1. perjalanan: penang - lekir - teluk intan - simpang pertang - alor gajah - tangkak - banda hilir - teluk intan - kuala kansar - penang.
2. tak cukup cuti 2 1/2 hari. rasa cam nak tambah cuti lagi 1 minggu. nak pegi pahang, terengganu, kelantan dan perlis, nak bagi cukup pusing 1 semenanjung.
3. pada jumaat, hari perjalanan pergi, plan nak bertolak 5 petang tak sampai kepada nani. nani dengan yakinnya ingat nak bertolak kul 5 pagi hari sabtu. cekap gak dia main campak baju seluar masuk beg, aku tengok semua cukup. kalau aku, mahunya lupa ini lupa itu. cekap nani nih.
4. semasa perjalanan pergi, aku dan nani seri dalam pertandingan sapa tidur paling banyak. memang bertuah jadi orang yang tak pandai pandu kereta.
5. semasa perjalanan balik, aku berada no. 2 selepas shila dalam kategori sapa tidur paling sedikit. aku kena jadi co-pilot, tanya pemandu nak apa, suap makanan apa yang patut kat mulut pemandu, pilih stesyen radio ikut suka hati aku.
6. semasa perjalanan balik, nak ke kuala kansar, jumpa kawasan nama mambang diawan. apa kekdahnya bagi nama tempat cam gitu. seram ja lalu pada pukul 11 malam.
7. 1st time aku pi kenduri belah selatan, tengok sendiri camana kejadian pihak pengantin lelaki kena bayar tol. 2 kali kena bayar. kelakar tul.
8. aku ingat pegi umah dayah, dapat la dengar secara live orang speaking nogori secara berkelompok. tapi, tak la pekat mana pon orang kawasan dayah cakap.
9. meriah kenduri dayah, banyak aktiviti.
10. 1st time jugak jejak tanah melaka.
11. aku tanya bed, apa masakan yang femes kat tempat dia, dia kata mee bandung. terus buat permintaan nak dia masak. dapat la kami merasa mee bandung tangkak air tangan bed masa kami bermalam kat umah dia di tangkak.
12. bab makan, tok sah nak cerita lebih. gila ah kena diet lepas nih.
p/s: esok aku letak lagi banyak gambo kenduri dayah @ gayah dan gambo jenjalan pusing banda hilir.
No comments:
Post a Comment