jadi, aku letak gambo skit.
gambo-gambo ini diambil semalam. kat library II.
aku dan lib bukannya seiring sangat. pi dok tidoq ja.
tapi lib II ni lebih syok dari lib I. lebih lengang. lebih sunyi. jadinya lebih best. ada juga ruang santai mengadap tingkap besar.
dah lama jugak aku tak jejak kaki kat lib II. semalam pi sebab mau tangkap gambo. arix kata ada sudut best untuk bergambo. bila cahaya petang masuk kot cermin.
aku bawak la jugak paper tuk dibaca. dapat la jugak idea untuk menulis.
pastu tidoq. arix ada tangkap gambo aku tengah tidoq. tapi aku tak la nak boh kat sini. nanti saham jatuh.
jaga dari tidoq, tunggu cahaya petang. tapi cahaya tak datang-datang. sebab petang semalam mendung.
adei. jadinya, aku tangkap gambo lain la.
hari ni, janji ngan arix jumpa kat lib II lagi.
tapi tak dapat pi. aku ada kerja.
kul 6.35 ptg, arix hantar mesej. ada cahaya masuk. sunset. cantik.
cis.
minggu depan aku cuba lagi...
kalau ada, nanti aku post kat sini..
oke. itu sahaja sari berita untuk hari ni...
p/s: marina dah bagi soundtrack filem once. suka semua. tapi lagu yang paling suka, the hill dan if you want me. dua-dua lagu dinyanyikan oleh marketa irglova.. dok dengaq lagu ni banyak sangat, tu yang aku jadi rajin merapumerepek seperti entry dibawah.
p/s/s: tak sabaq tunggu hari esok. mau telefon pengarah hospital. mau komplen pasal medikal doktor yang bodoh lagi kurang ajaq. kata kakak aku tak boleh pulih. dalam zaman orang pentingkan psikologi, ada jugak doktor yang macam tu. mulanya aku ingat nak tules 1 entry pasal ni, tapi nanti banyak plak buat dosa dok menyumpah dr tu. aku ni boleh tahan jugak pandai menyumpah mencarut. banyak orang tak tau. esok harap aku boleh komplen elok-elok....
7 comments:
hg wajib letak gmbr hg tdoq
sbb kan..
biar org tau
hg mmg suka tdoq..
bukan nk jatuhkan saham
tapi nk biarkan laki2 kat luar sana melihat bahawa engkau...
adalah
KAKI TIDOQ :D
aaaaaaaaaa
tidak.
adei.
pecah rahasia.
jatuh saham deh.
p/s: tapi, bukan ka kita mmg kaki tidoq. aha
cantik gmbr2 tu! masih takleh lg ambil gmbr mcm husna. huhu. eh, kakak husna sakit apa?
husna n arix...
aku pun dok library II... tapi kat tingkat bawah.. sesekali lawat laa aku.. then leh curi tangkap gambaq aku tido... kui kui kui
kak nadiah: kak nadiah tangkap je. husna pon main tangkap ja. pastu ada tiru orang jugak. kakak husna kena strok.
yana bed: hahhahahaa.. okeh boleh. arix suka buat keja tangkap gambo org tidur nih. pastu bleh aku post gambo tu kt sini..
wowowowo.... kena berhati2 nih... aku suh ambik jaa... jgn post disini... abes laaa 1 malaya tau aku tido di library...
bila lagi nak cari publisiti..
Post a Comment