel cinta sat sambil makan karipap. baru boleh tidur lena lepas ni.

slamat tidur semua...






haaa.. dia dah stat dah...

sapa yang kenai aku.
sure tahu yang aku suka menangkap gambo.
aku rasa orang pon dah meluat tengok aku yang asyik nak menangkap gambo.

tapi...
kenapa aku sangat suka menangkap gambo?
walaupun gambar yang terhasil tak la sehebat mana pon.

bukan sebab nak tunjuk skill.
bukan juga sebab nak suruh orang amik aku jadi fotographer kawen mereka.
jauh sekali sebab nak prektis jadi fotographer terkenal.
hanya ada satu sebab utama....









apabila aku sedang cuba untuk mencari sudut terbaik supaya gambar nampak agak cantik, secara tidak langsung, aku sedar yang aku sedang melihat kehidupan aku pada sudut yang berlainan, dalam perspektif yang berlainan. atau lebih tepat lagi, aku melihat hidup aku pada sudut yang lebih baik. aku jadi lebih hepi dengan kehidupan aku. aku jadi lebih menghargai kehidupan aku. menghargai apa yang ada disekeliling aku. apa yang berlaku pada hari-hari aku. siapa yang hadir dalam hidup aku. apa yang aku buat. apa yang aku lihat. apa yang aku alami. aku jadi lebih menghargai semua. walaupun sekecil manapun benda itu.
aku tidak lagi husna yang dulu. husna yang muram. husna yang selalu sedih. aku memang merasai perubahan itu.
seboring mana hidup aku, sesusah mana hidup aku, aku akan dapat melihat keindahannya melalui lensa kamera.
aku sangat suka proses untuk menangkap gambar, proses untuk mencari sudut terbaik, dan ia adalah proses untuk aku belajar menghargai semua benda, semua perkara.
oleh sebab itulah aku sangat suka merakam hari-hari aku. apa yang belaku pada hari-hari aku...





wah panjang betul alasan aku. aku bajet, kalau aku berhasrat nak terjun dari bidang kimia ke bidang fotography, kalau orang bertanya kenapa aku nak tukar angin, inilah jawapan yang aku berhasrat nak gebang bersama jawapan-jawapan rekaan lain yang bunyi cam lebih bijak pandai.


tapi, aku rasa aku tak leh jadi fotographer hebat sangat la.. sebab soklan teka teki yang berbunyi, macamna nak tangkap 100 ekor burung atas pokok sekali gus? pun aku tak leh jawap betul. walaupun aku dah penah ditanya soklan yang seumpama itu sebelum sebelum ini. haih. aku memang benci tul dengan teka-teki. menci! menci!



Monday, January 11, 2010

persediaan ke kenduri gayah


cabaran kali ke-2 45 hari no-nasik tak sepenuhnya berjaya.
banyak lobang-lobang.
tapi esoklusatulat, kena tahan perut betul-betul.
sebab sabtu ini ada ikut rombongan cek bedah ke nogori.
ke kenduri kawen gayah.
kalau nak ke kenduri kawen, haruslah perut kempis.
selain itu, aku juga harus kurang berat badan supaya perjalanan menjadi lancar.
supaya kereta dapat meluncur laju.
.
.
.
.
.
p/s: oh ya. semasa hari bersama romate, dia tak masak nasik lemak. dia masak nasik goreng. periuk dia best, aku pun ada pike-pike nak beli periuk mcm tu gak. tapi, kalau kena spotcek, habes kena rampas. rugi tu. buat plak kalau Bos-No-2 tahu aku dok masak dalam bilik, mampus kena pancung. bahaya bahaya..
.
.
.
:)

Friday, January 08, 2010

esok hari bersama romate. dia ada bawa periuk, nak mintak dia masak nasik lemak la esok.

dah lama jugak rasanya aku tak letak gambo makanan.
ini yang aku makan hari ini.
ya aku makan pecal lele.
makan nasik.
diet no-nasik masih bersambung. tapi, ada lubang-lubang.
makan pecal lele bersama fir dan aini. semperna hari terakhir fir di penang. nanti susah dah nak jumpa pecal lele yang sedap tu.
dia telah dipanggil ke sabah oleh The-Big-Bos.
kena tolong The-Big-Bos yang tak tau letak dokumen kat mana..





sok cuti. hari minggu.
rasa cam nak buat keja kat bilik saja.
sambil-sambil tu nak bermesra dengan romate baru.
ya. aku dah ada romate baru. masuk hari isnin hari tu.
tak sempat lagi nak suai kenal lebih lanjut.
aku balik tengah malam, dia dah tido. aku bangun bersiap pi lab, dia masih tidur.
cececeh. bunyi cam aku seorang manusia rajin ja...


walaupun aku dah tak leh nak longgok segala macam benda atas katil sebelah, seperti dok sorang-sorang dulu....
syok jugak ada romate ni. ada orang nak sembang. tak la sunyi.
tapi yang paling tak best ada romate ni, aku kena jadi manusia rajin mengemas.
tak leh nak semak-semak atas lantai. tak leh buat perangai malas sapu sampah seminggu.
dan tiap-tiap pagi kena kemas katil.
aku dah tak mau kejadian dulu berulang lagi.
romate tolong kemas katil aku. katanya, 'saya boring, tak de keja nak buat'.
adeh. aku dengar macam dia kata, 'tengok katil kak husna dah berhari tak kemas, sakit mata saya, tu yang saya kemaskan jugak'.



selamat berhujung minggu semua!








Thursday, January 07, 2010

husna, sabar!

bosan bukan dok baca aku merapumerepek.
jadi, aku letak gambo skit.






gambo-gambo ini diambil semalam. kat library II.
aku dan lib bukannya seiring sangat. pi dok tidoq ja.
tapi lib II ni lebih syok dari lib I. lebih lengang. lebih sunyi. jadinya lebih best. ada juga ruang santai mengadap tingkap besar.

dah lama jugak aku tak jejak kaki kat lib II. semalam pi sebab mau tangkap gambo. arix kata ada sudut best untuk bergambo. bila cahaya petang masuk kot cermin.
aku bawak la jugak paper tuk dibaca. dapat la jugak idea untuk menulis.
pastu tidoq. arix ada tangkap gambo aku tengah tidoq. tapi aku tak la nak boh kat sini. nanti saham jatuh.

jaga dari tidoq, tunggu cahaya petang. tapi cahaya tak datang-datang. sebab petang semalam mendung.
adei. jadinya, aku tangkap gambo lain la.

hari ni, janji ngan arix jumpa kat lib II lagi.
tapi tak dapat pi. aku ada kerja.
kul 6.35 ptg, arix hantar mesej. ada cahaya masuk. sunset. cantik.
cis.

minggu depan aku cuba lagi...
kalau ada, nanti aku post kat sini..



oke. itu sahaja sari berita untuk hari ni...






p/s: marina dah bagi soundtrack filem once. suka semua. tapi lagu yang paling suka, the hill dan if you want me. dua-dua lagu dinyanyikan oleh marketa irglova.. dok dengaq lagu ni banyak sangat, tu yang aku jadi rajin merapumerepek seperti entry dibawah.


p/s/s: tak sabaq tunggu hari esok. mau telefon pengarah hospital. mau komplen pasal medikal doktor yang bodoh lagi kurang ajaq. kata kakak aku tak boleh pulih. dalam zaman orang pentingkan psikologi, ada jugak doktor yang macam tu. mulanya aku ingat nak tules 1 entry pasal ni, tapi nanti banyak plak buat dosa dok menyumpah dr tu. aku ni boleh tahan jugak pandai menyumpah mencarut. banyak orang tak tau. esok harap aku boleh komplen elok-elok....