Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, January 22, 2010

jawaplah tuan sayang....

siapa aku?
siapa kamu?
aku mahu tahu.

dimana kita?
kemana kita?
aku mahu tahu.

aku tidak mahu berterus-terusan begini saja.

jika ini ada maksudnya,
maka aku mahu cuba.
cuba mencurah sebahagian aku pada kamu.

jika ini ada tujuannya,
maka aku mahu belajar.
belajar mencintai dan menerima seluruh kamu.

jika ini tiada maksud apa-apa,
maka aku mahu ini dihentikan.
kerna ini adalah sia-sia.

jika ini tidak punya tujuan,
maka aku mahu kita bebas.
bebas dari belenggu ini.

jawaplah wahai sang kekasih.
aku mahu jawapannya.
aku mahu yang terang.
dan juga yang jelas.

aku tidak mahu jawapan,
tak tahu.

adakah kamu sedar?
jika hubungan ini tidak bernama dan tiada tujuan,
ia akan memakan diri kita sendiri.
aku tidak mahu kamu terluka.
seterusnya membenci aku.
seperti mana kamu membenci dia.






*naseb baik zati perasan, aku tulis tajuk wajaplah.. dah tukaq jawaplah.. ako mmg ada masalah mengeja sket..hahhahaha..

2 comments:

puan oryza said...

ingatkan kak husna sengaja buat salah eja...

husna said...

hahahaha..
mmg tak perasan...
kalau tules entry mesti baca balik betul2 slm publish.
tu pun ada silap gk..