Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

get adobe flash player

Friday, July 30, 2010

laptop antik aku

hari ni,
laptop antik tu menunjukkan lagi tanda2 penuaannya.

laptop lembab dah biasa.
kena jangkitan virus dah biasa. virus membiak pon biasa gak. segala macam jenis virus ada ni.
hilang devices tertentu pon biasa saja.
apa jadi pun sebelum ni, laptop antik ni tetap utuh.

tapi semenjak 2 menjak ni.
aku selalu ja bedebaq dengan laptop ni.
makin melampau perangai dia nih.
kadang2 dia buat perangai skrin jadi gelap gulita tiba2.
dan terbaru, skrin naik garis melintang serupa tv rosak tu.
haih.
dah nak sampai masa nya dah kot.
tapi apa2 pon, bagi la aku habes tulis tesis dulu ye.

kalau ada sapa2 komen kata suruh aku beli yang baru,
korang tolong bank in duit sekali.
seronok jugak dengaq.
ekekekek.






aku ada banyak benda nak cerita.
banyak gambaq nak uplod.
tapi aku tak sempat. nak buat scheduled posts pon tak sempat. dan ini bukan scheduled post.
ni dah nak habes bulan 7.
dah nak cukup sebulan dok sini.
kerja kena lebih mantop.

kepada sahabat2 dan kawan2 seperjuangan aku yang dok jauh nun.
HAJA HAJA!!!!



selamat berhujung minggu semua.
aku ingat nak pi pulau mamutik.
tapi memandangkan duit takdak.
kerja banyak.
maka tiada pulau sebelum raya.
(kena kumpul duit raya dulu untuk bercanda di pulau)


Tuesday, July 27, 2010

pindah masuk umah sewa dan perkara rambang #6

salam nisfu syaaban.
4 hari tak pekena internet.
rasa sangat bohsan beb.
2 entry kat bawah adalah scheduled post.
belajaq dari kak nadiah. ngeh ngeh.


perkara2 rambang sepanjang 4 hari tak jumpa tenet:
1. hari jumaat sebelum pi cuci rumah,
singgah opis The-Big-Bos kejap. uruskan tiket balik raya. sambil tempah tiket, sambil bertengkaq.
cuti dapat 34 hari. YABEDABEDU.

2.cuci rumah baru.
hari jumaat la gak. nak dekat magrib baru pi. mencuci serta berkemas sampai tengah malam. habes cuci, balik tidoq kat umah mak teh aini.
tempat yang aku pilih tuk menyental adalah toilet.
aku sental sungguh2. sampai sakit otot belikat.
aku pilih nak cuci toilet sebab bagi aku toilet bersih sangat penting untuk kehidupan sejahtera.
aku sental toilet sampai aini naik heran.
orang cam aku, yang meja selalu semak, bilik selalu semak, seminggu sekali baru nak sapu sampah, cadar nak tegang sekali seminggu pon susah, boleh sental toilet dengan cerewet sekali.
aini ingat aku selalu dok sental toilet kat umah aku.
gila sumpah aku tak pernah sental toilet atau bilik air kat umah aku.
dan aini juga naik takut bila aku cam rajin semacam. aku sangat jarang nak tonjolkan bakat rajin dan cerewet aku.
aku kena sampuk hantu cleaner rasanya malam tu.




3. tempat ke-2 aku suka cuci adalah dapoq. terutama peti ais.
dan aku suka akan barang2 dapoq. shoping barang dapoq sangat heaven.
peti ais dan kabenet akan penuh lepas nih. siap lah kau peti ais.




4. iklan nak cari housemate kat mudah.com dan letaroom macam goreng pisang panas.
lepas letak terus dapat call kata nak tgk umah.
dah habaq awai2 kata nak muslim female. tapi ada jugak yang buat tak nampak.
kata nak dok ngan suami lah. nak dok dengan tunang lah.
semua yang jenis tak reti baca iklan ni kami rejek.
yang mai dari arab pon rejek. dok desak nak mai tgk umah. dah kata jumpa kui 5ptg. gaduh nak mai lebih awai. 2 3 kali tepon. tu dah tunjuk dah perangai arab yang suka mendesak. terus kami rejek. satgi kita yang lembut hati dan perangai ni akan kena.
ada mai dari kazakhztan, pon kami rejet. rejet sebab ada masalah komunikasi. kami tak berapa paham dia cakap, dia tak berapa paham kami cakap. satgi nak bagitau apa2 susah.
akhirnya, kami ambil orang sabah. student ums dan uitm.
orang kadazan dusun dan bajau+cina. depa ok. muda cek cek lagi dan style budak2 syok dapat dok jauh dari famili. syok dapat dok umah sewa. hias bilik bagai.
ehem. bab syok dapat dok umah sewa, aku pon sama naik syok gak. tak pernah seumur hidup dok umah sewa kan. hahhaaa
.
.
.
5. hujung minggu pertama di rumah baru.
menu pertama di rumah baru: mi megi.
aktiviti: tengok tv, tidoq, cari benda nak kemas.
(bab nak mengemas tu, hantu cleaner tak mau keluaq lagi)
.
.
.
6. hari isnin yang rebel.
The-Big-Bos a.k.a MJM berjanji mau amik kami jam 615 pagi kat tepi jalan.
kami bangun lah jam 5 pagi. siap bagai dengan berselendang bagai, sekali MJM hantaq sms jam 6pg tatkala kami mau angkat beg keluaq umah,kata tak jadi ambil. toksah pi lab hari ni, dia kata lagi.
bos, kenapa sms jam 6pg? kenapa tak sms jam 830pg nanti? kami pakat tempik dalam hari secara beramai2.
salin baju, pastu cuba tuk tidoq balik, tapi tidak boleh.
sekali lagi hantu cleaner sampuk, aku pi remdam bihun dan kemas umah. fir goreng bihun.
lepas makan. tak tau nak buat apa dah. bukak laptop pon tak dah hati.
last2, aku dan fir ambil keputusan tuk naik bas pi KK town.
bukan nak naik bas pi lab.
tu rebel namanya.
ekekek.


7. hari ini mai lab.
esok, lusa ingat tak mau pi lab. nak buat kerja kat rumah.
semangat rumah baru datang menapa dalam hati. ekekek.
tapi belum bagi tau The-Big-Bos a.k.a MJM lagi.
rasanya dia kasi ja kot.
kalau Bos-No-2, jenuh bersoal jawap.
lepas 2 hari, apa hasil kau nak tunjuk kat aku?, rasanya itu reaksi biasa Bos-No-2.
(oh, tiba2 teringat senyum sinis dia yang selalu makan dalam tu)
paper kau macam mana? aku rindu ayat itu. muhahaha
.
.
.
8. scheduled posts.
makin nak berjinak2.
lepas entry ni, kalau timbul entry pada esok lusa, itu semua mungkin scheduled posts.
.
.
.
:)
.
:D

Sunday, July 25, 2010

rindu

bunyi macam lorat saja.
belum cukup 1 bulan aku di sini.
tapi sudah banyak benda aku rindu.
sangat lama aku di penang,
sampai aku telah mencipta 1 bentuk kehidupan yang aku senang dan selesa walaupun sedikit boring.



selain merindui orang2 tersayang. yang berada di sisi tiap ketika.



dan juga makanan luar yang disenangi tekak, serta suasana makan yang aku sangat suka.


aku juga merindui, waktu2 berjalan kaki di usm,
terutama berjalan kaki dari hostel ke lab pada waktu pagi.






aku juga rindu tempat aku bekerja.
tempat aku menapa untuk lebih dari 16 jam sehari. dan kadang2 menapa sampai lebih 30 jam.




aku rindu suasana tidur aku.
keadaan katil aku.
yang dipenuhi buku dan majalah.
aku masih mahu wujudkan suasana tidur itu kembali, tapi tidak mungkin akan sama seperti dahulu bukan.
bukan mudah untuk membuang benda yang sudah sekian lama kita selesa.




aku rindu buku2 aku.
masih banyak yang aku belum habeskan.
dan kalau aku ada hari2 yang tidak menarik.
aku akan tengok semua buku2 aku.
atau kalau tak ada benda aku nak tangkap gambaq, aku akan tangkap gambaq buku sendirik.




dan,
aku merindui lampu merah aku.
kalau aku rasa siang aku agak muram,
aku akan nyalakan lampu merah ini pada malam hari.
dan seperti jugak buku, aku suka tangkap gambaq lampu ini.
aku ingat nak bok mai sini lampu tu.







banyak lagi benda yang aku rindu.
ya agak lorat.


Friday, July 23, 2010

suasana baru, rutin baru

setiap hari minggu, datang lab.
datang lab pagi tak pagi sangat.
weekend tak datang lab.




tiap2 petang, dalam kul 330ptg camtu,
hujan mula turun.
kadang2 sampai malam hujan.
hujan lebat selalunya.
kat sini ada jalan2 tertentu yang kuat banjir.
jalan kat sini jenis tak dak parit/longkang. sapa la yang buat jalan nih.





oleh kerna mahu elak banjir,
elak jam,
maka petang tak petang sangat dah cau balik.

sepanjang dok sini,
hanya 2 kali kami balik umah waktu magrib.
lewat dari itu tiada.

makan pagi kat umah.
makan tengah hari kat lab, bawa bekal atau telan roti atau ayaq milo saja.
makan malam tak pernah diluaq.

makteh masak,
dan untuk 2 3 hari ini, kami masak.
masakan dari rumah adalah terbaik.


ini semalam punya.










Thursday, July 22, 2010

kami mencari housemate di university apartment. anyone?

kemarin, misi mencari rumah lagi. melilau tengok iklan.
kali ni pi tengok kat kawasan kingfisher plak.
hari tu melilau kat universiti apartment 1.

masa nak keluaq rumah,
kereta ada masalah bateri plak.
so call agus. agus si pembantu bos merangkap driver merangkap pomen.

penat tetapi seronok seharian melilau dalam kereta pinjam agus yang berusia lebih kurang 20tahun dan naik 100km/j pon dah gegaq. kereta jenis suzuki jimny kalau aku tak silap la. aku ni bukan nya jenis amik tau pasai kereta pon.



bila petang plak, kami pi tengok umah.
dalam berbelas2 no tefon yang kami hubungi selama 2 hari, hanya 2 orang saja yang ada untuk kami pi tengok umah petang kemarin.

pilihan 1: di universiti apartment 1.
sewa rumah. rumah 2 bilik, 1 bilik air. ada tv, peti sejuk, mesin basuh, dapoq gas, almeri, katil, periuk belanga pinggan mangkuk. dekat dengan kedai2. jalan sehala dengan The-Big-Bos. kami boleh bagi masuk berapa orang pon yang kami suka, tapi jangan sampai pecah pintu, itu pesan tuan rumah.

pilihan 2: di kingfisher.
sewa bilik. rumah teres yang diubahsuai jadi rumah 6 bilik tidoq, 3 bilik ayaq. ada dapoq, peti ais. ada housemate 3 wanita di master bedrom, 4 lelaki dalam bilik asing2 dan sepasang suami isteri. dan 1 bilik kosong untuk disewa.


sudah semestinyalah kami pilih pilihan no 1. apa jadah nak dok umah yang nak pi toilet pon kena pakai tudung dan keadaannya tak ubah seperti motel.




petang ni ambil kunci dan bayaq. esok cuci2. weekend masuk umah.
tuan rumah adalah orang kelantan yang dok sabah 10 tahun sampai cakap dengan kami orang semenanjung pon bunyi sabah dan tak terkeluaq langsung bunyi kelantan.
dia baik. boleh dibawa berbincang. itu penting.




iklan untuk cari housemate sudah dibuat. yang di mudah.com sudah, yang nak tampal kat merata tempat pon sudah.



Tuesday, July 20, 2010

uncle chang's sipadan mabul dive lodge (lagi?)

lagi???
hahhahaaa.
ok. ini entry terakhir tuk uncle chang's.
ini gambaq umah2 kampung atas ayaq orang bajau laut di pulau mabul.
belakang uncle chang's saja.
selain tu juga ada gambaq penginapan lain selain uncle chang's di mabul.






















tapak sulaiman sangat banyak kelihatan di uncle chang's.




bagi 2 gambaq di bawah, aku telah edit secara exstrem. berangan nak jadi fotographer lagi la nih... ahaks






subuh di uncle chang's sipadan mabul dive lodge

ok.
ada gambaq langit senja, perlu ada juga gambaq langit subuh.
layannnn