jika album lama diselak,
banyak gambar-gambar kita berdua tika aku kecil.
kerana aku adik kecil kamu.
kerana kamu abang kecil aku.
kamu bawa aku bermain bersama.
kamu bawa aku pergi mengaji al-Quran bersama.
kamu jadi penjaga aku semasa rombongan tadika disaat mak berpantang.
kamu benarkan aku duduk disebelah kamu bilamana kamu dan rakan-rakan kamu bersungguh-sungguh membikin mercun sendiri di bawah rumah tanpa pengetahuan mak dan abah.
kamu semakin dewasa, aku semakin membesar.
kita sering kali berperang mulut, bikin gegar rumah itu.
sehingga mak pening kepala dan tiada upaya lagi untuk memarahi kita berdua.
kamu tidak suka apa yang aku buat.
aku pula tidak suka apa yang kamu katakan.
memori yang aku kumpul tika itu adalah perang mulut, sakit hati, tak bebas, gaduh, meluat, panas.
mujurlah di rumah kita, kata-kata kesat mencarut tidak dibenarkan, jika tidak, pasti kita saling mencarut.
tapi, aku juga ingat, yang kamu suka menggeletek aku sampai aku nangis.
aku juga ingat, yang aku selalu menyerahkan tugasan elektronik kemahiran hidup kepada kamu.
kamu menolong tanpa banyak soal, dan aku mendapat A untuk setiap tugasan itu.
kamu semakin dewasa, aku juga semakin dewasa.
kamu jadi idola aku.
kamu jadi kebanggaan aku.
kamu jadi tempat aku mencari pendapat.
kamu menyokong apa yang aku buat.
dan kita tidak lagi berperang mulut.
aku mengiakan semua kata-kata kamu.
kamu juga mengiakan semua kata-kata aku.
kita membesar bersama-sama.
kita dewasa bersama-sama.
kamu bersama aku tika kecil, remaja dan dewasa.
kamu lihat aku membesar.
kamu lihat aku menjadi matang.
tanpa kamu, aku akan jadi adik yang manja, yang bebal.
tanpa kamu, aku akan jadi kakak yang tidak matang, tidak bertanggungjawap.
tanpa kamu, hidup remaja aku akan kucar kacir.
dan tanpa kamu juga,
rumah kita tak akan sesemak itu.
aku sayang kamu bang cik!
5 comments:
aku dah download lagu tu petang tadi. nanti aku bagi kat hang ya! :)
oh ya, sejak akhir2 ini, sejak ang sibuk dgn tesis..aku dapat rasakan ang semakin berjiwa sastera hehe, beberapa post dalam bentuk puisi:)
baguih2.
husna.. hang comey sangat (mase kecik2)...huhuhu...
marina: yeah. trima kseh marina.. best kan lagu2 dia...
antara sbb aku serlahkan bakat sastera yang tak tulin itu adalah, kamera rosak... tak boleh letak gambo, tulis saja lah..
sbb lain, mungkin aku makin memahami diri sendiri.
yana: hahhahahaa... dah besaq pun menten comey bukan..
ni jealous ni. asal buka album lama mesti penuh gambar kak na dgn abg cik. tapi apapun cik yah sayang sangat dekat kak na dgn abg cik..
Post a Comment