Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, February 19, 2010

angela's ashes: a memoir

update 1mac : marina sudah meng-review angela's ashes dalam blognya...
.
.
oke lah.
hari ni rasa cam nak ulas buku. dah lama tak cakap pasal buku kat sini.


Angela's Ashes: a memoir.
oleh, Frank McCourt.


pemenang 1999 pulitzer prize for biography and autobiography.
aku mula kenal McCourt sebab marina cerita kat aku.







buku ni cerita pasal zaman kanak-kanak frank McCourt di Limerick, Ireland.
dan ada sikit cerita kat new york sebelum dia dan famili pulang ke Limerick.
ini memoir zaman kanak2 McCourt sampai dia umor 19 thn sebelum dia kembali ke new york untuk mencari kehidupan yang lebih baik.


sebelum baca buku ni, ada 3 perkara yang aku tahu pasal ireland.
1. malaysia banyak hantar student tuk ngaji medik kat sana.
2. irish kuat minum.
3. perangai lelaki irish dikatakan sama dengan perangai lelaki melayu.


lepas baca buku ni, aku dapat tahu la sedikit sebanyak sejarah dan keadaan ireland masa dulu.
ya. memang tak boleh buat kesimpulan secara keseluhan bagaimana keadaan ireland masa tu, hanya berdasarkan pembacaan angela's ashes semata-mata.
banyak jugak aku dengar orang kritik kata McCourt menipu.
tapi itukan pandangan peribadi dia, dari pemerhatian dia, dari pengalaman dia, dari sudut kaca mata dia sendiri.


tapi aku baca angela's ashes ni, bukan nak tahu pasal sejarah ireland.
aku baca sebab aku sangat2 suka baca memoir dan autobiography punya buku.
lagi2 kalau memoir orang biasa2 yang punya cerita biasa2 tapi diceritakan dan dizahirkan dalam bentuk yang luar biasa.
yang menjadi faveret setakat ni, frank McCourt, marian keyes, mitch albom.
aku tak baca autobiography ahli politik, pemimpin negara, ahli perniagaan yang kaya raya atau pelakon popular.


aku memilih mereka sebab cerita meraka lebih dekat dengan aku, orang biasa2 yang punya cerita biasa2.
mereka ini telah mengajar aku bagaimana mahu melihat cerita hidup kita dalam bentuk yang luar biasa.
mereka mengajar kita untuk lebih menghargai kehidupan yang kita lalui.

bagi angela's ashes ini, aku sangat suka sebab, dia mencerita kisah kehidupan kanak2 dia yang sangat susah dan miskin dalam bentuk yang sangat lucu.
secara tak langsung, ia mengajar aku untuk mencari humor dalam any situasi.
untuk melatih diri sendiri sebenaqnya. sebab aku adalah seorang yang serius, rigid, kaku, susah untuk menerima perubahan, payah nak buat lawak, mudah untuk sedih.

seperti mana marian keyes yang betul2 mengajaq aku untuk jadi diri sendiri.
tak perlu malu tuk jadi diri sendiri. walaupun seloqlaq mana perangai kita.
perangai yang buruk buang, yang baik semaikan.


iyalah. aku bukannya dok ulas angela's ashes pon.
dok cita pasal diri aku plak..
hahahhaaa..
aku memang tak tau nak ulas-mengulas ni. baik buku, filem atau sajak ataupun lirik lagu.
kalau baca buku atau tonton filem, pasti hanya benda2 tertentu saja aku nampak untuk aku amik buat pedoman hidup.
nanti aku suruh marina ulas pasal angela's ashes ni. dia lebih pandai.



lepas ni baca sambungan buku ni plak, 'Tis.
cerita selepas McCourt sampai kat new york plak.



oh ya. aku lupa satu perkara. isu yang paling besaq aku nampak dalam buku ini adalah, pasal kesan pengambilan arak secara tak terkawal terhadap kesejahteraan, kebahagian dan kegembiraan kehidupan seseorang.

lagi sekali aku marah sangat pada arak. ia boleh membinasakan seseorang dan meragut kehidupan seseorang. dulu aku marah kat arak ni masa baca pengalaman lampau marian keyes yang alcoholic.












6 comments:

eL_kZ said...

wow...bile la aku nk beralih arah rajin membaca macam korang2 ni...
ni asyik khatam buku teks sejarah je ni..hehehe

husna said...

khatam buku serajah lagi hebat.
aku punya ilmu sejarah malaysia pon dah makin pudaq.
kena baca balik gak.

avie eicca said...

sejarah penting weh, bacaan ni saja seronok2..hehe..

nanti aku cuba buat review angela ashes, aku punya memori very low ahaha.

eL_kZ said...

aha~ nk tau review aku ttg buku teks sejarah...lawatlah blog sejarah aku =) hehehe

Nadiah Sidek said...

nnt akk buat buku autobiography sendiri pun mesti husna suka baca..kan..kan..kan? ngee~

husna said...

marina: review jgn tak review. hehehe..

su: yeah.. nanti buat lawatan ramai2. lawatan sambil belajaq.

kak nadiah: oh. mesti baca. autobiography pasal jadi mak kepada si comel safiyyah..