Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Monday, January 04, 2010

aku dan 2 3 hari lepas... hari ini?? SEMANGAT!!

1. sudah abes cuti. dah dalam tahun baru. semangat baru.

2. diet no-nasik bersambung. balik kampung hari tu, musnah diet. makan nasik 3 kali sehari. tak dapat elak. atau betulnya, tak mau elak untuk makan nasik di rumah.

3. balik kampung hari tu, bokbalik kasut bagai, konon mau berkayuh. tapi takdenya... abah dan bang cik pegi berkayuh naik bukit wang kelian.. aku plak hentam tidoq. cis.

4. sebelum tamat 2009, konon mau beli Interpreter of Maladies dari jhumpa lahiri sebagai buku penutup 2009 dan juga untuk lengkapkan koleksi jhumpa lahiri, tapi sedihnya tak dapat. depa kata dah abes.

5. semalam, pegi beli Angela's Ashes dari frank McCourt sebagai pembuka tahun 2010. frank McCourt diperkenalkan oleh marina masa naik train hari tu, dia bagi baca skit 'Tis, terus jatuh cinta.

6. Interpreter of Maladis dan Angela's Ashes, kedua-duanya merupakan pemenang Pulitzer Prize. aku rasa tahun ni, aku nak beli buku-buku pemenang Pulitzer Prize buat koleksi la plak.. wah. serius skali bacaannya..

7. mau beli marie claire edisi Jan 2010, tapi semalam, aku cari kat banyak kedai, semua sold out. kena tunggu 2nd print kot.

8. ada juga beli Asian Geographic, baru punya, issue 1/2010. ada artikel pasal train journeys of asia, kat india dan russia. aku nak kena tunjuk kat marina nih.

9. dalam Asian Geo ada lagi tunjuk pasal Tibet, dalam marie claire pon ada Tibet sebagai destinasi pilihan. dah banyak kali baca pasal tibet ni. bila aku boleh pi?

10. aku terlepas beli asian geo no 69 issue 8/2009. ada photo annual, ada steve McCurry. camana boleh terlepas plak..

11. sem ni aku mengajo lab 1st year lagik. yang bestnya, 1 kali seminggu saja. aku dan aini pilih hari khamis.. syoknyee.. dan aku akan jadi lebih garang dan tegas. jam 1 petang, kalau tak siap buat eksperimen, tak de markah! tak de nya nak tunggu-tunggu lagi...

12. apa-apa pun, aku kembali ke lab. kembali jadi kelam kelibut..


YEAH YEAH YEAH!!




p/s: dah call balik olympus, kena bagi balik kamera untuk diperikasa. ni yang malas ni.. nak kena tunggu lagi...

p/s/s: aku dengaq yeah yeah yeahs nak datang singapore.. bila ha?




1 comment:

eL_kZ said...
This comment has been removed by the author.